25 Julai 2014

Kesatuan mahu kru MAS dibenar bertudung

27 Ramadhan 1435. [MOD] -

Kesatuan Anak Kapal Kabin Penerbangan (Nufam) mengulangi gesaannya agar Malaysia Airlines membenarkan anak kapal dari kalangan wanita untuk memakai pakaian menutup aurat.

Ia menjawab kritikan yang mengaitkan tragedi pesawat MH370 dan MH17 dengan pakaian seragam anak kapal MAS yang didakwa tidak menutup aurat.

Protes besar-besaran kecam Israel

27 Ramadhan 1435. [MOD] -

PARIS 24 Julai - Kira-kira 14,500 penduduk bandar raya ini mengadakan protes besar-besaran membantah serangan Israel di Gaza.

Perdana Menteri, Manuel Valls berkata, kerajaan sebelum ini, melarang penduduk mengadakan bantahan bagi menghalang apa yang dikenali sebagai 'anti-semitik, namun pihak penganjur memberi `jaminan keselamatan'.

Lebih 1,000 pegawai yang menyamar dan tidak memakai pakaian seragam dikerah berkawal sepanjang laluan perarakan itu, yang berakhir di kawasan Les Invalides, yang menempatkan beberapa kementerian.

Bangkai pesawat Air Algerie ditemui di utara Mali

27 Ramadhan 1435. [MOD] -

Ouagadougou: Pesawat Air Algerie yang hilang awal semalam dengan 116 orang di dalamnya ditemui terhempas di Mali, berhampiran sempadan Burkina Faso. 

Perkara itu dilaporkan penyelaras unit krisis di Ouagadougou, sebentar tadi. "Kami sudah menemui pesawat Algeria. Bangkainya sudah di kenal pasti lokasinya...50 kilometer di utara sempadan Burkina Faso di Wilayah Gossi, Mali," kata Jeneral Gilbert Diendiere dari Tentera Burkina Faso. - AFP 

Perdana Menteri Ukraine letak jawatan

27 Ramadhan 1435. [MOD] -
Perdana Menteri Ukraine letak jawatanArseniy Yatsenyuk
Donetsk (Ukraine): Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk meletak jawatan, malam tadi, selepas kerajaan gabungannya runtuh sekali gus menjadikan negara itu terus bergelut dengan ketidaktentuan politik.

'Saya akan terus bekerja sehingga tidak jadi MB'

27 Ramadhan 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Sultan Selangor, Tuanku Sharafuddin Idris Shah bertitah kepada beliau supaya dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai Menteri Besar Selangor.

“Saya jawab pada Tuanku Sultan, akan terus bekerja sehingga tidak menjadi Menteri Besar,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata demikian selepas selesai Majlis Berbuka Puasa Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Bersama Rakyat di Masjid Kampung Assam Jawa, di sini, semalam.

Gaza: 15 maut, tentera Zionis bom sekolah PBB

27 Ramadhan 1435. [MOD] -

GAZA: Sekurang-kurangnya 15 terbunuh manakala 70 yang lain cedera apabila mengebom sebuah sekolah dikendali Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) di Beit Hanoun, Utara Gaza dibedil dengan peluru meriam oleh tentera Zionis Israel semalam.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Ashraf al-Qudra, berkata peluru meriam Israel disasarkan ke dalam sekolah walaupun bendera PBB jelas berkibar di atas bangunan.