22 Februari 2016

Mangsa banjir di Sarawak meningkat 7,931 orang

13 Jamadil Awwal 1437 [MOD] -

KUCHING: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di bahagian Kuching, Serian dan Samarahan meningkat awal pagi ini sehingga menjangkau 7,931 orang daripada 2,033 keluarga berbanding 5,769 orang daripada 1,527 keluarga malam tadi.
  
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata jumlah pusat pemindahan (PP) banjir juga bertambah menjadi 47 buah berbanding 31 malam tadi.