12 Disember 2008

Presiden Kesatuan Eropah kagumi kepimpinan Nik Aziz

KOTA BHARU, 11 Dis :-Presiden Kesatuan Eropah,Marc Barety melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz di negeri Kelantan.

Beliau berkata demikian, ketika mengetuai seramai 14 peserta lawatan sambil belajar terdiri daripada Duta dan wakil kesatuan Eropah (EU) yang berkunjung ke negeri Kelantan baru-baru ini.

Delegasi tersebut terdiri dari negara Perancis, Republik Chech,Poland, Hungary,Slovakia, Austria, Sweden, United Kingdom,Belgium, Romania,Italy,Denmark dan Findland .

Rombongan deligasi tersebut telah disambut oleh Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kompleks Kerajaan Darulnaim.

Sementara itu di sidang media, Tuan Guru berkata kunjungan delegasi dari EU ini memberi erti kerajaan Kelantan mendapat pengiktirafan dan penghormatan dari kaca mata dunia, beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian mereka berkunjung ke negeri Kelantan.

Tuan Guru juga berkata beliau telah ditanya berkaitan dengan perbezaan corak pentadbiran dengan pusat dan beliau menegaskan bahawa selagi corak pentadbiran Pusat tidak berlandaskan Islam, selagi itulah kami akan menegurnya.

Beliau juga berkata selepas kerajaan PAS mengambil alih Kelantan, beliau terus menukarkan semua akaun bank milik kerajaan kepada bank Islam yang tidak berlandaskan riba dan kini sudah banyak bank-bank yang menawarkan sistem perbankan tanpa riba.

Menyentuh kepada pemimpin sesebuah negeri ianya tidak semestinya keturunan melayu, Kaum lain seperti Cina juga boleh menjadi ketua negeri asalkan ia seorang yang alim dan warak serta menurut perintah Allah SWT.

"Sebab itulah kini,kita lihat adanya kelab penyokong PAS dari kaum-kaum lain, mengapa mereka tak tubuh kelab penyokong Umno kalau Umno itu betul gak,"ujar beliau.

Kerajaan Kelantan kini juga mempunyai penghulu dari kaum-kaum lain bagi merapatkan hubungan sesama kaum di negeri ini tanpa mengira agama.

Dari segi ekonomi pula, kerajaan beranggapan ekonomi tidak salah tetapi ahli ekonomi yang telah membunuh ekonomi itu sendiri, riba telah diteruskan secara berleluasa.

"Islam melarang duit membuat duit,mana boleh kita duduk diam-diam,duit datang berterusan,itu namanya riba, sebab itulah Kelantan dari awal lagi bila nak bagi pinjaman pada kakitangan untuk pembelian rumah,kenderaan dan komputer,mereka tidak dikenakan riba dan ini amat menyenangkan hati rakyat negeri ini,"katanya lagi.

Manakala ketika ditanya tentang pelaburan di negeri ini, Tuan Guru berkata ia tidak dibincangkan bersama delegasi ini,namun kerajaan negeri tidak akan menghalang mana-mana negara luar yang ingin melabur dalam sektor perhotelan dan industri asalkan ianya tidak melanggar peraturan teras dari negeri ini seperti dalam bidang perhotelan, mereka mestilah tidak menyediakan kemudahan berjudi,minuman dari alkohol dan pelbagai kegiatan maksiat.

Sementara itu, Marc Barety pula melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz dan beliau tidak merasa janggal walaupun corak pentadbiran negeri ini berbeza dengan negeri lain seperti Sabah dan kedah yang sebelum ini pernah dikunjungi beliau.

"Pentadbiran sebegini akan berterusan kerana ia dipilih secara demokrasi dan ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada rakyatnya,"ujar beliau.

Sementara itu, isteri delegasi tersebut turut diraikan oleh isteri Menteri Besar,Datin Hajjah Tuan Sabariah Tuan Ishak,mereka dibawa ke pusat kraftangan dan Pusat Batik di sekitar bandar Kota Bharu.
http://www.harakahdaily.net.

Santai : Lagu Diari YB

Petang ini saya mengambil sedikit waktu melayari pelbagai website untuk mendapatkan lirik dan MP3 lagu Dairi YB yang dinyanyikan oleh ND Lala seperti yang dihadiahkan khusus kepada saya di dalam program di Setiawan malam tadi.

Lagu ini sangat terkesan kepada saya sehingga saya berusaha mendapatkannya untuk dipaparkan dalam blog kesayangan saya dan sebagai tatapan untuk semua pengunjung.

Sila Klip kan ke tanda panah > di bawah Playing: Nd Lala - Diari Yb. Awas jangan gatal tangan kepada yang selain dari itu.


Lagunya disini :http://www.video4viet.com/music.html?act=play&id=76a72c69921324ac2e48efc20b82f385

Dibawah ini adalah lirik lagu berkenaan :-

Lirik Diari YB - N D Lala

Bangun pagi-pagi
Tamu dah menanti
Bukan nak cari kopi
Nak tanya pasal subsidi

Hai belum sempat sarapan
Dah ada pulak panggilan
Kaum kerabat orang kanan
Nak mintak surat sokongan

Jam baru pukul 8
YB kena lawat kawasan
Tapi di tengah jalan
Pemudi tahan mintak bantuan
Disambut dengan kompang

Ayam itik pun banyaklah tumbang
Kemudian ditunjuk jalan berlubang
Suruh YB segera timbang
Pada waktu tengah hari
Ada pulak jemputan kenduri
Kalau YB tak pergi

Silap-silap nanti kurang undi
Hai dalam sibuk-sibuk
Orang sakit YB jenguk
Hai teruk ke tak teruk
Poket tetap YB kena seluk

Ketika awal petang
Ada satu sidang
YB tak boleh tak datang
Takut nanti kerusi terbang
Sebelum senja ke padang bola

YB dijemput sampaikan piala
Sambil tu mereka bertanya
"Jersi baru kami hai macam mana"

Bila malam tiba
Ceramah jadi agenda
Kalau YB tak bersedia
Kena tanya mungkin ternganga
Bila habis berceramah

Kampung lain YB singgah
Bukan sekadar menjengah
Tapi nak tinjau masalah
Walau dah lenguh badan
YB balik ke cawangan

Di tanya orang harapan
Apakah strategi lawan
Lewat malam di gerai tepi jalan
YB berembun melayan kawan-kawan
Dengar pendapat dengar pandangan

Sambil tu kena lah belanja makan
Sewaktu YB balik
Burung hantu pun rasa pelik
Isteri sendiri pun dah tak larat celik
Anak-anak pulak dah lama tergolek

Selepas YB mandi
YB belek itu dan ini
Kemudian picit-picit dahi sendiri
Cari jalan nak tolong Pemudi

Hingga dinihari YB tak tido lagi
Esoknya pagi-pagi
Dah ada tamu menanti

"Assalamualaikum YB.."

Berkorban apa saja untuk pertahan kerajaan Pakatan Rakyat.

TITI SERONG, 8 Dis :- Saya menyeru kepada semua ADUN dan rakyat Perak untuk berkorban apa saja bagi mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat, Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dalam ucapan ringkas sempena Majlis Korban anjuran PAS Kawasan Parit Buntar di Pusat Tarbiyah PAS Titi Serong di sini Isnin lepas.

"Saya berfikir beberapa hari maca mana nak kirim sms kepada semua ADUN Pakatan Rakyat yang menang di Perak, akhirnya saya kirim smm kepada mereka supaya berkorban apa saja untuk mempertahankan Kerajaan Perak Pakatan Rakyat" ceritanya.

Pada majlis tersebut sebanyak 5 ekor lembu telah disembelih dan telah diagihkan kepada semua cawangan PAS di dalam Parlimen Parit Buntar melalui wakil-wakil cawangan yang hadir.

Acara tersebut adalah tradisi tahunan yang diadakan di Pusat tarbiyah PAS Titi Serong dan inilah yang pertama diadakan setelah kemenangan dalam pilihanraya yang lepas.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan progran tersebut, Drs. Khalil juga mengharapkan program seumpama ini dapat mengeratkan tali silaturahim para hadirin yang terlibat dari peserta korban hinggalah kepada para petugas.

Drs. Khalil : Kerajaan tidak mampu selesaikan semua masalah rakyat.

LUMUT, 11 Dis :- Kerajaan tidak mampu untuk menolong menyelesaikan semua permasalahan rakyat dengan keterbatasan kewangan yang ada, namun usaha pihak individu untuk membantu golongan saudara baru dan anak-anak yatim seperti malam ini amat kami hargai, demikian antara ucapan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak, Drs. Khalil Idham Lim dalam Program Meraikan Saudara Baru dan Anak Yatim oleh JKKK Kampung Permatang , Seri Manjung, Setiawan dalan DUN YAB Menteri Besar, Pasir Panjang di sini malam tadi.


"Banyak memberi infak dan tidak kedekut adalah usaha untuk masuk dalam golongan yang amat dikasihi oleh Allah dan sekaligus menghindarkan diri dari golongan yang meendapat kebinasaan" tegas ADUN Titi Serong itu.




Menyampaikan hamper untuk anak yatim yang diraikan.




DJ yang bertugas berjaya menceriakan suasana termasuklah diperdengarkan sebuah lagu Apa Khabar YB yang dinyanyikan oleh ND Lala "lagu ini saya tujukan khusus untuk YB" kata DJ. Mengulas mengenai lirik lagu tersebut Drs. Khalil mengatakan cuma yang tidak ada padanya ialah tidak boleh tidur malam seperti yang disebut oleh penyanyi.

Pada kesempatan itu Drs. Khalil menyampaikan lebih 50 hamper dan beg sekolah yang disediakan oleh penganjur kepada anak-anak yatim dan saudara baru yang diraikan.

Menurut pihak penganjur program tersebut adalah hasil dari sumbangan pelbagai pihak yang dikumpulkan oleh JKKK.



Drs. Khalil sampaikan hamper untuk Saudara Baru.




Acara menarik lain yang diadakan ialah hadiah untuk hadirin yang berciri khusus seperti yang diumumkan oleh DJ. Antaranya hadiah diberikan kepada yang memakai kasut biru, berbaju belang, berjanggut kemas dan terakhir yang memakai kasut serta stokin.

ADUN Titi Serong adalah antara yang terpilih kerana beliau memakai kasut dan stokin.

Diakhir program Drs. Khalil meluangkan masa untuk bertukar pandangan serta bertanya khabar kepada beberapa orang saudara baru kaum tionghua yang hadir.



Bergambar bersama saudara baru ,Kamaruddin dan Mohd. Hafiz.