13 Mac 2010

Hadits pilihan.

Daripada Abdullah bin Mas'ud ra katanya, Rasulullah saw bersabda "tidak boleh iri hati selainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan hartanya itu kejalan yang benar dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan dengan ilmunya (AlQuran dan Hadis) serta diajarkannya kepada orang lain. ( AlBukhori dan Muslim)

Gambar lawatan ke Giza Piramid.

Bergambar di hadapan Piramid utama bersama rombongan.


Pada kesempatan berada di Bumi Mesir saya telah sempat mengadakan lawatan ke beberapa tempat sejarah disini. Kelmarin saya telah melawat Mesium Mesir yang menyimpam khazanah penemuan sejarah Mesir Kuno. Peluang yang ada saya gunakan untuk masuk ke kawasan khas yang menempatkan mayat Raja-Raja purba Mesir yang lebih dikenali dengan nama Firaun.

Tiket pintu masuk mesium ialah 60 L.E dan untuk masuk keruangan pameran mayat Firaun dikenakan bayar tambahan 100 L.E. Kesemua kawasan yang dilawati di Mesium tidak boleh diambil gambar.

Sesudah itu saya bersama dengan Hj. Azhar dan Hj. Azlan melanjutkan lawatan ke Giza Piramid. Tiket yang dikenakan ialah sebanyak 60 L.E.

Keajaiban dunia, saiz ketulan batu yang mencecah 2 juta ketul disusun untuk menjadi piramid namun kemajuan tersebut sia-sia kerana Firaun menjadi penentang kepada Rasul Allah, Nabi Musa a.s.





Bergambar dihadapan patung Spink di akhir lawatan .

Ramah Mesra dan Dailog dengan Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir (KPKM)

Rombongan Perak yang hadir ialah ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lin, Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Perak, Hj. Asmuni Awi dan Ahli Badan perhubungan PAS Perak, Hj. Azhar Rafie.

ADUN Titi Serong sedang menyampaikan ucapannya.


KAHERAH , 11 Mac :- Mahsiswa dan Mahasiswi yang belajar di Mesir ada pewaris yang akan mewarisi perjuangan Islam yang sedang diperjuangkan di Malaysia sekarang, Demikian antara pesanan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa menyampaikan ucapan dalam majlis Ramah Mesra dan Dailog bersama dengan pelajar Kelantan di Mesir yang diadakan di Dewan Tok Kenali Rumah Pelajar kelantan yang diadakan sini.

Majlis tersebut diatur oleh KPKM sempena dengan lawatan badan Perhubungan PAS Perak ke Mesir.

Selain rombongan memberikan penerangan tentang isu-isu semada, pada kesempatan yang sama diadakan satu majlis dailog.







SALBIAH WAHAB: Kenapa rakyat perlu bosan dengan Umno

26 Rabiulawal 1431H
Salbiah Abdul Wahab

Kes penderaan kanak-kanak yang berlaku akhir-akhir ini menjadi-jadi. Selepas satu kejadian dilaporkan, terdengar satu lagi kejadian. Ia seperti menjadi satu ‘pandemic’ dan trend yang boleh dianggarkan berlaku.

Beberapa cadangan dan pendekatan telah dikemukakan bagi mengatasi gejala penderaan kanak-kanak. Segala saluran dan medium digunakan bagi menunjukkan keseriusan gejala ini hendak dibenteras. Kes penderaan ini telah mencapai tahap pengetahuan maksima, iaitu dibawa ke pengetahuan Kementerian Wanita, Polis, mahkamah malahan akhbar dan media elektronik telah memainkan peranan.

Bermakna umum telah mendapat maklumat terperinci kes-kes kejadian penderaan ke atas kanak-kanak. Akhbar dan televisyen telah menceritakan dan mendedahkan gejala ini. Ditambah dengan arahan baru oleh Kementerian dan pihak berkuasa polis yang mahu dilaporkan kejadian yang serupa sekiranya anda mempunyai maklumat kejadian kes-kes penderaan.

Tetapi, kalau polis tahu, apa polis boleh buat? Mengambil contoh, dalam kejadian Makan Malam Menyambut Ulang Tahun ke-2 Pakatan Rakyat Peringkat Wilayah Persekutuan, bilangan polis yang ramai telah dikerah bertugas di tempat makan malam.

Polis telah mengganggu majlis aman penyokong Pakatan Rakyat yang berhimpun di premis persendirian dan polis juga yang telah memukul beberapa pemuda yang berada di majlis tersebut. Jadi, ini adalah kes penderaan oleh polis.

Kerajaan Umno BN juga melakukan beberapa penderaan ke atas rakyat. Kerajaan Umno BN telah menjalankan dan akan mengumumkan beberapa lagi perkara-perkara penderaan ke atas rakyat, kerana memenuhi slogan 'rakyat didahulukan' dalam merasai kesempitan dan penganiayaan.

Dengan menamatkan bantuan kepada sekolah-sekolah Agama Rakyat adalah satu bentuk penderaan kerajaan kepada rakyat. Menyekat bantuan yang sepatutnya diterima oleh negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat adalah juga penderaan kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri. Yang paling jelas lagi ialah sikap Kerajaan Pusat yang tidak mahu membayar royalti minyak kepada rakyat Kelantan adalah menifestasi penderaan kerajaan Umno BNBn kepada rakyat terbanyak.

Apa yang boleh kita setujui apabila Perdana Menteri Malaysia menyatakan ‘kejadian penderaan ke atas kanak-kanak tanda institusi rumah-tangga rapuh’. Benar ini adalah kesan dari institusi rumah tangga yang rapuh dan penyakit sosial yang ‘pandemic’ dan meruncing seperti barah.

Tetapi kejadian seperti ini ada hubung kaitnya dengan kerajaan. Kehidupan dan tahap sosio-ekonomi rakyat adalah hasil daripada rakyat yang tidak mendapat cukup pembelaan oleh kerajaan. Dikala hendak mencari makan sesuap nasi pun susah bagi golongan yang berpendapatan rendah, ditambah dengan pelbagai cukai yang akan dikenakan Kerajaan kepada rakyat, kesemua ini memberi dan menambah beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Rasulullah saw pernah bersabda: ‘Rakyat mengikut agama pemimpin’. Apakah ini benar dalam kes penderaan kanak-kanak yang dibunah, rakyat mengikut corak pemikiran dan apa yang dilakukan oleh pemimpin?

Memang bukan jalan penyelesaiannya mendera, menyeksa, menyakiti dan akhirnya membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa. Tetapi masalah kehidupan yang serba tidak mencukupi boleh mengheret kepada kehidupan tidak tenang dan menyebabkan fikiran terganggu dan lebih teruk lagi mengakibatkan gejala mental yang serius.

Rakyat juga telah bosan dengan pemimpin kerajaan yang turun padang bertemu dan bersalaman dengan rakyat, kemudian dihidangkan makan nasi kawah. Pegang cangkul 3-saat untuk dirakam oleh juru kamera kemudian disiarkan di dalam surat khabar atau televisyen.

Tambah bosan lagi, bila berucap, mengumumkan akan memberi peruntukan yang besar kepada satu-satu kampung. Bertepuk-bersorak orang kampung akan dapat wang besar yang diberi oleh pemimpin UMNO-BN.

Tapi, bila nak dapatnya? Tunggulah pilihanraya, nanti akan diumumkan lagi. Bila!!? Pemimpin ini akan berkata, ‘Itu janji pilihanraya!’.

Mungkin ramai juga yang tidak bosan dengan pemimpin yang sedemikian. Malahan memuji dan mengikut sikap pemimpin. Kerana pemimpin seperti itu adalah buktinya ‘Pemimpin berjiwa rakyat’. Maka sebab itu pemimpin disanjung-sanjung…manalah tahu boleh dapat projek besar. Kerana pemimpin yang berjiwa rakyat akan bersaing dengan rakyat untuk mendapat projek besar, tapi ‘of course’ pemimpinlah dapat.

Hadith Rasulullah saw bersabda mengenai pemimpin: Sebaik-baik pemimpin adalah kamu mengasihi mereka dan mereka (pemimpin) mengasihi kamu. Kamu berdo’a untuk mereka dan mereka mendoakan kamu, dan begitulah sebaliknya.

Adakah ciri ini ada pada pemimpin Umno BN atau ciri ini sesuai untuk kerajaan Tok Guru Nik Aziz dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat? Diharap rakyat Malaysia boleh memikirkan hal ini.

Maka, tanggungjawab kerajaan Umno BN yang memerintah adalah memikirkan kebajikan rakyat secara holistik. Kerajaan Umno/Bn mesti memikirkan kebajikan rakyat. Sehingga kini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak masih belum mengumumkan apa-apa hadiah istimewa kepada rakyat terbanyak. Setakat yang berunsur ‘political mileage’ ada.

Berbanding dengan negeri Pakatan Rakyat yang hanya baru 2 tahun memerintah telah mampu mengumumkan beberapa kemudahan dan keistimewaan untuk rakyat di negeri Pakatan Rakyat. Bantuan kebajikan untuk rakyat terbanyak menjadi agenda Kerajaan Pakatan Rakyat. Contohnya: air percuma sebanyak 20 meter padu untuk rakyat Selangor. Berbeza dengan Umno. menswastakan air dan kos ditanggung oleh rakyat.

Maka sudah sampai masanya rakyat menukar kerajaan di negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan yang ada ini dengan kerajaan Pakatan Rakyat. Tidak kira bila masanya, berlaku sahaja pilihanraya kecil atau pilihanraya umum, kotakan janji anda, pilihlah Kerajaan Pakatan Rakyat untuk kesejahteraan Malaysia dan rakyat seluruhnya.

* Salbiah Abdul Wahab adalah Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat

Harakahdaily.net/-

Keluar parti berkubur bersama Umno

26 Rabiulawal 1431H
Mohd Sabri Said

SEBERANG JAYA, 11 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tindakan beberapa ahli parlimen keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjadi wakil Bebas tidak membawa apa-apa erti sebaliknya menyuruh mereka berkubur bersama Umno.

Ini kerana, katanya Umno tidak mampu menyelamatkan politik mana-mana individu yang masih menaruh harapan kepada parti itu kerana ia bukan sahaja reput sehingga ke usus bahkan lumpuh segala anggota.

Katanya, amat malang bagi seseorang yang mahu lagi berkhidmat dengan Umno sedangkan semua orang tahu parti itu tidak layak memerintah ekoran kelemahan dari berbagai aspek.

"Umno bukan lagi tempat untuk bergantung harap dalam politik kerana ia sudah reput sehingga ke usus dan yang lebih penting ia dah lumpuh segala-galanya," katanya ketika berucap pada program penutup Sambutan Ulangtahun Kedua Pakatan Rakyat Pulau Pinang di tapak ekspo, di sini malam tadi.

Beliau menganggap tindakan beberapa ahli Parlimen PKR itu merupakan pembersihan parti untuk mendapatkan kepimpinan yang lebih setia, kemas, bertrampilan dan berjiwa rakyat.

Barisan Nasional (BN) tambahnya, hanya nampak gagah di mata media tetapi pada hakikatnya rakyat tahu pengaruh mereka kian menjunam walaupun berbagai program dilancar umpamanya 'Juara Rakyat'

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri terpaksa merancang progam kononnya mengembalikan untuk Umno kepada rakyat setelah menyedari parti itu sudah kian jauh di hati rakyat.

"Juara Rakyat antara program Umno untuk kembalikan kepercayaan rakyat pada mereka. Jika tidak parti itu akan berada di tahap nyawa-nyawa ikan," tambahnya di hadapan puluhan ribu hadirin.

Beliau turut melahirkan keyakinan dengan pencapaian pemerintahan Pakatan Rakyat di empat buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan berbanding di waktu pemerintahan BN yang lebih kepada projek untuk kroni.

Katanya, apabila Kerajaan Pulau Pinang memperkenalkan tender terbuka, pihak yang risau dan bimbang ialah kepimpinan Umno sendiri kerana mereka acap kali mendapat habuan dari projek yang diperolehi semasa BN dahulu.

"Itulah yang diinginkan oleh Umno jika mereka berikan sesuatu projek pasti minta habuan. Bila tender terbuka diperkenalkan untuk memberi ruang kepada kontraktor bukan mengamalkan kabel politik pasti segolongan yang rapat dengan kerajaan terdahulu tidak puas hati," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Harakahdaily.net/-

PAS Kutuk Penahanan Mazlan, Felda Talian Hayat Umno

26 Rabiulawal 1431H
Idris Ahmad

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk penahanan Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman. Penahanan beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub petang semalam merupakan penahanan politik.

PAS melihat bahawa beliau menjadi mangsa atas daya usahanya yang memimpin peneroka Felda dalam Persatuan Anak yang berjuang untuk mempertahankan hak para peneroka. Penahan ini juga dilihat sebagai usaha untuk menakut-nakutkan para peneroka lain agar tidak memberikan kerjasama atau menyertai Anak ini.

Felda-Talian Hayat Umno

Felda sebenarnya menjadi 'anak emas' Presiden Umno yang kini menjadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dengan mempunyai lebih dari 113,000 orang peneroka (Tidak termasuk keluarga mereka), Felda merupakan talian hayat terakhir bagi Umno dibeberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada Pilihanraya lalu.

PAS berjaya menembusi Pahang di DUN Semantan dan Berserah, dimana kedua-duanya bukanlah kawasan Felda dan Umno masih boleh menang selesa di Pahang kerana bantuan pengurusan Felda yang menyekat masyarakat Felda menerima informasi yang betul.

Kezaliman Felda

Felda yang dulunya adalah satu projek perladangan untuk menjana ekonomi rakyat dibawah program DEB kini diuruskan oleh Syarikat milik Kerajaan iaitu FELDA Holdings yang memiliki lebih 60 buah anak syarikat yang beroperasi di dalam dan luar negara. Pada tahun 2008 jumlah hasil perniagaannya mencecah jumlah RM15.4 bilion.

Walaupun pendapatan Felda Holding begitu besar, namun peneroka menjadi mangsa bila mana Peneroka tidak dibenarkan menanam semula sendiri kelapa sawit. Mereka diberikan hutang untuk membayar semua kerja ini yang diswastakan kepada anak syarikat Felda Holding iaitu Technoplant.

Selain itu, Felda melakukan pelbagai strategi bagi memaksa peneroka menyerahkan tanah mereka. Felda Plantations menawarkan mereka untuk menjadi pemegang saham dengan kadar bayaran pulangan bulanan adalah RM 1,500-RM 2,100 tanpa perlu bersusah payah bekerja diladang seperti dahulu. Namun mereka yang bersetuju dipaksa membuat pinjaman kos menanam semula kebun dan membina rumah baru. Jumlah hutang ini sekitar RM70,000-RM 90,000 sedangkan mereka yang menolak masih mampu hidup tanpa hutang dengan hasil sekitar RM 4,000-RM 7,000 sebulan.

Itu adalah sebahagian kecil fakta yang menjadi rintihan peneroka Felda. Namun, usaha membongkar lebih banyak penindas semakin cuba dihalang. Umno juga dilihat mempergunakan sentimen Melayu bagi menghasut peneroka menolak Anak, walhal Pengerusinya sanggup ke penjara untuk perjuangkan masa depan mereka.

PAS menyokong perjuangan Anak dibebaskan dan mahu hak peneroka Felda untuk bersuara tidak disekat. Peneroka Felda bukan banduan, mereka adalah rakyat yang merdeka dan berhak untuk bertemu sesiapa yang mereka suka. Jadi tidak ada salahnya jika Mazlan ingin bertemu mereka. Dan sebagai Pengerusi Anak, beliau berhak untuk meninjau ahli-ahlinya disemua kawasan kerana hak untuk berpersatuan dijamin oleh perlembagaan negara ini.

Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Harakahdaily.net/-

Mazlan ada asas kuat saman malu pengurus Felda - peguam

26 Rabiulawal 1431H
Hashim Abdullah & Ismail Hashim

RAUB, 11 Mac: Peguam Mohd Harris Abdullah menyatakan ada asas yang kuat bagi membolehkan saman malu dikenakan terhadap pengurus Felda Lembah Klau berhubung isu menahan Mazlan Aliman daripada mengadakan dailog bersama peneroka.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Akhbar Khas yang diadakan di Pejabat PAS kawasan di sini selepas Mazlan dibebaskan dengan bon polis RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Raub tanpa sebarang pertuduhan.

“Saman malu boleh dkenakan. Ada asas yang kuat untuk berbuat demikian kerana tuduhan terhadap Mazlan menceroboh masuk kawasan Felda tidak tepat. Menceroboh mesti dijelaskan dengan maksud berlakunya unsur jenayah tetapi ia tidak berlaku dalam kes ini.

”Sebagai orang yang mempunyai nama besar dan telah dimalukan, Mazlan ada asas untuk membuat saman malu,” katanya.

Sementara itu Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mazlan Aliman sendiri tidak menolak kemungkinan menyaman pihak terbabit.

”Kita akan saman pengurus Felda terbabit. Dia bertindak di luar batasan yang sepatutnya,” kata mereka.

Sementara itu, Mazlan yang juga Pengerusi Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak) menafikan tangkapan terhadapnya ekoran dakwaan mengeluarkan kenyataan pekerja Felda makan duit haram, merompak duit peneroka dan sebagainya di dalam satu majlis ceramah di Johor.

"Tidak ada kena mengena," tegas Mazlan lagi menafikan dakwaan sebuah persatuan yang difahamkan mempunyai kaitan dengan Felda.

Kenyataan persatuan yang menyebutkan perkara itu disiarkan dalam satu siaran berita radio awal petang tadi.

Dalam perkembangan sama, Mazlan telah dibebaskan setelah ditahan selama dua malam di Ibu Pejabat Polis (IPD) Raub, Pahang.

Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ketika dihubungi baru sebentar berkata, beliau dalam perjalanan pulang ke Johor.

Menurutnya, beliau ditahan selepas menyertai majlis dialog di sebelah petang di Felda Lembah Klau pada 9 Mac lalu.

Katanya, selama dua malam itu, beliau ditahan di bawah Kanun Keseksaan Akta 441 ekoran didakwa kesalahan pencerobohan.

Insiden itu berlaku selepas Mazlan mengadakan satu majlis dialog di rumah sebuah peneroka di Felda berkenaan lalu ada seorang pegawai Felda datang menghalang kerana kononnya tidak mempunyai permit.

Peguam Haris Abdullah berkata, berlaku sedikit kekecohan ekoran tindakan pegawai Felda itu sedangkan tuan rumah telah membenarkan Mazlan berdialog dengan peneroka di situ.

"Mazlan ditahan pada kira-kira jam 11.30 malam selepas membuat satu laporan polis di balai yang sama," katanya lagi.

Haris berkata, Mazlan membuat laporan berhubung satu kekecohan yang berlaku di tempat beliau mengadakan dialog dengan peneroka Felda Lembah Klau.

Beliau yang sudah berbelas tahun bergerak aktif di dalam memperjuangkan nasib peneroka Felda seluruh negara dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Raub sekitar jam 11 pagi tadi dengan bon polis RM3,000 dengan seorang penjamin.

Harakahdaily.net/-

KECURIAN BALAK HARAM: DEDAHKAN SIAPA YANG TERLIBAT KEPADA UMUM

26 Rabiulawal 1431H

Kenyataan Media (11 Mac 2010)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kesal dengan kegiatan pembalakan haram sepertimana yang di dedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak yang telah merampas ratusan kayu balak yang bernilai jutaan ringgit di kawasan seluas 100 hektar di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Perak dan Pahang di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

DPPN Pk amat risau dengan perkembangan tersebut terutamanya kejadian pembalakan haram, tanpa tindakan konkrit dari pihak berkuasa bagi menghalang kejadian seumpama itu berulang lagi. Kelemahan penguatkuasaan dan juga unsur rasuah adalah punca utama berlakunya kegiatan pembalakan haram ini. DPPN Pk merasakan sudah tiba masanya pihak-pihak yang terlibat berkaitan mesti duduk semeja bagi memastikan kegiatan ini dapat di cegah.

DPPN Pk juga bimbang pihak-pihak yang telah mengeluarkan balak haram tersebut yang mana tindakan mereka ini telah merugikan kerajaan. Walau pun kejayaan SPRM menyelamatkan ratusan kayu balak yang bernilai jutaan ringgit di kawasan seluas 100 hektar tetapi bagaimana balak yang telah di keluarkan sebelum ini atau di tempat-tempat lainnya. Kerajaan mesti serius di dalam perkara ini jika hendak selamatkan wang rakyat.

Oleh yang demikian, DPPN Pk mendesak supaya di tubuhkan satu Jawantakuasa Khas bagi menyiasat punca berlakunya kelemahan kawalan yang akan menjejaskan infrastruktur hutan dan alam sekitar di Negeri Perak. DPPN Pk juga meminta supaya di dedahkan kepada umum penglibatan pihak-pihak yang bertanggungjawab di dalam kegiatan pembalakan haram ini.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

ISU KERAJAAN UMNO & PAS: FORUM PENJELASAN AKAN DI ADAKAN DI PERAK

26 Rabiulawal 1431H

Kenyataan Media (10 Mac 2010)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) akan menyediakan satu pentas dengan mengadakan forum berkaitan perkara yang di bangkitkan oleh Tan Sri Haji Harussani Zakaria di dalam isu menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak dengan menghadirkan semua yang terlibat tersebut di atas satu pentas demi mencari kebenaran.

DPPN Pk akan menurunkan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Negeri Kelantan, Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Haji Ahmad Awang, mereka yang telah terlibat secara langsung sebagaimana yang di dakwa oleh Tan Sri Harussani. DPPN Pk dengan ini meminta Tan Sri Harussani menetapkan tarikh, tempat dan masa bagi menjayakan forum tersebut.

Bagi bersikap adil, Tan Sri Harussani boleh menjemput seorang lagi panel daripada UMNO untuk bersamanya di dalam forum tersebut. DPPN Pk berharap forum tersebut akan memperjelaskan dan juga membetulkan fakta yang sebenar demi mencari kebenaran. DPPN Pk berharap Tan Sri Harussani akan menerima pentas forum ini untuk menjelaskan sepertimana yang di dakwanya.

DPPN Pk akan menunggu Tan Sri Harussani menetapkan tarikhnya kelak secepat mungkin. DPPN Pk juga akan cuba merealisasikan kehadiran Datuk Nik Abdul Aziz dan Ustaz Ahmad bagi menggunakan ruang pentas forum tersebut demi membetulkan fakta yang sebenar.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI.

26 Rabiulawal 1431H
Email : mohd naim mohd zain

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun,mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid- muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh- musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend,hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gayahidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid- murid,begitulah ummat Islam dan musuh - musuhnya... Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang- terang. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan- hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. .."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan- lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita...