22 Jun 2009

Menghapuskan lipas di rumah

anuarani

Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu.
Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.

Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan bottle yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka.
Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.

Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol.
Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar.
Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun.

Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:
MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.
Jangan biarkan sampah sarap di rumah
Selalu cuci bilik air
Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya
Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas
Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai.
Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi.
2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah.
Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. Lipas seronok bau peluh.
Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.

Mengurangkan lebuhraya lipas
Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur.
Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn grill yang rapat.
Begitu juga di ceiling.

Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri Omputih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya.
Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak.
Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:
Satu bahagian serbuk borik acid ( ini yang pembuat mee kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan )
Dua bahagian tepung gandum
Satu bahagian koko
Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu tau. Sebelum start process, ikat sapu tangan atau singlet kat muka supaya hidung tertutup.
Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya.
BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!!
Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas. Lipas makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak.

Semoga info ini membawa manfaat pada yang mempunyai masalah lipas.

TERBUKTI TEE KEAT PENAKUT UMNO

oleh 1Utama 1Ismud-Semarak
bypass308.blogspot.com

akhirnya, at last, tee keat penakut Umno turut bersuara selepas "dipaksa" secara tidak langsung oleh Chua Soi Lek kelmarin, apabila Soi lek ketika berada di kelantan membuat kenyataan bahawa MCA juga boleh berunding dengan DAP atau Pas.

maka, dengan tak reti malu dan akibat terdesak dengan keberanian yang ditunjukkan timbalannya itu, Tee Keat Penakut Umno menciplak kata-kata Soi Lek hari ini, baca seperti mana dilaporkan Bernama - KUALA LUMPUR: MCA hari ini mengulangi kesanggupannya untuk berdialog dengan mana-mana parti politik termasuk DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), demi kepentingan rakyat dan negara.


Presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat berkata ia bukan perkara baru, malah tahun lepas lagi semasa menyandang jawatan Naib Presiden MCA lagi beliau sudah menyatakan perkara itu.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata peluang berdialog akan memberi ruang kepada MCA serta rakyat untuk mengetahui sama ada DAP masih bersekongkol dengan PAS atau sebaliknya.

"Orang ramai hendak tahu juga bila berdialog nanti, setakat mana DAP ini sanggup maklumkan kepada rakyat bahawa yang ia (DAP) tidak lagi sekongkol dengan PAS, nak tahu juga setakat mana dia sanggup sekongkol atau tidak," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Hari Keluarga Pandan Perdana 2009 di sini, hari ini.


Beginilah sikap Tee Keat Penakut Umno yang dikenali selama ini oleh kaum Cina,berani dengan anak-beranak Cina, berani hanya berdepan Soi Lek yang telah dicantas tangan kanan dan kirinya. bila bercakap mula pula lebih-lebih.

dia kata perbincangan akan membolehkan rakyat tahu sama ada DAP masih bersekongkol dengan Pas. apa punya otak umno ni, dia tidak pula tanya diri, sama ada MCA akan beritahu rakyat sejauh mana dia sanggup bercerai dari BN. Ini dok tanya soalan bongok, DAP sebantal dengan Pas tak boleh, tapi MCA sekatil dengan Umno tak apa?

pokoknya, orang tak peduli apa awak nak tanya DAP masa berunding sebab soalan yang sama juga akan terkena kepala sendiri. yang semua kaum cina, rakyat dan ahli MCA perhatikan sekarang ialah, Tee Keat Penakut Umno hanya singa bertaring palsu.

apa saja yang Soi Lek buat dia nak sental, nak jugak biar kelihatan dia lebih pandai daripada Soi Lek. kalau kamu berani dan benar-benar berjuang bukan atas anggukan bawah ketiak umno,patutnya awaklah orang pertama kena ketok kepala umno yang sibuk nak sunting Pas tanpa pedulikan perasaan bini tuanya MCA, bini keduanya MIC, bini ketiganya Gerakan dan bakal jandanya PPP....

Tee Keat...Tee Keat...kau memang keramruk kuasa sehingga tenggelam dalam keangkuhan amat sangat. angkuh tapi angguk bila jumpa umno. memang layak nama baru Tee Keat Penakut Umno.

DAP BUAT JAMUAN MAKAN ATAU LELONG SENJATA API ?

dari blog bypass308.blogspot.com

KISAH PERTAMA:
oleh Nik Hassan Azmi
Polis mengepung tapak majlis makan malam anjuran DAP dan merampas peralatan pembesar suara di Klang.

Puluhan anggota polis ditempatkan di luar pejabat ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago di Bayu Tinggi, dimana sebuah jamuan makan malam dianjurkan bagi mengutip dana untuk parti berkenaan. Lebih 3,000 dijadulkan hadir.

Turut kelihatan ialah trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU), termasuk trak meriam air.

Menurut blog Charles Santiago, polis Selangor telah membatalkan permit yang sebelumkan diluluskan oleh ibu pejabat polis Klang.

"Pada jam 4.45 petang, tujuh trak FRU dan dua trak meriam air kelihatan di kawasan tersebut dan polis menutup jalan masuk ke kawasan majlis makan malam DAP itu akan diadakan," kata beliau.

Menurut Charles pihak polis telah merampas peralatan pembesar suara pada jam 6.20 petang tadi. Exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu juga hadir dan cuba berunding dengan pihak polis.

Sementara itu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menulis dalam twitter, yang menyifatkan kawasan sebagai "zon perang".

"Bayu Tinggi Klang jadi zon perang, trak FRU dan meriam air. Polis bersenjata M16. Kawasan ditutup.

"Serangan pengganas? Tidak. Cuma kerana majlis makan malam DAP," tulisnya.

KISAH KEDUA:
oleh Pendikar Gunung Kriang
Anehnya undang-undang 1Malaysia ni....makan pun menjadi satu kesalahan! Sudahlah berhimpun tak boleh, memberi ceramah tak boleh, memberi pendapat menyanggah keyakinan pemimpin tak boleh, berpiket tak boleh, itu tak boleh, ini tak boleh, sampai makan pun tak boleh?

Sampai bila hanya melakukan maksiat boleh,hanya berjudi boleh, hanya meminum arak boleh, hanya menerima rasuah boleh, hanya memberi rasuah boleh, hanya berdusta boleh....hanya membuat benda-benda buruk saja yang boleh? Aduhai 1Malaysiaku!

`RAJA KATAK' KATA PAS PENAKUT?

Oleh: WFAUZDIN NS

IBRAHIM Ali `Al-Kataki' seorang-seorangnya Ahli Parlimen yang menjadi Wakil Rakyat atas ihsan Pas yang menang atas tiket Bebas. Sebaik sahaja beliau diumumkan sebagai pemenang pada Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, bergema dewan tempat pengumuman dengan laungan Takbir dan Ibrahim Ali ini tersenyum lebar sambil memakai baju Melayu yang berlencanakan lambang Pas. Memang wajar beliau tersenyum megah kerana sebelum ini telah beberapa kali beliau bertanding sebagai Calon Bebas di Parlimen Pasir Mas dan juga di Dun tetapi undi yang beliau perolehi amat memalukan.

Kini, Ibrahim seperti melukut di tepi gantang dalam politik. Pas tidak pelawa, malahan Pas mendesaknya meletakkan jawatan sebagai MP Pasir Mas kerana beliau telah mengkhianati kepercayaan pengundi di Pasir Mas. PKR sudah semestinya tidak akan berselera dengan Ibrahim ini kerana kebanyakan pemimpin di dalam PKR adalah bekas-bekas ahli Umno dan mereka kenal siapa `Raja Katak' tersebut. Maka, Ibrahim Ali hanya mengharapkan kalau-kalau Umno berselera atau kepingin untuk menerimanya kembali setelah beliau terperosok tersembam di dalam tong setelah ditendang keluar dari Umno secara amat memalukan. Nasib baik selepas itu, beliau di`pelihara' oleh Pas dan beliau berkata bahawa beliau sanggup duduk di tangga Pas. Itu cara `Raja Katak' menagih simpati.

Baru-baru ini ketika isu Kerajaan Perpaduan hangat diperkatakan, Ibrahim Ali menyatakan bahawa Mursyidul Am serta mereka-mereka yang menolak Kerajaan Perpaduan dengan Umno ini adalah kerana takut kepada PKR dan DAP. Beliau berkata Pas takut akan kehilangan sokongan dari PKR dan DAP. Ibrahim berhujah, apalah salahnya Pas menerima untuk berunding dan bekerjasama dengan Umno kerana Pas nanti boleh menyuarakan apa jua kepentingan agama atau negara kepada Umno. Lucu sungguh hujah `Raja Katak' ini.

Lupakah Ibrahim Ali apa yang Umno lakukan terhadap beliau? Apa salah beliau sehingga Umno menendangnya keluar sedemikian rupa? Jika Ibrahim Ali sebagai pemimpin Umno yang mengetuai Bahagian Umno, malahan bekas seorang Menteri di dalam Kerajaan Umno/Bn boleh dikhianati sebegitu rupa, apa jaminan Pas pula? Mengapa Ibrahim Ali tidak berunding dan berbincang dengan pemimpin Umno ketika itu? Bolehkah agaknya jika beliau berunding dengan pemimpin Umno ketika itu, jawatan beliau dan kedudukan beliau di dalam politik Umno boleh diselamatkan? Sebenarnya, `Raja Katak' ini pun tahu siapa Umno sebenarnya kerana beliau sendiri sudah kena akibat bermain dengan Umno.

Oleh yang demikian, memang wajar kita menolak Umno sebulat-bulatnya. Janganlah dicari mana-mana dalil atau nas untuk `membersihkan' Umno kerana hanya dengan satu cara sahaja untuk kita menghapuskan kezaliman Umno/Bn di muka bumi ini iaitu dengan melalui pilihanraya umum akan datang. Beberapa langkah yang telah PR lakukan sudah tepat membuatkan beberapa `batu nisan' Umno telah kita tanamkan. Satu lagi `batu nisan' bakal akan kita sediakan untuk Umno di Manek Urai. Kita sediakan `batu nisan' ini sudah terlalu lama buat Umno/Bn, jangan `batu nisan' memakan tuan sudahlah./ wfauzdin.blogspot.com

Polis tutup kawasan majlis jamuan DAP

Polis hari ini campurtangan dalam majlis makan malam dan ceramah DAP - kali ini di Klang - dengan menarik balik permit bagi mengadakan majlis itu pada saat-saat akhir.

Selepas beberapa rundingan dengan pihak polis, majlis itu dibenar diteruskan pada kira-kira jam 8.15 malam, tetapi ceramah tidak dapat diadakan kerana pihak polis telah merampas peralatan pembesar suara.

Sebelum itu, pihak polis telah meluluskan permit untuk majlis tersebut, tetapi tidak membenarkan ceramah diadakan.

Sejak awal petang tadi, tujuh trak meriam air ditempatkan di kawasan Bayu Tinggi, tempat majlis jamuan itu dijadual diadakankan.

Jamuan tersebut dianjurkan oleh ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago, yang menulis dalam blognya bahawa pihak polis telah menutup kawasan tempat jamuan itu hendak diadakan pada jam 4.45 petang.

Santiago berkata, beliau tidak dapat menghubungi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar untuk mendapatkan penjelasannya.

Ketika dihubungi, seorang pembantu Santiago memberitahu Malaysiakini bahawa polis mahu majlis makan malam itu diadakan di kawasan tertutup.

Kemah-kemah telah didirikan di luar pejabat tersebut.

Sementara itu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menulis dalam twitter, yang menyifatkan kawasan sebagai "zon perang".

"Bayu Tinggi Klang jadi zon perang, trak FRU dan meriam air. Polis bersenjata M16. Kawasan ditutup.

"Serang pengganas? Tidak. Kerana majlis makan malam DAP," tulisnya.

Kejadian hari ini mempunyai persamaan dengan tindakan polis terhadap majlis makan malam DAP di Sitiawan pada 16 Mei lalu di mana polis melarang tayangan DAP mengenai kekecohan yang berlaku sewaktu sidang DUN Perak yang lalu.Malaysiakini.

Umno T'ganu: Penyandang tiga jawatan utama digugurkan

Penyandang tiga jawatan utama dalam badan perhubungan Umno Terengganu - setiausaha, ketua penerangan dan bendahari - digugurkan daripada jawatan masing-masing hari ini.

Pengerusi Umno negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ia merupakan antara usaha untuk memulihkan Umno Terengganu yang sebelum ini berpuak-puak.

"Ini cara saya akan pimpin Umno Terengganu dengan bantuan Menteri Besar Datuk Ahmad Said," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Umno negeri malam tadi, lapor Bernama.

Ditanya sama ada tindakan itu diambil ekoran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dua Datuk dalam Umno negeri, beliau berkata:

"Bagi saya yang paling penting ialah untuk pikul tanggungjawab. Mereka yang lepaskan jawatan tak semestinya tugas dan tangungjawab mereka lebih mudah kerana mereka ada tanggungjawab yang harus dipikul".

Hishammuddin juga menafikan tindakan tersebut menampakkan beliau seolah-olah cenderung kepada satu pihak sahaja, sebaliknya berkata ia mendapat 'restu' semua pemimpin Umno bahagian.

Ekoran itu, ketua Umno Hulu Terengganu yang juga Speaker DUN Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dilantik sebagai setiausaha menggantikan Datuk Rosli Mat Hassan.

Menteri Belia dan Sukan yang juga ahli parlimen Kemaman, Datuk Ahmad Shabery Chik pula dilantik sebagai ketua penerangan menggantikan Datuk Zuber Embong.

Manakala timbalan ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, Datuk Rahin Mohd Said dilantik sebagai bendahari menggantikan Datuk Roslan Awang Chik.

Hishammuddin juga mahukan semua pihak ketepikan sikap berpuak-puak .

Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh tidak menghadiri mesyuarat malam tadi kerana kini melanjutkan pelajaran di luar negara. Malaysiakini/

Huan keluar Gerakan jika hukuman gantung 3 tahun tidak dibatal

PETALING JAYA: Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan yang digantung keahlian selama tiga tahun kelmarin akan keluar parti itu jika hukuman tersebut tidak ditarik balik.

"Kemungkinan keluar... jika keputusan (menggantung saya) tidak dikaji semula," kata beliau ketika dihubungi sambil menambah, beliau akan memutuskan mengenainya dalam tempoh dua minggu.

Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Gerakan memberi tempoh 14 hari kepada Huan untuk membuat rayuan berhubung hukuman tersebut.

Huan, yang pernah menyatakan hasrat untuk keluar Gerakan tetapi mengubah pendiriannya untuk kekal dalam parti itu minggu lalu, telah digantung keahlian selama tiga tahun malam kelmarin.

Ketika mengulas lanjut keputusan CWC yang dimaklumkan semalam, Huan berkata, aspek yang dipertimbangkan sebagai alasan untuk menggantung keahlian beliau adalah terlalu remeh.

"Mereka kata mengambil tindakan kerana saya telah meminta penyokong-penyokong saya menggantung kain rentang mengkritik parti... sekarang budak tiga tahun pun tahu macam mana hendak menggantung kain rentang.

"Jadi, saya tidak perlu mengajar penyokong-penyokong saya menggantung kain rentang.

"Kemudian, mereka kata saya meminta 5,000 ahli Gerakan keluar parti. Mereka semua (ahli yang terbabit) ada fikiran, mereka tidak tahu berfikir sama ada nak keluar atau tidak?" katanya.

Tambah Huan, beliau juga kecewa kerana tidak diberikan peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar sebelum CWC mengambil keputusan.

"Umno pun ada Lembaga Disiplin yang dengar aduan dan berikan tertuduh peluang untuk mempertahankan diri masing-masing.

"Ini dalam Gerakan merekalah polis, merekalah pendakwa dan mereka juga hakim," katanya.

Muka tak malu, siapa nak bincang ?

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Musatafa Muhamaad nampaknya sudah besar sudu dari kuah bila beria-ia sangat untuk berbincang dengan PAS dalam isu kerajaan perpaduan.

Nampaknya mereka ini memang muka tak malu dan siapakah yang sudi untuk berbincang dengan UMNO. Jauh sekali PAS Kelantan yang diketuai oleh TG. Nik Abdul Aziz Nik Mat hendak berbincang dengan Dato'Pa, tidak kah dia tahu apakah sikap sebenar Tok Guru dalam isu berkaitan, atau dia ada agenda seterusnya setelah kenyataannya itu.

Kononnya Badan Perhubungan Umno Kelantan hanya menunggu "lampu hijau" daripada kepimpinan tertinggi parti untuk mengadakan perbincangan dengan Pas Kelantan berhubung kerajaan perpaduan, kata Pengerusinya, Datuk Mustapa Mohamed.

"Kami menunggu lampu hijau daripada Presiden Umno (Datuk Seri Najib Razak) sebelum membuat sebarang langkah perbincangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program basmi kemiskinan peringkat Kelantan anjuran Giatmara, di sini petang semalam.

Beliau mengulas hasrat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jumaat lalu yang mahukan perbincangan antara Pas dan Umno mengenai kerajaan perpaduan disegerakan dan Pas diminta supaya melupakan sengketa lama atas kepentingan membela umat Islam di negara ini.

PACAK SATU LAGI BATU NISAN UMNO DI MANEK URAI

Oleh: WFAUZDIN NS

BIAR betapa hebatnya propaganda Umno dan media kawalan mereka mengatakan Pas terutamanya kini di ambang perpecahan, namun sebagai penyokong setia Pas dan juga PR termasuk Kelab Penyokong Pas harus berani turun membuktikan bahawa propaganda murahan Umno tidak laku di bumi Kelantan ini khususnya di Manek Urai. Memang benar, berlaku sedikit kocakan di dalam Pas dan tempiasnya dirasai oleh rakan-rakan di dalam PR, tetapi sehingga kini kesemua pimpinan Pas dan juga PR telah nekad untuk `menggali' satu lagi `kubur' buat Umno dan `batu nisan'nya telah pun ditempah.

Mahu tidak mahu, Umno terpaksa menggigit jari dan menelan air liur mereka untuk melihat Pas berpecah. Oleh itu, tidak hairan lagi di TV3 khususnya dan Utusan Meloya amnya, begitu hebat `lagu' ciptaan Tuan Guru Presiden Pas bertajuk `Kerajaan Perpaduan Umno-Pas' dimainkan, sedangkan sebenarnya `lagu' berkenaan masih belum dilengkapi dengan `irama dan lagu' hanya sekadar `lirik' yang tercipta, bahkan albumnya pun belum dikeluarkan. Tetapi `lagu' yang tidak siap berkenaan amat diminati oleh Umno kerana `ada udang di sebalik batu'. Dan yang terbaru seperti yang diumumkan oleh Setiausaha Agung Pas, `lagu Kerajaan Perpaduan' tersebut telah ditarik balik kerana tiadanya `irama dan lagu' yang bersesuaian buat tajuk `lagu' tersebut pada ketika ini. Maka, sumbanglah bunyinya `lagu' tersebut apabila Umno memainkannya.

Setelah beberapa kali Umno di`kapankan' di dalam beberapa siri Pilihanraya Kecil sebelum ini, sudah pasti Umno tidak mahu lagi menanggung malu. Apatah lagi Umno mengakui bahawa kekuatan Pas dan PR hanyalah bergantung kepada yang bukan Melayu, maka di bumi Kelantan ini Umno terpaksa membuktikannya. Jika Umno tewas, ini bererti semua kaum menolak Umno kecuali mungkin golongan `jin jahat atau hantu-hantu' yang sudah cukup umur untuk mengundi. Pas tidak harus leka dengan kemungkinan bantuan dari `makhluk halus' ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa `makhluk halus' seperti ini wujud semasa pilihanraya.

Gunakanlah peluang ini untuk membuktikan bahawa sebenarnya Umno dan Pas tidak serasi untuk di`tunangkan' apatah lagi untuk di`kahwin'kan. Sekian lama Pas telah cuba untuk berdakwah dengan Umno, tetapi jenis Umno ini tidak akan menerima Pas selagi Pas berjuang atas paksi Islam. Tetapi Pas tidak lama mengambil masa untuk menyedarkan bukan Islam terhadap Islam, apabila beberapa pemimpin bukan Islam dari DAP dan PKR kini telah mula memetik ayat-ayat Al-Quran di dalam ucapan-ucapan mereka. Jelas terbukti bahawa Pas sebenarnya lebih serasi, mudah dan senang untuk menjalankan kerja dakwah mereka bila berada di dalam PR jika dibandingkan bersama dengan Umno. Umno ingin bersatu atas dasar Melayu kerana pada mereka Melayu itu Islam, kuat Melayu maka kuatlah Islam. Prinsip ini sebenarnya sesat lagi menyesatkan. Kekuatan kerajaan Islam di zaman Uthmaniah bukan kerana Uthmaniah itu Melayu, tetapi kerana perjuangannya meletakkan Islam di tempat yang tertinggi dan juga kerana keadilannya terhadap semua rakyat.

Saya berharap tiada larangan buat sesiapa sahaja untuk menabur bakti di Manek Urai asalkan tujuannya satu iaitu untuk `mengapan'kan Umno. Kesemua peringkat pimpinan haruslah dibenarkan datang ke Manek Urai kerana di sana nanti kita akan dapat melihat dengan lebih jelas dan nyata siapakah yang ikhlas berjuang untuk Pas dan siapakah yang datang untuk membawa `cincin pertunangan untuk melamar Umno'. Tetapi saya percaya, setelah berbagai pendapat dan kritikan telah dibuat termasuk nasihat dan teguran dari Mursyidul Am, pemimpin-pemimpin Pas yang akan datang ke Manek Urai akan datang dengan semangat yang lebih kuat dan jitu. Biarkan mereka datang untuk mensucikan `dosa-dosa' mereka terhadap parti yang kita sayangi ini. / wfauzdin.blogspot.com

Banner protes ust. Nasha di Bachok, tindakan pihak tidak bertanggung jawab.

Merujuk kepada posting dalam Terengganu kite dan beberapa blog yang lain, saya mengambil jalan pintas untuk mendapatkan pengesahan langsung dari ADUN Tawang, Ust. Hassan mahmood kerana banner yang digantung itu antaranya di persimpangan jalan tidak jauh dari rumah ADUN tersebut.

Beliau menjelaskan banner sekitar 10 keping itu dipasang secara serentak oleh pihak yang tidak bertanggung jawab sekaligus menafikan sekeras-kerasnya melibatkan ahli dan penyokong PAS.

"Ini kerja orang yang ingin mengambil peluang dalam Isu yang sedang hangat diperkatakan " ,Tegasnya dalam kenyataannya melalui talipon sebentar tadi.

Awas : 30 tahan Pusat Serenti Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang terlepas.

Rusuhan besar di Pusat Serenti Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang (kawsan Nor Mohd Yaccob) kelmarin telah menyebabkan 30 orang tahanan pusat serenti telah berjaya melepaskan diri selepas melakukan satu siri rusuhan di Pusat serenti tersebut.

Tahanan tersebut telah bertindak membakar bangunan Pusat Serenti dan juga kenderaan-kenderaan kakitangan Pusat Serenti berkenaan.

Pihak PDRM telah mengeluarkan amaran kepada seluruh penduduk Parlimen Kepala Batas, Tasek Gelugor, Permatang Pauh, Bukit Mertajam sehingga negeri Kedah, Perak dan kawasan-kawsan berhampiran.

Semua kawasan yang disebutkan tadi diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. punca kejadian masih belum diketahui.

Berikut adalah berita penuh dari Mstar:-

Bangunan pusat serenti terbakar, 30 penghuni bolos dalam rusuhan

BUTTERWORTH: Seramai 30 penghuni Pusat Serenti Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini dipercayai dapat memboloskan diri dari pusat itu semasa rusuhan yang mengakibatkan kebakaran beberapa blok bangunan semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, selepas pemeriksaan hanya 492 daripada 522 penghuni pusat itu yang berada dalam kawasan berkenaan awal pagi Sabtu dan polis sedang mengenalpasti identiti mereka.

Katanya, polis melancarkan gerakan memburu mereka dengan mengadakan sekatan jalan raya serta pemeriksaan di kawasan berhampiran serta merta.

Semasa bercakap kepada pemberita di tempat kejadian, dua daripada 30 yang melarikan diri berjaya ditahan semula di kawasan Padang Serai, iaitu sempadan antara Pulau Pinang-Kedah.

Katanya, kesemua 492 penghuni itu akan dipindahkan ke beberapa buah pusat serenti yang lain dalam masa terdekat.

Ayub berkata, rusuhan itu berjaya ditamatkan dan seramai 589 anggota polis dan pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terlibat dalam operasi berkenaan sejak lewat petang semalam.

Selain anggota polis, katanya, 57 anggota Bomba dan Penyelamat terlibat dalam pemadaman kebakaran di pusat itu.

Menurutnya, selepas pemeriksaan dijalankan 11 daripada 12 bangunan yang ada di pusat itu didapati rosak termasuk tiga yang musnah dalam kebakaran, antaranya blok klinik dan pusat latihan.

"Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan tiada sesiapa yang cedera dalam rusuhan itu ataupun ditahan sebagai tebusan," katanya.

Beliau berkata, rusuhan itu dipercayai berpunca daripada sembilan penghuni pusat yang ditahan di dalam sel kerana didapati masih positif dadah walaupun menjalani proses pemulihan.

Ketika ditanya jumlah petugas pusat itu yang berada di kawasan berkenaan ketika kejadian, tanpa menyatakan dengan jelas Ayub berkata, jumlah mereka adalah mencukupi

Saf Kepimpinan PAS Perak ditentukan hari ini.

IPOH : Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Perak kali pertama untuk sesi 2009 hingga 2011yang diadakan di sini pagi ini dijangka akan menyaksikan keputusan penting iaitu saf kepimpinan PAS yang baru dibawah Pesuruhjaya PAS barunya, Ust. Abu Bakar Husain.

Mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh PJ Perak baru itu akan melantik penjawat penting iaitu 3 orang Timbalan Pesuruhjaya, Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Jentera Pilihan raya, dan Ahli Badan Perhubungan tambahan.