30 Disember 2013

China larang pegawai kerajaan merokok di tempat awam

26 Safar 1435H. [MOD] -

BEIJING: China mengharamkan pegawai kerajaannya merokok di tempat awam bagi memberi contoh kepada penduduk di seluruh negara, yang mempunyai bilang perokok paling ramai di dunia.

Agensi berita Xinhua melaporkan, pegawai tidak dibenarkan merokok di sekolah, hospital, pusat sukan, pengangkutan awam atau di mana-mana kawasan yang dilarang merokok.


Mereka juga dilarang menawarkan atau merokok ketika menjalankan tugas rasmi serta menggunakan dana awam untuk membeli rokok, malah larangan menjual rokok juga dibuat di dalam pejabat kerajaan atau Parti Komunis. 

Xinhua melaporkan, peraturan itu terkandung dalam pekeliling jawatankuasa Parti Komunis dan Dewan Negara atau Kabinet kerajaan. - AP

Tiada ulasan: