10 November 2009

36 Taktik Peperangan: "Menyeberangi Laut melalui Penyamaran"

Menyeberangi Laut melalui Penyamaran bermaksud berjaya menyeberangi laut tanpa disedari. Pada zaman purba, orang China percaya bahawa segala-gala yang berlaku di bumi telah dipantau oleh dewa-dewi di langit. Di China, terdapat satu peribahasa berbunyi "ada mata di langit". Oleh itu, ketika menyeberangi laut yang luas, kita mesti menghalang pandangan mata di langit supaya tidak disedari atau dikesen oleh dewa-dewi di langit. Sehubungan dengan itu, makna yang lebih lanjut mengenai "Menyeberangi Laut melalui Penyamaran" adalah dalam situasi dikawal selia, tindakan dilaksanakan dengan menggunakan muslihat dan kaedah penyamaran bagi mencapai sesuatu tujuan.

Asal usul taktik "Menyeberangi Laut melalui Penyamaran" dikatakan berkaitan dengan Maharaja Tangtaizong, iaitu maharaja kedua Dinasti Tang China, kira-kira pada abad ke-7 Masihi. Kononnya Maharaja Tangtaizong pernah bercita-cita untuk meluaskan wilayah negerinya, akan tetapi baginda sangat takut untuk menyeberangi laut untuk berperang. Ketika tenteranya tiba di tepi pantai, Maharaja Tangtaizong berasa sangat takut apabila ternampak laut yang luas dengan ombak yang bergulung-gulung. Maharaja Tangtaizong kemudian telah bertanya kepada pengiringnya bagaimanakah caranya tenteranya boleh menyeberangi laut yang sebegitu luas? Namum tiada orang yang menjawab pertanyaan baginda kerana mereka pun tidak tahu akan jawapannya. Pada ketika itu, seorang hartawan tempatan yang tinggal di pesisir pantai itu telah muncul dan meminta untuk menghadap Maharaja Tangtaizong. Beliau mendakwa bahawa keluarganya telah menyediakan bahan makanan yang mencukupi untuk membolehkan tentera Maharaja Tangtaizong menyeberangi laut.

Maharaja Tangtaizong sangat gembira atas khabar baik itu dan mengetuai para pengiringnya berjalan di tepi pantai dengan mengikuti hartawan itu. Tidak lama kemudian, laut tidak kelihatan secara tiba-tiba dan lebih 10 ribu rumah yang dihiasi dengan kain yang berwarna-warni muncul di hadapan mereka. Hartawan itu telah mengundang Maharaja Tangtaizong naik tangga dan memasuki sebuah rumah yang mewah. Empat dinding rumah itu telah dihiasi dengan tirai yang cantik sekali dan lantainya ditutupi dengan permaidani yang bermutu dan mahal.

Di dalam rumah itu, Maharaja Tangtaizong telah dihidangkan dengan santapan yang mewah sekali. Maharaja Tang Taizong berasa sangat seronok dan telah duduk untuk menikmati santapan itu. Sebentar kemudian, tiba-tiba baginda terdengar bunyi langsir ditiup angin dan bunyi ombak yang kuat serta barang-barang di dalam rumah itu mulai condong. Maharaja Tangtaizong terkejut lalu bertanya kepada pengiringnya tentang kejadian itu. Hartawan itu menjawab bahawa Tuanku sudah berada di atas kapal dan sedang menyeberangi laut dalam angin yang kencang.

Hingga saat itu, Maharaja Tangtaizong baru sedar bahawa ini merupakan satu muslihat supaya baginda dapat menyeberangi laut tanpa kekhuatiran. Beginilah asal usul taktik "Menyeberangi Laut melalui Penyamaran", Maharaja Tangtaizong yang berkedudukan tertinggi pada zaman purba China telah dimaksudkan sebagai "langit" dalam cerita tersebut.

Sebenarnya, dalam sejarah China, banyak peristiwa yang bercirikan penggunaan taktik "Menyeberangi Laut melalui Penyamaran" sudah berlaku sebelum Dinasti Tang. Sebagai contoh, pada abad ke-4 Sebelum Masihi, wilayah China telah menjadi terpisah-pisah dan ditakluk oleh beberapa negeri. Maka, konflik sering berlaku antara negeri-negeri tersebut sering berlaku dan mengakibatkan pemerintahan tempatan ganti-berganti dari semasa ke semasa.

Menurut catatan sejarah, Negeri Qin telah mengisytiharkan perang terhadap Negeri Zhao dan tenteranya juga telah mengepung ibu kota Negeri Zhao untuk memaksa raja Negeri Zhao menyerahkan kuasa pemerintahannya. Pada saat yang genting itu, raja Negeri Zhao telah menulis surat kepada raja Negeri Wei untuk meminta bantuan ketenteraan bagi mengatasi krisis tersebut. Alasan raja Negeri Zhao meminta bantuan daripada raja Negeri Wei kerana isteri adiknya ialah kakak Putera Negeri Wei, iaitu Putera Xinling. Putera Xinling bukan adik sekandung dengan raja Negeri Wei (seayah). Walaupun raja Negeri Wei telah menghantar seramai 100 ribu tentera ke kawasan yang berhampiran dengan ibu kota Negeri Zhao, akan tetapi baginda tidak berani untuk mengarahkan tenteranya mara untuk membantu Negeri Zhao kerana bimbang kalau-kalau Negeri Qin akan membalas dendam selepas itu.

Setelah diberitahu akan perkembangan terkini, Putera Xinling berasa sangat cemas, akan tetapi beliau juga tiada kaedah untuk membantu Negeri Zhao kerana tidak mempunyai hak untuk mengarahkan tentera. Pada ketika itu, seorang penasihat Putera Xinling telah mencadangkan supaya Putera Xinling memujuk salah seorang gundik kesayangan raja Negeri Wei untuk mencuri gundal tentera daripada raja Negeri Wei. Oleh sebab Putera Xinling pernah membantu gundik itu menghukum penjenayah yang membunuh ayah gundik itu, jadi mereka menjangka bahawa dia tentu tidak akan menolak permintaan tersebut. Putera Xinling akhirnya telah berbuat sepertimana yang dicadangkan dan berjaya mendapatkan gundal tentera dan membantu raja Negeri Zhao mengatasi krisis itu dengan mengarahkan tentera Negeri Wei menyerang kem tentera Negeri Qin. Dalam cerita ini, Putera Xinling juga telah mengguna pakai taktik "Menyeberangi Laut melalui Penyamaran".

Taktik "Menyeberangi Laut melalui Penyamaran" tidak semestinya akan memberi ancaman langsung atau menjejaskan kepentingan pihak yang kena tipu dan juga berlainan dengan niat jahat yang menggunakan tipu muslihat yang bertujuan untuk menjejaskan kepentingan pihak yang lain.

Saudara pendengar, demikian tadi telah saya perkenalkan Taktik Pertama daripada 36 Taktik Peperangan iaitu Menyeberangi Laut melalui Penyamaran. Terima kasih kerana bersama-sama kami. Saya Puspa, jumpa lagi.

----Puspa.CRI/-

36 Taktik Peperangan pada Zaman Purba China

36 Taktik Peperangan merupakan sebuah buku yang di dalamnya terkandung 36 taktik peperangan yang diguna pakai pada zaman purba di China dan diwarisi sehingga hari ini. Meskipun penyusunan dan penerbitan buku itu dilakukan pada lebih 60 tahun yang lalu, tetapi taktik-taktik peperangan yang terkandung di dalam buku itu telah diguna pakai di China dalam jangka masa yang panjang dan telah menjadi inti pati kebudayaan tradisi China. Pada masa ini, "36 Taktik Peperangan" telah disesuaikan untuk strategi dalam pelbagai bidang, antaranya termasuklah politik, diplomasi, ilmu-ilmu pengurusan, perdagangan dan lain-lain.

Taktik-taktik yang terkandung dalam "36 Taktik Peperangan" sudah wujud di China pada lebih 2000 tahun yang lalu dan disusun menjadi buku pada tahun 1940-an. Buku itu dianggap setanding dengan buku "Seni Perang" hasil karya Sun Zi dan dapat saling melengkapi antara satu sama lain. Sun Zi ialah seorang pahlawan China, hidup sezaman dengan pendeta agung Konfusius kira-kira 2500 tahun yang lampau. Fikiran beliau mengenai strategi perang sangat terkenal dan diakui hingga hari ini.

Berdasarkan catatan sejarah, cerita tentang "36 Taktik Peperangan" telah muncul di China pada abad ke-5 Masihi. Pada ketika itu, wilayah China telah menjadi terpisah-pisah dan diduduki oleh beberapa kuasa tempatan China. Mereka sering berperang antara satu sama lain dan mengakibatkan pemerintahan China ganti-berganti dari semasa ke semasa.

Kononnya, tentera yang diketuai oleh Hulubalang Tan Daoji kerajaan Negeri Liusong sedang berada dalam situasi yang sukar dalam satu peperangan. Beliau telah menipu pihak lawannya dengan satu tipu muslihat agar tenteranya berjaya berundur dari medan peperangan tanpa kematian dan kecedaraan. Selepas itu, sudah ada orang memperkatakan tentang Hulubalang Tan Daoji sebagai berkata: "antara 36 taktik peperangan Hulubalang Tan Daoji, pelarian merupakan pilihan yang terbaik". 36 Taktik Peperangan tersebut bukanlah nama sesebuah buku, tapi untuk menggambarkan kecerdikan dan kebijaksanaan Hulubalang Tan Daoji. Manakala, strategi pelarian juga bukanlah salah satu taktik daripada 36 Taktik Peperangan itu, sebaliknya adalah untuk mempersendakan tindakan pelariannya dalam perang. Dalam konteks ini, 36 Taktik Peperangan merupakan istilah yang menyifatkan orang yang licik dan pandai menipu. Pada masa itu, 36 Taktik Peperangan bukan sesuatu karya strategi peperangan yang mempunyai kandungan yang konkrit, tapi hanya merupakan taktik yang sering diperkatakan dalam kalangan rakyat China dan diguna pakai dalam opera, novel dan lain-lain.

Edisi terawal 36 Taktik Peperangan merupakan sebuah buku cetakan yang diterbitkan di Chengdu, Provinsi Sichuan di barat daya China. Dalam buku yang tanpa catatan tahun penerbitan dan penulis itu ada tertulis "taktik peperangan sulit". Bahan aslinya ialah sebuah naskah yang ditulis dengan tangan.

Pakar berpendapat bahawa terdapat banyak edisi 36 Taktik Peperangan pernah muncul yang diwarisi dari mulut ke mulut dalam kalangan rakyat China selama beribu-ribu tahun. Kebanyakan edisi buku itu mempunyai kandungan yang hampir sama. Naskah tulisan tangan yang ditemui itu diduga telah disusun oleh seseorang yang berminat terhadap strategi perang dan mempunyai banyak pengetahuan tentang taktik peperangan berdasarkan bahan-bahan yang ada pada masa itu.

"36 Taktik Peperangan" tidak ada banyak kandungan yang menjelaskan tentang teori peperangan, sebaliknya lebih mengutamakan penggunaan praktikal strategi peperangan.

Dalam buku itu turut dinyatakan bahawa tatkala menghadapi situasi peperangan yang cepat berubah dan penuh dengan tipu muslihat, keputusan yang betul mesti dibuat dengan segera. Maka, penggunaan taktik yang betul merupakan langkah yang paling penting semasa bertempur dengan musuh.

"36 Taktik Peperangan" merupakan rumusan hasil fikiran ahli ketenteraan yang terunggul pada zaman purba China. Setiap taktik, mempunyai tujuan yang jelas dan bersifat praktikal. Kebanyakan taktik tersebut lebih mementingkan perubahan yang tidak dijangka ketika bertempur dengan musuh. 36 Taktik Peperangan diketahui oleh umum melalui pelbagai cara. Ada taktik yang dinamakan dengan judul opera, peribahasa atau peristiwa yang pernah berlaku dalam sejarah China. Oleh sedemikian, orang ramai lebih mudah untuk memahami teori dan ilmu ketenteraan yang terkandung di dalam buku itu.

Misalnya, taktik ke-18 berbunyi "jika ingin mengalahkan musuh, ketua pihak musuh mesti ditangkap terlebih dahulu". Taktik ini bermaksud bahawa jika sesuatu pihak yang berperang dengan pihak yang lain ingin memenangi perang itu secara keseluruhannya, mereka mesti menangkap ketua pihak yang lain.

Taktik ke-36 adalah mengenai pelarian atau pengunduran. Dalam taktik itu dijelaskan bahawa jika menghadapi musuh yang terlalu kuat, kadangkala pelarian atau pengunduran merupakan pilihan terbaik bagi menyimpan kekuatan sendiri.

Oleh sebab "36 Taktik Peperangan" sangat mudah difahami dan bersifat praktikal, maka masyarakat China masih berminat terhadap penggunaannya pada hari ini. Sehubungan dengan itu, banyak terbitan yang berkaitan dengan "36 Taktik Peperangan" telah muncul dalam pasaran, antaranya termasuk "36 Taktik Peperangan dalam Bidang Perniagaan", "36 Taktik Peperangan dalam Perhubungan Sosial", bahkan "36 Taktik Peperangan dalam Hubungan dengan Kekasih".

"36 Taktik Peperangan" telah diperkenalkan ke Jepun lebih awal berbanding dengan negara yang lain dan dikenali sebagai "kunci kepada penentuan strategi.

Setakat ini, "36 Taktik Peperangan" telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa utama di dunia untuk digunakan sebagai bahan rujukan penting ketenteraan, antaranya termasuk bahasa Belanda, Itali, Inggeris, Perancis. Rusia, Portugal, Sepanyol, Turki dan lain-lain.

----Puspa.CRI/-

Ceramah bersama Naib Presiden PAS di Batu Gajah

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfoz Omar berceramah di sini. turut bercerah ialah Speaker DUN Perak, YB.V.Sivakumar, Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. khalil Idham Lim dan ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai.

Jangan tertipu lakonan Umno BN

GEORGETOWN, 9 Nov: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat agar tidak tertipu perwatakan baik yang cuba dilakonkan kerajaan Umno BN.

Berucap ketika memberi ucaptama di Konvensyen PKR Negeri Pulau Pinang di Dewan Tunku, Komplek Tun Abdul Razak (KOMTAR) semalam, Anwar menasihatkan rakyat untuk melihat secara menyeluruh apakah benar Umno sedang berubah sedangkan tindakan mereka tidak menunjukkan kebenaran itu.

"Apakah usaha memberi wang ehsan kepada Kerajaan Kelantan membuktikan BN telah berubah untuk menjadi kerajaan yang berhemah dan kembali kepada ketuanan rakyat.

Tidak sama sekali kerana sepatutnya bukan wang ehsan tetapi royalti sebagaimana yang dituntut oleh kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, " ujarnya.

Ujarnya lagi, apakah sudah sudah cukup kerajaan melepaskan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menunjukan Najib telah sedar kesilapan lampau.

Jesteru itu, rakyat harus peka kezaliman BN yang terus menaikan harga barangan, menangkap peserta himpunan aman, menuduh dan merancang kompirasi menjatuhkan seseorang, menggalakan perasuah, penipuan, penyelewengan, sistem kehakiman masih gagal dipulihkan serta demokrasi menjadi kuku besi merampas kerajaan yang ditentukan oleh rakyat.

Bagi PKR proganda yang ditaburkan oleh BN itu semuanya bermatlamat menyelamatkan pengaruh mereka yang semakin karam biarpun media pro kerajaan mengambarkan Umno dan BN kembali dilandasan perjuangan sebenar.

"Kerja buat Umno dan BN tetap macam dulu rakus dan ego dalam pentadbiran maka jangan anggap mereka sudah sedar.

"Ia cuma lakonan untuk menarik hati pengundi bila menang nanti rakyat diketapikan seperti dulu, " terang beliau diiringan tepukan gemuruh hadirin.

Kini, kerajaan BN terus merangka strategi melaga-lagakan kepimpinan dalaman parti serta Pakatan Rakyat supaya rakyat memandang sinis kepimpinan kerajaan alternatif yang dapat melakukan lebih baik termasuk belanjawan yang lebih efesyen berbanding BN yang tidak memijak dibumi nyata.

Biar pun PKR tercemar dengan adegan 'katak' di negeri Selangor dan Perak namun ia sebagai pengajaran untuk melakukan pemilihan calon pada pilihanraya akan datang.

Golongan tersebut sebenarnya tiada perjuangan sebaliknya mementingkan diri tanpa menyedari kemenangan mereka terhasil daripada rakyat yang menolak BN.

"Memandangkan BN dalam keadaan kelam kabut membuatkan mereka cuba merangka strateji memusnahkan Pakatan Rakyat dengan menciptakan berbagai isu atau melagakan kepimpinan parti sendiri supaya wujud percakaran yang boleh mencetuskan pergolakan, " ujar Ketua Pembangkang itu lagi.

Bagi menjayakan hasrat parti dan Pakatan Rakyat sambung Dato' Seri Anwar, displin dan kecekalan dalam mengharungi perjuangan amat penting kerana tanpa semangat yang tinggi seseorang itu mudah jatuh dan tenggelam di lautan luas walhal kapal yang dinaiki selamat dan tidak bocor seperti bahtera Umno dan BN.

Menyentuh mengenai kononya Pakatan Rakyat di Pulau Pinang tidak mengutamakan orang melayu beliau mengatakan, isu ini sepatutnya tidak berbangkit kerana Umno lebih dahulu berkuasa di sini apa yang parti itu buat untuk orang-orang melayu melainkan perjuangan peribadi memperkayakan kepimpinan.

"Rakyat miskin terus menderita, papa dan kedana semasa diperintah oleh BN tetapi ia tidak difokuskan sebaliknya bila Pakatan Rakyat menang di Pulau Pinang hasil penolakan rakyat semua isu itu kembali menghiasi dada akhbar melayu.

Cadangan-cadangan untuk memperkuatkan ekonomi melayu diabaikan dan dipandang sinis bila dikemukakan, " katanya.

Kovensyen yang bertemakan 'Menggilap Harapan Raykat' itu turut melibatkan beberapa orang pemidato seperti pengarah Pemantapan Politik dan Keanggotaan merangkap Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Datuk Johari Abdul dengan tajuk 'Menuju Putrajaya', Pengarah Strategi PKR Pusat, Tian Chua ' Analisa Isu Politik Semasa' dan Setiausaha PKR Pusat, Dato' Salehudin Hashim dengan tajuk ' Keberkesanan Organisasi Parti'.

HarakahDaily.Net/-

Akta Halal: kerajaan jangan janji kosong

KUALA LUMPUR, 9 Nov : Ahli Parlimen Baling, Taib Aizamuddin berharap janji kerajaan untuk menguatkuasakan akta halal menjelang tahun depan bukan sekadar janji kosong.

"Saya harap jaminan kerajaan kali ini bukan janji kosong sebab dah banyak kali kerajaan janji nak bentang rang undang-undang sebelum laksana Akta Halal ini," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

Beliau yang juga bekas Imam Masjid Negara berharap penguatkuasaan tersebut mesti dilakukan secara professional meliputi semua lapangan termasuk industri makanan,ubatan serta barang-barang keperluan umat Islam.

"Kalaulah kerajaan boleh keluarkan lesen berniaga dan sebagainya, sijil halal untuk semua industri yang libatkan barang keperluan orang Islam mesti dikeluarkan sijil halal yang ada nilai, ada integriti (dan) ada professional," ujarnya.

Jelasnya lagi, kerajaan juga perlu menubuhkan suatu badan penguatkuasa berseragam untuk memantau kilang-kilang makanan dan hotel-hotel restoran yang menyediakan makanan untuk pengguna Islam.

"Kita tak boleh tunggu lagi pihak kilang atau hotel panggil, baru kita pergi pantau di tempat mereka."

"Kalau boleh, ditempatkan pegawai (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia),JAKIM dengan pihak kilang atau hotel sendiri beri elaun untuk pastikan kualiti (bahan makanan dan barangan) terjamin halal."

Beliau juga mencadangkan badan penguatkuasa tersebut bekerjasama dengan para pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom berjanji untuk memastikan semua makanan dan proses penyeliaan halal mengikut syariat Islam akan dikuatkuasakan menjelang tahun depan.

Menurut Jamil, JAKIM bersama-sama Jabatan Agama Islam negeri-negeri serta Jabatan Peguam Negara sedang menyiapkan draf undang-undang akta tersebut, sebelum dibawa ke Parlimen.

Rabu lepas, Taib mendesak kerajaan prihatin dengan industri pemakanan halal yang melibatkan majoriti rakyat Malaysia ketika menyertai sesi perbahasan Bajet 2010 di Parlimen.

Sekiranya Akta Halal berjaya dikuatkuasakan seperti yang dijanjikan, sekali gus menggalakkan lagi minat pelabur dalam dan luar melabur dalam industri hab halal negara.

HarakahDaily.Net/-

Anwar rakam terima kasih, puji cara PAS selesai masalah

GEORGETOWN, 9 Nov: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berterima kasih dan memuji PAS kerana terus meletakkan komitmen memperkasa Pakatan Rakyat.

Berucap pada Konvensyen PKR Pulau Pinang semalam, Anwar kagum dengan sikap PAS yang matang membuat keputusan dan pandai menjaga setiakawan.

"PAS ternyata sebuah parti yang komited dengan Pakatan Rakyat, matang dan bijak menangani permasalahan yang timbul.

"Saya juga berterima kasih dengan kepimpinanya yang sedaya upaya memperkemaskan pemuafakatan yang sedia ada demi perjuangan memartabatkan Negara berkebajikan, " tegasnya.

Kepimpinan PKR katanya wajar mengambil tauladan sikap dan kebijaksanaan kepimpinan PAS agar parti itu terus kuat untuk masa hadapan.

Anwar turut memuji sikap ahli PAS yang berdisiplin tinggi, bersungguh-sungguh, sanggup berjuang bila-bila masa dan pandai membaca strategi musuh.

"Itulah kelebihan PAS, ia mampu mendidik ahli dengan displin yang tinggi, memupuk kesungguhan, istiqamah dalam perjuangan dan lainya. Ia adalah berkat kematangan kepimpinan parti yang mengutamakan perjuangan, " tambahnya.

Bagi memantapkan Pakatan Rakyat, beliau turut menasihatkan agar semua pihak dalam pakatan tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah antara satu sama lain kerana ia memberi ruang untuk musuh menyerang pakatan.

Sebaliknya mengeratkan jalinan permaufakatan untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyatt mampu menandingi BN yang kini semakin lemah dan sedang mengalami penyakit kronik yang sukar diubati.

Kepada kepimpinan Pakatan Rakyat di lima negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan dinasihatkan agar mengukuhkan perpaduan dan sering turun padang bertemu rakyat dengan mewujudkan program bersama mereka dan jangan bersikap ego atau sombong.

"Kita baru nak mula bertapak khusunya di pantai barat semenanjung mesti kerja kuat dan kepada kepimpinan PKR diingatkan tambahkan ahli serta perkuatkan jentera di akar umbi, " kata Anwar.

Sementara itu, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Datuk Johari Abdul mahu semua parti dalam pakatan berusaha bersungguh sungguh ke arah persediaan menuju putrajaya.

"Untuk memenuhi hasrat kita ke Putrajaya apa yang penting ialah usaha gigih ke arah itu disamping mencipta kesungguhan ahli dan jentera di akar umbi.

"Kegigihan itu harus dilaksanakan oleh semua parti gabungan dalam Pakatan Rakyat, " tegas beliau seterusnya.

HarakahDaily.Net/-

Isu kepala lembu: MB tempelak ADUN BN

Menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim menempelak ADUN Sungai Pelek kerana kelihatan seolah-olah tidak mengetahui siapakah pihak yang bertanggungjawab mengadakan 'demonstrasi kepala lembu' akhir Ogos lalu.

Khalid bagaimanapun enggan menamakan "mereka" yang dikatakan terlibat di belakang peserta demonstrasi berkenaan, berpunca daripada isu pemindahan sebuah kuil di Shah Alam.

Menjawab soalan lisan ADUN BN tersebut, Yap Eee Wah mengenai langkah yang diambil kerajaan untuk memastikan insiden demonstrasi itu tidak berulang Khalid berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan pihak terlibat.

Usaha kerajaan untuk memulihkan suasana antara kaum ekoran isu tersebut bagaimanapun telah "dihalang" oleh pihak terbabit, kata Khalid lagi.

"Sungai Pelek tahu siapa mereka yang terlibat bukan membantu usaha untuk menyelesaikan masalah tetapi mengeruhkan lagi suasana," katanya ketika membahaskan usul belanjawan Selangor di sidang DUN hari ini.

Khalid berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan kumpulan yang bertanggungjawab mengadakan demonstrasi berkenaan.

"Saya dapati telah ada kesedaran bahawa tindakan kita itu mengambil kira kehendak masyarakat setempat. Kita beri jaminan supaya diberi keadilan dari segi kebebasan beragama dan bina tempat untuk beribadat.

"Langkah ini kita ambil supaya rakyat Selangor faham usaha kita untuk selesaikan masalah," katanya lagi.

Menteri besar berkata, usaha tersebut bagaimanapun boleh dihalang oleh tindakan pihak yang tidak berfikir secara matang bahawa tindakan itu akan memberi kesan buruk kepada masyarakat.

Menjawab soalan tambahan Yap yang meminta Khalid menjelaskan siapakah pihak yang dimaksudkan itu, menteri besar berkata, golongan tersebut merupakan kumpulan daripada parti Umno.

Menurutnya, mereka yang melanggar undang-undang telah dihadapkan ke mahkamah, "jadi tak perlu bahaskan".

Katanya lagi, kumpulan berkenaan bagaimanapun boleh dikenalpasti daripada maklumat diri kumpulan yang didakwa itu.

"Data itu menunjukkan mereka daripada parti Umno, namun sama ada mereka perkauman, ini kita kena bagi peluang untuk mereka nyatakan pendirian di mahkamah," katanya lagi.

MalaysiaKini/-


Anwar beri kata dua pada pemimpin PKR

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kata dua kepada pemimpin dan anggota PKR sama ada setia atau keluar daripada parti jika tidak mahu mengikut dasar yang ditetapkan.

"Semua anggota parti mestilah menyokong agenda perubahan, bekerja untuk Pakatan Rakyat atau terpaksa disingkirkan daripada parti," katanya.

Anwar yang juga ketua umum PKR menegaskan demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen PKR Pulau Pinang malam tadi.

Katanya, ramai pemimpin PKR yang mahu tindakan tegas dikenakan terhadap anggota yang tidak dapat mengikut dasar parti.

"Beri komitmen kepada parti atau tinggalkan parti dan sertai Umno," katanya.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata ketua cabang dan wakil rakyat PKR hendaklah sentiasa mematuhi dasar-dasar parti.

Katanya, mereka tidak boleh beranggapan bahawa mereka akan terus menjadi pemimpin dan wakil rakyat untuk selama-lamanya.

Sebaliknya, kata beliau, mereka mesti berkhidmat kepada rakyat dan mematuhi dasar dan prinsip-pembaharuan parti.

Anwar berkata, walaupun sesetengah kritikan terhadap pemimpin dan wakil rakyat parti ti boleh diterima, tetapi menegaskan bahawa beliau tidak akan berkompromi dengan mereka yang enggan mematuhidasar-dasar yang ditetapkan oleh parti.

MalaysiaKini/-

Lelaki Gigit Ular Sampai Mati

NEW DELHI, 9 Nov :- Seorang tukang kebun menggigit sampai mati seekor ular tikus yang mematuknya ketika dia sedang memotong rumput di Taman BDA di bandar Bhubaneswar pada Sabtu lepas.

Ramesh Jamda, 25, telah dipatuk di ibu jarinya dan ular itu enggan melepaskan gigitannya walaupun ditikam dengan gunting, demikian menurut akhbar The Telegraph hari ini.

Kerana tidak tahan sakit, lelaki itu menggigit ular yang menyerangnya itu sehingga mati.

"Saya gigit dia kerana itulah cara untuk melawan balik," kata Ramesh.

Menurut akhbar itu, Ramesh telah muntah beberapa kali sebelum pengsan selepas menggigit ular itu.

Keadaannya dilaporkan stabil.

-- BERNAMA


Ceramah Perdana Malam Ini.

Pada : 09 November, 2009 (Isnin)

Jam : 9.00 malam

Tempat : Taman Lembah Permai (Taman Jutaria) Batu Gajah

Penceramah :

1.) YB Dato' Mahfuz Omar
(Naib Presiden PAS)

2.) YB Drs. Khalil Idham Lim
(Ketua Penerangan PAS Perak)

3.) YB V. Sivakumar
(Speaker DUN Perak)

4.) YB Chang Ming Kai
(Adun Simpang Pulai)


* Anda di jemput hadir beramai-ramai......


Gambar sekitar kes jambatan runtuh Kuala Dipang Perak.

Email : Abdul Rahim Mohd Noordin



































Adab Jual Beli

Email : mohd naim mohd zain

1. Kita perlu mengambil kira keperluan, kehendak dan kemampuan, sebelum membeli.

2. Tidak digalakkan membeli, terutama makanan ketika terlalu lapar hingga mengakibatkan kita membeli pelbagai jenis makanan. Ini kerana dikhuatiri akan berlaku pembaziran kerana terlalu banyak makanan.

3. Sebaiknya dapatkan pandangan mereka yang arif mengenai sesuatu produk sebelum membelinya.

4. Elakkan menipu dan menganiaya penjual seperti memberikan wang palsu dan menawarkan harga terlalu rendah sehingga menzalimi hak penjual.

5. Bersikap jujur dan amanah ketika membeli.

6. Mengutamakan urus niaga dengan orang Islam supaya kita dapat membantu sesama umat kecuali apabila tiada pilihan.

7. Pastikan barang yang hendak dibeli halal dan bermanfaat.

Tujuh mitos, tujuh pembohongan

Email : kamil
Oleh : Hishamuddin Rais

Mitos ialah naratif yang dibuat bertujuan untuk memesongkan hakikat.

Contohnya: Raja dikatakan jelmaan tuhan - mitos ini bertujuan membodohkan kaum tani agar mereka memberikan tanaman mereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja.

Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah: selepas satu, satu lagi ditambah. Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang melahirkan perbezaan hanyalah mitos.

Contoh mitos: Pokok itu berhantu. Pokok itu wujud dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu tidak wujud.. Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut, maka kita akan mencari perlindungan.

Peranan untuk melindungi kita daripada hantu ialah bomoh dan dukun. Akhirnya kita tunduk pada kuasa bomoh dan dukun.

Mitos diwujudkan untuk tujuan baik dan tujuan jahat. Jangan pergi di dalam gua ini, ada hantu adalah nasihat yang bersalurkan penakutan. Nasihat ini baik kerana cuba menjaga keselamatan. Ia juga tidak baik kerana asasnya satu pembohongan.

Hari ini mitos masih cuba di wujudkan – tetapi agak susah. Dengan kemajuan ilmu, tidak ramai yang akan mempercayai mitos-mitos baru yang hendak direka.

Mitos seperti angkasawan Neil Armstrong turun ke bulan dan kemudian terdengar suara azan. Atau mitos Bruce Lee mati kerana bersilat dengan Dicky Zulkarnain – semua ini cuba disebarkan untuk menjadi bahan lawak jenaka.

Tujuan asal mitos ialah untuk membodohkan dan dalam masa yang sama menakut-nakutkan orang ramai. Kalau Raja Jepun berasal daripada Tuhan, maka diharapkan rakyat Jepun akan tunduk. Walhal kalau Raja Jepun ini makan petai, kencing dia tetap hancing. Kalau Putera Charles tercirit, baunya tetap busuk.

Lawan mitos ialah fakta. Fakta dapat dibuktikan melalui pengkajian. Ilmu pengetahuan manusia datang dari fakta dan pemikiran manusia. Semua ilmu dalam dunia ini berpunca daripada tiga sumber.

Pertama: Pengumpulan pengalamnan. Kedua: Kaji selidik. Ketiga: Ujian dalam bilik makmal.

Sesuatu mitos akan pecah jika kita berfikir secara rasional. Kajian ilmiah akan dapat membuktikan sama ada sesuatu itu mitos atau fakta. Jika sesuatu masih dalam kajian dan belum dapat dibuktikan betul atau salah, maka ia masih di tahap teori.

Satu ketika dahulu Letupan Besar atau Big Bang hanya satu teori. Hari ini ia telah diterima sebagai fakta. Teori menjadi fakta apabila kajian dapat membuktikan teori ini.

Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman manusia dari suatu zaman ke suatu zaman. Buruk atau baik pengalaman ini akan menjadi panduan. Panduan ini adalah ilmu pengetahuan. Ada ilmu pengetahuan yang turun dari mulut ke mulut. Ada yang dibukukan.

Dalam negara kita, ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan, ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini diterima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua.

Tetapi dengan adanya internet, kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta.

Mitos pertama

Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. Bohong. Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu menjadi persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya, sila tanya orang Sabah dan Sarawak .

Mitos kedua

Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. Bohong. Parti yang awal memperjuangkan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi.

Apabila wujud, slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA!

Mitos ketiga

Kemerdekaan dicapai tanpa pertumpahan darah. Bohong. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Hizbul Muslimin, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata.

Pada mulanya melawan Jepun, kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata, British tidak akan undur.

Mitos keempat

Lagu Negaraku dikatakan lagu kebangsaan kita. Bohong. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Penciptanya orang Perancis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857).

Nama asal lagu ini, Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan.

Di zaman konfrontasi Malaysia-Indonesia, radio repuklik itu memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku Abdul Rahman yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negaraku.

Mitos kelima

Bendera Jalur Gemilang – namanya baru berusia lima tahun. Ia adalah tiruan bulat-bulat bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled–Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Jalur Gemilang diciplak daripada bendera Amerika.

Buktinya, lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara atau Melayu. Warna merah dan putih adalah motif Nusantara - merah ertinya darah rakyat dan putih pula hati rakyat. Motif Nusantara ini wujud pada bendera Singapura dan Indonesia .

Mitos keenam

Wujud perpaduan Melayu. Bohong. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan Cina, perpaduan Arab, perpaduan Itali, perpaduan India .

Mitos perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu daripada 'ditelan' oleh Cina dan India . Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampung yang takut pada hantu memanggil bomoh untuk menghalau hantu.

Ini cara klasik sesuatu mitos bergerak - takut-takutkan orang ramai. Apabila orang ramai takut, maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi pelindung, walhal yang menimbulkannya gerombolan ini juga.

Mitos ketujuh

Malaysia negara unik. Bohong. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar.

Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia ini unik.

Hakikatnya Malaysia tidak unik; bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang-bilang kaum, berbilang-bilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolithic dalam dunia ini – semua ada kepelbagaian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.

Teknologi boleh memecahkan mitos. Lihatlah betapa teknologi dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.

Kalau dulu kita tidak tahu asal-usul lagu Negaraku. Hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemerdekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai, pecah.

Dokument-dokumen sejarah ini semuanya boleh kita baca melalui internet.

Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos-mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknologi akan membebaskan manusia daripada diperangkap dan dibelenggu mitos-mitos.

Tanpa mitos, manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional.


Pimpinan Jangan Terjerangkap Suara Melayu “Anjing Tersepit”

Oleh : Nash Ar-Rawy

Apabila anging tesepit berbicara apakah tanpa jerangkap samar. Atau apakah samar-samar lagikah pimpinan PAS akan putar alam anjing tersepit yang memang tradisionalnya tak lekang menyanyi lagu assobiyyah Melayunya dan MelayuIslam kononnya supaya PAS meninggalkan DAP/PAKATAN dan bersama UBN baru betul perjuangan PAS.

PAS pernah gagah menempur Umno di zaman Presiden Tuan Hj Yusuf Rawa dengan serangannya “ Menggempur Fahaman Assobiyyah” ? . Apa sudah berjaya mesej tersebut di terbarkan di khalayak dengan konsep Islamnya ; “ Rahmatan lil “alameen “ dan yang terkini “ PAS For All” dan “ Justice For All” . Atau masih ada lagikah Pimpinan PAS yang terkiai-kiai untuk menangkis peluru perkauman Umno; iaitu PAS menolak perpaduan Melayu Islam dan terima kerjasama politk dengan DAP/PAKATAN untuk memerintah Satu Malaysia.

Siapakah perkauman? Apakah MCA dan MIC itu bukan parti perkauman seperti Umno. Bukankah DAP dan PKR dianggotai oleh semua kaum yang menegakkan keadilan untuk semua tanpa mengira kaum dan agama; asalkan susah mesti dibantu .Tetapi, UBN membantu juga semua kaum tapi mengkaya-kayakan kroninya dan rakyat mahhein semua kaum terpinggir dan menjadi mangsa kerakusan UBN ; yang mempermainkan isu MelayuIslam tetapi adalah lidah anging tersepit yang hidup dengan dendangan lagu dan irama lidah anjing ‘MelayuIslam” yang cuba berselindung dengan jenama Islam spt : penerapan nilai-nilai Islam, Islam Hadhari dan MelayuIslam ;tetapi hakikatnya assobiyyah Melayu sama dengan parti perkauman Cina( MCA) dan perkauman India( MIC) . Tetapi, menembak peluru perkauman kepada DAP ; kononnya PAS mengkhianati MelayuIslam sebab menerima DAP dan menolak politik ‘MelayuIslam” Umno.

Tidak ada politik “MelayuIslam”sebenarnya, kerna yang ada hanya Islam (ad-Deen) dan bangsa seperti keturunan Melayu , Cina, India. dan lain-lain. Apakah Rasulillahu menegakkan ArabIslam dan Khalifah Islamiyyah di Turkey menegakkan TurkeyIslam dan kerajaan Islam Siber seperi Iran menegakkan ParsiIslam . Begitupun, PakistaniIslam atau AfganistaniIslam mengikut versi dan acuan Umno dan konsep Umno atau lebih tepat lagi “Akidah Umno’ seperti yang dinyatakan Presiden Umno yang jelas ada dua akidah . Iaitu Islam Islam yang betul dan satu lagi”Akidah Umno;iaitu MelayuIslam” yang bernausakan assobiyyah Melayu dan bertopengkan Islam ( ‘MelayuIslam ‘) .

Melayu tiada bisa selamatkan Melayu kerna yang bisa selamatkan Melayu , semua kaum dan bangsa adalah Islam.( ‘Pas For All”) Melayu bukan amalan agama ( ‘MelayuIslam’) tetapi bangsa atau ras. Buktinya, pembunuhan beramai-ramai di Memali adalah kefasadan fahaman “MelayuIslam”Umno : yang menjadikan Melayu bunuh Melayu hasil daripada konspirasi politik Umno( “MelayuIslam”) Buang biasiswa kepada Melayu yang sudah terjamin dalam ‘Social Contract” semua kaum satu Malaysia dalam Perlembagaan Malaysia. Buang Bahasa Melayu dalam pembelajaran ilmu matematik dan sains di institusi pengajian. dan penghakisan tulisan jawi zaman Khir Johari adalah kefasadan Umno( “MelayuIslam). Sejak bila DAP dan PAS/PAKATAN melakukan angkara pengkhianatan kepada bangsa , agama dan tanah air ini? Bukankah parti Umno( MelayuIslam) yang melakukannya.?Melayu bukan Islam dan Islam bukan Melayu. Melayu adalah Melayu( bangsa) dan Islam adalah Islam( Ad-deen) ; samasekali tiada wujud MelayuIslam kerna itu semua adalah penipuan Umno yang nyata dan akidah (‘Akidah Umno’ seperti kata Najib) yang sesat lagi menyesatkan.

Yanga ada hanyalah Islam kerna Islam itu penyelamat semua bangsa. Politik “MelayuIslam” Umno ternyata bukan sahaja “Melayu tipu Melayu” seperti kerakusan DEB yang melahirkan penipu bangsa yang kaya-raya dan terus kaya di atas nama Melayu yang mengambil peruntukan kepada Melayu yang susah untuk mengkayakan segelintir Melayu yang senang lenang di atas nama nak menolong Melayu yang susah. Sudah lebih 5 dekad politik umno “MelayuIslam” di manipulasi dan putar belit sepatutnya tiada timbul lagi masaalah kesusuahan orang Melayu dan semua kaum yang miskin yang susah yang tertindas kerna Malaysia Negara yang kaya . Tetapi, mengapa pembayar cukainyanya susah dan segelintar sahaja kolongmerat yang mewah melimpah ruah?

“ Formula One, One Malaysia, One Million, One Day “ Projek siapa ini kalau bukan “PROJEK KRONI SATU MALAYSIA” ? dan projek “ PKFZ” 20 BILLION HANGUS . Melayu . Cina , India yang susah dengan tekanan ekonomi dapat apa ? Ini semua adalah kefasadan rasuah dan kerakusan segelintir kolongmerat Cina yang kaya (MCA) dan segelintir Melayu umno ( “MelayuIslam’) yang kaya seperti yang di dedahkan oleh tokoh MCA sendiri. Ternyata politk Umno jenama ‘MelayuIslam” tidak bisa selamatkan Melayu dan semua kaum . Sebaliknya , qorun-qorun UBN menggunakan sentimen kaum dan agama untuk terus memerintah dan meratah khazanah negara kepunyaan rakyat.

Politik jenama ‘MelayuIslam ‘Umno ini sudah muak di hati rakyat yang sekarang ini beralih kepada PAS/PAKATAN . Cina , India sudah tahu yang sebenarnya perkauman bukannya PAS atau DAP yang bernaunsakan universalitas tanpa sempadan kaum tetapi; politik perkauman sebenarnya adalah politik jahat Umno “MelayuIslam” yang menipu dan khianat kepada Melayu ( bangsanya sendiri) dan Islam . Buktinya menolak hudud dan menolak royalti kepada kerajaan rakyat Kelantan dan dipaksakan ‘wang ehsan” yang tiada disebut langsung dalam Akta Petroleum. Akan tetapi, , mengapakah Sabah dan Sarawak bisa ada ‘ROYALTI” . Inilah kefasadan ke atas orang Melayu dan Islam yang dilakukan oleh politik jahat Umno “MelayuIslam” yang menipu dan khianati agama , bangsa tanah air dan sistem federalisme; yang berselindung di sebalik politik “MelayuIslam” bermain dengan sentimen kaum dan agama untuk hidup ; justeru itu, jenama Islam Hadhari ; Islam cabut lari . Mana ada lagi retorik itu sekarang yang diganti dengan retorik tadika satu Malaysa iaitu itu: SMS ( SATU MALAYSIA SEKULAR) berjenama “MELAYUISLAM” yang menipu dan topengan semata-mata.

Justeru itu, begitu tepat sekali “At Correct Time and Correct Place” kerjasama politik PAS, DAP PKR untuk membasmi kefasadan rasuah, perkauman dan keautokrasian kezaliman(ISA) yang di bawa UBN dengan jenama politk “MelayuIslam” yang sudah lapok dan basi ini; di terjermahkan dalam PRU 13 nanti dengan menolak dan kunci-mati jajaan dan jualan murah Umno yang menjual satu malaysia untuk kroni dengan dagangan politik “MelayuIslam” dan kerjasama politik Pas-Umno yang sudah tak laku tapi tergila-gila menjajanya bagai orang yang bercakap merapu di hujung nyawa; dengan lidah “MelayuIslam” dan “akidah baru” dari lidah angjing yang tersepit; seperti mana gambaran dalam Qur’an sifat orang yang menolak Islam ibarat anjing yang yang menjelir lidahnya sepanjang zaman. Tutup sudah buka lidah anging tersepit( “MelayuIslam/ “Akidah Baru) dan bermulalah penjanaan semula ( ‘revitalize’) gelombang baru massa bersama PAS /Pakatan merealisasikan kemenangan dengan KEMUAFAKATAN PAKATAN yang jitu dan padu pada PRU 13 ini nanti,insyaAllahu! “PAS FOR ALL “ JUSTICE FOR ALL “ mengatasi dan mengurusi arus perdana politik yang membantutkan dan mematikan politk Umno “MelayuIslam” (sentimen kaum dan agama) dan politik satu Malaysia tenggelam dalam PARTI ISLAM SATU MALAYSIA(PAS) dengan merealisasikan konsep Islam : penyelamt agama ,bangsa dan negara ; iaitu, “ISLAM FOR ALL”

“ GOD IS THE GREATEST! “.



Cahaya Iman

Email : mohd naim mohd zain


Iman ialah puncak tenaga
Tempat lahir segala-galanya
Yang diperlukan hidup ini
Ia yang mengkayakan hati kita

Iman ialah sahabat yang setia
Yang menemani disaat suka dan duka
Iman ialah pembimbing yang memandu kita
Menuju kebahagiaan hidup di dunia

Oleh itu hendaklah kita sedari
Iman itu penting dan perlu dimiliki
Ia perlu dicari sepenuh hati
Bekalan insan menuju Illahi

Iman ialah Cahaya amal
Tingkatkan iman kita di dunia
Cahaya iman kan selamatkan kita
Menuju hidup bahagi diakhirat sana


KENYATAAN MEDIA : kecaman kepada pihak yang menyebar risalah fitnah terhadap PAS.

Berhubung dengan tersebarnya diberbagai tempat di Perak mengenai "risalah sampah" yang disiarkan dalam berbagai media termasuk dalam satu posting dalam blog ini, dengan ini saya ingin mengeluarkan beberapa kenyataaan :

1. Saya mengecam tindakan yang tidak bertamaddun pihak yang tidak bertanggung jawab dalam mencetak dan mengeluarkan risalah sampah itu. Sikap bacul dan penakut pihak yang terlibat sangat terserlah bila tidak ada cetakan dari mana pihak yang mencetak dan mengedarkan risalah tersebut.

2. Kesempatan ini nampaknya lebih mirip kepada keadaan politik di Perak yang mengambarkan pembubaran DUN makin hampir berlaku dan saya berharap semua jentera dalam komponen Pakatan Rakyat Perak khususnya PAS terus meningkatkan gerak kerja dalam menghadapi pembubaran DUN tersebut.

3. Diharapkan semua kawasan PAS dan cawangan-cawangan yang menjumpai risalah dan kain rentang yang digantung untuk memusnahkan dengan apa cara sekalipun kerana ianya adalah fitnah dan kerja jahat pihak yang tidak bertanggung jawab.

Saya memuji tindakan segera beberapa kawasan PAS dengan memusnah dan menurunkan kain rentang , juga membuat laporan polis .

4. Sesungguhnya apa yang di perkatakan dalam risalah itu adalah pembohongan kepada fakta, putar belit kepada keadaan yang sebenar dengan satu niat jahat untuk menjauhkan sokongan orang melayu kepada PAS. Sekaligus untuk menarik sokongan orang Melayu kepada UMNO/BN.

Namun tidakkah semua mengetahui, UMNO adalah petualang bangsanya sendiri dan penghianat kepada orang Melayu sendiri. Termasuklah di Kelantan. Di mana tindakan menafikan hak rolyati minyak kepada Kelantan oleh Presiden UMNO yang juga PM 1Malaysia adalah bukti terbaru bahawa UMNO adalah petualang kepada bangasa Melayu sendiri khususnya Melayu di Kelantan.

Sekian terima kasih.

KENYATAAN MEDIA/ 9 nOV. 2009

DRS. KHALILIDHAM LIM
Ketua Penerangan PAS Perak.

Nik Aziz kata SPRM bebas siasat menantunya

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata terpulanglah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat sesiapa sahaja termasuk menantunya, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang dituduh melakukan pecah amanah.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata sekiranya dakwaan itu benar seperti dakwaan penulis blog terhadap menantunya itu, beliau sendiri akan mengucapkan terima kasih tetapi jika perkara itu tidak benar, penulis blog terbabit akan menanggung dosa kerana membuat tuduhan melulu.

"Kalau dia (penulis blog) buat perkara yang tidak ada, dia tanggung dosa, tetapi sekiranya betul saya ucapkan terima kasih.

"Sudah dua kali dah (disiasat), tidak ada apa pun, ini adalah blog-blog mainan orang yang bermasalah...dia buat (cerita) benda tidak ada (tidak benar) dia tanggung dosa," katanya kepada pemberita di rumahnya di Pulau Melaka hari ini.

SPRM baru-baru ini telah menyiasat dakwaan itu dan telah ke pejabat Abdul Ariffahmi bagi menyiasat dakwaan penulis blog tersebut.

Nik Aziz yang mengakui mengenali penulis blog terbabit berkata berkemungkinan ia juga didalangi oleh "orang dalam" yang menyampaikan maklumat kepada penulis blog terbabit bagi tujuan tertentu.

"Kalau dengan niat untuk mengkhianati, dia tanggung dosa dan kalau dia buat dengan niat bersih, kami lebih beringat," kata Nik Aziz. - Bernama

MalaysiaKini/-

Najib: Pengundi mungkin tolak MCA jika krisis berlarutan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak akan campur tangan dalam masalah dalaman MCA, kecuali beliau menerima jemputan yang jelas dari parti itu untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa MCA seharusnya menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin bagi memastikan ia muncul sebagai sebuah parti yang kukuh dan bersatu.

Menjawab satu soalan, beliau berkata 'pelan perpaduan lebih menyeluruh' yang sedang diusahakan dalam parti itu, dicetuskan oleh kepimpinan MCA sendiri bagi menyelesaikan masalah mereka.

"Ia bukan pelan saya, tapi ditampilkan oleh kepimpinan MCA sendiri. Mereka ada memaklumkan kepada saya mengenainya, dan saya beritahu mereka bahawa apa yang paling penting adalah saya mahukan sebuah parti MCA yang kukuh dan bersatu. Kemudian baru MCA boleh mewakili majoriti komuniti Cina," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kongres Tahunan Parti Demokratik Liberal di 1Borneo di Kota Kinabalu hari ini.

Beliau berkata MCA tidak punyai pilihan, mereka perlu menangani masalah dalaman dengan segera kerana sekiranya ia tidak diselesaikan dalam tempoh masa tertentu, ada kemungkinan calon-calon MCA ditolak orang ramai pada pilihan raya akan datang.

Semalam Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Naib Presiden Umno berkata sudah tiba masanya bagi MCA meminta Najib, yang juga pengerusi BN, untuk masuk campur dan cuba menyelesaikan masalah kepimpinan parti itu.

MCA mengadakan mesyuarat agung tergempar (EGM) pada 10 Oktober lepas dalam usaha menyelesaikan krisis kepimpinan yang dihadapinya, namun hasilnya dilihat masih belum dapat merungkai masalah yang melanda parti itu.

Ini ekoran kumpulan yang mendakwa mewakili 16 orang atau satu pertima anggota jawatankuasa pusat (CC) MCA memanggil EGM baru pada 28 November ini untuk membolehkan perwakilan memutuskan sama ada pemilihan baru MCA perlu diadakan. - Bernama

MalaysiaKini/-

Realisasikan segera resolusi PAS

KUALA LUMPUR, 8 Nov: Bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Dzulkifli Ahmad (gambar) menganggap resolusi yang dicapai pada Seminar Politik PAS semalam sebagai tepat dan perlu direlisasikan secara serius dan bersungguh.

Beliau yang dihubungi berkata, resolusi semalam meletakkan PAS lebih fokus merancang plan tindakan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

“Itu semestinya seperti resolusi terakhir seminar, (iaitu) merumuskan suatu plan tindakan untuk hadapi PRU13, mengekalkan sokongan (pengundi) Melayu-Islam dan melebarkan tapak sokongan yang merentas garis kaum, agama dan budaya…dengan erti kata lainnya (adalah) menjelaskan maksud dan erti PAS Untuk Semua.” tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menjelaskan bahawa PAS perlu segera mempersiapkan suatu pelan kemenangan untuk dibentangkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Disember depan, sekiranya serius mahu merealisasikan resolusi seminar tersebut.

“Sebelum Konvensyen PR akan datang ini, saya mengharapkan ketika itu sudah ada satu lakaran agenda bertindak dari PAS jika serius dengan resolusi ini (seminar),” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Ujarnya lagi, pelan tersebut perlulah mengambil kira semangat bersama DAP dan PKR, yang merupakan anggota parti dalam PR.

“Jadi, kita tidak boleh lagi menekankan apa jua idea (kepentingan) kita saja. Kita perlu buat persiapan mental, bagaimana PAS boleh mengukuhkan Pakatan secara bersama (dengan PKR dan DAP),” ujarnya lagi.

Beliau juga menggesa kepimpinan PAS disemua peringkat serius melaksanakan resolusi tersebut,supaya betul betul mampu memperkukuh parti itu.

“Resolusi ini akan gagal sekiranya (PAS) tinggalkan resolusi dalam lipatan seminar… tidak ada usaha serius melaksanakan kesemua resolusi bersama secara teratur,” jelasnya.

Nasihatnya lagi, peserta seminar pula tidak perlu lagi memanjangkan emosi salah apabila pihak luar mengkritik idea Kerajaan Perpaduan yang mahu dilaksanakan PAS sebelum ini.

“Ada mendakwa presiden kita (Tuan Guru Abdul Hadi Awang) mahu masuk Umno, sedangkan peserta tidak mendakwa begitu…rakyat sebenarnya tidak mahu parti (PAS) diheret pada Kerajaan Perpaduan bersama Umno. Sebab itu, isu Kerajaan Perpaduan perlu diperjelas secara inteletual, bukan emosi,” tegasnya.

“PAS sepatutnya ke arah sistem dua parti dengan memperkukuhkan Pakatan…soal-olah mengelirukan garis perbezaan antara (idea) Kerajaan Perpaduan dengan (sistem) dua parti itu (PR dan Barisan Nasional) perlu diperjelaskan.”

Sebaliknya, PAS perlu menganggap segala kritikan oleh Pakar Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UiAM) Profesor Dr. Abdul Aziz Bari (gambar) dan Pengasan Pengajian Masa Depan dari Universiti Malaya (UM) Dr. Abu Hassan Hasbullah sebagai sesuatu yang berniat baik untuk servival politik PAS kelak.

“Bagi saya, mereka berdua (Profesor Dr. Abdul Aziz Bari dan Dr. Abu Hassan Hasbullah) adalah gandingan yang cukup cantik untuk membantu PAS. Walau mereka bukan ahli PAS…saya lihat segala kritikan mereka sebenarnya berniat baik untuk melihat PAS terus dipersada politik nasional,” jelasnya

“Dr. Aziz sendiri kata di Malaysia ini tidak ada parti Islam untuk umat Melayu jadikan wadah kecuali PAS. Maknanya, kritikannya mahu lihat PAS lebih baik dari apa yang ada sekarang.”

“Dr. Abu Hassan juga begitu. Dia minta PAS jangan berfikiran primitif dengan mengetepikan persepsi umum rakyat kerana ini (persepsi) adalah soal mandat dan kepercayaan rakyat.”

Beliau turut mengkritik segelintir peserta seminar yang membalas kritikan kedua-dua panelis jemputan tersebut secara emosional, semalam.

“Jadi, tidak perlulah dicabar-cabar secara emosi (agar) kedua-dua ahli akademik itu turun padang menjadi ahli politik kerana analisis dan memberikan perspektif adalah kegiatan mereka…kalau berjumpa doktor, janganlah dimarah pula ( (atau) dipertikai bila Doktor beritahu kita (bahawa) ada (mengidap) kencing manis,” ujarnya.

Selain memperkatakan soal Pelan Kemenangan PR, Resolusi seminar semalam turut menyentuh soal memperkukuh semangat setiakawan bersama dalam kalangan pemimpin PR di peringkat Kawasan dengan Kerajaan Negeri PR.

Resolusi seminar tersebut juga menjelaskan bahawa PAS bertegas menutup sepenuhnya pintu rundingan bersama Umno melalui idea Kerajaan Perpaduan, serta akan turun padang menjelaskan komitmen tersebut di setiap peringkat secepat mungkin.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang lain Datuk Husam Musa beberapa hari lepas turut mencadangkan suatu Pelan Kemenangan PRU13 dibentangkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Disember depan.

Cadangan itu, demi mengeluarkan PAS dari kemelut Kerajaan Perpaduan, di samping berusaha memperkukuh PR.

Seminar semalam merupakan keputusan susulan menggantikan Muktamar Agong PAS (EGM), sebagaimana yang dinasihatkan oleh Mursyidul Amnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat demi menyingkirkan beberapa individu yang dianggapnya bermasalah pada PAS dan PR.

Dengan resolusi seminar semalam, banyak pihak beranggapan persepsi rakyat terhadap iltizam politik PAS kembali fokus bersama PR.

Sekali gus, ianya menyekat usaha Umno seperti sebelum ini yang mahu memecahbelahkan muafakat parti-parti dalam PR sebelum menjelangnya PRU13 kelak. -END

HarakahDaily.Net/-

Pemuda dekati golongan muda dengan futsal

PULAU PINANG, 8 Nov: Mungkin tidak berkaitan dengan seminar khas PAS semalam, tetapi apa yang dibuat oleh Pemuda PAS adalah untuk mendekati golongan muda yang dikatakan sudah mulai menjauhi PAS.

Lebih 500 pemuda telah menyertai kejohanan futsal bagi merebut piala Ketua Pemuda PAS untuk zon Pulau Pinang dan Kedah baru-baru ini.

Kumpulan Lagenda FC Kulim, Kedah telah berjaya menjadi juara dalam pertandingan yang telah diadakan di Safira Sport Planet, Seberang Jaya baru-baru ini.

Pasukan ini juga akan mewakili Pemuda PAS Pulau Pinang ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan tidak lama lagi.

Dalam pertandingan tersebut sebanyak 65 pasukan yang disertai oleh lebih daripada 500 peserta daripada Kedah dan Pulau Pinang telah mengambil bahagian.

Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Exco Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan kepada para pemenang. Dalam kejohanan tersebut tempat kedua telah dimenangi oleh kumpulan SDM Navy.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Bagan Boy daripada Pulau Pinang dan keempat ialah Simple FC.

Antara resolusi Seminar Memperkasakan PAS semalam adalah mendekati golongan muda yang dikatakan sudah mula menjauhi PAS. Mungkin program ini agak lewat sehingga terhasil persepsi itu.

Mohd Sany dalam ucapan beliau berkata usaha yang diambil oleh Pemuda PAS ini adalah satu usaha yang amat terpuji bagi merapatkan remaja dan generasi muda dengan PAS.

"Secara tidak langsung kegiatan riadah sebegini rupa membawa satu ikatan antara pemuda tempatan dan juga Pemuda PAS Pulau Pinang. Kita mahu melihat bahawa PAS bukan saja dilihat sebagai penggerak untuk memperjuangkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat tetapi juga meneruskan agenda untuk menjadikan remaja dan generasi muda sebagai mereka yang sentiasa bergiat aktif dalam sukan disamping menjadikan PAS itu sebagai wadah perjuangan.

"Kita lihat pada hari ini dengan jumlah lebih daripada 500 peserta daripada pelbagai keturunan masyarakat yang turut serta membuktikan bahawa PAS diterima oleh semua golongan.Ini adalah sejajar dengan konsep 'PAS For All' atau PAS untuk semua sepertimana yang diperjuangkan selama ini."

HarakahDaily.Net/-

Presiden PAS Arah Guna IT Lawan Persepsi Buruk

SHAH ALAM, 8 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta PAS menggunakan IT sepenuhnya untuk melawan segala tohmahan sehingga melahirkan persepsi buruk terhadap PAS.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis perasmian sambutan 10 Tahun Jabatan IT PAS Pusat.

"Kita memang tersekat untuk masuk dalam semua rumah rakyat negara ini, tetapi saya yakin ICT boleh melakukannya," kata Abdul Hadi dalam ucapannya itu.

Untuk melaksanakannya, beliau meminta kajian, penyelidikan dan inovasi dibuat untuk membolehkan perkara ini dilaksanakan.

"Kita mesti mendahului lawan kita dalam hal ini walaupun kita kekurangan jentera, petugas dan sebagainya," kata beliau.

Dalam ucapannya itu juga, Abdul Hadi menyelar pihak-pihak yang menggunakan IT sekarang untuk menyebarkan maklumat salah sehingga menimbulkan fitnah.

"Kena ingat, fitnah ini besar dosanya," katanya.

Turut hadir dalam majlis sambutan ini adalah Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad.

Arahan Abdul Hadi ini diadakan sehari selepas seminar memperkasakan PAS yang banyak mendapat imput baru untuk memperkasakan parti Islam itu.

Saranan Abdul Hadi dilihat selaras dengan usaha Lajnah Penerangan PAS Pusat yang sedang berusaha menganjurkan Konvensyen Blogger PAS dalam masa terdekat.

Ianya mempunyai tujuan serupa iaitu membentuk kumpulan blogger PAS bagi menangkis fitnah di alam maya.

Selain itu ianya juga diharap mampu berdepan serangan 'cyber trooper' parti lawan.

HarakahDaily.Net/-

Provokasi UMNO BN terhadap PAS, PKR

Email : Pie

Umno telah melakukan provokasi dengan memasang poster plastik berkualiti " PAS TIDAK RELEVEN " , "HUsam Kudakan Tok Guru ", "HUsam Kuda Anwar " ditampal di pondok bas pokok-pokok di Parlimen Bagan Serai. Selain dari ibu Banner berukuran 6 kaki X 4 Kaki turut dipasang ditempat tempat awam untuk memburukkan PAS khusunya kepimpinan.

Menurut Naib YDP Kawasan Us Sabri Sabran beliau mula melihat semasa awal pagi sabtu semasa hendak ke Konvensyen PAS Pusat dan mengarahkan Unit Amal untuk menurunkan banner dan membuka poster yang dilekatkan oleh upahan-upahan UMNO BN.

Pada pagi Ahad seorang peniaga yang En Awi beliau telah menurunkan beberapa banner dan membuka poster di pekan semanggol untuk memburukkan PAS. Menurut Tn. Hj Ismail yang tinggal di Jalan Gula Simpang Empat Semanggol terletak dalam DUN Selinsing beberapa banner dan poster turut digantung dan ditampal oleh UMNO BN untuk memburukkan PAS. Beliau bercadang untuk membuat laporan polis.. Adalah diharapkan petugas-petugas pas mengambil langkah untuk mengawasi mereka yang tidak bertanggungjawab dengan membuat laporan polis.

Menurut beberapa penganalisis politik yang ditemubual DUN Perak semakin hampir untuk di bubarkan . UMNO BN mula menyerang PAS untuk menghilangkan sokongan orang melayu terhadap PAS khususnya DUN Semanggol dan Selinsing.