24 Jun 2021

Perak hanya benar 20 petugas ibadah korban


IPOH - Hanya 20 petugas dibenarkan bagi setiap sesi pelaksanaan ibadah korban dan akikah di Perak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin berkata, jumlah tersebut termasuk ahli jawatankuasa kariah masjid atau surau dan jawatankuasa korban.

Risen Energy Co Ltd labur RM42.2 bilion di Malaysia

 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan mesyuarat secara maya bersama Pengerusi dan Presiden Risen Energy Co Ltd, Xie Jian hari ini. Turut serta Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Arham Abdul Rahman. - Foto ihsan Facebook Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar modul solar kelima terbesar dunia, Risen Energy Co Ltd yang berpangkalan di China melabur RM42.2 bilion di negara ini bagi tempoh lima tahun, bermula tahun ini.

Penduduk Hong Kong berpusu beli Apple Daily

Seorang penduduk Hong Kong membeli beberapa naskah edisi terakhir akhbar Apple Daily awal pagi tadi. Akhbar itu ditutup mengikut undang-undang baharu keselamatan nasional. - Foto AFP

HONG KONG: Penduduk bandar raya ini berpusu-pusu dan sanggup beratur panjang awal pagi tadi, bagi mendapatkan edisi terakhir akhbar pro-demokrasi, Apple Daily, yang terpaksa ditutup mengikut undang-undang baharu keselamatan nasional yang lebih tegas.

Mokhtar pernah jadi penjaring terbanyak dunia

Penjaring terbanyak sepanjang zaman... (dari kiri) Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, Ali Daei dan Cristiano Ronaldo.

KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari sebenarnya pernah memegang gelaran penjaring terbanyak sepanjang zaman satu ketika dulu.

Berdasarkan beberapa statistik yang melaporkan mengenai jumlah jaringan gol antarabangsa, Mokhtar yang lebih dikenali sebagai 'Super Mokh' meledak 89 gol dalam 142 penampilan bersama skuad Harimau Malaya.

Ashgabat bandar paling mahal di dunia

Ibu negara Turkmenistan, Ashgabat dinamakan sebagai bandar paling mahal di dunia untuk golongan ekspatriat tahun ini. - Foto Google


PARIS: Ibu negara Turkmenistan, Ashgabat mengenepikan Hong Kong, sebagai bandar paling mahal di dunia untuk golongan ekspatriat tahun ini.

Menurut tinjauan firma perunding, Mercer, bandar Ashgabat di negara Asia Tengah itu yang memiliki kira-kira sejuta penduduk, mendahului dalam senarai kos sara hidup tertinggi pada 2021.

Jepun tayang filem kisah Tanah Melayu


Antara babak membabitkan dua pemain utama, Hiroshi Abe dan Angelica Lee Sinje. - Foto Astro

KUALA LUMPUR: Selepas merangkul beberapa trofi antarabangsa seperti Filem Cereka Terbaik, Anugerah Akademi Kreatif Asia (AACA) selain mengungguli kategori Rekaan Kostum dan Solekan Terbaik, Anugerah Golden Horse Ke-56, filem The Garden of Evening Mists (TGOEM) bakal mengisi slot tayangan panggung wayang di Tokyo, Jepun, mulai 24 Julai depan.

Pemuda PAS cadang kedai makan buka 6 pagi - 10 malam


KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS mencadangkan kerajaan memanjangkan tempoh operasi kedai makan bermula jam 6 pagi hingga 10 malam bagi pesanan e-hailing.

Sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh, operasi kedai makan hanya dibenarkan bermula jam 8 pagi hingga 8 malam.

Pendaftaran dalam talian musim haji 2021 ditutup hari ini

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memaklumkan pendaftaran Haji musim 2021 secara dalam talian untuk warganegara dan rakyat asing yang berada di negara itu ditutup jam 10 malam ini (waktu tempatan). (Gambar AP)

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memaklumkan pendaftaran Haji musim 2021 secara dalam talian untuk warganegara dan rakyat asing yang berada di negara itu ditutup jam 10 malam ini (waktu tempatan), seperti yang dijadualkan.

Pendaftaran fasa pertama itu yang bermula 1 tengah hari 13 Jun lalu membuka peluang kepada 60,000 orang dalam lingkungan usia 18 hingga 65 tahun untuk mengerjakan haji, dengan syarat mereka telah menerima vaksin Covid-19 dan bebas penyakit berjangkit.

14 jam ambil masa himpun korban Covid-19 di Jakarta

Pengurus tanah perkuburan dan pengebumian Jabatan Taman Jakarta, Ivan Nurcahyo berkata ia adalah satu daripada 143 pengebumian di Jakarta yang mencatat rekod paling tinggi pada hari itu sejak wabak bermula. (Gambar AP)

JAKARTA: Hampir 14 jam diperlukan untuk mengumpulkan mayat mangsa Covid-19 di Jakarta minggu ini, kata polis, ketika ibu kota Indonesia itu berdepan lonjakan kes dan kematian akibat koronavirus.

Polis di wilayah pelabuhan Tanjung Priok berkata mereka menerima panggilan pada Isnin lalu mengenai mayat mangsa Covid-19, yang dibungkus kain kafan putih, dan ditinggalkan di depan pintu rumah di Jakarta Utara.

Perancis juara kumpulan, Jerman dan Portugal turut mara pusingan kalah mati

Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo menyamai rekod jaringan terbanyak antarabangsa. (Gambar AP)

BUDAPEST: Dua penalti daripada Cristiano Ronaldo membantu juara bertahan Portugal mara ke pusingan kalah mati Euro 2020 selepas seri 2-2 menentang Perancis dalam perlawanan penutup penuh dramatik Kumpulan F.

Dalam aksi penuh debaran itu, Ronaldo terlebih dahulu membuka jaringan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-30.