Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata beliau bercadang untuk mengemukakan saman ke atas timbalan ketua polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh atas tuduhan yang mengaitkan beliau dan NGO tersebut 'himpunan guling kerajaan'.
Beliau akan mengemukakan saman tersebut sekiranya Amar Singh tidak meminta maaf dan menarik balik tuduhan tersebut.
Katanya beliau juga akan memulakan saman ke atas agensi media yang menyiarkan "fitnah dan propaganda" tersebut.
“Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan semua media jahat yang menjadi lidah penyambung fitnah tersebut.
“Isnin ini, saya dan SAMM akan menghantar notis undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan media-media terbabit. Saya akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta ke atasnya," katanya.
“Tuduhan tersebut lebih jijik lagi apabila disambung dengan propaganda jahat iaitu perancangan mengebom dan sebagainya,” kata Badrul Hisham dalam satu kenyataannya hari ini.
SAMM menegaskan berulang kali bahawa himpunan tersebut adalah protes aman ke atas kenaikan kos sara hidup dan bukannya tindakan keganasan untuk mengguling kerajaan, katanya lagi.
“Namun pemerintah yang menganggap kebangkitan kesedaran rakyat sebagai tekanan telah memulakan propaganda dengan memunculkan persepsi jahat terhadap himpunan protes kenaikan kos sara hidup sebagai 'himpunan guling kerajaan.
“Maka media perdana digunakan sepenuhnya bagi mengalih isu dari kenaikan kos sara hidup kepada guling kerajaan,” katanya lagi.
Beliau mendakwa, Amar Singh turut menuduh SAMM menyimpan bom tangan.
“Datuk Amar Singh Ishar Singh telah buat sidang media seolah-olah ada maklumat gempar, seperti menjadi lidah kepada propaganda jahat tersebut apabila menyebut nama beberapa individu dan beberapa organisasi termasuk nama (saya) dan gerakan SAMM sebagai terlibat anjur himpunan guling kerajaan pada malam tahun baru, dikaitkan pula konon punya simpanan bom tangan dan sebagainya," katanya.
Dalam perkembangan yang berkaitan Satu lagi NGO, Jingga 13, turut merancang untuk mengemukakan saman ke atas Datuk Amar Singh Ishar Singh sekiranya timbalan ketua polis Kuala Lumpur itu enggan menarik balik tuduhan yang mengaitkan pertubuhan tersebut dengan rancangan menimbulkan kekacauan pada malam 31 Disember.
Timbalan Koordinator Jingga 13, Amizudin Ahmat berkata tuduhan tersebut berniat jahat, berunsur fitnah yang melampau serta tidak masuk akal sama sekali dan bertujuan mengalih isu besar mengenai bantahan kenaikan harga barang.
"Jingga 13 tidak pernah sama sekali mengeluarkan sebarang kenyataan atau arahan kepada mana-mana pihak sama ada melalui apa jua instruments merancang untuk mengadakan kekacauan, apa lagi bersabit penggunaan senjata atau bom bagi tujuan mengguling kerajaan," katanya.
Amizuddin ditemui selepas beliau selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini.
Laporan polis tersebut mendesak pihak polis mengemukakan bukti bahawa Jingga 13 terlibat dengan segala pertuduhan yang dibuat.
Amizudin berkata Jingga 13 juga merancang untuk mengemukakan saman ke atas akhbar Utusan Malaysia dan stesen TV3 berhubung tuduhan sama.
"Jingga 13 tegas menyatakan bahawa segala tuduhan jahat yang dikaitkan dengan kami adalah berupa fitnah serta bertujuan memburukkan imej kami serta bertujuan menakut-nakutkan rakyat dengan isu kekacauan, huru hara, senjata dan bom tangan," kata beliau.
Semalam, Amar Singh mengumumkan empat NGO telah dikenalpasti dalang untuk mengadakan kekacauan dan himpunan gulingkan kerajaan pada malam 31 Disember depan.
Kumpulan tersebut adalah Jingga 13, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
SAMM telahpun menyatakan bahawa mereka akan menghantar notissaman kepada Amar Singh Isnin ini.MK/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan