31 Disember 2013

Selangor sedia bas percuma, kekal cukai kediaman ringankan bebanan kos hidup 2014

27 Safar 1435H. [MOD] -

Khalid berkata rakyat Selangor bakal menyaksikan beberapa langkah kerajaan negeri mengurangkan beban rakyat. - Gambar The Malaysian Insider, 31 Disember, 2013.Khalid berkata rakyat Selangor bakal menyaksikan beberapa langkah kerajaan negeri mengurangkan beban rakyat. - Gambar The Malaysian Insider, 31 Disember, 2013.Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan menyediakan perkhidmatan bas percuma, mengekalkan cukai premis kediaman selain menyediakan rumah mampu milik dan menambah peruntukan beberapa program dan skim yang sedia ada, dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bagi menghadapi tahun 2014.

PKR: Potong elaun tak membantu sekat pembaziran

27 Safar 1435H. [MOD] -
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata langkah terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengurangkan elaun keraian kesemua anggota jemaah menteri sebanyak 10 peratus “tidak akan membantu” usaha menghentikan pembaziran dalam pentadbiran kerajaan.

11 Langkah penjimatan Najib hanya kosmetik

27 Safar 1435H. [MOD] -

IPOH: Pengumuman 11 langkah pengurangan perbelanjaan sektor awam 2014 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak adalah salah satu usaha mengelirukan rakyat.
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria (gambar) berkata, Najib cuba memberi gambaran di mata rakyat bahawasanya kerajaan sangat prihatin terhadap rakyat hingga sanggup berkorban termasuklah untuk mengurangkan elaun menteri.

Menurutnya, 11 langkah penjimatan tersebut secara realitinya bukanlah satu usaha untuk mengurangkan beban rakyat sebaliknya tindakan untuk menutup kegagalan kerajaan memerintah negara dengan baik apabila berlakunya pengurangan subsidi minyak petrol dan gula serta kenaikan tarif elektrik secara mendadak sehingga berlakunya kenaikan berantai.

Ustaz Nazri Chik dilantik setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat

27 Safar 1435H. [MOD] -
HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat selesai membentuk saf jawatankuasa kerja dewan itu bagi sesi 2013-2015.

Dewan itu juga telah melantik Ustaz Nazri Chik sebagai Setiausaha dan Ustaz Mohd Asri Mat Daud sebagai Bendahari.

Sementara itu Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali diamanahkan sebagai Ketua Penerangan dan Datuk Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh sebagai Pengarah Pilihan Raya.

Gempa 5.4 magnitud gegar timur Jepun

27 Safar 1435H. [MOD] -

TOKYO: Gempa berukuran 5.4 magnitud melanda timur Jepun, pagi ini menyebabkan bangunan bergegar di Bandaraya Tokyo.

Gempa berlaku jam 10.03 pagi waktu tempatan di bahagian Ibaraki, 160 kilometer di timur laut Tokyo. 


Bagaimanapun setakat ini tiada laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa. - AFP

Tiada Sekatan Jalan Raya, Orang Ramai Boleh Sambut Ambang Tahun Baru - Polis

27 Safar 1435H. [MOD] -

PETALING JAYA: Polis tidak akan mengadakan sekatan jalan raya sempena sambutan ambang Tahun Baru di Dataran Merdeka malam Selasa, walaupun dikatakan terdapat pihak yang mahu mengadakan bantahan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, walaupun anggota polis akan bersiap sedia di Dataran Merdeka dan kawasan-kawasan sekitarnya, polis akan menjadikan acara pada malam ini seperti mana-mana himpunan ambang Tahun Baru yang lain dan memberi orang ramai menyambutnya dengan mudah.

Apa lagi yang naik tahun 2014?

27 Safar 1435H. [MOD] -

Dalam usaha mengawal kadar defisit negara, kerajaan bertindak mengurangkan subsidi untuk beberapa barang utama.

Kesan daripada langkah ini dinamakan kerajaan sebagai "kesakitan jangka masa pendek yang perlu" untuk kesihatan kewangan jangka panjang negara.

Aishah dilantik AJK Dewan Muslimat PAS Pusat

27 Safar 1435H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat telah membentuk saf kepimpinan bagi sesi 2013/2015 dengan penambahan lajnah baru bagi memantapkan Dewan sebagai penghubung kepada seluruh masyarakat.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, penambahan Lajnah baru adalah Unit Veteran PAS diketuai mantan Ketua Muslimat PAS Pusat selama sembilan penggal, Ustazah Jamilah Ibrahim dan Lajnah Pembangunan Keluarga diketuai Datuk Siti Ashah Ghazali.

Menurutnya, Muslimat PAS Pusat turut membentuk Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Rekreasi diketuai penyanyi yang popular dengan lagu 'Janji Manismu', Wan Aishah Wan Ariffin dan Pengersi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi NGO, Aiman Athirah Aljundi.

Kutub menyongsang pada 2015?

27 Safar 1435H. [MOD] -


  • Kutub menyongsang pada 2015?Perubahan paksi bumi mengubah arah utara dan selatan.

KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.

Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.

7 contoh isteri yang sering diceraikan

27 Safar 1435H. [MOD] -

Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami.

Rasulullah Shallallahu' alaihi Wasallam bersabda, " Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. " (Riwayat Abu Dawud)

Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya.

Hari ini terakhir untuk tebus rebat Touch n Go

27 Safar 1435H. [MOD] -

Pengguna Touch n Go diingatkan untuk menebus rebat sebanyak 20 peratus bagi penggunaan lebuh raya untuk hari terakhir hari ini (31 Disember), iaitu hari terakhir tahun 2013.

Difahamkan, mulai 1 Januari 2014, pemberian rebat tersebut akan dimansuhkan.

Sebelum ini  dilaporkan, syarikat pengendali sistem pembayaran elektronik, Touch n Go Sdn Bhd tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada tawaran rebat sebanyak 20 peratus bagi pengguna lebuh raya diterus atau dimansuhkan.

Dua Juta Mohon Jadi Penjawat Awam

27 Safar 1435H. [MOD] -
PUTRAJAYA: Seramai dua juta orang telah memohon untuk menyertai pelbagai jawatan dalam perkhidmatan awam tahun ini.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam berkata, bilangan permohonan yang banyak itu sesuatu yang mengejutkan sekali gus menunjukkan bahawa pekerjaan dalam sektor kerajaan masih mendapat perhatian ramai.
Beliau berkata, daripada jumlah itu seramai 219,137 orang dipanggil untuk ditemuduga dan 143,177 orang telah hadir.

Lubnan terima bantuan RM9.88b

27 Safar 1435H. [MOD] -
Lubnan terima bantuan RM9.88b
Beirut: Arab Saudi berjanji memberi bantuan AS$3 bilion (RM9.88 bilion) kepada Lubnan untuk mengukuhkan pasukan tentera negara itu dan membeli senjata dari Perancis, kata presiden Lubnan kelmarin, sambil menyifatkan ia geran terbesar pernah diterima untuk tentera negara itu.

Susu ibu jadikan anak lebih bijak

27 Safar 1435H. [MOD] -

Penyusuan ibu boleh meningkatkan prestasi pendidikan seseorang kanak-kanak dalam tempoh beberapa bulan selepas memulakan persekolahan, kata penyelidik. 

Menurut satu kajian, kanak-kanak yang mendapat penyusuan ibu menunjukkan perkembangan akademik lebih baik menjelang usia mereka lima tahun berbanding rakan sekelas yang diberi susu formula. 


Penyelidikan melihat penilaian dijalankan guru pada akhir tahun pertama persekolahan, yang mendedahkan bahawa kanak-kanak yang disusui untuk tempoh paling lama memperoleh pencapaian tertinggi keseluruhan. 

Perarakan pembangkang lumpuhkan Dhaka

27 Safar 1435H. [MOD] -

DHAKA, 31 Dis - Ibu negara Bangladesh terputus hubungan dengan bahagian-bahagian lain di negara ini, semalam dengan perkhidmatan pengangkutan ke Dhaka terhenti masuk hari kedua, berikutan perarakan yang diadakan sebagai protes terhadap pilihan raya yang akan diadakan pada minggu depan.

Dengan ketua pembangkang, Khaleda Zia dikenakan tahanan di rumah sejak Rabu lalu, Persuruhjaya Tinggi Britain ke Bangladesh menjadi diplomat pertama bertemu dengan beliau, sehari selepas polis menghalang beliau meninggalkan kediamannya untuk berucap pada satu perhimpunan.

"Robert Gibson menemui Zia di kediamannya di Gulshan," kata seorang jurucakap Kedutaan Britain kepada AFP, dengan anggota polis berkawal di luar kediaman Zia di Dhaka.

PM: Elaun menteri, timbalan dipotong 10 peratus

27 Safar 1435H. [MOD] -



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Jan.

Kempen ‘2014-Tahun Membantah GST’ dilancar

27 Safar 1435H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka Gabungan Bantah GST hari ini melancarkan kempen yang bertema ‘2014-Tahun Membantah GST’.

Gabungan ini terdiri daripada wakil-wakil Pakatan Rakyat, Parti Sosialis Malaysia (PSM), Gabungan Rakyat Tertindas (Jerit) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (Nube) dan beberapa NGO lain.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, tidak mustahil kerajaan akan membatalkan rancangan melaksanakan GST jika rakyat konsisten mengadakan bantahan.

30 Disember 2013

Ahli PAS perlu bertindak sebagai Muslim Haraki

26 Safar 1435H. [MOD] -
Cukupkah kita hanya menjadi Muslim yang baik dengan Allah, tetapi membiarkan kefasadan terus melanda dalam masyarakat.

Oran Islam mempunyai tanggungjawab terhadap Islam dan membela Islam di atas muka bumi ini.

Haram kita membiarkan Islam dipermainkan dan dihina. Islam tidak iktiraf manusia yang membisu seribu bahasa dan beriktikaf di dalam masjid tanpa mrngambil peduli apa yang berlaku sekelililngnya.

PKR: Bagaimana anak Rosmah beli kondo RM110j?

26 Safar 1435H. [MOD] -



Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz perlu menjelaskan kemampuannya sehingga didakwa berupaya membeli hartanah bernilai RM110 juta di New York.

Kemalangan Akibat Sisa Buangan Terjatuh Di Lebuh Raya Meningkat

26 Safar 1435H. [MOD] -

Anggota PLUS Ronda mengalihkan cebisan tayar pecah di lebuh raya yang diuruskan syarikat konsesi itu.
PETALING JAYA: Sampah sarap dan sisa buangan yang terjatuh dari trak dan lori di lebuh raya PLUS menyebabkan kemalangan berlaku hampir setiap hari, dengan jumlah kemalangan meningkat setiap tahun.
Kargo dibelakang kenderaan berat itu yang diletakkan dalam keadaan tidak selamat atau cebisan tayar pecah, sering berada di tengah-tengah jalan raya sehingga menyebabkan pemandu lain sudah terlambat untuk mengelak.

Sanbutan Tahun Baru, Hormati nasihat Mufti.

26 Safar 1435H. [MOD]

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menantikan pendirian Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak tentang pandangan dan nasihat agar mengubah cara Sambutan Malam Tahun Baru yang biasa diadakan dengan hiburan seperti konsert yang menyumbang kepada maksiat. Bermula dengan pandangan daripada Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Jamawi Jaafar meminta agar cara sambutan diubah dan yang terbaru nasihat daripada Mufti Negeri Perak, Tan Sri Dr Haji Harussani Haji Zakaria agar mencegah bentuk hiburan yang cenderong ke arah maksiat.

Sistem Peparitan Tidak Sempurna Antara Punca Banjir Kilat

26 Safar 1435H. [MOD] -

SIBUTI - Hujan lebat yang berterusan menyebabkan kejadian banjir kilat berlaku di beberapa kawasan rendah di sekitar Pekan Niah. Air naik dari sungai berdekatan menyebabkan sistem perparitan tersumbat sebelum air melimpah ke hampir semua jalan utama ke pekan Niah.

Kesesakan teruk berlaku sepanjang laluan utama di sekitar kawasan Institut Memandu Batu Niah akibat banjir kilat. Begitu juga jalan masuk ke Masjid Al-Jabbar Niah terkena banjir kilat menyebabkan penduduk Muslim sukar untuk mengerjakan solat sekiranya air banjir terus melimpah di kawasan masjid tersebut.

Pemuda PAS Perak dikerah ke Himpunan TURUN

26 Safar 1435H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak bersama dan menyahut seruan yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat agar seluruh anak muda menyertai himpunan Gerakan Turunkan Kos Sara Hidup (TURUN) pada malam 31 Disember 2013 ini bagi membantah kenaikan harga barang. Seruan itu dibuat bagi menunjukkan solidariti terhadap lebih kurang 27 juta rakyat Malaysia yang sebahagian besarnya bakal menerima kesan buruk hasil kenaikan kos sara hidup yang amat mendadak ini.

Ucapan Tahun Baru Najib diserang pengguna Facebook ekoran kenaikan kos sara hidup

26 Safar 1435H. [MOD] -

Laman Facebook rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus dipenuhi rungutan dan juga kritikan masyarakat berikutan kenaikan kos harga barang menjelang berlabuhnya tirai 2013.
Dalam tulisan sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM 2014) di laman miliknya, Najib "diserang" bertalu-talu oleh pengguna Facebook yang merasakan kenaikan harga barangan dan peningkatan kos sara hidup terlalu membebankan mereka.

China larang pegawai kerajaan merokok di tempat awam

26 Safar 1435H. [MOD] -

BEIJING: China mengharamkan pegawai kerajaannya merokok di tempat awam bagi memberi contoh kepada penduduk di seluruh negara, yang mempunyai bilang perokok paling ramai di dunia.

Agensi berita Xinhua melaporkan, pegawai tidak dibenarkan merokok di sekolah, hospital, pusat sukan, pengangkutan awam atau di mana-mana kawasan yang dilarang merokok.

Ibu pejabat pengakap dunia pindah ke M'sia

26 Safar 1435H. [MOD] -


Ibu Pejabat Pertubuhan Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM) yang berpangkalan di Genneva, Switzerland akan berpindah ke Kuala Lumpur bermula tahun hadapan, kata Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh.

Beliau berkata keputusan itu dibuat hasil persetujuan sebulat suara 186 negara yang inginkan negara Asia Pasifik menjadi pangkalan WOSM.

"Kita telah membincangkannya semasa persidangan WOSM di Brazil tiga tahun lepas dan negara seperti Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia juga berminat, namun Malaysia telah terpilih," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Anugerah Baden Powell kepada 21 orang penerima di Kajang semalam.

Tuduhan guling kerajaan alasan dangkal

26 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Menuding suara rakyat membantah kenaikan kos sara hidup dengan tuduhan mahu menggulingkan kerajaan adalah dangkal dan tidak menghormati sentimen rakyat yang terpaksa menanggung bebanan keperluan harian yang semakin berat, bidas Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim),  Mohd Azmi Abdul Hamid.
Menurut beliau, tuntutan rakyat supaya kerajaan mengawal dan menurunkan kos hidup yang semakin meningkat menerusi perhimpunan 31 Disember ini adalah wajar.
 “Perhimpunan yang bertujuan supaya suara rakyat untuk menuntut  pihak kerajaan mengambil langkah mengatasi isu kenaikan kos hidup yang meningkat   tidak harus dipandang serong.

(VIDEO) Tindakan Presiden Jinping mengejutkan rakyat China

26 Safar 1435H. [MOD] -
Tindakan Jinping mengejutkan rakyat ChinaJinping (kiri) menikmati roti kukus sambil berbual dengan beberapa pelanggan di sebuah restoran di Beijing.
Beijing: Presiden China, Xi Jinping, mencetuskan kegemparan apabila beliau dilihat beratur dan membeli roti kukus di sebuah restoran di Beijing hujung minggu lalu. 

Tablet khas kanak-kanak

26 Safar 1435H. [MOD] -
Tablet khas kanak-kanak Galaxy Tab 3
Galaxy Tab 3

Samsung Malaysia Electronics (SME) memperkenalkan tablet terbaru, GALAXY Tab 3 Kids yang direka khas bagi kanak-kanak berusia antara tiga hingga sembilan tahun. 

Tablet khas pertama berada dalam pasaran itu dilengkapi aplikasi pendidikan dan ciri keselamatan lengkap. 

53 parti bertanding Pilihan raya Thailand

26 Safar 1435H. [MOD] -
53 parti bertandingPenunjuk perasaan anti kerajaan berjalan melintas tembok guni pasir yang dibina di luar bangunan kerajaan di Bangkok, semalam. - Foto REUTERS
Pilihan raya Thailand ditetapkan 2 Februari

Bangkok: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand mendaftarkan 53 parti politik yang akan bertanding dalam pilihan raya Parlimen luar biasa, kata agensi itu yang dipetik media antarabangsa. 

Chelsea menang 2-1

26 Safar 1435H. [MOD] -

PEMAIN tengah Chelsea, Eden Hazard (kanan) berjaya melepasi kawalan tiga pemain Liverpool, dalam aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. Hazard menjaringkan gol pertama Chelsea di minit ke-18 perlawanan untuk membantu Chelsea menang 2-1. - Foto AFP

LONDON: Chelsea mempamer aksi cemerlang dalam perebutan juara Liga Perdana Inggeris apabila bangkit daripada ketinggalan untuk membenam Liverpool, 2-1 di Stamford Bridge, awal pagi tadi. 

SAMM dan Jingga 13 bercadang saman timbalan ketua polis KL

26 Safar 1435H. [MOD] -
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata beliau bercadang untuk mengemukakan saman ke atas  timbalan ketua polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh atas tuduhan yang mengaitkan beliau dan NGO tersebut 'himpunan guling kerajaan'.

Beliau akan mengemukakan saman tersebut sekiranya Amar Singh tidak meminta maaf dan menarik balik tuduhan tersebut.

Katanya beliau juga akan memulakan saman ke atas agensi media yang menyiarkan "fitnah dan propaganda" tersebut.

MP anjur pertandingan karang emel palsu

26 Safar 1435H. [MOD] -


MP Pandan Rafizi Ramli berkata beliau akan menganjurkan satu pertandingan mengarang emel palsu dengan hadiah sehingga RM1,000 untuk melihat sama ada polis akan turut bertindak ke atas perbuatan seperti itu.
Beliau mengumumkan perkara tersebut sebaik selesai disiasat selama kira-kira 40 minit hari ini, ekoran penyebaran satu emel berhubung rancangan membuat letupan semasa sambutan malam tahun baru 31 Disember.

Pengarah strategi PKR itu berkata beliau akan menganjurkan pertandingan itu sebagai reaksi kepada siasatan berkenaan, yang dianggapnya sebagai satu lawak jenaka.

Islam benarkan rakyat tegur kerajaan – TG Nik Aziz

26 Safar 1435H. [MOD] -

KOTA BHARU: “Apa sahaja cara kita buat untuk menyedarkan kerajaan tentang kesusahan hidup rakyat Islam tidak menghalangnya.

“Boleh dibuat, hendak berhimpun ke.. hendak berdoa ke.. atau naik sepanduk pun boleh. Negara demokrasi Islam membenarkan rakyat tegur kerajaan,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS berkata, Islam memberi peluang kepada rakyat untuk beritahu kesusahan mereka kepada kerajaan.

“Waktu Saiyidina Abu Bakar jadi Khalifah beliau menyebut kalau aku betul tolong bantu aku, kalau aku salah tolong betulkan aku.

Sejarah kelahiran Rasulullah bukan untuk disanjung

26 Safar 1435H. [MOD] -
Ustaz Ahmad Baei Jaafar

Sejarah keputeraan Muhammad bin Abdullah Rasulullah SAW sudah banyak ditulis orang, malah terus dihurai oleh pelbagai golongan masyarakat mengikut bidang masing-masing. Meskipun sejarah itu dipertontonkan dengan jelas di pelbagai medium, namun umat Islam belum dapat mengambil sejarah itu sebagai titik tolak untuk memperjuangkan Islam.

Kita tahu bahawa Nabi Muhammad SAW pemimpin yang mampu menyatukan pelbagai kabilah di Semenanjung Arab di bawah pemerintahan Islam Madinah. Kita kagum dengan kehebatan Baginda tetapi kita tidak mampu menyatukan sesama umat Islam, apatah lagi menyatukan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dalam rukun damai.

29 Disember 2013

"Makin panas" :Premis Akan Naikkan Suhu Penyaman Udara Ekoran Kenaikan Tarif Elektrik

25 Safar 1435H. [MOD] -
PETALING JAYA: Keadaan akan menjadi lebih panas di dalam bangunan pada 2014 apabila pusat membeli-belah, bangunan tinggi dan pejabat akan meningkatkan suhu penyaman udara bagi mengurangkan kos elektrik.
Persatuan Pengurusan Kompleks Beli-belah. dan Bangunan Tinggi Malaysia 400 ahlinya di seluruh negara untuk menetapkan penghawa dingin mereka pada suhu 23° C atau 24°C.

Berbeza pendapat bukan alasan perlu tinggalkan Malaysia, kata pengkritik kepada pemimpin BN

25 Safar 1435H. [MOD] -

Mereka yang selalu mempertikaikan kerajaan sebenarnya lebih sayangkan negara kerana sentiasa ingin memastikan tiada pihak mengambil kesempatan dengan kuasa yang dimiliki. Gambar fail.Mereka yang selalu mempertikaikan kerajaan sebenarnya lebih sayangkan negara kerana sentiasa ingin memastikan tiada pihak mengambil kesempatan dengan kuasa yang dimiliki. Gambar fail.Rakyat Malaysia yang mempunyai pandangan berbeza dengan Putrajaya bukan tidak patriotik atau perlu meninggalkan negara ini selepas berbeza pendapat dengan menteri, kata penganalisis.
Mereka yang selalu mempertikaikan kerajaan sebenarnya lebih sayangkan negara ini, kata ahli politik pembangkang dan juga penganalisis.

Harga ais pula naik mulai Januari ini

25 Safar 1435H. [MOD] -

Rakyat akan semakin 'panas' dengan kenaikan harga ais 1 Januari ini. Rakyat akan semakin 'panas' dengan kenaikan harga ais 1 Januari ini.Rakyat yang sudah dibebankan dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan serta pemotongan subsidi kerajaan akan semakin panas apabila harga minuman dan makanan sejuk akan dinaikkan ekoran kenaikan harga air batu atau ais.

Gempa 6.0 magnitud landa Laut Mediterranean

25 Safar 1435H. [MOD] -

ANKARA: Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Ritcher melanda Laut Mediterranean di wilayah Antalya dekat selatan Turki, lewat petang semalam. 

Gempa itu menyebabkan panik di kalangan penduduk namun tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan. 


Pusat seismologi Kandilli berpangkalan di Instanbul berkata, gempa itu berlaku pada jam 5.21 petang waktu tempatan dan berpusat kira-kira 84 kilometer di barat daya Alanya. 

BN paksa rakyat masuk ekonomi menjunam

25 Safar 1435H. [MOD] -
TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Kerajaan BN menaikkan harga asas seperti minyak, tarif elektrik, tambang pengangkutan awam seperti LRT, Monorail, KTM dan bas dan tahun hadapan kemungkinan besar tol.

Ini menyebabkan kos pengangkutan pekerja untuk berulang-alik ke kerja juga meningkat. Akibat itu, baki wang untuk kegunaan sendiri berkurang dan lebih teruk lagi harga barangan lain turut meningkat kerana peningkatan kos barangan asas.

Disebabkan tertekan, pekerja mengharapkan majikan memberikan kenaikan gaji untuk menampung kenaikan kos hidup.

Pemuda PAS kerah anak muda sertai himpunan Turun

25 Safar 1435H. [MOD] -
HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia akan menggerakkan mobilisasi anak muda supaya menyertai himpunan Turun pada malam 31 Disember ini bagi membantah kenaikan harga barangan.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat menegaskan Pemuda PAS tidak berhasrat menggulingkan sesiapa melalui himpunan ini kerana masih percaya dengan sistem pilihanraya untuk menurunkan pemerintah.

Sebaliknya, penyertaan rakyat dalam himpunan itu nanti sebagai menyatakan hasrat dan perasaan resah dengan kenaikan pelbagai harga barang dan peningkatan kos sara hidup.

R lelong kalendar 2014 isi tabung bantuan banjir

25 Safar 1435H. [MOD] -
HARAKAHDAILY
KOTA BHARU: NGO Royalti Kelantan (R) mahu membuat lelongan empat keping Kalendar 2014 eksklusif bagi mengisi tabung bantuan banjir yang diusahakan mereka.

Kalendar tersebut mengandungi tandatangan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz serta Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Menurut NGO itu, bidaan dibuka kepada semua masyarakat Malaysia prihatin dengan harga kadar permulaan bidaan RM500 setiap keping.

"Kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mendapatkan Kalendar tersebut sebagai kenang-kenangan dan pada masa yang sama dapat memberikan sumbangan derma kepada mangsa-mangsa banjir tersebut bulehlah menghubungi pihak kami dengan kadar segera," kata NGO itu dalam satu kenyataan.

PKR tuntut anak Rosmah disiasat isu kondo RM110j

25 Safar 1435H. [MOD] -



Keluarga perdana menteri hidup melebihi kemampuan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menyiasatnya, kata PKR.

2 terbunuh, 147 anggota Ikhwan Muslimin ditangkap

25 Safar 1435H. [MOD] - 
HARAKAHDAILY
MESIR: Sekurang-kurangnya dua terbubunuh dan 147 anggota Ikhwan Muslimin ditangkap tentera kudeta Mesir ketika menyuraikan himpunan para penyokong Presiden Dr Mohamed Morsi semalam.

Dalam perhimpunan Jumaat semalam, tentera kudeta didakwa menyerang peserta himpunan yang berkumpul di beberapa buah bandar.

PAS sertai himpunan Turun

25 Safar 1435H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS bersedia untuk bersama-sama menyertai Himpunan Turun yang akan diadakan menjelang tahun baru akan datang sebagai permulaan kepada siri-siri himpunan seterusnya. 
Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli(gambar) melihat himpunan yang akan diadakan pada malam 31 Dis anjuran NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) itu bersesuaian dengan perjuangan Pakatan Rakyat.
Bercakap kepada Harakahdaily, Dr. Hatta yang juga Penyelaras Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) menegaskan selepas Himpunan Turun itu, PAS akan terus menyokong mana-mana himpunan yang diadakan selepas itu, sekiranya bersesuaian dengan perjuangan PAS.

Dua model baru iPhone 2014

25 Safar 1435H. [MOD] -
Dua model baru iPhone 2014
Apple Inc (AAPL), gigih membangunkan model baru iPhone dengan rekaan cermin lebih besar melengkung, yang boleh mengesan tahap tekanan berbeza. 

Sumber memberitahu, dua model dibangunkan dan dijangka dilancarkan dalam separuh kedua tahun depan, menampilkan rekaan skrin lebih besar tetapi melengkung ke bawah di bahagian bingkainya. 

Menonton TV di Twitter

25 Safar 1435H. [MOD] -


Menonton TV di Twitter
Pengguna Twitter kini bukan saja boleh menaik status tetapi boleh melakukan pelbagai jenis aktiviti dan terbaru pengguna Twitter kini boleh menonton televisyen. 

Twitter mengumumkan kerjasama dengan stesen penyiaran Comcast dan unit NBCUniversal yang membolehkan pengguna untuk menonton rancangan televisyen secara langsung menerusi laman sosial itu.


Situasi Bangkok makin runcing

25 Safar 1435H. [MOD] -

BANGKOK 28 Dis. - Situasi di Thailand dilihat semakin buruk selepas satu serangan bersenjata ke atas penunjuk perasaan antikerajaan awal pagi ini, menyaksikan seorang maut dan empat orang lain cedera.

Mangsa terbunuh yang merupakan seorang pengawal keselamatan yang bertugas mengawal lokasi penunjuk perasaan antikerajaan berdekatan Rumah Kerajaan di sini kira-kira pukul 3 pagi ini (4 petang waktu Malaysia).

Mangsa dikenali sebagai Jamrieng Jitwat, 31, dari wilayah Prachuab Khiri, Selatan Thailand.

Universiti al-Azhar terbakar dalam pertempuran

25 Safar 1435H. [MOD] -

anggota bomba memadam kebakaran bangunan di Universiti Al-Azhar bangunan sebuah fakulti di Universiti Al-Azhar selepas penyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin bertempur dengan polis di Kaherah, semalam. - AP

KAHERAH 28 Dis. - Seorang maut dan empat orang lain cedera serta dua buah bangunan Universiti al-Azhar di sini hari ini terbakar selepas pelajar institusi pengajian tinggi yang menyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin bertempur dengan polis.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Mesir, Khaled al-Khatib berkata, empat orang cedera selepas pelajar membakar sebuah bangunan di universiti tersebut.

China longgar polisi seorang anak

25 Safar 1435H. [MOD] -

SHANGHAI 28 Dis. - China hari ini melonggarkan syarat polisi seorang anak untuk satu keluarga dan memansuhkan sistem kem buruh yang diperkenalkan sejak sedekad lalu.

Kedua-dua keputusan itu diumumkan selepas kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pembaharuan untuk satu dekad akan datang terhadap dasar negara itu, dalam satu mesyuarat Parti Komunis pada bulan lalu.

Di bawah polisi baharu itu, pasangan suami isteri dibenarkan untuk mempunyai dua anak jika seorang daripada mereka adalah anak tunggal.