10 Februari 2008

Hari Keluarga PAS mendapat sambutan luar dugaan

KUALA KURAU (3 Februari) : Program Hari Keluarga Bersama PAS yang diadakan di Parit Tok Him di sini telah mencatatkan kehadiran luar dugaan. "Makanan yang kami sediakan untuk 200 tidak cukup kerana yang hadir lebih 300 orang. Kami tidak menjangka kehadiran sebegini ramai " Kata Tuan Haji Ahmad bin Abdullah Bendahari MTD Kuala Kurau.



Hari Keluarga anjuran MTD Kuala Kurau dengan kerjasama Dewan Pemuda dan HALWA MTD Kuala Kurau ini telah memuatkan acara-acara pertandingan yang menarik penyertaan penduduk setempat dan menghiburkan. Antara pertandingan yang dijalankan ialah peraduan mewarna, masakan, anyaman ketupat, gubahan, boling nyok, gusti lengan dan lain-lain. Khidmat Kesihatan percuma dijalankan semasa Hari Keluarga ini dengan bantuan enam orang doktor sukarela. Khidmat kesihatan ini meliputi ujian tekanan darah, ujian glukosa dan ujian berat badan unggul selain kaunseling kesihatan. Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Dr. Mujahid Haji Yusuf Rawa telah hadir merasmikan perasmian penutup program ini. Beliau menyarankan semua penduduk yang hadir supaya mengeratkan tali silaturrahim dan bersama-sama PAS memperjuangkan negara berkebajikan untuk semua rakyat.

"PAS akan pastikan kekayaan khazanah negara dinikmati oleh seluruh rakyat bukan beredar di kalangan pemimpin BN dan kroni mereka. PAS telah membuktikan negeri berkebajikan di Kelantan " Terang Dr Mujahid.

Dr. Mujahid bersama isteri beliau telah sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan. Sebelum itu Dr. Mujahid menyampaikan sumbangan kepada lapan keluarga susah di sini termasuk sumbangan kerusi roda kepada seorang pesakit yang kurang upaya. Seorang penduduk yang ditemui berkata kehadiran ramai penduduk setempat ke program anjuran PAS ini membuktikan sokongan besar kepada PAS di DUN Kuala Kurau. "Hanya PAS parti yang paling layak menghadapi BN di DUN Kuala Kurau.

Berdasarkan kesungguhan PAS menganjurkan berbagai kegiatan terutama sekali melibatkan hal-hal kebajikan termasuk dengan kaum bukan melayu, ianya pasti akan melonjakkan lagi undi berbanding dalam pilihanraya lepas." Tegasnya yang kerap bersama dalam program PAS. Sementara itu, MTD Titi Serong juga mengadakan program Ceramah Kesihatan di Bagan Tiang pada masa yang sama. Program ini menjemput seorang pakar kesihatan masyarakat menyampaikan ceramah dan kaunseling kepada penduduk yang hadir. Khidmat kesihatan juga diberi selepas ceramah.

Berita dan gambar lengkap layari :http://paritbuntar.pas.org.my/

Hu Jintao Adakan Tinjauan ke Guangxi Semasa Perayaan Tahun Baru China

Presiden China Hu Jintao telah mengadakan tinjauan terhadap daerah Nanning dan Baise Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China semasa merayakan Tahun Baru China. Beliau telah bertemu langsung dengan para pekerja dan polis dan bersama-sama merayakan Tahun Baru China dengan penduduk pelbagai etnik tempatan.



Dalam tinjauan di Syarikat Jaringan Elektrik Guangxi Berhad, Hu Jintao berkata bahawa menjamin bekalan elektrik merupakan tugas utama dalam kerja-kerja mengatasi kesan bencana salji tebal ini. Bekalan elektrik merupakan asas terpenting bagi pemulihan operasi sosio-ekonomi di kawasan yang dilanda bencana salji tebal. Laluan penghantaran elektrik harus dibaikpulih dengan seawal mungkin untuk menjamin belakan elektrik yang lancar.

Bencana salji tebal telah melanda sesetengah kawasan di selatan China termasuk Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China dalam masa selama lebih 20 hari ini dan telah menjejaskan kehidupan penduduk tempatan.

Kerajaan China bagi Percuma, Kerajaan Malaysia Cuma Diskaun 50%

Warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang memiliki kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan diberi diskaun sebanyak 50 peratus apabila menggunakan perkhidmatan RapidKL dan RapidPenang mulai Isnin ini.




Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yakcop berkata, dengan adanya kad JKM itu, golongan tersebut tidak perlu lagi memohon kad diskaun daripada syarikat berkenaan.''Sebelum ini, mereka kena pohon kad diskaun, kena isi borang dan tunggu untuk mendapatkannya,banyak prosedur perlu dilakukan.

''Tapi sekarang mereka tidak perlu lagi risau, hanya tunjukkan kad yang dikeluarkan JKM dan mereka akan terus dapat diskaun 50 peratus," katanya.Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Sumbangan Tahun Baru Cina di St. Nicholas Home di sini hari ini.

Perlu diambil perhatian kebajikan sebegini telah lama dilaksanakan oleh Kerajaan China. OKU dan Warga tua bukannya diberikan potongan malah diberi percuma bila menaiki bas di China. Malah banyak lagi yang diberikan kemudahan kepada OKU termasuk diberikan kebenaran menggunakan motosikal roda 3 dalam keadaan motosikal telah diharamkan pengunaannya di bandar Guangzhou.

Inilah yang kita boleh janjikan jika kita pihak BA berjaya memerintah Malaysia jika diberi mandat oleh rakyat pada PR ke 12 yang akan diadakan bila-bila masa. Banyak sumber dan hasil negara yang kita boleh salurkan kepada golongan OKU dan warga tua.

Tok Guru :Politik Daya Tarikan Kelantan

KOTA BHARU 9 Feb. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, corak pemerintahan Pas yang berbeza daripada Kerajaan Pusat merupakan salah satu faktor tarikan pelancong asing dan tempatan ke negeri itu.Katanya, perbezaan itu menambahkan keunikan Kelantan selain kelainan cara hidup yang dikaitkan dengan pelbagai bentuk kesenian tradisional dan makanan di samping keramahan penduduknya.




Sehubungan itu , beliau percaya melalui promosi Tahun Melawat Kelantan 2008 dengan pakej-pakej baru yang diperkenalkan, sasaran untuk menerima 5.7 juta akan tercapai.Beliau berkata, sejumlah 5 juta pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung ke Kelantan sepanjang tahun lepas dengan jumlah perbelanjaan mereka mencecah RM1.6 bilion."Saya yakin sasaran tahun ini dapat dicapai berdasarkan kepada perkembangan masyarakat dunia yang ingin melihat apa yang sedang berlaku di Kelantan terutama sistem pemerintahan yang berasaskan Islam," katanya.Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan kempen Tahun Melawat Kelantan 2008 di sini malam tadi.

Sempena pelancaran itu, lebih 40 kumpulan kebudayaan dan kesenian rakyat pelbagai kaum menyertai perarakan mengelilingi bandar ini bagi memeriahkan sambutan.Nik Abul Aziz berkata, bagi mencapai matlamat itu pihak Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan akan mempergiatkan promosi ke beberapa negara Timur Tengah, Belanda dan negara jiran.

Menurutnya sepanjang kempen itu Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan akan menganjurkan pelbagai program bulanan termasuk peringkat antarabangsa terutama pertandingan Go-Kart, pesta wau antarabangsa dan pesta makanan ASEAN.

Menurut beliau lagi, pondok-pondok pengajian agama yang dibina oleh ulama-ulama masa silam bagi mengukuhkan kerohanian rakyat, boleh dikunjungi.''Ratusan kuih muih tradisional, makanan laut dan sifat ramah mesra rakyat, Kelantan dapat memikat hati pelancong menerusi pameran dan persembahan kesenian," ujarnya.

Beliau berkata, kehalusan seni rakyat Kelantan dalam menghasilkan barangan kraftangan yang terkenal seperti batik, kain songket, barangan perak dan pelbagai bentuk wau juga merupakan satu daya penarik. (Sumber : Bernama)

BN Janjikan Limpahan Pembangunan di Kelantan ?

Kedudukan BN dalam PR ke 12 untuk merampas Kelantan adalah dalam keadaan terdesak. Najib yang berada di Kelantan Kelmarin macam tidak sedar diri bercakap dengan kempen yang bukan, macamlah BN tidak dikenali oleh rakyat Kelantan. Apapun kita yakin Rakyat Kelantan akan terus memihak kepada BA bukan BN. Berikut adalah janji-janji manis Najib





Kata Najib,Kelantan bakal memperoleh kemajuan berganda yang tidak pernah dibayangkan jika Barisan Nasional (BN) mendapat mandat pada pilihan raya umum ke-12, TPM itu berkata, limpahan pembangunan itu sekali gus menjadikan Kelantan sebagai model ketamadunan Islam bagi negara ini yang berpaksikan kecemerlangan peradaban, intelek, ekonomi dan pendidikan.Najib berkata, Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan beliau sendiri cukup ikhlas untuk membantu rakyat Kelantan yang sepatutnya memperoleh nikmat sebagaimana rakyat di negeri-negeri lain.‘‘BN betul-betul ikhlas nak membantu, kita tidak mahu janji kita ini menjadi igauan tetapi sebaliknya impian ini menjadi realiti.‘‘Kita tidak akan sekali-kali menjadikan Kelantan terus hanya bermegah dengan slogan-slogan besar semata-mata,’’ katanya.

Antara janji manis BN oleh Najib ialah untuk bina Lapangan Terbang yang Baru dan Stadium yang baru. Mengenai stadium macam orang tidak siuman Najib berkata‘‘Saya amat sedih apabila dapat tahu Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, papan markahnya masih menggunakan orang untuk meletakkan angka, malah negara Afrika sekalipun dah guna sistem elektronik,” katanya.

Janji nak bina lapangan terbang pula Najib dipetik berkata ‘‘Kita mahu apabila sampai di lapangan terbang yang cantik dan selesa itu, kita akan lihat dua stadium serba moden tersergam.

Apakah stadium atau Lapangan terbang tidak boleh dibina kalau ianya dibawah Kerajaan Kelantan yang dikuasai oleh BA. Kenapakah limpahan yang dijanjikan akan dilaksanakan jika BN memerintah sahaja. Inilah kempen najib yang menampakkkan dia sendiri tidak cerdik. Sedangkan bos nya yang datang ke Kelantan semasa meresmi koridor pantai timur telah menjanjikan projek berbillion ringgit dihadapan MB Kelantan yang ada sekarang. Lawan bos nampaknya?

Selain itu kenapa Najib cuma bercakap tentang ketamadunan Islam dengan bahasa yang begitu bombastik sedangkan dinegeri lain yang dikuasai BN porak peranda semuanya. Lihatlah anak-anak muda Melayu khususnya di KL dan Lembah Klang adakah yang dihasilkan di sana yang dimaksudkan suatu ketamadunan.10Kaya atau miskin rakyat Kelantan kita yakin pada hati dan budinya yang tidak pernah mudah termakan oleh gula-gula Najib yang merupakan "racun" yang sangat berbisa. Ayuh rakyat Kelantan kita malukan Pak Lah dan najib yang menjadi "tok Dalang" dengan skripnya yang tidak boleh pakai. macam cerita Ramayan dan Mahabrata yang telah lama ditolak oleh rakyat Kelantan.

Najib : BN tidak Akan Berdendam?

Lain pula kenyataan Najib Tun Razak di Tanah Merah pada hari ini. Adakah ingin memujuk atau menipu orang kelantan yang bekerja dengan kerajaan Kelantan untuk memamgkah BN. Nampaknya ianya satu tektik baru Najib untuk menambah sokongan orang Kelantan kepada calon-calon BN.





Najib memberi jaminan dalam bentuk pembohongan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan berdendam dengan para penyokong Pas sekiranya ia kembali menguasai pemerintahan Kelantan kelak. Saya yakin orang kelantan tidak percaya dengan janji ini.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, semua pihak termasuk yang berkhidmat dengan kerajaan negeri terutamanya tidak harus bimbang tentang kemungkinan itu kerana ia tidak akan berlaku.

Kita masih ingat dengan sikap kasar dan dendam BN seakan tidak berperikemanusiaan setelah BN mengambil alih pemerintahan Terengganu pada tahun 2004.Banyak yang dibuang kerja.Sikap melampau ini melarat kepada insiden merobohkan penempatan di Kg. Bujal termasuk sebuah surau. Adakah ini bukan dendam kesumat namanya.

Calon Import Bukan Isue Utama.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Pas Kelantan akan terus memberi laluan kepada “calon import” yang bukan berasal dari Kelantan untuk bertanding di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pengambilan calon luar untuk bertanding di negeri itu telah lama diamalkan.“Kelantan sudah lama dah ambil orang luar Kelantan bertanding di negeri ini”,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen Tahun Melawat Kelantan (TMK) di sini malam tadi.

Sebenarnya perkara ini juga berlaku kepada BN yang mengambil calon-calon luar kawasan bertanding dalam sesuatu kawasan parlimen. Contohnya di Parlimen Parit Buntar, Hamid Zainal Abidin adalah calon luar yang menang pada tahun 2004. Jadi perkara ini bukan isu yang besar, asalkan calon yang menang itu akan melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat.

Dengar masalah rakyat -- Arahan PM Sudah Terlambat

Pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat di samping membaiki kelemahan masing-masing supaya terus mendapat sokongan, kata Abdullah Ahmad Badawi.Pada masa yang sama Perdana Menteri juga mahukan mereka bersikap jujur dengan memberitahu perkara sebenar kepadanya dan bukan hanya sekadar memuji.




Beliau yakin, jika langkah itu diambil oleh semua pemimpin BN, rakyat akan menyokong kerajaan dan terus memberi mandat untuk memerintah negara.

Kenyataan Pak Lah diatas dilihat sebagai gambaran sebenar tentang kebanyakan wakil rakyat BN yang tidak mesra rakyat. Mereka amat susah untuk ditemui sehingga rakyat sudah naik bosan dengan perangai tersebut. Bila sudah menjadi YB mereka lebih mengutamakan kepentingan peribadi berbading kepentingan awam atau rakyat. Kesimpulannya mereka tidak mahu dengar masalah rakyat.

Kita sangat sedih dengan sikap wakil rakyat BN yang tidak dapat turun membela nasih penduduk di Kg. Berembang dan Kg Paya Rimba dalam kejadian perobohan rumah dan sebuah surau oleh MPT setempat. Atas nama wakil rakyat Islam dia mesti turun apa lagi atas nama wakil rakyat dia tidak boleh lena di rumah dalam keadaan rakyat sedang menderita.

Sudah terlambat sangat arahan Pak Lah ini. Saya yakin rakyat tidak akan teragak-agak berkata kepada wakil rakyat BN yang cuba buat baik saat akhir sebelum pilihanraya....kalimat yang wajar disebut kepada mereka, "pi berambus" apa pasal sebelum ini tak datang-datang? poorah....dan sebagainya.

Rakyat perlu sedar jika sekiranya Calon-calon BN yang lama atau yang baru menang kembali dalam pilihanraya akan datang, perangai lama akan mereka buat balik. Kerana itulah semua mesti memilih wakil rayat baru dari BA yang saya yakin berkerja atas dasar amanah dari Allah yang akan ditanya kelak.