23 Ogos 2008

BPR dan Media diminta mohon maaf dalam tempoh 24 jam.

IPOH: Kerajaan Perak semalam memberi tempoh 24 jam kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan semua media cetak dan elektronik untuk membuat permohonan maaf terbuka berikutan penyiaran laporan yang mencemarkan nama baik dua anggota Exconya yang dikaitkan dakwaan menerima rasuah.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata jika gagal kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang meminta ganti rugi daripada pihak terbabit yang membuat dan menyiarkan laporan berkenaan. Beliau berkata dua Exco yang disiasat BPR kerana disyaki menerima rasuah seks dan wang tunai lebih RM100,000 berkaitan projek perumahan RM180 juta itu juga tidak perlu meletak jawatan atau digantung tugas kerana mendakwa ia konspirasi politik.

Kedua-duanya, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Exco Pelancongan, Pembangunan Insan dan NGO negeri, Kapten (B) Osman Mohd Jailu hadir pada mesyuarat Exco semalam dan terbabit secara aktif ketika proses membuat keputusan.

Kapten(B) Osman dalam sidang media disebelah petang mengulangi pendirian bahawa BPR dan media hendaklah memohon maaf kepada beliau dan seluruh akhli keluarganya yang dimalukan dengan berita yang disiarkan oleh media yang mengambarkan beliau telah bersalah. Katanya, kaitan berkenaan dengan tuduhan "sex" telah memalukan keluarganya bukan sahaja di Malaysia malah di Singapura.

Beliau juga mempertikaikan laporan muha hadapan The Star yang meletakkan gambarnya bersama dengan Yb. Jamaluddin seolah-olah mereka dibawa bersama dimahkamah.

Pada siddang yang sama YB. jamaluddin juga mengatakan hari ini"saya jadi hero" pada hari ini. Beliau juga menuntuk pihak yang terbabit untuk memohon maaf dalam tempoh yang sama.

Bahkan, katanya, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah juga bertitah supaya kerajaan negeri tetap teguh dan melaksanakan tugas seperti yang diamanahkan ketika beliau memberi taklimat khas kepada baginda mengenai kes berkenaan kelmarin. Pada sidang akhbar semalam, Mohammad Nizar secara terbuka menamakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli sebagai orang yang bertanggungjawab kepada tohmahan berkenaan.

“(Dalam taklimat khas itu) Saya menyatakan dengan terang dan jelas apa yang berlaku. Saya menafikan apa-apa berita yang keluar dalam akhbar dan saya menyatakan kerajaan akan terus melaksanakan kerja harian kami. Itu saya laporkan kepada Tuanku. “Saya memberi penjelasan dan gambaran yang jelas apa yang berlaku.

Saya menafikan apa-apa berita negatif, tohmahan dan niat yang jahat di sebalik cerita yang mereka buat. Ini perbuatan mereka dengan niat memfitnah dan memburuk-burukkan YB Osman dan YB Jamaluddin dan memfitnah kerajaan negeri. “Oleh kerana Ogos adalah tarikh yang disebut oleh Tajol Rosli, kami menganggap mereka yang bertanggungjawab, sebab dia dah sebut,” katanya. Tajol Rosli bulan lalu menyatakan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak akan tumbang menjelang 31 Ogos ini tetapi tidak menyatakan punca kerajaan itu tumbang

Mohammad Nizar berkata, BPR juga mungkin bersekongkol dengan Tajol Rosli dan Umno untuk memerangkap kedua-dua Exco berkenaan kerana bertindak pantas selepas laporan serta mengeluarkan kenyataan media yang tidak benar.

Kerajaan Perak tuntut BPR, media mohon maaf

Kelmarin saya bergegas ke Ipoh kerana untuk menghadiri sidang akhbar yang akan diadakan oleh dua orang Exco kerajaan perak yang di poerangkap dalam satu konspirasi oleh "orang yang gila kuasa".

Sesampai di Pejabat Menteri Besar Perak saya diajak oleh Setiausaha Politik dan Setiausaha Akhbarn MB untuk bertemu dengan YB. Jamaluddin yang telah dilepas oleh BPR pada sebelah paginya.

Sesampai dibilik YB. Jamaluddin beliau tidak ada disana kerana bertemu dengan peguamnya diluar tetapi Yb. Osman berada di sana dengan beberapa orang staf yang lain. Lalu saya diajak oleh Yb. Osman kebiliknya yang bersebelahan.

Kalimat awal yang keluar dari mulutnya, "bodohlah saya nak terima wang sebanyak itu apalagi di restoran yang penuh dengan orang, sedangkan baru-baru ini saya ditawarkan dengan RM 8 juta".

Sekitar jam 4.30 saya berada dalam sidang akhbar bersama dengan puluhan wartawan yang hadir.

Petikan dari malaysiakini......

Kerajaan negeri Perak hari ini memberi tempoh 24 jam kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan semua media cetak dan elektronik untuk membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran penyiaran laporan yang telah mencemarkan nama baik dua anggota exconya.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang dengan meminta gantirugi daripada pihak terbabit yang telah membuat dan menyiarkan laporan mencemarkan nama baik dua anggota exco berkenaan.
Nizar Jamaluddin memberitahu demikian dalam satu sidang media bersama selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco negeri.

Menurut Bernama, hadir sama di sidang media itu ialah Exco Kanan kerajaan negeri Datuk Ngeh Koo Ham yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga, Air dan Hal Ehwal Bukan Islam; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Nga Kor Ming serta kedua-dua exco terbabit.

Jamaluddin Mohd Rozi dan Mohd Osman Mohd Jailu - dua orang exco daripada PKR dalam kerajaan campuran tiga parti melibatkan juga DAP dan PAS - ditahan kelmarin bersama dua ahli perniagaan, seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah dan seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), berhubung dakwaan rasuah membabitkan projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar, di selatan Ipoh.

Menurut Nizar, BPR membuat dakwaaan palsu berhubung penahanan dua exco kerajaan negeri itu dalam siasatan kes rasuah.Bercanggah dengan dakwaan BPR, Nizar berkata, kedua-duanya tidak ditahan di sebuah hotel atau kerajaan negeri telah meluluskan projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.

‘Tidak perlu gantung kerja'

Selain itu, Mohammad Nizar berkata dua anggota exco kerajaan negeri Perak yang dibebaskan daripada tahanan reman bagi membantu siasatan kes rasuah berkenaan tidak perlu digantung tugas bagi tujuan siasatan lanjut.Katanya, penggantungan tugas kedua-dua exco itu tidak perlu kerana dakwaan mereka terbabit dalam kes berkenaan tidak dibuktikan.

"Kita akan benarkan proses undang-undang dilaksanakan dengan mengikut ketetapan dan fitrahnya. Kita tidak akan menghalang proses undang-undang," katanya.Beliau berkata tidak ada peraturan dalam perkhidmatan kerajaan yang menetapkan mereka yang ditahan reman berhubung sesuatu kes perlu digantung tugas.

Katanya pentadbiran kerajaan negeri juga tidak terjejas dengan penahanan reman dua anggota exco berkenaan, sebaliknya mereka masih meneruskan tanggungjawab dan menghadiri mesyuarat mingguan kerajaan negeri hari ini yang berlangsung mulai 10 pagi selepas dibebaskan."Kita akan meneruskan kerja-kerja kita sebagaimana yang diberikan mandat oleh rakyat negeri Perak untuk kita mentadbir dan kita mahu menyatakan dengan sejelas-jelasnya bahawa kerajaan negeri tetap melawan dan menentang apa-apa elemen rasuah serta apa-apa sahaja penyalahgunaan kuasa," katanya.

Semalam Mahkamah Tinggi di Ipoh membebaskan seorang anggota exco kerajaan negeri dan empat yang lain yang ditahan reman oleh BPR manakala hari ini seorang lagi anggota Exco dibebaskan daripada tahanan reman yang dikenakan terhadapnya.

‘Pelan 31 Ogos'

Dalam sidang akhbar berasingan, Bernama melaporkan, dua anggota exco kerajaan negeri Perak yang dikaitkan dengan kes itu menuntut media yang mengeluarkan laporan berhubung kes rasuah itu menarik balik kenyataan berkenaan serta menyiarkan kenyataan memohon maaf selain membuat penjelasan bagi membersihkan nama mereka dalam tempoh 24 jam.Sekiranya permohonan maaf terbabit tidak dilakukan dalam tempoh 24 jam, mereka akan memfaikan saman sebanyak RM100 juta kepada pihak berkenaan.

Para pemimpin PKR telah membayangkan bahawa kes itu ada kaitan dengan usaha BN untuk menarik sekurang-kurangnya dua wakil rakyat dalam kerajaan Perak sekarang, untuk melompat menyertainya.

Manakala akhbar Sin Chew Daily hari ini, Jamaluddin kelihatan tersenyum ketika dibebaskan tadi dan memberitahu pemberita bahawa "pelan 31 Ogos telah gagal".

Kenyataan BPR

Beliau merujuk kenyataan pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Tajol Rosli Ghazali sebelum ini bahawa kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu akan tumbang menjelang hari Kemerdekaan.Kerajaan Pakatan Perak hanya mempunyai kelebihan majoriti tiga kerusi berbanding BN.

Rabu lalu, pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar memberi butir-butir mengenai penangkapan mereka.Beliau berkata, RM100,000 berada dalam sebuah beg milik salah seorang suspek dan lima daripada mereka ditahan di sebuah hotel pada jam 6 petang Selasa lalu.Samsiah menambah, lebih RM20,000 telah bertukar tangan minggu lalu dan BPR bertindak atas maklumat orang ramai.

BPR jarang mendedahkan maklumat mengenai siasatannya dan mengenai tangkapan yang dibuat, sebelum membawa perkara itu ke mahkamah.BPR dan pemimpin kerajaan pusat telah menafikan bahawa penangkapan mereka itu bermotifkan politik.

KONSPIRASI BPR-BN PERAK

Copy and paste dari Perak Express

Kalau perangai tak semenggah itu terus diamalkan, inilah jadinya. Setelah gagal memujuk Pas untuk menumbangkan kerajaan PR, Tajol Rosli terus berusaha untuk menjatuhkan kerajaan yang ada hari ini, walau dengan apa cara sekalipun. Dia mencuba pulak membawa Ezam untuk memujuk ADUN PKR untuk berpaling tadah tapi itu juga gagal.

Tapi apa nak kata, wawasan sudah diumumkan iaitu untuk menubuhkan kerajaan BN pada 31 Ogos ini. Setelah melihat Anwar bertanding diPermatang Pauh, dan setelah melihat tidak ada apa lagi yang boleh menghalang Anwar untuk menang, kecuali dengan kehendak Tuhan, maka Tajol Rosli memulakan gerakan kotornya.

Salah satu cara untuk menghalang Anwar daripada meneruskan usahanya untuk mengambil alih pemerintahan negara ialah dengan mensabotaj pilihanraya kecil yang ditandingi oleh Anwar. Bermula dengan kes Saiful, beberapa siri skandal dicipta untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap Anwar. DiPerak, skandal rasuah dicipta melibatkan ADUN-ADUN PKR.

Setelah gagal dengan bermuafakat dengan Pas, tajol rosli membawa ezam untuk melakukan komplot ini. Tugas pertama Ezam ialah mengenalpasti siapakah diantara pemimpin PKR Perak yang boleh dibeli. Tumpuan Ezam ialah Jamaludin dan Osman, dua Exco Perak. Walaupun mencuba beberapa kali, namun mereka gagal membeli Jamaludin dan Osman. Namun komplot perlu diteruskan dan mereka mencari siapakah diantara pemimpin PKR Perak yang mudah diperdaya. Dengan bantuan Ezam, mereka mengenalpasti Kapt (B) Usaili Alias, bekas ADUN Bota. Perancangan mereka ialah menggunakan Usaili untuk memerangkap Jamaludin dan Osman.

Perancangan bermua kia-kira sebulan lalu, dengan bantuan BPR Putrajaya. Seorang ejen bPR telah dihantar untuk memulakan operasi. Ejen yang bernama Imran ini dibekalkan dengan sebuah Mercedes S320 bewarna hitam, dan berlagak sebagai seorang tokoh korporat Kuala Lumpur .

Kali pertama beliau kelihatan ialah apabila datang kepejabat MB Perak di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bertanya tentang Usaili. Staf SUK tealh memperkenalkan beliau dengan seorang juruteknik dari PKNP bernama Roslan Sahat yang sememangnya rapat dengan Usaili. Roslan kemudiannya mengajak Zul Hassan untuk berjumpa dengan Usaili. Untuk meyakinkan Usaili, Imran telah membawa seorang kenalan beliau, seorang peniaga, Fairuz Azrim Ismail yang sememangnya dikenali oleh Usaili dan beberapa pemimpin PKR Perak.

Perbincangan dengan usaili adalah untuk membina sebuah pusat membina kapal di Bagan Datoh dan kertas kerja beserta profil syarikat telah diserahkan kepada Usaili. Imran mengharapkan Usaili dapat menggunakan kedudukan beliau sebagai kenalan rapat kepada kedua-dua EXCO ini untuk membantu meluluskan projek ini. Namun, kedua-dua EXCO ini, Jamaludin dan Osman tidak mahu terlibat kerana diluar bidang kuasa mereka.

Namun Imran tidak berputus asa. Pilihanraya Permatang Pauh memberikan peluang kepadanya untuk meneruskan komplot BPR ini. Imran telah menawarkan untuk menyumbang sebanyak RM5,000 kepada PKR Perak untuk digunakan didalam pilihanraya kecil Permatang Pauh. Oleh kerana beliau mahu menyerahkan wang tersebut kepada PKR negeri, maka Usaili telah mencadangkan keada beliau untuk menyerahkan wang tersebut kepada Jamaludin, yang mana merupakan Bendahari PKR Perak.
Satu pertemuan telah diadakan dipejabat SUK pada 14.1.08 yang mana Imran telah membawa wang sebanyak RM5,000 untuk dberikan kepada Jamaludin. Sekali lagi, Jamaludin menolak sumbangan tersebut dan memberitahu Imran, supaya menyumbang kepada PKR Permatang Pauh sekiranya beliau benar-benar ingin membantu. Sekali lagi harapan untuk memerangkap Jamaludin tidak menjadi, sebaliknya, Imran menyerahkan wang tersebut kepada Usaili. Tanpa menyedari wang tersebut telah ditanda, Usaili menerima wang tersebut dan pergi kePermatang Pauh bersama-sama Imran, Zul Hasan, Fairuz Azrim dan Roslan Sahat pada malam Penamaan Calon.

Dimalam tersebut, Usaili tinggal diBilik Gerakan Kg. Pertama manakala tiga lagi rakannya menghilangkan diri bersama Imran. menurut malumat, Imran telah membawa bersama dua orang pelacur yang dibawa khas dari Ipoh dan menempah sebuah hotel diPulau Pinang. Tidak diketahui, siapakah diantara mereka bertiga yang telah menggunakan pelacur tersebut.
Setelah dua kali usaha untuk memerangkap kedua-dua EXCO ini tidak berjaya, Imran telah menggunakan taktik yang lebih menarik, dengan bantuan BPR Putrajaya. Melalui Azrim sebagai informer, Imran mengintai peluang, bilakah kedua-dua EXCO ini berada ditempat yang sama secara serentak.

Peluang tersebut tiba apabila Usaili, Jamaludin dan Osman berjanji untuk kePermatang Pauh bersama-sama pada 19.8.08. Pada hari tersebut, Osman dan Usaili menunggu Jamaludin di Kluang Cafe, Ipoh Raya. berhampiran dengan bangunan SUK Perak. Nasib memang menyebelahi Jamaludin kerana beliau terpaksa menjemput isteri seorang kawannya yang menyebabkan beliau terlewat, lantas memberitahu Usaili bahawa beliau akan terus kePermatang Pauh bersendirian.

Apabila menyedari Jamaludin tidak akan datang, melalui Azrim yang minum disebuah restoran berdekatan, BPR terpaksa meneruskan operasi mereka. Imran bersama dengan seorang wanita telah membawa sebuah beg dan pergi berjumpa Usaili diKluang Cafe. Imran telah meletakkan beg tersebut diatas meja dimana Osman dan Usaili duduk dan terus beredar. Sebaik saja Imran beredar, pasukan BPR terus menyerbu Osman dan Usaili dan menyuruh Usaili membuka beg tersebut.

Usaili enggan membuka beg tersebut, lantas pegawai BPR telah menyuruh pegawainya yang lain untuk membuka beg tersebut, dan….memang ada wang berketul-ketul. Jadi, semua cerita tentang kelima-lima tertuduh ini ditangkap dibilik hotel adalah pembohongan SPR semata-mata. kejadian ini berlaku diKluang Cafe, Ipoh raya, didepan khalayak ramai. Bukannya didalam bilik hotel seperti yang dikatakan.

Usaili kemudiannya memanggil Roslan, Azrim dan Zul Hasan yang berada direstoran berdekatan untuk bertanya apakah yang berlaku. Zul Hasan telah memaklumkan bahawa mereka telah diminta supaya tidak bersama Osman dan Usaili lebih awal. Mengapa? Kerana Fairuz Azrim adalah informer kepada Imran, yang memberikan maklumat tentang pergerakan Usaili dan Osman.

Untuk menutup operasi mereka, BPR telah juga menangkap ketiga-tiga lelaki ini dan dibawa kepejabat BPR bersama-sama Usaili dan Osman. Semasa siasatan, BPR telah menjumpai sebahagian daripada wang RM5,000 yang telah ditandakan yang diberikan kepada Usaili semasa malam Penamaan Calon lalu. Maka BPR merasakan mereka mempunyai bahan bukti untuk menahan reman Usaili dan Osman.

Bagaimana Jamaludin boleh terlibat? Jamaludin bergegas balik keIpoh setelah mendapat tahu rakannya ditahan. Sebaliknya, beliau pula ditahan. Tetapi BPR tidak mempunyai kes terhadap Jamaludin dan tidak tahu apakah pertuduhan yang hendak dikenakan. Pengarah BPR terus megeluarkan kenyataan bahawa kesemua mereka ini ditahan kerana cuba menerima rasuah sebanyak RM120,000.! tetapi apabila Jamaludin dibawa kemahkamah untuk perintah tahanan reman, tuduhan yang dikenakan kepada beliau ialah cuba mendapatkan suapan berjumlah RM5,000 pada 14.8.08. Kita tunggu, apakah pula tuduhan ini akan dipinda lagi kemudian.

Dalam permohonan untuk menilai semula perintah tahanan reman terhadap Osman, Usaili, Roslan, Zul dan Azrim dimahkamah tinggi petang tadi, seperti dijangka, BPR telah membebaskan Azrim! Hakim bagaimana pun membatalkan perintah tahanan reman selama tiga hari terhadap empat tertuduh lain.

Semasa perbicaraan, pendakwa BPR telah memberitahu mahkamah bahawa Pegawai Penyiasat kes ini baru sahaja dilantik selepas permohonan reman diberikan oleh mahkamah majistret. Macam mana tangkap dulu, kemudian ditahan reman, baru lantik Pegawai Penyiasat? Bukankah siasat dulu baru tangkap?

Sebenarnya, Pegawai Penyiasat BPR (seorang wanita) telah menarik diri dari terlibat dari kes ini!

Osman, Usaili, Roslan dan Zul Hasan telah dibebaskan oleh hakim mahkamah tinggi manakala Azrim dibebaskan oleh bPR. Jamaludin terpaksa tinggal dihotel BPR satu malam sebelum dibebaskan pada hari Jumaat.

Tetapi kes ini belum berakhir dan banyak lagi maklumat tidak boleh dinyatakan disini.

END/COPY FROM PERAK EKSPRESS