GEORGETOWN, 9 Nov: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat agar tidak tertipu perwatakan baik yang cuba dilakonkan kerajaan Umno BN.
Berucap ketika memberi ucaptama di Konvensyen PKR Negeri Pulau Pinang di Dewan Tunku, Komplek Tun Abdul Razak (KOMTAR) semalam, Anwar menasihatkan rakyat untuk melihat secara menyeluruh apakah benar Umno sedang berubah sedangkan tindakan mereka tidak menunjukkan kebenaran itu.
"Apakah usaha memberi wang ehsan kepada Kerajaan Kelantan membuktikan BN telah berubah untuk menjadi kerajaan yang berhemah dan kembali kepada ketuanan rakyat.
Tidak sama sekali kerana sepatutnya bukan wang ehsan tetapi royalti sebagaimana yang dituntut oleh kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, " ujarnya.
Ujarnya lagi, apakah sudah sudah cukup kerajaan melepaskan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menunjukan Najib telah sedar kesilapan lampau.
Jesteru itu, rakyat harus peka kezaliman BN yang terus menaikan harga barangan, menangkap peserta himpunan aman, menuduh dan merancang kompirasi menjatuhkan seseorang, menggalakan perasuah, penipuan, penyelewengan, sistem kehakiman masih gagal dipulihkan serta demokrasi menjadi kuku besi merampas kerajaan yang ditentukan oleh rakyat.
Bagi PKR proganda yang ditaburkan oleh BN itu semuanya bermatlamat menyelamatkan pengaruh mereka yang semakin karam biarpun media pro kerajaan mengambarkan Umno dan BN kembali dilandasan perjuangan sebenar.
"Kerja buat Umno dan BN tetap macam dulu rakus dan ego dalam pentadbiran maka jangan anggap mereka sudah sedar.
"Ia cuma lakonan untuk menarik hati pengundi bila menang nanti rakyat diketapikan seperti dulu, " terang beliau diiringan tepukan gemuruh hadirin.
Kini, kerajaan BN terus merangka strategi melaga-lagakan kepimpinan dalaman parti serta Pakatan Rakyat supaya rakyat memandang sinis kepimpinan kerajaan alternatif yang dapat melakukan lebih baik termasuk belanjawan yang lebih efesyen berbanding BN yang tidak memijak dibumi nyata.
Biar pun PKR tercemar dengan adegan 'katak' di negeri Selangor dan Perak namun ia sebagai pengajaran untuk melakukan pemilihan calon pada pilihanraya akan datang.
Golongan tersebut sebenarnya tiada perjuangan sebaliknya mementingkan diri tanpa menyedari kemenangan mereka terhasil daripada rakyat yang menolak BN.
"Memandangkan BN dalam keadaan kelam kabut membuatkan mereka cuba merangka strateji memusnahkan Pakatan Rakyat dengan menciptakan berbagai isu atau melagakan kepimpinan parti sendiri supaya wujud percakaran yang boleh mencetuskan pergolakan, " ujar Ketua Pembangkang itu lagi.
Bagi menjayakan hasrat parti dan Pakatan Rakyat sambung Dato' Seri Anwar, displin dan kecekalan dalam mengharungi perjuangan amat penting kerana tanpa semangat yang tinggi seseorang itu mudah jatuh dan tenggelam di lautan luas walhal kapal yang dinaiki selamat dan tidak bocor seperti bahtera Umno dan BN.
Menyentuh mengenai kononya Pakatan Rakyat di Pulau Pinang tidak mengutamakan orang melayu beliau mengatakan, isu ini sepatutnya tidak berbangkit kerana Umno lebih dahulu berkuasa di sini apa yang parti itu buat untuk orang-orang melayu melainkan perjuangan peribadi memperkayakan kepimpinan.
"Rakyat miskin terus menderita, papa dan kedana semasa diperintah oleh BN tetapi ia tidak difokuskan sebaliknya bila Pakatan Rakyat menang di Pulau Pinang hasil penolakan rakyat semua isu itu kembali menghiasi dada akhbar melayu.
Cadangan-cadangan untuk memperkuatkan ekonomi melayu diabaikan dan dipandang sinis bila dikemukakan, " katanya.
Kovensyen yang bertemakan 'Menggilap Harapan Raykat' itu turut melibatkan beberapa orang pemidato seperti pengarah Pemantapan Politik dan Keanggotaan merangkap Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Datuk Johari Abdul dengan tajuk 'Menuju Putrajaya', Pengarah Strategi PKR Pusat, Tian Chua ' Analisa Isu Politik Semasa' dan Setiausaha PKR Pusat, Dato' Salehudin Hashim dengan tajuk ' Keberkesanan Organisasi Parti'.
HarakahDaily.Net/-

9 ulasan:
Kalau dengan pakai serban, BN boleh menang pilihanraya, mungkin najib pun akan pakai serban dan rosmah pakai purdah, wallahuaklam.
umno bn selama-lamanya parti haram jadah...
jangan sesekali kita terpedaya dengan golongan fasik dan munafik ini..... pergi jahanam UMNO BN...
aku nak tanya le pd ahli2 UMNO yg setia dan totok ni yg hampir semuanye pengamal RASUAH TRADITIONAL..kalau mati le seseorang manusia tu ape yg akan bersama-sama mengikut MAYAT simati tu...biar aku jawab...KAIN PUTIH TIGA HELAI TUTUP TUBUH MAYAT, KERANDA TUK DILETAKAN MAYAT,VAN MAYAT YG NAK BAWAK MAYAT DAN SEDARA MARA DAN SAHABAT HANDAI itu pun sampai tepi lubang kubur....ada tak duit yg korang pulun ikut sekali..? renung2kan lah..kalau anda semua mengaku beragama ISLAM...itu pun kalau pernah datang ke kuliah agama...
TEMAN DAK DAPAT MELUPAKAN TINDAKAN JAHAT AMNO TRHADAP IBRAHIM LIBYA,SEKOLAH AGAMA RAKYAT,DUN PERAK,DEMO BERSIH ,ISA,PPMSI,DUIT ROYALTI,PENGHINAAN HUKUM ISLAM.MAKAN DUIT RAKYAT TANPA SEGAN SILU DAN BANYAK LAGI.... ALIF MIM NUN WAU
DALAM OPERASI LALANG BEBERAPA TOKOH AGAMA JUGA DITAHAN DIBAWAH ISA.
nama
Sokongan kepada PR dah semakin merosot di Perak, Ini realiti. Jangan tidur, bangunlah berjuang.
kami rakyat penang tak percayalah tipu daya kultus umno ni, kalau kultus umno nak memerintah negeri penang cerminkan diri dan lihat siapa pemerintahnya di penang.
Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata UMNO sudah mendapat suntikan baru.
Kalau seorang bergelar Profesor boleh percaya dengan lakonan UMNO/BN, apa tah lagi rakyat biasa yang IQnya rendah.
Anwar Harus cari jalan untuk membuat roadshow kseluruh negara memberi tahu kepada rakyat bahawa apa apa yang dilakukan oleh UMNO/BN hanya lakonan sahaja. realitinya tidak begitu.
Kata kata profesor Dr Aziz Bari boleh membuat rakyat yakin yang UMNO benar benar sudah berubah kerana mendapat suntikan baru.
Mungkin kerana menang dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang tidak lama dahulu atau berjaya dalam perhimpunan agungnya baru baru ini.
dlm politik ni semuanya lakonan.bila tak dapatkuasa lagi,mcm2 janji.terutama sekali parti pas.sanggup plak setegah pemimpinya masuk kelambu umno yg dimaki saban hari sebelum menang.sebab nk kongsi kuasa plak tu.tau pun susah nk jaga rakyat.bukan kah lakonan namanya.lepas tu ckp pemimpin kena dgr suara rakyat.tapi bila rkyt kritik skit melenting tak bertempat.sama jer dgnumno,byk puak mengampu.terus terang la saya ckp,haji hadi memang tak boleh bawa pembaharuan politik baru.cara berpolitiknya tak memikat org muda seperti kami.saya tak suka bn,tapi dah mula meluat dgn setengah pemimpin yg tak mau undur,bila rakyat dah bagi isyarat.klau pas masih dibuai mimpi menang besar pada pru lalu.saya pasti ia takn berlaku lagi dan selamanya seperti di terenggnu.dan pas hanya layak tuk jadi pembgkg sampai bila2.
Catat Ulasan