16 November 2009

PAS PERAK KONSISTEN PERTAHANKAN HAK RAKYAT


Kenyataan Media ( 14 November 2009 )

PAS Perak, sentiasa memandang serius akan kemelut politik terkini di Perak. PAS Perak, berpendapat betapa konflik politik yang berterusan di Perak ini merupakan satu lagi ulangan sejarah hitam dalam demokrasi negara bilamana sebuah kerajaan sah yang diangkat melalui proses Pilihan Raya Umum Ke-12 akhirnya dijatuhkan secara tidak bermaruah dan ala “ gangster ” oleh kerakusa pimpinan UMNO / BN yang ternyata tidak dapat menerima hakikat akan penolakan rakyat serta kekalahan mereka dalam mana-mana Pilihan Raya di negara ini.

PAS Perak menempelak kepimpinan UMNO/BN supaya kembali melihat pengalaman sejarah politik tanahair yang lepas, yang satu ketika dahulu pernah membawa rakyat Malaysia, menyaksikan jatuhnya beberapa kerajaan negeri yang dipilih secara sah seperti Terengganu [1961], Kelantan [1978] dan Sabah [1994] gara-gara ketamakan kuasa Perikatan yang kini juga dikenali sebagai Barisan Nasional.

Hasil dari rampasan kuasa oleh pimpinan UMNO/BN di Perak ini, PAS Perak bependirian bahawa Barisan Nasional sememangnya sangat pakar darihal menggunakan strategi suapan kebendaan, pujuk rayu dan andainya itu semua tidak berjaya maka pimpinan UMNO/BN tanpa segan silu akan menggunakan pula strategi ugut dan ancam bagi memastikan kelangsungan agenda politik mereka.

PAS Perak, menyedari akan lakonan politik yang diwatakkan oleh pimpinan UMNO/BN yang bilamana mereka berjaya mengekalkan kuasanya dalam mana-mana pilihanraya mereka akan sering berlagak sebagai sebuah kerajaan yang baik dan meminta parti yang kalah untuk bersatu hati kononnya bagi membangunkan negara juga negeri, akan tetapi watak pimpinan UMNO/BN akan drastik berubah bilamana ia tewas dalam
pilihanraya. BN akan lupa akan nasihatnya sendiri dan akan berterusan menimbulkan huru hara serta kekacauan sehinggalah mereka menemukan apa yang mereka dambakan sepertimana yang berlaku dalam krisis perlembagaan terkini di Perak.

PAS Perak, berpendirian bahawa BN adalah punca pencetus huru hara dan porak peranda dalam politik negara setelah secara rakus selama lebih 50 tahun memporak perandakan ekonomi dan kekayaan negara.

PAS Perak, juga ingin menegaskan bahawa PAS bersama Parti Komponen Pakatan Rakyat tidak pernah kemaruk kuasa. PAS selama lebih 50 tahun berada di persada politik tanahair sangat konsistan untuk memelihara perpaduan bahkan kestabilan negara. PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya sudah melalui siri pengalaman kalah dan menang dalam PRU secara matang. Bahkan kita bersedia untuk melepaskan pemerintahan Pakatan
Rakyat di Perak atau di mana-mana sahaja seandainya itu yang diinginkan oleh warga pengundi bagi mana-mana negeri kerana kita berpegang kepada prinsip kebenaran, keadilan dan keikhlasan pemimpin dan rakyat yang dipimpin.

PAS Perak, sangat menyedari betapa telah berlaku satu ”rampasan kuasa” di negeri Perak dan mahu agar semua institusi perundangan serta keadilan dalam negara ini mengambil pendirian yang jelas berpaksikan kepada prinsip berani kerana benar.

PAS Perak juga mempersoalkan sikap beberapa pihak berkuasa yang seolah-olah membutakan mata terhadap realiti sebenar permasalahan yang timbul di Perak sangat dipersoalkan. Tindakan SPR yang ternyata mendahului dan mengambil tugas mahkamah ternyata menjadi punca utama kepada kemelut yang diciptakan atas kepentingan pihak tertentu dan para pedagang yang bersuakakan kuasa.

PAS Perak beranggapan, satu perkara yang amat malang bagi pihak-pihak tertentu yang selama ini bercakap soal moral, penghormatan terhadap mandat rakyat, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang- Undang serta pemisahan kuasa di antara legislatif, eksekutif dan judiciary tetapi akhirnya tanpa rasa malu dan tanpa rasa bersalah membelakangi semua prinsip tersebut ketika mana membuat satu-satu keputusan yang sangat penting.

Bagi PAS Perak, sesungguhnya, perkembangan terbaru ini dipercayai akan menambah kemusnahan ke atas kepercayaan umum terhadap integriti semua pihak dan institusi yang terlibat dalam insiden ”rampasan kuasa” yang hakikatnya bukan menjadi budaya rakyat negara kita. Ketika ini kita seolah-olah disogokkan oleh pimpinan UMNO/BN dan konco-konconya dengan satu ajaran sesat dan budaya politik liar dalam subjek politik tanah air iaitu ”rampasan kuasa” dan tentunya ia bakal memberi implikasi yang sangat buruk juga ”signal” serta ”didikan yang sangat tidak baikkepada rakyat khususnya generasi muda.

PAS Perak inigin memberi amaran kepada kepimpinan UMNO/BN, sekiranya, insiden yang sama berlaku sekurang-kurangnya 15 tahun yang lepas iaitu di Sabah barangkali agak jauh untuk difahami dan diingati oleh kita khususnya generasi muda, maka apa yang dilakukan sekali lagi oleh BN dalam rampasan kuasa di Perak pada hari ini semestinya akan menjadi panduan yang sangat berharga dan bukti sejarah paling terkini untuk
rakyat Malaysia mengusung janji bagi menamatkan kuasa UMNO-BN di negara Malaysia ini pada PRU-13 yang akan datang.

PAS Perak, sangat bimbang terhadap segala kecelaruan yang berlaku di Perak dan PAS Perak sentiasa mendesak agar demokrasi di negeri Perak dipulihkan segera dengan memberi laluan kepada Pilihan Raya bagi keseluruhan kerusi DUN Perak.

PAS Perak , menjunjung kasih ke bawah Duli As Sultan Perak sebagai idola rakyat yang mendambakan keadilan dan sebagai ikon kita rakyat Malaysia; PAS Perak merafak sembah, merendah hina agar institusi mulia ini meneliti kembali realiti sebenar kemahuan rakyat jelata. PAS Perak menegaskan bahawa semua itu akan nantinya terjawab secara jujur menerusi pemilihan di peti undi.

Akhirnya, PAS Perak menyeru seluruh rakyat jelata agar tidak terjebak dengan emosi perkauman sempit dan melulu yang dibawa oleh pimpinan UMNO/BN dalam menghadapi krisis ini. Kita akan hadapinya dengan penuh kewarasan dan sunggu benarlah Jihad Yang paling Besar Adalah Berkata Benar Di Hadapan Pemimpin Yang Dzalim.

” ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN ”

A.F USTAZ ABU BAKAR HUSSAIN
Pesuruhjaya PAS,
Perak Darul Ridzuan

Terima kasih dan tahniah kepada semua.....

Saya ucapkan terima kasih tahniah kepada semua yang telah mendaftar sebagai fllower/pengikut blog ini sehingga pada waktu ini jumlahnya telah mencecah 1000 orang lebih. walaupun jumlah itu menjadi matlamat sebelum berakhir tahun 2009 namun ianya telah dapat dicapai lebih awal hasil dari sokongan semua pihak.

Kalau begitulah, saya letakkan target untuk 2010 sebelum ianya berakhir, pengikut blog ini akan mencecah 2000 orang. sesuatu yang tidak mustahil dan saya anggap sangat munasabah.

Kepada yang belum mendaftar, kami sangat mengalu-alukan kesudian pengunjung menluangkan masa beberapa minit untuk mendaftar.

Akhirnya Pakatan Rakyat Didaftarkan

Oleh : Nash Ar-Rawy

Alhamdulillahu , akhirnya ‘Pakatan Senyap Umno –Pas “ gagal apabila Pakatan Rakyat sukses didaftarkan sebagai satu eniti yang bernama PAKATAN RAKYAT ke arah sistem dua parti insyaAllahu apabila PR mengambilalih pemerintahan negara daripada UBN yang bakal pula menjadi entiti parti pembangkang yang baru selepas PRU 13. PAS hendaklah percepatkan proses Kelab Penyonkong PAS dijadikan Sayap parti yang baru .

Untuk itu persepsi buruk yang dilontarkan oleh UBN ke atas PR di dalam media elektronik dan media baru bloggers Umno ; perlu di perjelaskan dalam ‘Road Show PR” dan internet dengan segera kerna hanya tinggal dua tahun sahaja lagi peluang untuk mengemaskan Pakatan dan memprojeksi lima negeri yang diperintah sebagai lebih baik daripada kerajaan UMNO MCA MIC ( UBN ).

Politik perkauman sudah di buang jauh oleh rakyat Malaysia apabila Cina dan India sudah bisa mengundi PAS ; tolak politik “MelayuIslam Umnoputra” dan Melayu sudah berani dan tanpa segan silu lagi mengundi DAP dan menolak parti perkauman MCA( UBN ).

Ini disedari oleh eniti parti perkauman UBN dan kembali meniupkan sentimen perkauman di kalangan orang Melayu dan Cina untuk kembali patah balik mengundi MCA , UMNO , MIC ( UBN ). Akan tetapi , kefasadan rasuah dan perasuh di dalam UBN sudah begitu ketara dan tiada bisa dibendung lagi atau ditutup ‘Bangkai Gajah” UBN . Perasuah –perasuah dalam UBN saling tuduh meneduh sesama sendiri menjadikan tongkang UBN carca merba bisa pecah dan karam pada bila masa.

Pertuduhan antara mereka ini , akhirnya mendedahkan bahawa wang rakyat sebanyak 20 BILLION HANGUS disonglap bukan sahaja oleh MCA tetapi, termasuk juga perasuah Gerakan dan perasuah ‘MelayuIslam Umnoputra dalam skandal PKFZ.

Apabila sokongan orang Cina pada MCA meleset dan sokongan orang Melayu pada ‘MelayuIslam Umnopurtra terumbang ambing . Lagu dan irama sentimen perkauman dimainkan semula untuk menaikkan semangat assobiyyah kaumiyyah Melayu . Cina dalam UBN . Inilah dia UBN mengaut sokongan kaum dengan sentimen perkauman demi kaum ( kaumiyyah yang lebih teruk lagi daripada assobiyyah/kebangsaan). Persepsi DAP adalah ‘chauvinist Cina” dan PAS ‘extremist’ ugama di lagukan semula. Wahal siapa itu MCA dan MIC bukankah parti –parti perkauman seperti Umno juga. Lim Kim Sai dan Najib pernah mencetuskan isu perkauman dan bertikam lidah . Hishamuddin pernah menghunuskan keris . PAS dan DAP pernah ke ? Umno sekarang cuba bermain dengan persepsi yang tak laku lagi . Ini bukan zaman 60an.

Namun, massa merasa lega dan harapan mereka kembali cerah semula apabila PAKATAN RAKYAT didaftarkan secara resmi.Ini bermakna permainan Umno bermain dengan polimik ‘Pakatan Senyap Umno Pas itu mati dengan sendirinya . Untuk itu, PR janganlah menghampakan massa untuk ‘dethrone’ UMNO MCA MIC (UBN) . Majils Presiden PR dan Majils Sekretariat Pakatan Rakyat perlu wujud koordinasi dan perhubungan ‘Bi Lateral” yang konsisten dan sistematik hingga ke peringkat Negeri dan Kawasan bukan sahaja di peringkat pusat sahaja tetapi ‘networking dan groundwork’ mendekati massa memperbetulkankan persepsi yang salah yang digembar-gemburkan UBN ke atas PAS ( isu Islam ) DAP ( Perkauman Cina) dan PKR ( Kaki Lompat) perlu ditangani segera dengan baik. Bahtera UBN sekaran sarart dengan orang yang di tolak Pakatan ,iaitu Si katak lompat diterima UBN kerna sejiwa dengan perasuah dan pengkhianat bangsa , agama dan Negara di dalamnya. Tidak hairanlah bisa disenyawai.

“MelayuIslam Umnopurtra elit” memberikan persepsi bahawa DS Menteri Besar Pakatan Perak sebagai barua Cina dan ikut terlunjuk DAP , Ini persepsi perkauman “MelayuIslam Umnopurtra elit” untuk membuatkan pengundi Melayu benci pada PAS sebagai pengkhianat bangsa Melayu sanggup ‘bersubahat’ dengan parti ekstremis perkauman Cina DAP. Umno terlalu takut banyak lagi kerusi Umno akan hilang pada PAS atau PKR dalam Pakatan.

Biasalah tuduhan perkauman sedemikian dibuat oleh “MelyuIslam Umnoputra.” Wahal PAS DAP PKR berikan SAR ( Sekolah Agama Rakyat) dan Sekolah Cina masing-masing mendapat 1,000 hectar sebagai satu sumbangan kerajaan Pakatan kepada mereka. Dengan ini, pada masa akan datang ianya akan menjadi sumber pendapatan yang tetap bagi mereka apabila tanah tersebut mendatangkan hasil sawit dan seumpamaya . Pada praktisnya kerajaan negeri tiada bisa lagi beri bantuan kewangan dan tiada lagi mengharapkan derma dari orang ramai.

Akan tetapi persepsi jahat pada diri Umno itu cuba di sembunyikan mereka. Kerajaan ‘MelayuIslam Umnoputera ; satu kaki persegi tanah pun tiada pernah diberikan kepada SAR sebaliknya Geran untuk SAR di mansuhkan terus kerna gentar pada pengaruh Islam ( PAS) terlahir secara fitrahnya di SAR. Kolej Islam di Kuala Kangsar adalah anugerah keluarga di Raja Perak bukan daripada Tanah Kerajaan yang dianugerahkan oleh ‘MelayuIslam Umnopurtra. Ini lah persepsi pengkhianatan “MelayuIslam Umnoputra” ‘ in the broad day light “ yang cuba di sembunyikan oleh parti assobiyyah “ MelayuIslam Umnoputra”. Jasa PAS dan DAP kepada Sekolah Agama mengatasi ‘MelayuIslam Umnoputra dan MCA yang hidup dengan ‘racist” dan hanya memikirkan projek kepentingan kroni mereka sahaja; sapu tanah banyak-banyak“ to fill up their bellies “ ; mengejar takhta untuk Harta walaupun secara kudeta dan bercanggah dengan Undang- Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Bukankah akidah baru Umno “ MelayuIslam Umnoputra “ termaktub di dalam ‘By Law:’ Umno demi untuk mencapai cita-cita kebangsaan ; raja –raja, Melayu dan agama Islam diperalatkan untuk motif tersebut? Ini lah sebenarnya persepsi sebenar
MelayuIslam Umnopurtra “ yang telah menipu umat Islam selama 52 tahun . bahwa raja, orang Melayu dan agama Islam adalah alat semata mata . Benar seperti kata TGNA akidah baru Umno yang dipertahankan Najib itu menyesatkan ummah dan menipu Melayu demi kelangsungan takta segelintir “MelayuIslam Umnoputra meratahi khazanah negara di atas nama Melayu ( DEP) ; bagilah sekampit beras dan terus menerus menipu memperalatkan bangsa dan agama demi kezaliman assobiyyah ;Melayu . Raja dan agama Islam diperalatkan . Selama ini alat semata-mata . Inilah dia persepsi sebenar perjuangan UMNO yang perlu di dedahkan oleh Pakatan Rakyat.

Betapa hebatnya propaganda perkauman UMNO ini ; sehingga pimpinan DAP Perak sendiri akur bahawa PAS ini memang disangkakan mereka ekstemis agama . Tetapi apabila berkawan dengan TGNA , TGHA dan DS Nizar; sedarlah mereka bahwa mereka selama ini juga termakan umpan persepsi salah tentang PAS . Begitu juga dengan PAS dapat merasakan kesetiakawan yang baik dengan DAP yang bukan parti ‘ekstremis Cina sebagai persepsi salah yang di propaganda Umno di dalam media .

Negara Berkebajikan , Islam For All, Justice For All ; tiada lagi menjadikan orang Cina dan India ‘Islamophobia’ terhadap PAS seperti persepsi yang digambarkan Umno selama ini. Umno tiada bisa menipu massa untuk selama-lamanya . Dalam media baru siber dewasa ini . Massa sudah celek politk dan tidak lagi berpegang dengan persepsi salah tentang PAS dan DAP lagi . Bahkan mereka suka bernaung di bawah PAS DAP PKR daripada menjadi alat perkauman UMNO MCA MIC . Tiada lagi takut untuk mendengar ceramah PAS DAP PKR. Di hadiri oleh massa berbilang kaum dengan penuh ceria dan pengharapan . Mereka datang, semua kaum tanpa dipaksa , tiada di bekalkan dengan bus atau wang saku memberikan sokongan padu kepada parti pilihan massa ;iaitu PAKATAN RAKYAT .

Semua kaum bukan sahaja di Kelantan bahkan satu Malaysia menerima ketokohan dan karisma keterampilan TGNA, baik DS Anuar, Kit Siang maupun TGHA; Bahkan Zaid Ibrahim (PKR) mencadangkan TGNA sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat yang pertama yang disokong oleh Mustapa Ali (S/U Agung PAS) . Walaubagaimanapun itu terserah kepada kebijaksanan dan keputusan Pimpinan Pakatan Pusat .

Akan tetapi , retorik tadika satu Malaysia terpaksa dikerah kakitangan awam yang diangkut dengan bus dan dirasuah dengan wang saku untuk mencukupkan himpunan di Stadium Ipoh, Perak. Wahal himpunan rakyat di stadium yang sama tiada bisa ada rasuah politik bahkan di mana mana sahaja di stadium Kota Bharu, Alor Setar dan di Selangor massa datang berduyun –dungun dengan ikhlas , kenderaan sendiri dan wang saku sendiri untuk memenangkan SUARA RAKYAT UNTK RAKYAT DARI RAKYAT KEPADA RAKYAT . Ini persepsi yang sebenar massa pada PAKATAN RAKYAT yang digeruni oleh : MelayuIslam Umnopurtra. MCA dan MIC.

Bahkan tokoh politik veteran dan berpengalam luas dengan Malaysia ;iaitu Lee Kuan Yu sendiri datang ke Malaysia kunjung hormat TGNA dan TGHA kerena belau sudah nampak dan dapat merasakan bahawa PAS/PAKATAN adalah ‘ THE GOVERNMENT IN THE WAITING” dan Mustafa Ali yang berseminar di Singapura menyatakan jaminan PAS/PAKATAN bahawa jika Pakatan memerintah, hubungan diplomatik Malaysia –Indonesia akan menjadi bertambah baik. Ini persepsi yang Kuan Yu perolehi daripada PAS/PAKATAN . Cuma ‘MelayuIslam Umnopurtra sahaja yang tiada akur akan persepsi massa pada PAS dewasa ini yang tiada lagi ada perasaan ‘Islamophobia “ lagi terdapat PAS termasuk Lee Kuan Yu , masyarakat Cina dan India.

“ Perception enlightenment” memperbetulkan persepsi salah tentang PAS dan DAP yang di lakukan Umno “ MelayuIslam Umno elitputrra” hendaklah secara konsisten dari masa ke semasa dan sepanjang masa di lakukan oleh PAS/PAKATAN kerna Umno tidak akan berhenti mempropagandakan persepsi yang salah itu sampai PRU 13 Apalagi RTM adalah ‘parti baru’ keluarga UBN berkempen untuk Umno dan mempamirkan persepsi buruk tentang hubungan PAS DAP PKR supaya massa beralih kepada UMNO MCA MIC (UBN) yang semakin di tolak dan dibenci oleh massa.

Lebih-lebih lagi mendiang Teoh di sahkan dibunuh oleh pakar bedah Thailand dan mutakhir ini; makin banyak lagi ‘parti baru’ kerabat UBN ; yang nyata SPR, SPRM, SPR selain daripada mahkamah. Massa nampak aspirasi rakyat yang mahukan keadilan , pembelaan dan ketanggungjawapan , amanah , dan ‘honesty’ pemimpin pada rakyat: persepsi ini dan kualiti ini ada pada PAKATAN RAKYAT yang terdiri daripada para pejuang keadilan , penentang kefasadan rasuah dan perasuah dan keautokrasian berparlimen ada pada pejuang –pejuang PAS DAP PKR. tanpa meletakkan kaum dan agama sebagai sempadan .Persepsi massa ialah PAKATAN RAKYAT : :”Justice For All” “ Islam For ALL” untuk “SELAMATKAN SATU MALAYSIA BARU “ bagi KERAJAAN BARU PAKATAN RAKYAT ( THE PEOPLE’ S CHOICE) TOLAK GAGASAN PERKAUMAN UMNO MCA MIC ( UBN) DAN MENGUNDI GAGASAN UNIVERSAL : PAS DAP PKR. “DETHRONE entiri perkauman : “MelayuIslam Umnoputra, MCA MIC (UBN).
“ GOD IS THE GREATEST !!! “

Oleh : Nash Ar-Rawy/ 15.1109
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )

Keputusan batal ke Mekah, gagalkan usaha musuh

Ali Hashim

ALOR SETAR, 15 Nov: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyokong keputusan yang telah dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk membatalkan pemergian beliau ke tanah suci Mekah pada 18 November yang akan datang.

Beliau yakin keputusan yang telah dibuat oleh Nik Aziz telah berjaya mematahkan usaha pihak-pihak tertentu yang cuba untuk menjatuhkan PAS dan mencemarkan imej Menteri Besar Kelantan itu sendiri.

"Isu yang cuba dipolitikkan ini membuktikan ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan PAS.

"Keputusan yang telah diambil oleh Nik Aziz itu membuktikan beliau bukanlah seorang pemimpin yang mudah untuk menerima pemberian daripada seseorang," katanya

Namun ujarnya lagi, bukan semudah itu untuk menjatuhkan PAS yang sudah lama matang dengan sepak terajang politik tanah air.

Beliau juga yakin, beberapa isu yang sering ditimbulkan terhadap PAS, langsung tidak menjejaskan parti itu.

Apatah lagi, parti itu mempunyai mekanisma tersendiri menyelesaikan masalah yang ditimbulkan.

"Saya juga yakin dengan kepelbagaian isu yang timbul ini serta kejayaan PAS untuk menepis segala dakyah dan tuduhan membuktikan bahawa segala masalah yang melanda parti ini tidak akan menjejaskan PAS," katanya lagi.

Isu-isu yang bersifat serangan ini katanya kan lebih mematangkan lagi ahli-ahli PAS apabila satu persatu daripada serangan musuh dapat ditangkis dengan mudah.

"Dengan semangat perjuangan yang ada serta kematangan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli PAS maka apa jua isu yang cuba dipoltikkan oleh pihak lawan sudah pasti akan dapat diatasi dengan mudah," katanya.Harakahdaily/-

1Malaysia, Kelantan terus dianak tiri

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 15 Nov: Slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya indah khabar dari rupa apabila rakyat Kelantan terus dianak tirikan kerajaan pusat hanya kerana negeri itu ditadbir oleh PAS.

Contoh yang paling nyata adalah keengganan kerajaan pusat membina tembatan banjir di Sungai Golok, walaupun peruntukan untuk projek tersebut telah diluluskan sejak Rancangan Malaysia Ke-7 lagi.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, jika kerajaan benar-benar berhasrat mendahulukan rakyat, pembinaan tembatan banjir itu harus disegerakan memandangkan rakyat di kawasan itu sering berhadapan dengan bencana alam itu.

“Saya dimaklumkan peruntukan untuk tembatan Sungai Golok ini telah diluluskan sejak RMK ke-7 lagi. Tapi sampai sekarang tak buat, tak tahu ke mana peruntukan itu.”

“Tembatan banjir ini perkara yang perlu diambil tindakan serius kalau betul-betul kerajaan kata rakyat diutamakan.Saya sebagai ahli parlimen Rantau Panjang mintaklah beri keutamaan kepada pembinaan benteng banjir ini,” katanya ketika ditemui di lobi parlimen baru-baru ini.

Menurut Zailah, penduduk Rantau Panjang terpaksa menghadapi risiko kerosakan dan kerugian harta benda setiap kali berlakunya banjir di kawasan itu pada musim tengkujuh.

Limpahan air Sungai Golok itu turut melumpuhkan kegiatan harian penduduk dan peniaga di pekan Rantau Panjang yang merupakan Zon Bebas Cukai terkenal.

Kedudukan Rantau Panjang yang bersebelahan dengan Thailand makin merumitkan keadaan kerana negara itu membina benteng yang tinggi di sepanjang sungai Golok. Ini menyebabkan air hujan mengalir ke sebelah Kelantan kerana kedudukannya yang rendah dan tiada benteng yang menghalang air.

“Ekonomi rakyat Thailand tidak lumpuh walaupun musim hujan. Sebaliknya ekonomi rakyat Rantau Panjang yang terjejas teruk. Rakyat terpaksa tutup kedai, rugi beribu-ribu, tanaman ditenggelami air, binatang ternakan hanyut,” katanya yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Tegasnya, kerajaan harus mengambil tindakan yang dapat menyelesaikan masalah berkenaan untuk jangka masa panjang, bukan sekadar menghabiskan wang memberikan pampasan setiap kali berlakunya banjir.

“Kerajaan bagi pampasan 500 ringgit kepada setiap mangsa banjir.Berapa juta kerajaan terpaksa habiskan duit untuk bagi pampasan.Lebih baik kerajaan guna duit itu buat tembatan untuk jangka masa panjang,” tegasnya.

Apa yang lebih dikesalkan ujarnya, apabila kerajaan pusat tidak berlaku adil dalam memberikan bantuan banjir kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Menurutnya, bantuan yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) hanya diberikan kepada penyokong-penyokong Umno BN sahaja.

Ini dimaklumkan sendiri oleh salah seorang pegawai JPP kepada beliau.

“Pegawai daripada jabatan pembangunan persekutuan dedahkan kepada saya bagaimana ada seorang pegawai JPP yang memang orang umno kuatlah.Dia kata nama-nama yang diberikan ini, siapa orang BN akan diberikan surat tawaran untuk terima bantuan banjir.Yang bukan BN, dia tak akan bagi walaupun tenggelam air,” ujarnya.

Beliau turut mendesak agar JPP dimansuhkan di Kelantan kerana ternyata bersikap pilih kasih dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat.

Masih berlaku diskriminasi dalam menyalurkan bantuan.sebab melalui JPP. JPP tak akan bagi keadilan kepada rakyat. Sebab itu saya tegaskan, jangan benarkan sebarang bentuk bantuan disalurkan melalui JPP.Ini wang rakyat.bukan wang Umno.Mereka guna wang ini untuk kepentingan mereka sahaja,” katanya.

Minggu lalu seramai 2,031 mangsa banjir di seluruh negeri dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di kawasan sekitar. Harakahdaily/-

400 rumah dilanda banjir di Lenggong


LENGGONG, 14 Nov: Banjir yang melanda lebih 400 rumah termasuk masjid, surau, sekolah agama rakyat, dewan serbaguna, dewan Tabika Kemas, dewan orang ramai premis kedai dan lain-lain di taman dan beberapa kampung dekat sini mendapat perhatian PAS Perak.

Sebanyak 30 mangsa banjir di beberapa kampung di sini yang dianggap paling layak menerima bantuan, diberi sumbangan berupa beras dan barangan dapur ala kadar oleh Pesuruh Jaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain sehari selepas banjir besar baru-baru ini.

Ustaz Abu Bakar yang datang bersama Setiausaha Politik Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Ustaz Misbahul Munir Masduki turut membuat penyerahan sukarelawan daripada Unit Amal (UA) dan pemuda-pemuda PAS tempatan yang ditugaskan untuk membersih rumah-rumah mangsa banjir.

Kehadiran mereka berdua yang sampai jam 10.45 pagi disambut oleh Yang Dipertua PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria serta AJK PAS Kawasan. AJK Dewan Pemuda PAS Lenggong dan anggota-anggota UA di Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (PASTI) Kota Tampan Air.

Sebelum itu YDP PAS Lenggong, Razman Zakaria seawal jam 3 pagi melawat rumah-rumah mangsa di Taman Kota Tampan (TKT) dekat sini.

Beliau yang bersimpati dengan nasib dialami 72 keluarga dari lapan blok rumah awam di TKT itu sanggup mengharungi air bersama mangsa untuk melihat lebih dekat derita penduduk.

Beliau sempat berbual dengan seorang ketua keluarga di TKT, Ghazali Abdullah, 62, yang tinggal di dalam rumahnya bersama isteri dan seorang cucu, di mana sejak 19 tahun tinggal di situ itu pertama kali dilanda banjir lumpur.

(Gambar: Razman melawat mangsa banjir)

Ghazali, ketika ditemui, berkata kerana tidak menyangka sama sekali banjir akan berlaku sebesar itu, dia dan isterinya tidak sempat berbuat apa-apa menyebabkan banyak barangan berharga di dalam rumah mengalami kerosakan.

"Peti ais, mesin basuh, sofa, karpet, tikar, almari, katil, tilam dan lain-lain rosak tidak sempat diselamatkan apabila air naik dengan deras hingga separas hampir semeter di dalam rumah," katanya.

Ghazali berkata, akibat pelbagai barangan di dalam rumahnya rosak, dia mengalami kerugian kira-kira RM5,000, manakala malam kedua berlaku lagi banjir barangan-barang sama tidak dapat diselamatkan juga,' katanya.

Selain rumah Ghazali, Razman sempat melawat mangsa-mangsa lain, termasuk masyarakat Cina dan India yang turut menjadi mangsa banjir lumpur malam partama itu.

Sementara itu, banjir lumpur dua malam berturut-turut itu adalah akibat limpahan air Sungai Kerok selepas hujan lebih enam jam pada malam pertama dan lima jam malam kedua.

Banjir yang berlaku mulai jam 12.30 malam hingga jam 8 pagi itu turut dialami lebih 30 keluarga di Kampung Banggol Batu, lebih 30 keluarga di Kampung Banggol Belimbing dan lebih 20 keluarga di Kampung Chain dan Batu Dinding.

Premis-Premis lain yang turut ditenggelami air berlumpur kuning ialah Masjid Banggol Batu, Dewan Tabika Kemas Banggol Batu dan Dewan Orang Ramai Banggol Batu.

Di TKT, dua bangunan Sekolah Agama Rakyat turut ditenggelami air menyebabkan berlaku kerosakan ke atas beratus-ratus buku teks selain al-Quran, kitab, malah set komputer turut rosak dimasuki air lumpur.

Turut di landa banjir di TKT ialah Dewan Serbaguna TKT, Surau TKT dan lima buah kedai, manakala berpuluh kereta dan motorsikal turut ditenggelami air. Harakahdaily/-

Rubah Gunakan Kegarangan Harimau untuk Menipu

Menurut ceritanya, seekor harimau yang terlalu lapar sedang mencari makan di merata-rata tempat dalam hutan. Kebetulan, ditemuinya seekor rubah yang sedang bersiar-siar di dalam hutan itu. Sang harimau pun segera menangkap rubah itu, dan dengan gembiranya ingin menikmati daging rubah yang sedap itu. Bagaimanapun, ketika itu, sang rubah yang ditangkap itu berkata kepada harimau itu: "Hai sang harimau. Aku pasti awak tidak berani memakan aku. Aku diperintahkan oleh maharaja di kayangan untuk menjadi Raja Binatang di bumi. Jika awak memakan aku, awak pasti dijatuhi hukuman berat kerana melanggar titah perintah Maharaja Kayangan."

Sang harimau itu berasa ragu-ragu terhadap kata-kata rubah itu. Bagaimanapun, ia tidak tahu bagaimana menangani binatang yang ditangkapnya itu, sedangkan perutnya terlalu lapar. Ketika melihat kelengahan sang harimau itu, sang rubah itu terus berkata:

"Adakan awak tidak percaya kepada apa yang aku katakan tadi? Kalau begitu, biarlah aku berjalan di depan awak, dan awak mengekor di belakangku. Cubalah awak lihat reaksi binatang-binatang liar yang melihatku nanti. Mereka pasti menundukkan kepala kepadaku atau segera melarikan diri."

Sang harimau berasa cadangan rubah itu agak masuk akal. Maka, ia terus berjalan dengan mengekor di belakang rubah itu. Menanglah benar, apabila terlihat akan mereka, semua binatang liar amat takut, dan segera melarikan diri ke merata-rata tempat. Bagaimanapun, sang harimau itu tidak tahu bahawa mereka melarikan diri kerana takut kepada kegarangannya. Ia berpendapat bahawa binatang tersebut benar-benar takut kepada rubah itu.

Cerita teladan ini menasihati kita supaya mempunyai visi untuk menyisihkan yang palsu dan mempertahankan yang benar. Jika tidak, kita akan mudah tertipu oleh mereka yang asyik menipu orang dengan menggunakan nama orang yang berwibawa, seperti pengalaman sang harimau dalam cerita tersebut.CRI/-

36 Taktik Peperangan: Mencuri Kambing Sepintas Lalu

Secara harafiah, taktik "Mencuri Kambing Sepintas Lalu" bermaksud mengambil kambing orang lain secara sepintas lalu tanpa kebenaran pemilik. Daripada judul taktik tersebut sudah dapat kita tangkap maksud yang hendak disampaikan iaitu: secara tidak sengaja, bukan dirancang mendapat sesuatu keuntungan yang biasanya memerlukan kos yang tinggi untuk memperolehnya.

Dalam kebanyakan keadaan, taktik "Mencuri Kambing Sepintas Lalu" bersifat menghina. Dalam bidang ketenteraan, taktik itu bermaksud mencapai kemenangan yang di luar sangkaan. Berikutnya, saya akan menceritakan satu contoh yang berjaya menggunakan taktik "Mencuri Kambing Sepintas Lalu" dalam Perang Dunia II.

Sebelum Perang Dunia II, pemimpin fasis Itali, Mussolini sentiasa bercita-cita untuk membina semula Empayar Rom supaya keagungan dan kegemilangan empayar itu dapat dipulihkan dan sekali lagi menjadikan Laut Mediterranean sebagai tasik kepunyaan orang Itali.

Setelah Perang Dunia II meletus, Mussolini kira sudah tiba masanya untuk bertindak bagi merealisasikan impiannya. Namun, dia telah menyedari bahawa Britain yang mempunyai keunggulan di rantau Laut Mediterranean adalah sukar dikalahkan dengan kekuatan Itali sendiri. Jadi, dia terpaksa mengalihkan sasarannya kepada negara-negara kecil di pesisir pantai Laut Mediterranean bagi memulakan peluasannya di rantau tersebut. Justeru itu, sasaran pertamanya ialah Greece. Mossolini menganggap bahawa Greece merupakan sebuah negara kecil yang lemah daya pertahanan. Maka, dia telah memberi arahan untuk melancarkan serangan terhadap Greece dengan tarikh akhir.

Pada 28 hb Oktober 1940, atas arahan Mossolini, Duta Besar Itali ke Greece telah menyampaikan satu nota kepada Perdana Menteri Greece yang menuntut Greece menyediakan pusat penempatan tetap untuk tentera Itali supaya Greece dapat mengekalkan kedudukan berkecuali. Perdana Menteri Greece telah menolak nota itu dan mengarahkan rakyatnya supaya bersiap sedia untuk membela tanah air daripada serangan tentera Itali.

Walaupun Pegawai Turus tentera Itali berpendapat bahawa tentera mereka tidak mungkin dapat mengalahkan Greece dalam masa yang pendek, akan tetapi, Mussolini juga telah mengarahkan tenteranya melancarkan serangan terhadap Greece.

Seperti yang dijangkakan bahawa sebahagian pasukan Itali yang dahulu melancarkan serangan telah mengalami serangan balasan yang hebat daripada tentera Greece. Melalui pertempuran yang sengit selama beberapa hari, tentera Itali bukan sahaja tidak mencapai kemenangan, tetapi juga telah mengalami kecederaan yang teruk.

Satu minggu kemudian, pasukan tambahan Greece juga telah berkejar ke medan pertempuran itu. Setelah mengkaji dan menilai situasi, tentera Itali terpaksa telah menarik balik ke kubu pertempuran asalnya.

Justeru itu, tentera Greece telah mengambil kesempatan itu untuk menghapuskan kekuatan tentera Itali dan berjaya menduduki kawasan strategik di balakang Itali.

Untuk mengelakkan daripada keadaan tentera Itali dikepung serta kekalahan yang lebih teruk, Mossolini terpaksa meminta bantuan daripada pemimpin nazi Jerman ketika itu, Adolf Hitler.

Dengan adanya bantuan daripada pihak Jerman, Mossolini baru dapat memeliharakan kekuatan tenteranya.

Sementara itu, dalam misi membantu tentera Itali, tentera Jerman telah menduduki wilayah Greece secara sepintas lalu. Orang Jerman telah mengambil "kambing" yang sangat diingini oleh orang Itali iaitu wilayah Greece

Dalam penggunaan praktikal taktik "Mencuri Kambing Sepintas Lalu", kuncinya ialah kita dikehendaki mengetahui kelemahan pihak musuh yang susah dikesan dalam pergerakan dan menggunakan kelemahan itu dengan baik-baik untuk mencapai kemenangan yang lebih besar.

Dalam penggunaan bahasa China kini, taktik "Mencuri Kambing Sepintas Lalu" kadangkala juga bermaksud, dalam proses penyelesaian satu masalah yang besar, secara sepintas lalu, satu masalah kecil turut diselesaikan sekali gus tanpa bersusah payah. Maksud itu telah berubah daripada maksud asal taktik tersebut.

----Puspa.

36 Taktik Peperangan: Mengorbankan Perak untuk Mempertahankan Emas

36 Taktik Peperangan merupakan sebuah buku yang di dalamnya terkandung 36 taktik peperangan yang diguna pakai pada zaman purba di China dan diwarisi sehingga hari ini. Taktik-taktik peperangan yang terkandung di dalam buku itu telah diguna pakai di China dalam jangka masa yang panjang dan telah menjadi inti pati kebudayaan tradisi China. Pada masa ini, "36 Taktik Peperangan" telah disesuaikan untuk strategi dalam pelbagai bidang, antaranya termasuklah politik, diplomasi, ilmu-ilmu pengurusan, perdagangan dan lain-lain.

"36 Taktik Peperangan" tidak ada banyak kandungan yang menjelaskan tentang teori peperangan, sebaliknya lebih tertumpu kepada penggunaan praktikal strategi peperangan.

"36 Taktik Peperangan" merupakan rumusan hasil fikiran ahli ketenteraan yang terunggul pada zaman purba China. Setiap taktik mempunyai tujuan yang jelas dan bersifat praktikal. Kebanyakan taktik tersebut lebih mementingkan perubahan yang tidak dijangka ketika bertempur dengan musuh. 36 Taktik Peperangan diketahui oleh umum melalui pelbagai cara. Ada taktik diberi judul opera, peribahasa atau peristiwa yang pernah berlaku dalam sejarah China. Oleh sedemikian, orang ramai lebih mudah untuk memahami teori dan ilmu ketenteraan yang terkandung di dalam buku itu.

Taktik "Mengorbankan Perak untuk Mempertahankan Emas" yang juga dikenali sebagai "Mengorbankan Pokok Plum untuk Mempertahankan Pokok Pic" berasal daripada sebuah buku puisi bahasa China kuno. Dalam buku itu, terdapat satu puisi yang menceritakan tentang sebatang pokok plum yang telah mengorbankan diri untuk menyelamatkan sebatang pokok pic yang tumbuh dekat dengannya. Menurut cerita itu, di tepi sebuah perigi, terdapat sebatang pokok plum tumbuh berjiran dengan sebatang pokok pic. Akar pokok pic itu telah diserang oleh serangga perosak. Akhirnya, pokok plum itu telah mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan pokok pic, lalu mati kerana akarnya dihabis makan oleh serangga perosak.

Tatkala, salah seorang daripada lima orang adik-beradik mengalami kemalangan, tiada seorang pun daripada adik-beradiknya sedia tampil untuk membantunya. Pemuisi itu telah meluahkan perasaan bahawa hubungan saudara lima adik-beradik itu tidak setanding dengan hubungan persahabatan dua batang pokok itu.

Dalam bidang ketenteraan, taktik "Mengorbankan Perak untuk Mempertahankan Emas" boleh digunakan jika kekuatan kedua-dua pihak yang bermusuh berada dalam keadaan seimbang atau berbeza, pihak yang lebih lemah itu terpaksa mengorbankan sesuatu sebagai kos yang tidak boleh dielakkan dan sedaya upaya meminimumkan kos yang harus dibayar itu demi mencapai kemenangan muktamad atau untuk mengelakkan kekalahan yang lebih teruk.

Saya bagi satu contoh dalam sejarah China. Pada abad ke-3 Sebelum Masihi, Negeri Zhao yang bersempadan dengan wilayah kuasa orang Hun selalu diserang oleh pasukan askar berkuda orang Hun. Untuk memperkukuh pertahanan, Raja Negeri Zhao telah melantik Panglima Li Mu sebagai komander tentera Negeri Zhao di Yan Men, tempat strategik bagi kedua-dua pihak. Pada mulanya, Li Mu yang baru menyandang jawatan itu telah mengarahkan tenteranya menjalankan tugas-tugas pertahanan di dalam kota Yan Men sahaja dan tidak membenarkan tenteranya keluar bertempur dengan pasukan musuh. Dengan itu, orang Hun pun tidak berani melancarkan serangan dengan sewenang-wenangnya tanpa mengetahui rancangan Li Mu. Keadaan itu telah berlarutan selama beberapa tahun dan tentera Negeri Zhao yang dipimpin oleh Li Mu juga semakin hari semakin kuat dan penuh dengan semangat.

Sebelum melancarkan serangan besar-besaran terhadap orang Hun, Panglima Li Mu telah mengerahkan sejumlah kecil askar dan penduduknya keluar untuk menternakkan haiwan. Selepas mengetahui khabar itu, orang Hun telah menghantar pasukan askar berkudanya untuk merampas haiwan yang diternakkan itu.

Askar Li Mu telah bertempur dengan orang Hun dan dengan sengaja melarikan diri dengan meninggalkan haiwan ternakan mereka. Dengan kemenangan tersebut, orang Huni telah menganggap bahawa Li Mu ialah seorang penakut yang mudah dikalahkan. Jadi mereka telah melancarkan serangan yang besar-besaran terhadap tentera Negeri Zhao.

Dengan melihat tipu helahnya telah berkesan, tentera Li Mu pula telah memasang jerat sewaktu pasukan orang Hun sedang dalam perjalanan untuk melakukan serangan. Kemudian mereka telah melancarkan serangan hendap terhadap pasukan orang Hun dan dengan sekali gus berjaya menghapuskan pasukan orang Hun.

Walau bagaimanapun, dalam penggunaan praktikal taktik tersebut, besar atau kecilnya kos yang harus dibayar untuk mencapai kemenangan muktamad merupakan keputusan yang paling susah untuk dibuat. Ini kerana jika kos yang dibayar itu sudah sampai ke tahap yang tidak mampu ditanggung, maka kekalahan yang lebih teruk kemungkinan akan berlaku.

Dalam pada itu, mereka yang membuat keputusan harus mengetahui situasi sepenuhnya dan membuat penilaian secara saintifik supaya keputusan yang bijaksana dapat dibuat.

----Puspa.cri/-