09 Februari 2009

Anwar : Kita menang dengan suara majoriti.

IPOH : Kita menang dengan suara majoriti kerana rakyat mahukan perubahan dan kita tabal kan Nizar sebagai Menteri Besar Perak, demikian antara ucapan DS. Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di Kediaman Menteri Besar Perak di sini.

Beliau juga menegaskan khianat kepada perjuangan tidak boleh dimaafkan dan kita beri jaminan bila ada PR kita humbankan mereka..

Kita sokong kerana jiwanya jiwa hendak bela rakyat perak. Dia tidak menkayakan dirinya .

Apa salah bagi tanah kepada tanah kepada orang Cina dan India di Kampong Baru. Sambil mempersoalkan seluruh genting Hingland bagi kepada siapa,

Bagi tanah kepada taukeh tidak apa, bagi tanah kepada Cina miskin salah. Kita wajib tolong orang miskin tidak kira melayu Cina dan India.Kata Anwar.

Anwar menyeru dan menegaskan kalau hendak selamat kita hendaklah bangkit bersama,

Pendirian PR cukup jelas, Hj Abdul Hadi, Lim Kit Siang dan saya, kita sepakat secara prinsip untuk bela rakyat dan kedaulatan raja-raja melayu dipertahan.

Abdul Hadi : Wajib pertahan amanah.

IPOH ; Nizar tidak meminta sedekah jawatan dan beliau diminta memegang dan diberi kepercayaan, kerana diberi maka wajib dia mempertahankan amanah itu, kata DS TG Hj Abdul Hadi Awang dalam ceramahnya.

Beliau dipilih melalui pilihanraya, walaupun dia seorang manusia yang ada kelemahan tetapi beliau tidak boleh dipecat dengan sewenang-wenangnya, Kata Abdul Hadi.

"Sila beritahu apakah penyelewengan yang beliau lakukan jika ada, ada rasuah dan sebagainya." tanya Abdul Hadi.

Kita berkumpul untuk menyatakan kepada seluruh Rakyat dan seluruh dunia bahawa DS adalah MB yang sah dan dia masih Menteri Besar.

"Kalau hendak dihentikan mesti dengan cara yang beradab bukannya dengan cara merompak di tengah jalan."

Tanya "adakah rakyat Perak boleh menerima kerajaan penyamun ?"

Pakatan Rakyat telah mengumpulkan rakyat dari berbagai bangsa dan agama bersatu dengan sebulat suara untuk menentang BN yang tidak ada maruah dan harga diri.

Presiden PAS itu mengajak semua menunjukkan sikap dan bangkit dengan kesedaran, laksana pokok yang berbuah untuk manusia.

Kita akan bangkit sebagai umat Malaysia yang berbagai bangsa dan agama untuk menegakkan kebaikan, kerana kita berada dalam satu kapal dan jangan benarkan orang tebuk kapal itu.

"Mari kita menghalau hantu dan jembalang yang berkuasa di Perak." seru Abdul Hadi.

"Cantas pemimpin-pemimpin yang celaka dan humbankan ke laut." katanya diakhir ucapan.

Tan : kami tidak mahu kamu datang ke Perak.

IPOH : Negeri ini memerlukan pilihanraya semula, mari kita nyahkan Najib balik ke KL sebagaimana orang Terengganu menghalau Najib .Kata Naib Pengerusi Tan Sing Giaw dalam ceramahnay sebentar tadi.

‘Kami tidak mahu kamu datang ke Perak” ucap Tan dalam bahasa Manderin

Harap kita membawa kes ini kepada mahkamah dan semua orang mengharapkan kehakiman masih bebas dan boleh memberi keputusan yang betul untuik Perak Darul Ridzuan dan bukan Darul Zalim.


Nizar ; jangan pijak kepala rakyat.

IPOH : Bahawa keputusan dan yang dibuat adalah untuk menaikan martabat dan menaikan imej dengan menyerahkan kepada rakyat dengan diadakan pilihanraya semua.Demikian antara ucapan MB Perak, DS Muhammad Nizar Jamaluddin dalam ceramahnya sebentar lagi.

Belia berkata kita nyatakan adalah mengembalikkan hak kepada rakyat yang telah diharu biru oleh Najib.

Dia juga memberi amaran jangan berlaku biadab dengan rakyat Perak, dan jangan pijak kepala rakyat.

Apa yang berlaku adalah rampasan kuasa dan diketahui oleh seluruh dunia dan seru tinggalkan perjuangan BN dan bangunkan supaya kita nyahkan BN dari bumi perak.

Mohon dari Allah dan bermunajat supaya Allah selamatkan negeri Perak.

Jam 9.40 PM : Ceramah Perdana sedang berlangsung

IPOH : Sekarang ini sedang berlansung ceramah mempertahankan Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyatsedang berlangsung, halaman kediamah rasmi dipenuhi dengan ribuan manusia walaupun sejak jam 6 semua jalan menuju ke sini telah ditutup oleh pegawai keselamatan.

Saya dimaklumkan oleh beberapa yang sampai ke sini dengan berjalan kaki apabila semua kenderaan yang mengahala ke sinidihalang dan mereka diarahkan berjalan kaki.

Namun kehadiran yang meberangsangkan pada malang ini menunjukkan sokongan yang kuat dan padu dari seluruh rakyat kepada Kerajaan pakatan Rakyat Perak yang mereka sayangi.

Reformasi Kedua di Kuala Kangsar

Setelah lebih sepuluh tahun reformasi berkaitan pemecatan Anwar Ibrahim, kali ini berlaku peristiwa seumpamanya berkaitan pemecatan tidak sah Nizar Jamaluddin. Iklan.

Jika gelombang reformasi tahun 1998 berlaku di Kuala Lumpur kemudian merebak ke seluruh negara, reformasi kali ini berlaku di Kuala Kangsar dan bakal merebak ke seluruh Perak, malah mungkin ke seluruh negara. Sekiranya reformasi sebelum ini kerana tidak puas hati dengan Dr Mahathir Mohamad, reformasi kali ini disebabkan tidak puas hati dengan Sultan Perak dan pimpinan Umno. Yang sama, kedua-dua reformasi itu tercetus disebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang membuak-buak terhadap ketidakadilan.

Dalam reformasi tahun 1998, Dr Mahathir yang mengukir nama baiknya hampir 18 tahun sekali tersalah tindakannya, nama beliau menjadi busuk dan dibenci oleh ramai rakyat Malaysia.

Demikianlah juga Sultan Perak yang telah memerintah hampir 25 tahun sebagai Sultan yang dihormati, sekali beliau bertindak secara tidak adil rakyat Perak kiri dan kanan sudah mula mencemuh.

Dikatakan Sultan Perak dan Raja Muda begitu terkejut dengan reaksi rakyat Perak menentang tindakan baginda.

Baginda menyangka bahawa rakyat Perak akan akur dengan keputusannya, tetapi peristiwa di Kuala Kangsar ini sememangnya di luar dugaan baginda. Kedudukan baginda sama seperti kedudukan Dr Mahathir pada tahun 1998.

Baginda Raja Muda Nazrin yang menaiki takhta dengan melangkaui giliran pastinya terkejut keretanya telah dibaling batu oleh para penunjuk perasaan. Baginda yang sejak sehari dua ini bertitah dengan tulus dan mulus menyatakan peranan Raja yang mesti mendukung keadilan, dapat melihat sendiri apabila rakyat memberontak setelah dirasakan Raja tidak adil dan berpihak.

Sehari dua ini kalau baginda turun kepada rakyat, tidak mustahil peristiwa yang berlaku kepada Bush akan turut berlaku kepada baginda. Cuma rakyat Perak mungkin tidak baling kasut sebab ramai di kalangan mereka yang tidak berkasut cuma berselipar. Kalau rakyat Perak membaling selipar apalagi jenis selipar jamban, maka sudah tentu Raja Nazrin akan rasa lebih terhina.

Demikianlah juga ayahanda Baginda Sultan Azlan, baginda juga pasti terkejut apabila rakyat sudah berani mempertikaikan kewibawaan baginda. Dalam laman-laman web kutukan demi kutukan telah dilempar kepada Sultan Azlan. Malah lebih mengejutkan lagi dalam web rasmi Sultan Perak, rakyat telah mencaci nista baginda di dalam buku pelawat web tersebut.

Perkataan-perkataan yang dilempar kepada Dr Mahathir, kini dilemparkan pula kepada Sultan Azlan. Sambutan 25 tahun baginda di atas takhta telah dicemari dengan kemarahan rakyat. Sepanjang 25 tahun baginda dihormati, kali ini rakyat tidak lagi menghormati baginda malah dicaci nista oleh mereka.

Dalam artikel kami yang lalu, kami telah menyatakan kalau Sultan Perak memilih untuk untuk menerima pandangan BN, maka sejarah hitam akan terpalit dalam 25 tahun pemerintahan baginda. Rakyat sekarang bukan lagi rakyat yang tidak bijak. Mereka telah mendapat ilmu setaraf dengan baginda, malah mungkin lebih.

Rakyat hari ini telah menolak propaganda media sebagaimana yang dilakukan dalam pilihan raya umum dan dua pilihanraya kecil yang lalu. Mereka telah mendapat berita dari pelbagai sumber.

Minda politik mereka telah beranjak kepada minda politik kelas pertama seperti di negara maju. Golongan yang sebaya dengan Baginda Sultan Perak ramai yang telah kembali menemui Allah, justeru rakyat baginda sekarang benar-benar telah berubah.

Peringatan yang diberikan oleh Mursyidul Am PAS, supaya Sultan Perak meneliti keputusan baginda supaya selaras dengan kehendak rakyat seharusnya diberi perhatian. Sekiranya tidak peristiwa yang berlaku hari ini adalah natijahnya. Lebih daripada itu, sebagaimana yang disebutkan oleh Mursyidul Am PAS, kemungkinan sistem beraja di negara ini akan turut menjadi sejarah sebagaimana yang telah berlaku di negara-negara lain.

Tindakan baginda dipertikaikan oleh banyak pihak termasuk di kalangan vateran Umno sendiri seperti Dr Mahathir, Tengku Razaleigh dan Rais Yatim. Demikian juga dengan SUHAKAM, turut mempertikaikan pembentukan kerajaan BN yang tidak sah ini.

Reformasi kali kedua ini mewarisi semangat reformasi kali pertama. Rakyat bangun menyatakan bantahan atas ketidakadilan. Kali ini mereka tidak mempedulikan siapa, kerana jelas kemarahan mereka ditujukan kepada Sultan Perak selain daripada pimpinan Umno.

Biarpun media massa memainkan peranan untuk mengelirukan rakyat bahawa Nizar dan penentang keputusan Sultan ini sebagai derhaka, hari ini telah diterima umum derhaka kepada kezaliman itu sesuatu yang mulia.

Zaman feudalisme dunia dan negara ini telah lama berlalu. Sekiranya Hang Tuah dan Hang Jebat menjadi calon Menteri Besar Perak sekarang, rakyat hari ini akan memilih Hang Jebat.

Sebagaimana propaganda media memburuk Anwar dan mewajarkan tindakan Dr Mahathir semasa reformasi 1998 tidak ditelan oleh rakyat, maka dipercayai propaganda media pada kali ini juga tidak akan berkesan.

Betapa lagi kalau Pakatan Rakyat bertindak bijak sepertimana tindakan mereka tahun 1998 yang lalu. Kalaupun kerajaan haram BN tidak tumbang, nama pemimpin mereka termasuklah nama Istana Perak akan terus buruk di mata rakyat.

Hari ini bukan sekadar zaman feudal telah berlalu, tetapi zaman politik perkauman juga hampir tamat. Faktor ini akan menjadikan reformasi kali kedua ini mungkin lebih berjaya. Cuma mungkin bahangnya hanya dirasai di Perak tidak di negeri yang lain. - http://telaahpolitik.blogspot.com/

RAJA DAN DEMOKRASI

Apabila negara kita mendapat kemerdekaan dari Great Britain pada tahun 1957, negara kita telah menjadi sebuah negara Demokrasi Raja Berpelembagaan dengan mengambil Britain sebagai model dalam membentuk pelembagaannya.

Kalau mengikut perlembagaan Britain, Raja tidak boleh sama sekali mencampuri urusan politik negara, Raja hanya menjadi simbol ketua Negara dan tidak lebih dari itu.

Di zaman silam, kebanyakan negara di dunia ini ditadbir berasaskan sistem raja, sistem raja adalah satu-satunya sistem politik yang ada di masa itu.

Kalau mengikut sistem raja yang asal, raja adalah merupakan orang yang paling berkuasa dalam sesebuah negara. Nabi Daud dan Nabi Sulaiman adalah juga raja. Di hari ini sistem raja yang berkuasa penuh ini dipanggil sebagai monarki. Antara Negara-negara yang masih mengamalkan sistem monarki kuno ini adalah seperti Brunei dan Arab Saudi.

Memang banyak kelemahan sistem raja monarki ini, kelemahan yang paling ketara ialah dalam penggantian raja yang telah mangkat. Dalam sistem beraja, raja yang mangkat tidak boleh digantikan oleh orang lain kecuali anak lelaki baginda yang paling tua. Kalau lah anak lelaki itu tidak baik dan tidak mempunyai kemampuan menjadi pemimpin sudah tentu akan memberi banyak masalah kepada rakyat dan Negara itu.

Atas sebab kelemahan-kelemahan yang ada pada sistem raja itulah manusia di dunia hari ini telah menolak sistem beraja. Akhirnya di masa ini tidak banyak lagi negara di dunia ini yang mempunyai raja. Di kalangan negara-negara ASEAN pun hanya Malaysia, Thailand dan Brunei sahaja yang masih ada raja.

Ada setengah negara terus membuang sistem beraja, dan menjadi bahan tinggalan sejarah yang boleh ditonton dalam muzium di Negara mereka. Tetapi ada setengah negara seperti Britain dan Malaysia telah mengambil jalan tengah, raja terus kekal menjadi simbol Ketua Negara tetapi mereka tidak boleh mencampuri urusan politik negara.

Pada zaman sekarang ini terlalu sedikit negara-negara di dunia ini yang masih mempunyai raja. Pernah dikatakan, dari sejumlah raja-raja yang ada di dunia hari ini, hampir separuh darinya adalah datang dari Malaysia. Apa tidaknya, selain dari Agong, kita ada sembilan raja yang ‘memerintah’ di negeri-negeri dalam Malaysia. Begitulah banyaknya bilangan raja-raja di Malaysia.

Di bawah amalan demokrasi rakyat diberi kuasa untuk memilih pemimpin yang mereka suka di kalangan mereka untuk memimpin mereka. Oleh itu pemimpin yang dipilih oleh rakyat itulah sepatutnya yang paling berkuasa untuk mentadbir negara dan memimpin rakyat. Dengan itu tidaklah ‘manis’ kalau raja campur tangan dalam politik terutama dalam soal perlantikan Perdana Menteri dan Menteri Besar. Kalau disebabkan raja proses demokrasi boleh terhalang maka ini sudah bertentangan dengan prinsip dan amalan demokrasi yang kita junjung tinggi.

Sebagai sebuah negara demokrasi raja berpelembagaan, tidak wajar bagi raja untuk campur tangan dalam urusan politik negara. Telah termaktub didalam amalan demokrasi bahawa pemimpin Negara atau negeri adalah dipilih dan ditentukan oleh rakyat jelata, manakala raja tidak boleh untuk menolak pemimpin yang telah dipilih dan diputuskan oleh rakyat untuk memimpin Negara dan negeri mereka.

Krisis perebutan kuasa politik antara PR dan BN yang berlaku di negeri Perak sekarang ini yang mana telah melibatkan keputusan raja yang boleh dipertikai, telah menimbulkan suasana politik yang tegang di negeri itu.

Dari peristiwa yang diluar jangkaan kita ini, mungkin kita perlu melihat dan menyemak kembali peranan raja dalam perlantikan Ketua Menteri dan Menteri Besar. Seharusnya institusi raja kita tidak boleh mengganggu proses demokrasi dari berjalan dengan lancar.

Tidak sepatutnya raja dipertanggungjawabkan untuk menentukan siapa pemimpin yang harus dilantik menjadi Menteri Besar. Menteri Besar bersama ahli kabinet atau anggota exco beliau bukan dilantik oleh rakyat untuk berkhidmat kepada raja tetapi keutamaannya ialah untuk memimpin dan berkhidmat untuk rakyat.


Peristiwa di negeri Perak ini dan peristiwa yang lain-lain sebelum ini yang telah melibatkan peranan raja dalam politik, memberi banyak pengajaran kepada kita. Semua parti politik perlu duduk berbincang bagi mengatur dan mengemas semula undang-undang tubuh negeri dan perlembagaan supaya kekecohan dan kekeliruan seperti sekarang ini tidak berlaku di masa-masa akan datang.

Terutamanya soal pembubaran ADUN dan Parlimen. Hak mutlak pembubaran ADUN dan Parlimen mesti diberikan kepada Menteri Besar dan Perdana Menteri.

Permasalahan politik yang telah berlaku di Perak baru-baru ini ialah perlumbaan untuk mengejar masa antara pembubaran ADUN yang dihasratkan oleh MB Mohd Nizar dari kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dengan pengumpulan jumlah ADUN PR yang dapat dipancing oleh pihak BN untuk melompat ke pihak BN. Sepatutnya permasalahan ini harus diselesaikan mengikut undang-undang dan mahkamah. Sebaliknya raja telah diberi kuasa untuk membuat keputusan politik di negeri itu.

Mungkin raja tidak bersalah dalam hal ini, tetapi salahnya adalah kita telah memberikan kuasa itu kepada raja walaupun ia adalah bercanggah dengan amalan prinsip demokrasi.

Raja dan sultan tidak wajar diberi kuasa untuk menentukan siapa yang patut menjadi MB dan Ketua Menteri. Sehinggakan ada Menteri Besar yang berasa serba salah dan sukar untuk menjalankan tugasnya kepada rakyat kerana ‘takut’ dan hendak menjaga hati orang istana.


Alias bin Mohd Yusof
POWER Department,
FKE, UTM Skudai.
Personal Blog: http://aliasmohdyusof.blogspot.com/

Email dari Makkah sokong Kerajaan PR Perak.

Sekarang ini bekerja di Makkah Al-Mukarramah dan kami sentiasa mengikuti perkembangan blog YB, tahniah dari saya atas istiqamah YB dalam menyampaikan berita dan situasi terkini di negeri Perak. Saya mula mengenali blog YB ini melalui blog Ust Misbahul Munir Masduki S/U politik MB Perak.

Ketika Ust Misbah dtg mengerjakan Haji lepas kami jemaah di Makkah ini sempat bertemu beliau dan dapat menganjurkan ceramah beliau bersama dgn YB Presiden dan YB Ketua pemuda PAS di Makkah ini. Itulah serba sedikit mengenai diri saya.

Di kesempatan ini ada saya sertakan artikel mengenai kejadian di Perak utk di kongsi bersama. Syabas dari saya atas blog YB itu, dan Kami di Makkah sentiasa mendoakan agar Kerajaan Rakyat di Perak dapat kembali berkuasa dan sekiranya perkara sebaliknya berlaku anggaplah itu Tarbiyyah terus dari Allah untuk memantapkan aqidah perjuangan kita di Perak.Selamat Berjuang....

Beberapa minggu lepas, penduduk Pulau Pangkor dikejutkan dengan air laut menjadi merah. Setelah beberapa hari air laut bewarna merah kemudian batu-batu yg berada di tepi laut itu pula bertukar menjadi merah. Kejadian itu berlaku beberapa minggu sebelum rampasan kuasa di Perak.

Pada mulanya saya tidak perasan akan kejadian itu dengan rampasan kuasa, tetapi apabila 3 nama calon Menteri Besar Haram diumumkan hati saya tergerak dan naluri saya kuat menyatakan sekiranya kejadian air laut menjadi merah itu ada kaitan dengan kejadian ini mesti ADUN dari Pangkor akan menjadi MB. Perkara ini saya berkongsi dengan isteri dan kawan-kawan dan mereka semua berkata tengoklah nanti….

Tiba-tiba selepas nama diumumkan sebagai MB Haram adalah YB Dr Zamry Abdul Kadir maka sahlah bahawa kejadian itu ada kaitan dengan peristiwa yang berlaku.

Allah sebenarnya telah memberi isyarat melalui Alam sekitar kepada kita, tetapi itulah kita yang selalu kurang mengambil kisah tentang perubahan fizikal alam sekitar maka amaran dan isyarat dari Allah itu kita persiakan.

Rentetan dari itu marilah kita sama-sama insaf dan sedar akan kebesaran Allah, sayugialah kita mengambil berat kejadian alam sebagai panduan kepada kita sepertimana juga kita mengambil berat dari segi perubahan fizikal badan kita. Jika badan kita lemah dan panas itu tandanya kita akan demam, Jika kita sentiasa bersin dan sakit kerongkong maka itu tandanya kita akan selsema dan banyak lagi perubahan fizikal badan yang memberi isyarat akan masa depan badan kita. Begitu juga dengan alam sekitar yang mana meraka ini makhluk Allah yang mendapat signal terus dariNya sudah barang pasti dengan berubah keadaan fizikalnya maka ada sesuatu yang akan berlaku pada makluknya.

Begitulah luasnya ilmu Allah sehingga bila kita memikirkan perkara ini maka sedarlah kita betapa kerdilnya kita dihadapan Rabbul Jalil.

Marilah sama-sama kita renungi kejadian ini dan apakah penafsiran yang lebih tepat akan kejadian ini. Apakah tanda air laut menjadi merah itu memberi gambaran bahawa Jatuhnya kerajaan Rakyat dan merahnya batu selepas beberapa minggu itu maka MB yang menunjangi Pakatan Rakyat juga akan kehilangan jawatannya selepas beberapa minggu cuba di gulingkan. Atau ada lagi petanda-petanda yang diluar kotak pemikiran kita sebagai hamba yang daif ini untuk menafsirkannya. Marilah kita menanti dengan penuh minat kejadian ini di samping kita berdoa dan bersolat hajat agar apa pun kejadiannya biarlah ianya akan memartabatkan Islam di tempat yang sepatutnya…

Sebab itulah terlalu banyak ayat-ayat Allah yang mengajak dan menyeru hambanya berfikir. Wslm.

Kami pulau majlis angkat sumpah exco.

Kelmarin saya menerima seberkas surat jemputan kepada semua ADUN Pakatan Rakyat untuk majlis angkat sumpah Exco Perak haram pada 10 Feb 2008 pada jam 10.00 pagi.

Melihat kepada suasana dan tregidi Kuala Kangsar Jumaat lepas saya menjangkakan majlis yang pada kad jemputan itu akan diadakan di Istana Iskandariah akan dipindahkan ke tempat yang lain.

Kami semua dari ahli-ahli Yang Berhormat Pakatan Rakyat telah mengambil keputusan seribu pratus memulau acara tersebut.



Surat jemputan dari kumpulan kudeta Perak (KKP).

Zamry ditolak rakyat Perak, disambut dengan batu nesan.

IPOH, Feb 8 – MB Kudeta haram, Zambry Abdul Kadir telah di hadiah kan batu nesan dan bunga kuning sembahyang kubur oleh warga Tionghua di Ipoh malam tadi .

Zambry yang datang untuk memberi ucapan dalam majlis Hari Raya Cina di sebuah sekolah China Yit Choy yang letaknya tidak berapa jauh dari rumah MB Nizar.

Najib yang dijangka hadir sama rupanya tidak muncul sampai program berakhir.

Warga Tionghua Ipoh berdemo dan melaungkan bantahan mereka. Suara para penunjuk perasaan telah menenggelamkan bunyi meriah sambutan Tahun Baru China dalam sekolah tersebut.

Batu nisan ini kemudian di letak kan di tepi jalan sambil orang ramai yang datang membakar lilin.

Kenderaan rasmi yang membawa Zambry yang melintasi kumpulan manusia itu telah dilaungkan dengan kutukan dan ejekan.

3 bekas Adun Pakatan perlu letak jawatan

KOTA BHARU, 6 Feb : - Masih ada peluang. Tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang beralih angin memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) perlu membetulkan kesilapan mereka dengan meletak jawatan.

Tanpa tindakan itu Jamaluddin Mohd Radzi, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Hee Yit Foong akan dicatat pada sejarah sebagai orang yang bertanggungjawab meruntuhkan kerajaan pilihan rakyat pada Mac 2008.

Apa yang pasti jiwa mereka tidak tenteram lagi selepas ini, biar pun bergelumang wang ringgit sebagai ganjaran meninggalkan Pakatan.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin tindakan mereka sebelum ini kerana terpengaruh dengan perancangan rapi dilakukan Umno bagi menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat.

"Lebih baik mereka meletak jawatan Adun. Tindakan itu wajar kalau mereka benar-benar manusia dan bukannya terdiri daripada golongan lembu pedati. Mereka masih mempunyai kulit muka dan maruah.

"Manusia yang mempunyai pendirian, tidak pedulikan kepada ugutan. Hanya lembu pedati saja yang takutkan kepada camti. Adun terbabit hendaklah meletakkan jawatan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di Perak," katanya di sini, hari ini.

Beliau meluahkan pandangan itu pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan 35 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) kaum Tionghua sempena majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Dewan Perniagaan Cina.

Baru-baru ini, ketiga-ketiga Adun dari KeADILan dan DAP itu menghilangkan diri sehingga gagal dihubungi. Mereka hanya muncul apabila Speaker Dun Perak mengumumkan kerusi mereka kosong bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kerajaan baru di Perak yang dibentuk Barisan Nasional (BN) hari ini amat diragui kerana Adun yang menyokongnya telah dikurung dan diugut.

"Sama ada kena ugutan atau rasuah, tetap kerajaan yang dibentuk itu haram.

"Ini kerana mereka membuat keputusan menukar parti setelah hilang kira-kira seminggu. Tak tahu di mana berada, tiba-tiba muncul serentak membuat pengakuan keluar parti.

"Hal ini menampakkan sama ada Adun-Adun itu kena rasuah atau diugut," katanya.

Menurutnya tindakan tersebut dirancang begitu rapi Umno yang disifatkan sebagai ala mafia

Oleh itu beliau menyarankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melakukan siasatan ke atas mereka kerana sebelum ini ada laporan menyebut ada rasuah sehingga RM50 juta melibatkan Adun terbabit.

Terdahulu, pada kuliah mingguannya di Medan Ilmu di sini, beliau berkata amalan demokrasi atau nasionalis yang diamalkan Umno sekarang semakin sesat.

"Dalam kes di Perak sekarang diibaratkan gadis yang keluar rumah, kemudian pulang dengan membawa anak tanpa diketahui di mana pernikahannya, maka anak yang dibawa pulang itu anak haram.

"Samalah dengan kerajaan yang dibentuk di Perak hari ini adalah kerajaan haram," tambahnya.Harakahdaily.

'Saya terkejut dengan sikap Setiausaha Kerajaan Perak' - Nizar

IPOH, 7 Feb - "Saya ingin sampaikan salam kepada semua kakitangan kerajaan negeri yang selama ini telah memberikan khidmat cemerlang sepanjang saya menerajui kerajaan Pakatan Rakyat Perak."

Demikianlah kalimat pertama yang diucapkan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin dalam ucapan ringkasnya di hadapan kakitangan kerajaan di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak, semalam.

"Saya ingin berpesan kepada kalian agar meneruskan kerja-kerja baik yang telah dilaksanakan sepanjang 11 bulan yang lalu. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi dengan kejayaan yang lebih besar kerana saya yakin pertolongan daripada Allah makin hampir, tegasnya.

Nizar bersyukur kerana dapat hadir ke SUK hari itu. Bagaimanapun beliau terkejut selepas mendengar arahan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr Abdul Rahman Hashim supaya Nizar dan para wartawan yang hadir dalam satu sidang media keluar dari pejabat Menteri Besar.

"Ia merupakan pertama kali beliau bersikap begitu sepanjang saya menjadi Menteri Besar dan saya yakin Dato Abdul Rahman akan menjadi penyebab kejatuhan kerajaan BN selepas ini," kata Mohamad Nizar.

CERAMAH PERDANA

AHAD - 8HB FEBUARI 2009

WAKTU: JAM 9.00 MALAM

TEMPAT : KEDIAMAN MENTERI BESAR PERAK - IPOH

PENCERAMAH:

YB.DS.Anwar Ibrahim
YB.Lim Kit Siang
DS TG Hj Abdul Hadi Awang.
YAB.DS. Mohammad Nizar Jamaluddin

SEMUA DIJEMPUT HADIR.


Sumbangan bagi membiayai jaminan 9 orang yang ditahan

Pihak PAS Kawasan Kuala Kangsar memohon sumbangan orang ramai bagi membiayai jaminan 9 orang sahabat seperjuangan, mangsa kezaliman polis, yang telah ditahan oleh polis semasa kejadian tunjuk perasaan di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan tempo hari. Mereka akan diikat jamin pada 8hb Februari (Ahad) jam 3.30 petang, di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar.

Berikut adalah akaun bank untuk sumbangan tersebut:
1. Parti Islam Semalaysia Kawasan Kuala Kangsar, RHB Islamic Bank
no ac: 2-58187-00000991
2. Bendahari PAS Kuala Kangsar
Azmi Kamal, Bank Islam no ac:
08040020018015

Terima Kasih
Jazakallah khairan khathira