11 Mei 2014

PAS tangguh bentang hudud di Parlimen

10 Rejab 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang hari ini mengambil keputusan tidak akan meneruskan cadangan membawa Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat pada persidangan Jun ini bagi memberi ruang kepada Jawatankuasa Teknikal yang bakal ditubuhkan untuk mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan.