09 Julai 2013

PAS umum ahli perniagaan, Che Long sebagai calonnya

30 Syaaban 1434 H. [MOD

KUALA BESUT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan,  Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long(gambar) seorang ahli perniagaan yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan sebagai calonnya untuk pilihan raya kecil Kuala Besut.

Che Long, 48, adalah anak tempatan Kuala Besut. Beliau tinggal di Kampung Baru. Rumahnya hanya setengah kilometer sahaja dari Markas Besar PAS untuk pilihan raya kecil ini.

Ini adalah pertama kali beliau menjadi calon PAS walaupun selama ini beliau adalah penyumbang kewangan utama untuk PAS.

Ustaz Abdul Hadi memperkenalkan Che Long dalam satu majlis ceramah di Kampung Nail, Kuala Besut malam ini.

Ramadhan bulan jihad


30 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man,
Ramadhan bulan jihad. Jihad melawan hawa nafsu serta jihad memenangkan perjuangan Islam. Kini Ramadhan datang kembali dalam keadaan saudara kita di Syria masih dicengkam kezaliman Regim Bashar Asad dan kuncu-kuncunya. 

Saudara kita di Mesir pula sedang dirompak kemenangan rakyat oleh regim tentera yang di dalangi oleh Israel dan AS. Pada waktu yang sama saudara kita di Palestine, Burma terus dibuli.

Video Pemasangan Tawaf Bertingkat (Mataf)

30 Syaaban 1434 H. [MOD] -
http://ini-kalilah.blogspot.com

Assalamualaikum... terbaru gambar-gambar yang diambik dari sahabat admin yang bekerja di Makkah Al Mukaramah. Kerja-kerja pemasangan tawaf bertingkat (Mataf) sedang rancak dijalankan. 

Pemuda pas gesa tarik balik pelantikan Azeez

30 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Abdul Azeez Abdul Rahim

Abdul Azeez Abdul Rahim
KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) menggesa kerajaan menarik balik pelantikan ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ekoran memiliki rekod yang buruk dalam pentadbiran syarikat.

Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata Tabung Haji sebelum ini telah menghentikan pelantikan pengerusinya daripada ahli politik untuk memberi keyakinan kepada rakyat.

Calon Kuala Besut: Perlukan PAS Harus Turunkan Nama Besar ?

30 Syaaban 1434 H. [MOD] -

PETALING JAYA: PAS harus berfikir di luar kotak dan menurunkan nama-nama besar yang tewas pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut.
Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian berkata untuk menang di kubu kuat Umno, calon PAS haruslah seseorang yang terkenal di peringkat kebangsaan berbanding hanya dikenali di peringkat akar umbi sahaja.

Hotel runtuh, 11 terkorban

Hotel runtuh, 11 terkorban
30 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Anggota keselamatan berusaha mengeluarkan mangsa di bawah runtuhan hotel di Mumbai.
MUMBAI - INDIA.  Sekurang-kurangnya 11 orang maut dan 14 cedera apabila hotel dua tingkat runtuh di Secunderabad, selatan India, semalam.


Pegawai polis tempatan, B Surender berkata, runtuhan membabitkan Hotel City Light berusia 80 tahun itu dipercayai berpunca daripada struktur bangunan yang sudah terlalu lama.

3,000 Polis Termasuk 200 Pegawai Kawal PRK Kuala Besut


30 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA BESUT: Polis Kontinjen Terengganu menempatkan kira-kira 3,000 anggotanya termasuk 200 pegawai untuk mengawal dan memastikan proses pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut berjalan lancar.
Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata turut membantu dalam PRK itu ialah anggota sukarelawan polis, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam khasnya dalam mengawal keselamatan awam, trafik dan persiapan menghadapi sebarang bencana ketika PRK itu.

NFC: Kerajaan sukar kutip baki dana RM163 juta


30 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Dalam keadaan sekarang, dana RM163 juta yang telah dibelanjakan oleh NFC bolehlah dikira hangus dan tidak dapat dikutip lagi oleh kerajaan.

Demikian dinyatakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung pelantikan satu konsortium baru mengambil alih operasi projek yang sebelum ini diusahakan oleh NFC.

Cara solat terawih sendirian


30 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Ustaz Ahmad Adnan Fadzil,09 Jul 2013
Soalan; 
1. Bagaimanakah cara melakukan solat tarawih bersendirian?
2. Adakah selawat selepas setiap dua rakaat solat tarawih itu perlu dan bolehkah jika tidak berselawat.

Jawapan;

1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua rakaat-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa.

Jurutera JPS Putrajaya calon BN PRK DUN Kuala Besut


30 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA BESUT: Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan calon profesional iaitu Jurutera Awam Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Putrajaya, Tengku Zaihan Che Abdul Rahman sebagai calon BN pada 24 Julai ini. 


Tengku Zaihan yang berusia 37 tahun adalah ahli UMNO biasa bagi cawangan Kuala Besut. 

Timbalan Presiden BN mengumumkan perkara ketika berucap di Dataran Besut sebentar tadi. 


Pilihan raya kecil DUN itu, diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya yang juga exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar. 

Pada pilihan raya umum lalu, allahyarham menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. A Rahman memperolehi 8,809 undi, manakala Napisah mendapat 6,375 undi. 

Harga ayam cekik darah pengguna

Harga ayam cekik darah
30 Syaaban 1434 H. [MOD] -


hare on facebookhare on twitterShare on google_plusone_sharee Sharing ServicesHarga ayam di sebuah pasar raya didapati masih kekal dengan harga RM8.80 sekilogram biarpun di sesetengah tempat harga barang kawalan itu dilaporkan mencecah RM10 sekilogram.
DUNGUN - Peniaga yang menjual ayam pada harga terlalu tinggi sehingga membebankan pengguna akan  berdepan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Roslee Daud berkata, banyak rungutan ditimbulkan pengguna berikutan harga barang kawalan itu yang dikatakan naik secara mendadak di sesetengah tempat menjelang Ramadan.

PAS tawar pembangunan komprehensif di Kuala Besut

30 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: PAS menawarkan agenda pembangunan di Kuala Besut menggunakan wang petroleum dengan lebih berkesan kepada semua lapisan masyarakat sekiranya berjaya memenangi pilihan raya kecil (PRK) 24 Julai ini.



Pengarah PRK Kuala Besut, Datuk Husam Musa berkata, Terengganu adalah sebuah negeri yang kaya namun rakyat negeri  itu masih miskin dan keadaan ini juga sama  seperti di Kuala Besut.


Pelajar disamun

Foto
30 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Kaherah: Seorang pelajar Malaysia cedera ditumbuk dihidung selain belakang tubuhnya dikelar dengan pisau oleh sekumpulan lima perompak di tengah bandar raya bersejarah ini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa seorang pelajar jurusan Syariah, Mohamad Mohd Azlan, 21, cuba disamun penjenayah warga tempatan Mesir ketika pulang ke asrama penginapan pelajar Malaysia dengan berjalan kaki.

Pemuda PAS kesal TV3 label Morsi diktator

30 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Kamaruzaman Mohamad,
Dewan Pemuda PAS Malaysia kesal dengan pemberitaan TV3 yang menggelar Presiden Mesir Dr. Mohammad Morsi sebagai seorang diktator. Amat mendukacitakan bagi TV3 sebagai salah satu saluran media perdana negara untuk membuat kenyataan sebegitu yang bunyinya senada dengan kenyataan media Zionis Israel yang rata-ratanya meraikan kudeta tentera Mesir.  


Pemberitaan TV3 ini sebenarnya semakin menyerlahkan kebingungan media arus perdana negara menanggapi isu antarabangsa yang melibatkan kepentingan Islam dan umatnya. Pemerintahan Hosni Mubarak ala kuku besi dengan dokongan tentera selama lebih tiga puluh tahun di Mesir tidak dihukum sebagai zalim. Tetapi pentadbiran Dr. Mohammad Morsi yang cuma berusia setahun jagung, ditegakkan pula secara sah melalui pilihanraya bebas kini dilabel diktator oleh TV3?  

PAS bersama NGO Islam kecam rampasan kuasa di Mesir

30 Syaaban 1434 H. [MOD] -
harakahdaily.net

KUALA LUMPUR: PAS bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini berarak dan berhimpun di Kedutaan Mesir di sini bagi menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa serta tindakan kejam tentera negara itu terhadap rakyatnya.

Himpunan bermula kira-kira jam 12 tengah hari ini dengan mereka berkumpul berhampiran pusat membeli belah Ampang Point sebelum berarak ke bangunan kedutaan itu di Jalan Ru, Persiaran Ampang Hilir di sini.

Husam: Idris angkuh minta PAS jangan bertanding

30 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Ketua jentera PAS untuk pilihan raya kecil Kuala Besut Datuk Husam Musa berkata Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II Datuk Seri Idris Jusoh bersikap angkuh kerana meminta agar parti itu tidak bertanding dalam pilihan raya tersebut.


“Itu kenyataan yang sangat angkuh,” kata Husam dalam satu sidang media hari ini.

Husam berkata PAS tetap berpeluang untuk menang walaupun Idris mendakwa majoriti BN akan meningkat dalam pilihan raya ini.

Atlet Wanita P.Pinang Tidak Dibenar Sertai Sukma Jika Tiada Jaminan Keselamatan - Guan Eng

30 Syaaban 1434 H. [MOD] -

GEORGE TOWN: Atlet wanita dari Pulau Pinang mungkin tidak akan dibenarkan mengambil bahagian pada Sukan Malaysia (Sukma) pada masa hadapan sekiranya keselamatan mereka tidak terjamin, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng pada Selasa.
Beliau berkata, siasatan bebas harus dijalankan terhadap insiden rogol yang berlaku ketika temasya sukan itu.
"Ini untuk memastikan insiden memalukan itu tidak berulang lagi atau Pulau Pinang mungkin mempertimbangkan untuk tidak menghantar atlet wanitanya pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Krisis Mesir Terkini :Kerajaan 'haram' tentera Mesir mula bergolak

30 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,09 Jul 2013
(Pandangan atas sebahagian penyokong Mursi di Fayyoum, Mesir. Kini himpunan menyokong Morsi berlaku di seluruh Mesir)

MESIR: Tekanan demi tekanan yang diterima kerajaan 'haram' tentera Mesir sama ada dari rakyat negara itu dan negara luar membuatkan mereka kini dalam keadaan kucar-kacir.

Sumber dalaman tentera memaklumkan bahawa kemungkinan besar, kuasa kerajaan sementara ini akan berakhir tidak lama lagi jika rakyat di negara itu terus bertahan membuat bantahan dan negara luar pula membuat tekanan diplomatik.

Selamat datang Ramadhan...


30 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Sempena dengan kedatangan Ramadhan pada tahun ini dan umat Islam di Malaysia akan menunaikan Ibadah Puasa pada esok hari, demgan ini saya dengan seluruh warga blog Cina Islam dengan ini mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan .

Tidak ada harapan yang lain melainkan marilah kita sama-sama berdoa semuga Ramadhan kali ini menjadi madrasah yang terbaik untuk mendidik dan membentuk jiwa raga kita menjadi insan yang bertaqwa.

Morsi sampaikan pesanan dari dalam tahanan

30 Syaaban 1434 H. [MOD] -
harakahdaily.net
MESIR:Dr. Muhammad Morsi yang ditahan oleh tentera di Bangunan Pengawal Republik semalam turut mengirim nota pesanan kepada seluruh penyokong beliau di Mesir.

Dalam kiriman itu, Morsi menulis "Jarak antara kekalahan dan kemenangan adalah kesabaran satu saat. Aku yakin akan kembali kepada rakyat yang telah memberikan mandat melaksanakan amanah ini.”

Siapa calon PAS dan BN ?

30 Syaaban 1434 H. [MOD] -
sinarharian.com.my
PRK Dun Kuala Besut
SIAPA calon yang bakal diumumkan untuk mengisi kekosongan kerusi Dun Kuala Besut berikutan kematian wakil rakyatnya, Dr A Rahman Mokhtar sehingga petang semalam, masih menjadi teka-teki.

Pegawai Agama Daerah Dungun, Nik Zuhaiza Ismail, antara calon BN yang menjadi sebutan bakal dipilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, 24 Julai ini.

Sementara itu, Pas juga tidak kurang hebatnya apabila Bendahari Pas Kawasan Besut,  Azlan Endut@Yusof  dikatakan berada dalam carta tertinggi parti itu untuk dipilih menentang calon BN.


Pilihanraya Parlimen Mesir diadakan pada 2014

30 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KAHERAH 9 Julai - Presiden sementara Mesir, Adly Mansour berikrar mengadakan pilihan raya Parlimen baharu menjelang awal tahun depan, selepas 51 orang yang kebanyakannya penyokong Mohammed Mursi, dibunuh di luar ibu pejabat tentera di sini semalam.

Adly mengeluarkan satu dekri menetapkan jadual untuk mengadakan pungutan suara ke atas penggubalan Perlembagaan dan kemudian pilihan raya umum itu akan diadakan.


Dikejutkan pertumpahan darah, Mesir perlu p'raya segera

30 Syaaban 1434 H. [MOD] -



 
Ketua kerajaan sementara Mesir menetapkan sasaran masa segera untuk sebuah pilihan raya umum bagi menarik keluar negara Arab terbesar di dunia itu keluar daripada krisis, selepas bantahan berdarah ekoran penggulingan presidennya Mohamed Mursi.

Perintah yang dikeluarkan Adli Mansour itu menuju ke arah pilihan raya Parlimen dalam tempoh enam bulan sebelum diikuti pilihan raya presiden, lapor Reuters. 

Indonesia puasa esok, Muhammadiyah hari ini

30 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Kerajaan Indonesia menetapkan bahawa 1 Ramadan yang mewajibkan umat Islam berpuasa selama sebulan, jatuh pada Rabu, 10 Julai.

Menteri Agama Indonesia Surya Dharma Ali membuat pengumuman itu malam ini di sidang isbat dengan sejumlah pertubuhan Islam yang mewakili pelbagai kumpulan masyarakat di seluruh negara.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen.

Tahniah : Ahli Parlimen bukan Islam DAP azam berpuasa sebulan.

30 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Pemimpin bukan Islam DAP, Dr Ong Kian Ming (gambar) berazam untuk berpuasa sebulan pada Ramadan kali ini dan percaya produktivitinya meningkat kerana tidak perlu menghabiskan waktu untuk makan tengah hari.
Ahli Parlimen Serdang beragama Kristian itu mahu berpuasa sebagai solidariti kepada umat Islam di Malaysia, malah sudah berpuasa sejak tiga tahun walaupun tidak penuh.

Mesir: Web jeneral Al-Sisi digodam

30 Syaaban 1434 H. [MOD] -

(Nota yang ditinggalkan penggodam Qassam di wen peribadi Al-Sisi)


MESIR: Kemarahan rakyat khususnya penyokong Dr Muhammad Morsi terhadap tentera yang merampas kuasa bukan sahaja tertumpu kepada keluar berhimpun membuat bantahan di seluruh Mesir tetapi juga melibatkan serangan maya.

Husam dilantik sebagai pengarah PRK Kuala Besut


30 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Harakahdaily,09 Jul 2013
KUALA LUMPUR: PAS telah melantik Naib Presidennya Datuk Husam Musa (gambar) sebagai Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut.

Dengan perlantikan ini bermakna Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan akan berdepan dengan Tan Sri Muhyidin Yassin yang dilantik sebagai pengarah untuk jentera BN. 

Krisis Mesir.

30 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Ribuan penyokong Presiden Mesir yang digulingkan melalui rampasan kuasa tentera, Mohamed Morsi berhimpun di luar masjid Rabaa al-Adawiya, Kaherah, Mesir pada awal pagi Selasa bagi membantah penahanan beliau. Pertempuran dilaporkan berlaku di antara kumpulan penyokong Morsi dengan tentera menyebabkan sekurang-kurangnya 51 maut manakala 322 lagi cedera

51 terbunuh tunjuk perasaan di Mesir

30 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KAHERAH: Sekurang-kurangnya 51 penyokong bekas Presiden Mohamed Morsi terbunuh dalam tunjuk perasaan membantah tindakan tentera menggulingkan presiden Mesir, baru-baru ini. 

Seorang pengikut Ikhwan Muslimin yang mengetuai demonstrasi jalanan bagi menentang penggulingan pemimpin Islam itu berkata, anggota tentera dan polis membunuh penyokong ketika solat Subuh di Kaherah, awal pagi tadi. - AFP 

Bila Wanita Menyerupai Lelaki !

30 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Belakangan ini sering kita jumpai wanita-wanita namun berprilaku seperti laki-laki, penampilannya, pakaiannya, rambutnya, teman-temannya, begitu juga dengan lelaki berpenampilan menyerupai wanita, nada bicaranya dan jalannya, lantas bagaimanakah pandangan syari'at islam tentang hal demikian, mari kita simak hadits-hadits Nabishallallahu 'alaihi wasallam yang berkaitan tentang hal itu:
1. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu yang mengatakan:

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم التمشبهين من الرجال بالنساء والتشبهات من النساء بالرجال 

"Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai laki-laki."(HR.Al-Bukhari). 

Penjelasan Hadits 

Keikhlasan

30 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Oleh: Jarjani Usman

“Perkataan dan perbuatan seorang hamba tidak akan bermanfaat kecuali dengan niat (ikhlas)” (Ibnu Mas’ud r.a.).

Mengetahui saudara-saudara kita tertimpa musibah, bisa menjadi kesempatan untuk mengukur diri. Yaitu, mengukur sejauhmana hati kita mampu terketuk menyaksikan keadaan memperihatinkan.  Bila hati sudah terketuk, lebih lanjut perlu mengukur sejauhmana ikhlas dalam membantu. Memikirkan keikhlasan sangat penting, karena ikhlas adalah syarat utama diterimanya amalan sebagaimana pernah diingatkan oleh Ibnu Mas’ud r.a.

Jadual Harian Seorang Muslim Di Bulan Ramadhan

30 Syaaban 1434 H. [MOD] -
http://naimqlate.blogspot.com

4.00 pagi Bangun

Berdoa kepada ALLAH dengan doa : Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

Hayati madrasah Ramadhan

30 Syaaban 1434 H. [MOD] -
http://naimqlate.blogspot.com

RAMADAN kembali lagi. Seperti nikmat Allah SWT yang tidak pernah berkurang, begitulah Ramadan yang sentiasa dilimpahi rahmat kepada mereka yang mencarinya. Sabda Rasulullah SAW: Apabila tiba Ramadan, pintu-pintu rahmat akan dibuka (riwayat Muslim).

Kehadiran bulan ini sentiasa dinanti-nantikan oleh jiwa-jiwa beriman yang kasih dan mengharapkan pengampunan Allah.

S’gor gesa Persekutuan siapkan Lebuhraya Banting-Taiping -

30 Syaaban 1434 H. [MOD] -
freemalaysiatoday.com
Sudah 10 tahun berlalu dan kerajaan Selangor telah bertukar tangan tapi rakyat masih tunggu bila LPT secara rasminya akan dibuka.
SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri Selangor sebulat suara menggesa kerajaan Persekutuan segera menyiapkan projek Lebuhraya Pantai Barat Banting-Taiping (LBT) sepanjang 316 kilometer yang masih dalam pembinaan sejak 10 tahun lalu.

LBT merentasi Sungai Perak merupakan projek kerajaan Persekutuan sejak tahun 2000 dilihat perlu disegerakan bagi mengekang masalah kesesakan jalan raya.
“Dah 10 tahun berlalu dan kerajaan Selangor dah bertukar tangan tapi rakyat masih tunggu bila LPT secara rasminya akan dibuka.

Demo bantah rampasan kuasa di Mesir hari ini.

30 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,08 Jul 2013
KUALA LUMPUR: PAS serta NGO Islam akan membuat perhimpunan aman esok bagi membantah rampasan kuasa tentera dan pembunuhan ramai-ramai yang sedang berlaku di Mesir sekarang.

Menurut sumber, himpunan itu akan diadakan jam 12 tengahari ini di pusat membeli belah Ampang Point dan mereka akan berarak menuju ke bangunan kedutaan Mesir selepas itu.

Isu jangan bertanding, PAS kata BN takut kejutan PAS di Kuala Besut

Abdul Wahid Endut30 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Pesuruhjaya PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut hari ini membidas Ketua Umno Besut Datuk Seri Idris Jusoh yang meminta PAS tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut 24 Julai ini bagi menghormati kemenangan BN pada pilihan raya umum lalu dan bulan Ramadan.


"Dia takut. Dia takut (kalah) dalam pilihan raya kecil. Ini kerana kita pernah buat kejutan dalam pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu.


"Kita ada pengalaman (menang). Kita mahu mencipta sejarah buat kali kedua. Lagi pula Kuala Besut bersempadan dengan Kelantan.

DUN Kuala Besut: Kenyataan yang melucukan oleh Idris Jusoh, apa pandangan anda ?


30 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menyarankan PAS menyerahkan sahaja kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut kepada Barisan Nasional (BN) tanpa perlu melalui pilihan raya kecil.
Ini kerana katanya, BN memenangi kerusi itu dengan majoriti yang besar pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) Mei lepas.
"Pada saya, lebih baik PAS serah saja kerusi tersebut kepada BN kerana undi majoriti yang kita dapat pada PRU-13 adalah tinggi, bukan setakat 300 sahaja.