12 Disember 2008

Drs. Khalil : Kerajaan tidak mampu selesaikan semua masalah rakyat.

LUMUT, 11 Dis :- Kerajaan tidak mampu untuk menolong menyelesaikan semua permasalahan rakyat dengan keterbatasan kewangan yang ada, namun usaha pihak individu untuk membantu golongan saudara baru dan anak-anak yatim seperti malam ini amat kami hargai, demikian antara ucapan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak, Drs. Khalil Idham Lim dalam Program Meraikan Saudara Baru dan Anak Yatim oleh JKKK Kampung Permatang , Seri Manjung, Setiawan dalan DUN YAB Menteri Besar, Pasir Panjang di sini malam tadi.


"Banyak memberi infak dan tidak kedekut adalah usaha untuk masuk dalam golongan yang amat dikasihi oleh Allah dan sekaligus menghindarkan diri dari golongan yang meendapat kebinasaan" tegas ADUN Titi Serong itu.




Menyampaikan hamper untuk anak yatim yang diraikan.




DJ yang bertugas berjaya menceriakan suasana termasuklah diperdengarkan sebuah lagu Apa Khabar YB yang dinyanyikan oleh ND Lala "lagu ini saya tujukan khusus untuk YB" kata DJ. Mengulas mengenai lirik lagu tersebut Drs. Khalil mengatakan cuma yang tidak ada padanya ialah tidak boleh tidur malam seperti yang disebut oleh penyanyi.

Pada kesempatan itu Drs. Khalil menyampaikan lebih 50 hamper dan beg sekolah yang disediakan oleh penganjur kepada anak-anak yatim dan saudara baru yang diraikan.

Menurut pihak penganjur program tersebut adalah hasil dari sumbangan pelbagai pihak yang dikumpulkan oleh JKKK.



Drs. Khalil sampaikan hamper untuk Saudara Baru.




Acara menarik lain yang diadakan ialah hadiah untuk hadirin yang berciri khusus seperti yang diumumkan oleh DJ. Antaranya hadiah diberikan kepada yang memakai kasut biru, berbaju belang, berjanggut kemas dan terakhir yang memakai kasut serta stokin.

ADUN Titi Serong adalah antara yang terpilih kerana beliau memakai kasut dan stokin.

Diakhir program Drs. Khalil meluangkan masa untuk bertukar pandangan serta bertanya khabar kepada beberapa orang saudara baru kaum tionghua yang hadir.



Bergambar bersama saudara baru ,Kamaruddin dan Mohd. Hafiz.