SIMPANG, TAIPING, 13 Jun :- Benteng yang memisahkan orang Islam dan perjuangan islam dengan kaum bukan Islam telahpun roboh sehinggakan rakyat non-muslim tidak ragu-ragu lagi memilih calon-calon beragama Islam untuk dimenangkan dalam PR ke 12 yang lepas. Demikian antar kandungan ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil idham Lim dalam forum Perdana yang diadakan disini malam tadi.
Forum perdana dengan tajuk " Melayu : ke mana arah tuju" mendapat sambutan yang menggalakan dari masyarakat setempat dimana ahli panelnya terdiri dari YB. Hj. Zainuddin Exco Agama negeri Perak,YB. Hj. Roslan shaharum ,Ahli Parlimen Bukit Gantang dan YB. Drs.
Khalil Idham Lim, ADUN Adun Titi serong. Forum telah dipengerusikan oleh Dr. Jamnul Azhar Mulkan.
Drs. Khalil sedang menyampaikan ucapannya.
Drs. Khalil menyatakan perjuangan bangsa akan berakhir dengan kekecewaan. Kerana itu serunya kepada hadirin supaya berjuanglah atas nama Islam dan sebagai umat Islam kerana baik sesuatu kumpulan bukan kerana bangsa tapi baiknya kerana Agamanya. Walaupun seseorang itu berketurunan Arab dan ada hubungan keluarga dengan nabi namun tetap menjadi buruk kalau tidak berjuangan atas nama Islam.
Dengan nada yang tinggi katanya :"jadikan Islam sebagai cara hidup kita untuk memastikan kita selamat". Jelas beliau minda rakyat difahamkan dengan fahaman seolah-olah Islam itu Melayu dan melayu Melayu itu Islam sedangkan Islam diturunkan Oleh Allah SWT untuk seluruh umat dimuka bumi ini, bukan hanya untuk orang Melayu.
YB. Hj. Zainuddin menyampaikan ucapan sambil diperhatin panel lain.Mengupas petikan ayat dari surah Al Hujuraat ayat ke 13, ADUN Titi Serong itu menjelaskan Allah jadikan berbagai bangsa untuk kita kenal mengenal dan bukan untuk bermusuhan. Kembalilah pada Islam yg sebenarnya , sesuaikan cara hidup ikut cara hidup Islam bukanya sesuaikan Islam ikut cara hidup bangsa. Kerana itu katanya, Islamlah yang berperanan memurnikan kehidupan sesuatu bangsa sehingga bertamaddun.