17 Disember 2010

Gantung Kami Jalankan Tugas MP Tidak Sah, Kata Karpal

PETALING JAYA 17 DIS : Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh berkata penggantungan empat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk beliau yang diputuskan semalam adalah tidak sah.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, usul yang diluluskan itu melarang beliau dan tiga Ahli Parlimen lain daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Beliau menegaskan, Parlimen hanya boleh menggantung daripada menghadiri sidang Parlimen, bukannya menggantung tugas sebagai Ahli Parlimen.

“Kami digantung daripada menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen. Tugas kami tidak terhad di Parlimen sahaja.

“Ini akan jadi perkara utama. Ini adalah satu pencabulan hak kami sebagai Ahli Parlimen yang mana telah termaktub dalam Perlembagaan (Persekutuan),” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Semalam, Dewan Rakyat menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal, R. Sivarasa (Subang) dan Azmin Ali (Gombak) daripada tugas sebagai Ahli Parlimen selama enam bulan.

Dalam usul itu, jelas mengatakan Karpal, Sivarasa dan Azmin digantung daripada tugasnya sebagai Ahli Parlimen manakala Anwar digantung tugas dari jawatan Ahli Parlimen selama enam bulan.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu digantung ekoran dakwaan beliau mengenai isu berkaitan APCO Worldwide dan gagasan 1 Malaysia.

Sementara Karpal, Sivarasa dan Azmin digantung kerana melanggar peruntukan Peraturan Mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh siapa jua sebelum panel itu membentangkan laporannya.

“Dalam negara kita Parlimen bukan yang paling tinggi, Perlembagaan yang paling tinggi. Keputusan yang dibuat Parlimen mesti berdasarkan Perlembagaan.

“Ketika saya digantung pada 1994 kerana menghina Yang di-Pertuan Agong, ayat yang digunakan sangat jelas, digantung daripada perkhidmatan di dalam Dewan,” kata Karpal.

Karpal turut berkata, Pakatan Rakyat sudah membuat keputusan untuk menyaman Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau juga mengaitkan penggantungannya dengan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zamry Abdul Kadir yang mencabar keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan membawa perkara itu ke mahkamah.

“Sebagai contoh, dalam kes Zamri keputusan boleh dicabar. Selagi kita yakin, kes ini akan dibawa ke mahkamah dan kita serius tentang perkara ini,” katanya.

Karpal juga berkata, Pakatan Rakyat akan membawa kes itu ke mahkamah dalam masa terdekat.

“Hujung minggu ini saya akan sediakan dokumen-dokumen, kita akan bawa kes ini dalam masa terdekat,” katanya.

Pada sidang media itu, Anwar yang juga Penasihat PKR menimbulkan persoalan kenapa APCO Worldwide yang mempunyai kaitan dengan Israel tidak boleh “disentuh.”

“Siapa APCO ini? Dewa kayangankah sampai tidak boleh disentuh? Mengapa APCO ini dianggap begitu berkuasa?

“APCO kata mereka badan profesional bebas tapi kenapa terlibat dalam kempen politik Malaysia? Kita minta APCO hentikan kempen politik ini.

“Sebab APCO, Ahli Parlimen digantung tanpa ikut peraturan,” katanya.-TheMalaysianInsider

Nazri Peguam Tiada Kelas Kata Karpal

PETALING JAYA 17 DIS : Ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai peguam tiada kelas jika dibandingkan dirinya yang digelar peguam kelas ketiga oleh menteri itu.

Nazri semalam melabelkan Karpal sebagai peguam kelas ketiga kerana mahu membawa kes penggantungan Ketua Pembangkang ke mahkamah kerana tidak ada keadilan diberikan kepada Ketua Pembangkang itu.

Namun menurut Nazri telah ada penghakiman yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai jurisdiksi atau bidang kuasa ke atas Parlimen.

Kenyataan Nazri itu disanggah oleh Karpal hari ini.

" Perkara ini pastinya akan dibawa ke mahkamah. Sudah ada kes sama seperti ini dahulu di Perak dan dalam kes Gobind. Saya mengakui memang saya membuat komen tertentu terhadap beliau tapi bukan itu persoalannya. Persoalannya saya tidak diberi ruang untuk mempertahankan diri,"ujar Karpal yang turut digantung selama enam bulan berhubung isu berkaitan firma perunding antarabangsa Apco Worldwide.

Karpal juga menjelaskan tindakan akan diambil ke atas Speaker Pandikar Amin Mulia kerana menyalah-gunakan kuasa meluluskan usul menggantung Anwar dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya.

Tindakan ke atas Speaker akan difailkan kemudian. Saya terkejut bila Nazri kata keputusan ini tidak boleh diadili di mahkamah. Ini keutamaan pada masa ini," ujar Karpal lagi.

Nazri semalam turut didakwa mengarahkan Pandikar supaya menggunakan Peraturan dewan 44 untuk menghentikan perbahasan dan membuat undi tanpa perdebatan.

Beliau turut melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah.(MalaysianInsider).

Denggi: Dua Mati Dalam Tempoh 5 Hingga 11 Dis

11 Muharam 1432H

KUALA LUMPUR 17 DIS: Sejumlah 498 kes demam denggi dengan dua kematian dilaporkan dalam tempoh 5 hingga 11 Dis, menurun sebanyak 102 kes
berbanding minggu sebelumnya.

Dua kematian yang dilaporkan dalam tempoh itu membabitkan seorang wanita berusia 41 tahun yang bekerja sebagai Pembantu Tadbir yang meninggal dunia diHospital Putrajaya dan seorang surirumah berusia 29 tahun di sebuah hospital kerajaan di Kuantan.

"Jumlah kes mingguan yang dilaporkan itu adalah jumlah kes mingguan yang terendah pernah dilaporkan tahun ini," kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr
Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata bagaimanapun enam negeri mencatat peningkatan kes pada minggu lepas berbanding minggu sebelumnya iaitu Johor meningkat sembilan kes, Kedah dan Pulau Pinang (masing-masing empat kes) dan Negeri Sembilan, Terengganu dan Labuan (masing-masing meningkat satu kes).

Mohd Ismail berkata jumlah terkumpul kes dari bulan Januari hingga 11 Dis ialah 44,641 kes, meningkat sebanyak 15 peratus atau 5,660 kes berbanding 38,981 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun lepas.

"Kes kematian akibat denggi juga meningkat sebanyak 59 peratus atau 49 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 132 kematian berbanding 83
dalam tempoh yang sama tahun lepas," katanya.

Beliau berkata terdapat sejumlah 123 lokaliti wabak denggi dipantau di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 11 lokaliti panas dikenalpasti minggu
lepas yang melibatkan 138 kes demam denggi.

"Empat atau 36 peratus daripada 11 lokaliti panas ini masih mempunyai kadar pembiakan Aedes yang tinggi," katanya.

Bagi penyakit Chikungunya, terdapat satu kes dilaporkan dalam tempoh 5 hingga 11 Dis dan jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak lima kes berbanding
enam kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama minggu sebelumnya.

Dr Mohd Ismail berkata setakat ini jumlah kes terkumpul Chikungunya adalah sebanyak 804 kes, turun sebanyak 85 peratus atau 4,429 kes berbanding 5,233 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Bernama/-

PAS tak tangguh muktamar biarpun pilihan raya hampir

11 Muharam 1432H

PAS tidak bercadang menangguhkan muktamar agung parti itu tahun hadapan walaupun pilihan raya umum ke-13 diadakan dalam tempoh terdekat, kata Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Tak ada sebab PAS hendak berbuat demikian," katanya kepada pemberita ketika dtemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka dekat Kota Bharu hari ini.

Beliau ditanya kemungkinan PAS menangguhkan pemilihan pada muktamar agung parti itu tahun depan, jika pilihan raya umum ke-13 diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Umno sebelum ini mengumumkan keputusan untuk menangguhkan pemilihan parti itu yang dijadual tahun depan.

Nik Aziz juga berkata beliau tidak bercadang untuk meletak jawatan walaupun dilihat sentiasa uzur kerana baginya memegang jawatan menteri besar bukan memerlukan tenaga fizikal tetapi akal fikiran.

Bagaimanapun, katanya, jika parti tidak lagi mahu beliau memegang jawatan itu beliau boleh berundur bila-bila masa.

"Kalau parti suruh saya behenti, hari ini juga saya boleh berhenti," katanya.

pas and kelantanDitanya sama ada sudah ada pengganti yang bakal mengambil alih tempatnya jika beliau berundur nanti, Nik Aziz berkata calonnya sudah ada.

"Calonnya ada banyak, kalau dulu pemimpin PAS kita nampak terdiri daripada orang pondok, tetapi sekarang sudah banyak yang mempunyai kebolehan kerana mempunyai kepakaran dalam segenap bidang," katanya.

Mengenai kesihatannya, Nik Aziz berkata, beliau dinasihatkan doktor supaya banyak berehat dan tidak melakukan gerakan melibatkan pergerakan tulang belakangnya dan beliau akan membuat rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian esok.

Nik Aziz dimasukkan ke hospital itu Ahad lalu selama tiga hari kerana masalah sakit belakang.

Malaysiakini/-

Semangat demokrasi Dewan Rakyat jadi loli-pop

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Keputusan digantung enam bulan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat lain menunjukkan sistem demokrasi Malaysia “sudah simpang-siur”, kata pakar perundangan Prof A. Aziz Bari.

“Penggantungan ini menunjukkan sistem demokrasi kita sudah simpang-siur, sekejap boleh (gantung) dan sekejap tidak.

“Sekarang Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) pula bakal dibawa ke mahkamah apabila semangat demokrasi di Dewan Rakyat serta dahulu di DUN Perak tidak dihormati dan dilanggar oleh wakil rakyat yang tidak faham undang-undang,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Sehubungan itu, soal Aziz (gambar), memandangkan Anwar bersedia mendedahkan mengenai bukti-bukti dakwaannya sebelum ini mengapa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen tidak membenarnya membuat penjelasan. “Mengapa terus digantung selama enam bulan sedangkan tindakkan itu tidak memberi kebaikan kepada sebuah Dewan yang mementingkan demokrasi,” kata beliau.

Oleh itu katanya lagi, adakah Umno hendak menggunakan Parlimen untuk melarikan diri daripada isu APCO dan konsep 1 Malaysia, yang kebanyakan orang awam mengaitkannya dengan slogan One Israel kerana itulah anggapan yang terus cuba dinafikan di Dewan Rakyat.

Malah menurut Aziz, walaupun ada ketetapan untuk seseorang Speaker Dewan Rakyat menggunakan peruntukan Peraturan Mesyuarat 44, tetapi Ketua Pembangkang di Parlimen tarafnya harus dilihat seperti “ketua kerajaan”, yang bertindak sebagai semak dan imbang serta melaksanakan prinsip demokrasi.

“Apakah semangat ini mahu dibunuh dalam Dewan Rakyat juga,” katanya.

“Persoalannya sekarang, mengapa di Dewan Rakyat hari ini, seseorang wakil rakyat boleh terus digantung oleh seorang Speaker sedangkan di Perak sebelum ini tidak boleh.

“Tetapi dibawa ke mahkamah walaupun tidak harus sebenarnya satu-satu urusan di DUN atau Dewan Rakyat diputuskan semula di mahkamah,” katanya lagi.

Semalam, sejurus selepas mereka dikenakan hukuman digantung dari Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz berkata, cadangan tindakan mahkamah oleh pakatan pembangkang terhadap Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak akan berjaya.

Nazri, menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen, yakin sekiranya perkara itu dibawa ke mahkamah ia akan ditolak oleh mahkamah kerana Parlimen mempunyai “kekuasaan” yang tersendiri.

“Saya beri jaminan, jika mereka membawa perkara ini ke mahkamah, ia akan ditolak. Karpal belajar undang-undang apa? Peguam kelas ketiga.

“Apa yang kami putuskan kekal, anda perlu belajar undang-undang perlembagaan mengenai kekuasaan Parlimen,” katanya.

Karpal yang juga peguam terkenal memberitahu cadangan pihaknya untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Pandikar Amin berhubung perkara itu.

Selain Anwar, turut digantung enam bulan ialah tiga lagi anggota Parlimen pembangkang iaitu Karpal, R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) kerana menghina dewan.

Nazri berkata gaji serta elaun empat anggota Parlimen yang digantung itu masih berjalan dan tidak akan dihentikan.

“Gaji dia tetap ada. Keempat-empat MP masih mendapat elaun mereka kerana kami mengikut perintah mahkamah selepas (Anggota Parlimen Puchong) Gobind (Singh Deo) membawa perkara itu ke mahkamah.

“Memandangkan keputusan mahkamah ia tidak mengikut perlembagaan kita ikut. Sebenarnya pakatan pembangkanglah yang tidak mengikut perintah mahkamah,” katanya.

Nazri berkata Barisan Nasional hanya mempunyai 137 kerusi di Dewan Rakyat dan tidak cukup untuk meminda sesuatu perlembagaan.

“Pada sebarang masa untuk meminda perlembagaan, kamu mesti mempunyai 148 anggota Parlimen bagi menyokong di dalam dewan. Jika tidak, ia tidak boleh dipinda,” katanya.(MalaysianInsider)

Internet - Gangguan perkhidmatan di Parit Buntar dan sekitarnya

Sejak malam tadi, capaian internet dan talian tetap TM lumpuh disekitar bandar Parit Buntar dan kawasan sekitarnya. Sehingga kini masalah itu masih belum pulih. Ini disebabkan oleh kerja-kerja pembinaan dan konstruksi syarikat Gamuda dimana sebahagian kabel TM didalam tanah telah putus akibat kerja2 mengorek dan mengerudi.

Pihak pejabat Adun Serong pada pagi ini menerima makluman daripada Pegawai TM Parit Buntar bahawa masalah itu sedah diatasi oleh pasukan teknikel TM yang kini sedang berusaha keras menyambung semula kabel yang rosak. Dijangkakan masalah itu akan pulih pada petang ini. Maka dengan itu blog Cina Islam juga turut terjejas dalam menyalurkan berita kepada pembaca setianya. Pihak kami memohon maaf diatas kesulitan ini.Makluman dari sumber terhad ini dibawakan melalui khidmat broadband Celcom yang lemah.

HIJRAH DAN KECINTAAN KEPADA TANAHAIR

11 Muharam 1432H
Oleh: Dr Azman Ibrahim

Ketika melangkah meninggalkan bumi Mekah tercinta dalam peristiwa hijrah, Nabi s.a.w bersabda; "Wahai bumi Mekah, engkaulah bumi yang aku cintai dan dicintai Allah. Kalau tidak kerana pendudukmu menghalauku keluar, nescaya aku tidak akan meninggalkanmu.

" Suatu sabda yang mengambarkan kecintaan Rasulullah kepada tanah tumpah darah tempat dilahirkan dan dibesarkan serta di sinilah panji-panji syiar Islam mula dikibarkan. Walaupun kecintaan kepada tanahair adalah fitrah manusia tetapi kerana tuntutan perjuangan Islam yang lebih besar, maka Islam menjadi galang ganti dengan segalanya walaupun terpaksa mengorbankan perkara yang paling dicintai.

Imam As syahid hassan Al Banna ada menyatakan, kecintaan kepada tanahair adalah sebahagian dari agama. Seorang Muslim dituntut untuk berbakti dan mempertahankan tanahair dari sebarang pencerobohan. Sekiranya bumi ummat Islam dicerobohi, seruan jihad wajib diistiharkan, kita dijanjikan ganjaran syahid di jalan Allah.

Sejarah yang benar telah mencatatkan, perjuangan menentang penjajah kuffar yang menguasai bumi ummat Islam dipelopori oleh mujahid-mujahid Islam yang berani di medan juang. Perang untuk membebaskan Terusan Suez diterajui di saf hadapan oleh sukarelawan perang Ikhwanul Muslimin.

Gerila Ikhwanul Muslimin inilah yang mencetuskan masalah besar kepada pasukan penjajah Inggeris. Sangat menghairankan tentera penjajah kerana apabila diperiksa mayat-mayat syuhada' yang gugur, kesemua mereka terkena tembakan dari bahagaian hadapan. Tentunya tidak ada dalam kamus perjuangan mereka, berpaling belakang, lari dari medan perang.

Ketika pendudukan penjajah Francis di Algeria, kebangkitan rakyat Algeria mengusir penjajah di kepalai oleh seorang ulama' Syeikh Abdul Qadir Al Jazairi. Walaupun harga yang mahal terpaksa dibayar dengan jutaan syuhada' telah gugur tetapi penjajah Francis berjaya dihalau. Malangnya setelah penjajah dihalau, golongan sekular menerajui pemerintahan, walaupun mereka bukanlah pejuang.

Penjajah Itali di bumi ummat Islam Libya ditentang atas nama jihad oleh pejuang-pejuang yang dipimpin oleh Syeikh Umar Mukhtar yang digelar singa padang pasir. Keberaniannya memimpin pasukan yang serba kekurangan berhadapan dengan angkatan tentera Itali serba lengkap tidak mampu dibohongi oleh sesiapa. Jihadnya diterima Allah. Syeikh Umar Mukhtar syahid ditali gantung setelah didapati bersalah kerana menentang penjajah Itali.

Di Indonesia, Ummat Islam bangkit juga atas nama jihad fisabilillah, bersenjatakan buluh runcing, dengan penuh keberanian berhadapan penjajah Belanda. Sayangnya, apabila negara berjaya dibebaskan, Islam tidak memerintah, tetapi seorang sekular seperti Soekarno menerajui negara.

Di tanahair kita, kenapa insan-insan pejuang seperti Haji Abdul Rahman Limbung, Tok janggut, Mat Kilau,Tok Gajah, Rosli Dhoby dan ramai lagi dilabel sebagai pemberontak? Penjajah Inggeris melabelkan mereka sebagai pemberontak dan pengacau keamanan, malang sekali bila penulis-penulis sejarah kita juga menulis dengan nada yang sama. Anak cucu kita perlu disedarkan semula bahawa mereka ini adalah pejuang-pejuang yang bangkit atas nama Islam menentang penjajah kuffar yang menjarah bumi ummat Islam.

Sir Henry Gurney, yang jelas adalah seorang Yahudi yang berperanan besar dalam penubuhan negara haramYahudi di Palestin pula diagung-agungkan seolah-olah dialah wira dalam menentang pengganas komunis. hakikat yang disembunyikan, dia adalah salah seorang yang tangannya berlumuran dengan darah ummat Islam palestin.

Seorang muslim dituntut untuk melakukan yang terbaik buat tanahairnya. Ini adalah tuntutan aqidah yang kita anuti. Haram kita menjadi pengkhianat. Kalau ada parti yang berjuang demi bangsa dan agama, PAS tentunya lebih hebat dan syumul kerana Islam menjadi dasar perjuangan kita. Islam dengan sendirinya akan melindungi bangsa dan negara. Selagi PAS berpegang dengan dasar Islam, mustahil PAS akan mengkhianati negara.
Website: www.drazmanibrahim.com

Awas!! Wang Kertas RM100 Palsu

11 Muharam 1432H
Oleh: mohammad hairul azhar mohamed noor

TAWAU - Masyarakat di sini, khususnya peniaga, diingatkan supaya berwaspada ketika menerima wang kertas RM100 berikutan kes pengedaran wang kertas RM100 palsu di Kem Luasong, kira-kira 120 kilometer, dari sini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin berkata, kegiatan itu terbongkar apabila seorang peniaga pasar minggu di Kem Luasong membuat laporan polis semalam setelah menyedari 10 keping wang kertas RM100 yang diperoleh hasil daripada jualannya adalah palsu.

Beliau berkata, peniaga berkenaan hanya menyedari mengenai wang palsu itu selepas dimaklumkan oleh pihak bank ketika hendak memasukkan wang berkenaan di sebuah bank di sini semalam.

Menurutnya, polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu untuk mengesan pihak yang bertanggungjawab.

Kosmo Online

Ruqayyah dan Ummu Kultsum binti Rasulullah saw

11 Muharam 1432H
Oleh: naruto

Ruqayyah telah menikah dengan Utbah bin Abu lahab sebelum masa kenabian. Sebenarnya hat itu sangat tidak disukai oleh Khadijah.. Karena ia telah mengenal perilaku ibu Utbah, yaitu Umrnu jamil binti Harb, yang terkenal berperangai buruk dan jahat. ta khawatir putrinya akan memperoleh sifat-sifat buruk dari ibu mertuanya tersebut. Dan ketika Rasulullah . telah diangkat menjadi Nabi, maka Abu Lahablah, orang yang paling memusuhi Rasulullah . dan Islam.

Abu Lahab telah banyak menghasut orang-orang Mekkah agar memusuhi Nabi . dan para sahabat . Begitu pufa istrinya, Ummu Jamil yang senantiasa berusaha mencelakakan Rasulullah . dan memfitnahnya. Atas perilaku Abu lahab dan permusuhannya yang keras terhadap Rasulullah.

maka Allah telah menurunkan wahyu-Nya, `Maka celakalah kedua tangan Abu lahab, (Al lahab: 1) Setelah ayat ini turun, maka Abu lahab berkata kepada kedua orang putranya, Utbah dan Utaibah, `Kepalaku tidak haial bagi kepalamu selama kamu tidak menceraikan Putri Muhammad.' Atas perintah bapaknya itu, maka Utbah mericeraikan istrinya tanpa alasan. Setelah bercerai dengan Utbah, kemudian Ruqayyah dinikahkan oleh Rasulullah . dengan Utsman bin Affan.

Hati Ruqayyah pun berseri-seri dengan pernikahannya ini. Karena Utsman adalah seorang Muslim yang beriman teguh, berbudi luhur, tampan, kaya raya, dan dari golongan bangan Quraisy. Setelah pernikahan itu, penderitaan kaum muslimin bertambah berat, dengan tekanan dan penindasan dari kafirin Quraisy.

Ketika semakin hari penderitaan kaum muslimin, termasuk keluarga Rasulutlah . bertambah berat, maka dengan berat hati Nabi . mengijinkan Utsman beserta keluarganya dan beberapa muslim lainnya untuk berhijrah ke negeri Habasyah.

Ketika itu Rasulullah . bersabda, `Pergilah ke negeri Habasyah, karena di sana ada seorang raja yang terkenal baik budinya, tidak suka menganiaya siapapun, Di sana adalah bumi yang melindungi kebenaran. Pergilah kalian ke sana. Sehingga Allah akan membebaskan kalian dari penderitaan ini.'

Maka berangkatlah satu kafilah untuk berhijrah dengan diketuai oleh Utsman bin Affan. Rasulullah . bersabda tentang mereka, Mereka adalah orang yang pertama kali hijrah karena Allah setelah Nabi Luth as.' Setibanya di Habasyah mereka memperoleh perlakuan yang sangat baik dari Raja Habasyah.

Mereka hidup tenang dan tenteram, hingga datanglah berita bahwa keadaan kaum muslimin di Mekkah telah aman. Mendengar berita tersebut, disertai kerinduan kepada kampung halaman, maka Utsman memutuskan bahwa kafilah muslimin yang dipimpimnya itu akan kembali lagi ke kampung halamannya di Mekkah.

Mereka pun kembali. Namun apa yang dijumpai adalah berbeda dengan apa yang mereka dengar ketika di Habasyah. Pada masa itu, mereka mendapati keadaan kaum muslimin yang mendapatkan penderitaan lebih parah lagi. Pembantaian dan penyiksaan atas kaum muslimin semakin meningkat.

Sehingga rombongan ini tidak berani memasuki Mekkah pada siang hari. Ketika malam telah menyelimuti kota Mekkah, barulah mereka mengunjungi rumah masingmasing yang dirasa aman. Ruqayyah pun masuk ke rumahnya, melepas rindu terhadap orang tua dan saudara-saudaranya.

Namun ketika matanya beredar ke sekeliling rumah, ia tidak menjumpai satu sosok manusia yang sangat ia rindukan. la bertanya, `Mana ibu?….. mana ibu?….' Saudara-saudaranya terdiam tidak menjawab. Maka Ruqayyah pun sadar, orang yang sangat berarti dalam hidupnya itu telah tiada.

Ruqayyah menangis. Hatinya sangat bergetar, bumi pun rasanya berputar atas kepergiannya. Penderitaan hatinya, ternyata tidak berhenti sampai di situ. Tidak lama berselang, anak lelaki satu-satunya, yaitu Abdullah yang lahir ketika hijrah pertama, telah meninggal dunia pula.

Padahal nama Abdullah adalah kunyah bagi Utsman ra., yaitu Abu Abdullah. Abdullah masih berusia dua tahun, ketika seekor ayam jantan mematuk mukanya sehingga mukanya bengkak, maka Allah mencabut nyawanya. Ruqayyah tidak mempunyai anak lagi setelah itu.

Dia hijrah ke Madinah setelah Rasulullah j. hijrah. Ketika Rasulullah . bersiap-siap untuk perang Badar, Ruqayyah jatuh sakit, sehingga Rasulullah . menyuruh Utsman bin Affan agar tetap tinggal di Madinah untuk merawatnya. Namun maut telah menjemput Ruqayyah ketika Rasulullah .

masih berada di medan Badar pada bulan Ramadhan. Kemudian berita wafatnya ini dikabarkan oleh Zaid bin Haritsah ke Badar. Dan kemenangan kaum muslimin yang dibawa oleh Rasulullah . beserta pasukannya dari Badar, ketika masuk ke kota Madinah, telah disambut dengan berita penguburan Ruqayyah. Pada saat wafatnya Ruqayyah, Rasulullah . berkata, Bergabunglah dengan pendahulu kita, Utsman bin Maz'un.'

Para wanita menangisi kepergian Ruqayyah. Sehingga Umar bin Khattab. datang kepada para wanita itu dan memukuli mereka dengan cambuknya agar mereka tidak keterlaluan dalam menangisi jenazah Ruqayyah. Akan tetapi Rasulullah . menahan tangan Umar. dan berkata, `Biarkaniah mereka menangis, ya Umar. Tetapi hati-hatilah dengan bisikan syaitan. Yang datang dari hati dan mata adalah dari Allah dan merupakan rahmat. Yang datang dari tangan dan lidah adalah dari syaitan.'

Ruqoyyah dan Ummu Kultsum

Lahir dua orang putri dari rahim ibunya, Khadijah bintu Khuwailid bin Asad bin `Abdil `Uzza radhiallahu `anha. Menyandang nama Ruqayyah dan Ummu Kultsum radhiallahu `anhuma, di bawah ketenangan naungan seorang ayah yang mulia, Muhammad bin `Abdillah bin `Abdil Muththalib Shallallahu `alaihi wa sallam.

Sebelum datang masa sang ayah diangkat sebagai nabi Allah, Ruqayyah disunting oleh seorang pemuda bernama `Utbah, putra Abu Lahab bin `Abdul Muththalib, sementara Ummu Kultsum menikah dengan saudara `Utbah, `Utaibah bin Abi Lahab. Namun, pernikahan itu tak berjalan lama.

Berawal dengan diangkatnya Muhammad Shallallahu `alaihi wa sallam sebagai nabi, menyusul kemudian turun Surat Al-Lahab yang berisi cercaan terhadap Abu Lahab, maka Abu Lahab dan istrinya, Ummu Jamil, menjadi berang.

Dia berkata kepada dua putranya, `Utbah dan `Utaibah yang menyunting putri-putri Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam, "Haram jika kalian berdua tidak menceraikan kedua putri Muhammad!"

Kembalilah dua putri yang mulia ini dalam keteduhan naungan ayah bundanya, sebelum sempat dicampuri suaminya. Bahkan dengan itulah Allah selamatkan mereka berdua dari musuh-musuh-Nya. Ruqayyah dan Ummu Kultsum pun berislam bersama ibunda dan saudari-saudarinya.

Allah Subhanahu wa Ta'ala memberikan ganti yang jauh lebih baik. Ruqayyah bintu Rasulullah radhiallahu `anha disunting oleh seorang sahabat mulia, `Utsman bin `Affan radhiallahu `anhu.

Sebagaimana kaum muslimin yang lain, mereka berdua menghadapi gelombang ujian yang sedemikian dahsyat melalui tangan kaum musyrikin Mekkah dalam menggenggam keimanan. Hingga akhirnya, pada tahun kelima setelah nubuwah, Allah Subhanahu wa Ta'ala bukakan jalan untuk hijrah ke bumi Habasyah, menuju perlindungan seorang raja yang tidak pernah menzalimi siapa pun yang ada bersamanya.

`Utsman bin `Affan radhiallahu `anhu membawa istrinya di atas keledai, meninggalkan Mekkah, bersama sepuluh orang sahabat yang lainnya, berjalan kaki menuju pantai. Di sana mereka menyewa sebuah perahu seharga setengah dinar.

Di bumi Habasyah, Ruqayyah radhiallahu `anha melahirkan seorang putra yang bernama `Abdullah. Akan tetapi, putra `Utsman ini tidak berusia panjang. Suatu ketika, ada seekor ayam jantan yang mematuk matanya hingga membengkak wajahnya. Dengan sebab musibah ini, `Abdullah meninggal dalam usia enam tahun.

Perjalanan mereka belum berakhir. Saat kaum muslimin meninggalkan negeri Makkah untuk hijrah ke Madinah, mereka berdua pun turut berhijrah ke negeri itu. Begitu pun Ummu Kultsum radhiallahu `anha, berhijrah bersama keluarga Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam.

Selang berapa lama mereka tinggal di Madinah, bergema seruan perang Badr. Para sahabat bersiap untuk menghadapi musuh-musuh Allah. Namun bersamaan dengan itu, Ruqayyah bintu Rasulullah radhiallahu `anha diserang sakit. Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam pun memerintahkan `Utsman bin `Affan radhiallahu `anhu untuk tetap tinggal menemani istrinya.

Ternyata itulah pertemuan mereka yang terakhir. Di antara malam-malam peristiwa Badr, Ruqayyah bintu Rasulullah radhiallahu `anha kembali ke hadapan Rabbnya karena sakit yang dideritanya. `Utsman bin `Affan radhiallahu `anhu sendiri yang turun untuk meletakkan jasad istrinya di dalam kuburnya.

Saat diratakan tanah pekuburan Ruqayyah radhiallahu `anha, terdengar kabar gembira kegemilangan pasukan muslimin melibas kaum musyrikin yang diserukan oleh Zaid bin Haritsah radhiallahu `anhu. Kedukaan itu berlangsung bersama datangnya kemenangan, saat Ruqayyah bintu Muhammad radhiallahu `anha pergi untuk selama-lamanya pada tahun kedua setelah hijrah.

Sepeninggal Ruqayyah radhiallahu `anha, `Umar bin Al Khaththab radhiallahu `anhu menawarkan kepada `Utsman bin `Affan radhiallahu `anhu untuk menikah dengan putrinya, Hafshah bintu `Umar radhiallahu `anhuma yang kehilangan suaminya di medan Badr. Namun saat itu `Utsman dengan halus menolak. Datanglah `Umar bin Al-Khaththab radhiallahu `anhu ke hadapan Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam mengadukan kekecewaannya.

Ternyata Allah Subhanahu wa Ta'ala memilihkan yang lebih baik dari itu semua. Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam meminang Hafshah radhiallahu `anha untuk dirinya, dan menikahkan `Utsman bin `Affan radhiallahu `anhu dengan putrinya, Ummu Kultsum radhiallahu `anha. Tercatat peristiwa ini pada bulan Rabi'ul Awwal tahun ketiga setelah hijrah.

Enam tahun berlalu. Ikatan kasih itu harus kembali terurai. Ummu Kultsum radhiallahu `anha kembali ke hadapan Rabbnya pada tahun kesembilan setelah hijrah, tanpa meninggalkan seorang putra pun bagi suaminya. Jasadnya dimandikan oleh Asma' bintu `Umais dan Shafiyah bintu `Abdil Muththalib radhiallahu `anhuma. Tampak Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam menshalati jenazah putrinya.

Setelah itu, beliau duduk di sisi kubur putrinya. Sembari kedua mata beliau berlinang air mata, beliau bertanya, "Adakah seseorang yang tidak mendatangi istrinya semalam?" Abu Thalhah menjawab, "Saya." Kata beliau, "Turunlah!"

ADUN Tenang Johor meninggal dunia.

11 Muharram 1431H

ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha (gambar) meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Putri di Kuala Lumpur malam tadi .

Kelmarin berita menyiarkan dia terlantar di hospital selepas lebih sebulan berada di sana tetapi keadaannya dilaporkan stabil.

DUN Tenang adalah kerusi yang terletak di kawasan parlimen Labis Johor.

Sebelum ini, Sulaiman dimasukkan ke Hospital Segamat kerana mengadu tidak sihat.

Pada 24 November lalu, beliau dipindahkan ke hospital swasta, Hospital Pakar Ampang Putri di Kuala Lumpur.

Tenang dilihat sebagai kubu kuat Umno dan pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 49.66 peratus pengundi Melayu, manakala Cina 38.13 peratus, India 12.11 peratus dan bangsa-bangsa lain 0.10 peratusmalam tadi.

Al Fatihah.......