30 Disember 2013

Tablet khas kanak-kanak

26 Safar 1435H. [MOD] -
Tablet khas kanak-kanak Galaxy Tab 3
Galaxy Tab 3

Samsung Malaysia Electronics (SME) memperkenalkan tablet terbaru, GALAXY Tab 3 Kids yang direka khas bagi kanak-kanak berusia antara tiga hingga sembilan tahun. 

Tablet khas pertama berada dalam pasaran itu dilengkapi aplikasi pendidikan dan ciri keselamatan lengkap. 

Tablet juga mempunyai dwifungsi bagi membolehkan ibu bapa turut menggunakannya. Samsung membangunkan tablet ini kerana kanak-kanak lebih kerap menggunakan teknologi pada masa ini.

Dilengkapi kandungan berkonsepkan pendidikan, kreativiti serta permainan dan terdapat lebih 600 aplikasi kanak-kanak boleh dimuat turun menerusi Kid's Store.

Samsung GALAXY Tab 3 Kids didatangkan dalam warna kuning dan mula memasuki pasaran semalam. Dijual pada harga RM799 dengan kelengkapan ciri paparan skrin tujuh inci serta beroperasi menerusi sistem Android 4.1.

Selain itu juga mempunyai sambungan WiFi, bluetooth 3.0 dan USB 2.0 serta memori dalaman dengan kapasiti lapan gigabytes. 


Info: Galaxy Tab 3
Walaupun tablet berkenaan direka untuk kanak-kanak, ia mempunyai dwi fungsi yang membolehkan ibu bapa turut sama menggunakannya.BH/-

Tiada ulasan: