15 September 2010

Senyum sejenak .....

6 Syawal 1431H.

Ruqyah untuk si Gadis Nakal

Suatu hari, seorang wanita separuh umur yang tinggal tidak jauh dari rumah Juha mendatangi Juha dan berkata, “Wahai Juha! Anda telah mengetahui keadaan anak gadisku. Ia adalah anak yang nakal dan susah diatur. Saya berharap Anda mahu meruqyahnya?”

Juha menjawab, “Sesungguhnya ruqyah seorang lelaki tua sepertiku tidak akan banyak berpengaruh terhadapnya. Sebaiknya Anda mencari seorang pemuda shaleh yang berusia antara dua puluh lima sampai tiga puluh tahun untuk menikahinya, sehingga ia boleh meruqyahnya dan sekaligus membimbingnya menuju kebaikan. Saya yakin apabila anakmu itu telah dikarunia anak oleh Allah, ia akan menjadi wanita yang berakal cerdas dan tidak nakal lagi.”

Kalau Ramadhan Sama

Seseorang bertanya kepada temannya : “Mana yang lebih tua, anda ataukah saudara anda?”

Diapun menjawab : “Kalau bulan Ramadhan datang, kita berdua sama umurnya”

Kalau Naik Ada Sembilan

Seseorang keluar dengan membawa 10 ekor keledai. Jika ia naiki salah satunya dia hitung ada sembilan dan jika ia turun, dia hitung ada sepuluh dan akhirnya ia berkata : “Lebih baik saya jalan kaki dan untung satu keledai daripada saya naik tapi hilang satu”

Memukul Keduanya

Dikisahkan ada dua orang bersengketa, kemudian mereka meminta keputusan hukuman dari seorang pemimpin. Namun pemimpin tersebut tidak mampu memutuskan, maka ia pun memukul keduanya dan berkata : “Segala puji bagi Allah, yang tidak luput oleh saya si zalim dari keduanya”

Berapa Umurnya?

Ada seseorang bapak ditanya tentang putrinya : “Berapa umurnya?” Diapun menjawab : “Saya tidak tahu. Tapi dia dilahirkan pada musim kutu”

Gudang Harta

Dihikayatkan bahawa pada waktu Juha memaku dindin rumahnya, dinding tersebut berlubang kerana paku itu. Dari lubang tersebut, tidak sengaja ia melihat kandang ternak kepunyaan tetangganya. Juhapun senang dan berkata kepada istrinya : “Aku telah menemukan gudang harta yang penuh dengan haiwan ternak!”

Membeli Seekor Kuda

Dalam buku Ahla Ibtisamah disebutkan bahawa seorang pembeli berkata : “Saya perlu seekor kuda yang warnanya bukan coklat, bukan hitam, bukan putih, bukan merah dan bukan biru, anda punya?”

Penjual menjawab : “Ya, yang anda cari ada. Tapi anda mengambilnya jangan hari sabtu, jangan hari ahad, jangan hari isnin, jangan hari selasa, jangan hari rabu, jangan juga hari khamis. Kalau jum’at juga kami cuti.

Penurunan kadar jenayah satu retorik

6 Syawal 1431H.
http://episodeperjuangan.blogspot.com/

1. Pertamanya saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS mengutuk sekeras - kerasnya segala perbuatan jenayah kejam dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa jenayah terbaru iaitu :

a. Ustazah Norliza Ishak 35, [ yang dibunuh kejam bersama anaknya Amirul Ayman 10, pada 3 Sept 2010 - Port Dickson ]

b. Datuk Sosilawati Lawiya 47, dan 3 mangsa yang lain [ juga dibunuh kejam setelah hilang sejak 30 Ogos 2010 - Kuala Lumpur ] .

c. Sebelum ini Mohamad Adam Muzaffar telah disembelih oleh bapanya [ Muhaimi Sautar 33, ] pada 24 Ogos 2010 - Kota Bharu .

d. Noraini Ahmad 20, dirogol dan dibunuh dengan kejam , ditemui dalam keadaan kepalanya cedera parah dan tangannya diikat dengan dawai pada 12 Ogos 2010 . - Sungai Petani .

e. Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan 8, dan Che Ku Zaimah Che Ku Awang 28, cedera parah dibahagian muka dan mata apabila disimbah cuka getah dalam satu kejadian amuk di Kampung Sekayu pada 15 August 2010 . - Hulu Terengganu .

f. Ilya Nabilah Rosnata 19 ditemui mati dirogol dan dibunuh dengan kejam dengan kesan tikaman pada bahagian dadanya , dipercayai telah dibunuh seminggu sebelum dijumpai terapung di Sungai Bagan dan tangannya diikat pada sebatang pokok 21 Julai 2010 lalu .- Pulai Chondong Machang.

g. Pengawal Keselamatan dibunuh dengan kejam dalam satu kejadian di Pekan Batu 9 . Mangsa dipercayai telah dilanggar terlebih dahulu dan kemudiannya tangan kirinya dipotong dengan sebilah parang pada 4 Julai 2010 .- Kajang

h. Amir Khan Abdullah @ Balwant Singh 53, ditemui mati berlumuran darah dengan tujuh tikaman di kepala sehingga terkeluar otaknya dan tiga tikaman di dada kiri di atas tilam dalam sebuah bilik di rumahnya pada 1 Julai 2010 . - Selayang .

i. Siya Pandian Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak mati ditembak di bahagian kepala dan dadanya dihadapan kedai mencuci kereta miliknya pada 15 Mac 2010 di Langkap Teluk Intan Perak .

j. K. Haresarren 18 bulan mati selepas mengalami keretakan tulang rusuk , hatinya pecah dan lebam di seluruh tubuh kerana didera teruk pada 3 Mac 2010 . Petaling Jaya sebelum itu pada 25 February 2010 , Syafiah Humairah 3, mati dipukul , disepak dan dipijak . - Shah Alam

k. Atan Daud 90, Sutiah Katas 80, Ismail Awang 76, dan Siti Khatijah Ismail 22 ditemui terbunuh dengan begitu kejam pada 5 January 2010 . - Gemencheh

2. Saya hanya membawakan 10 kes jenayah kejam dari ratusan kes kejadian jenayah dalam negara kita sejak awal tahun ini . Bermula dengan satu tragedi pembunuhan 4 anggota keluarga di Gemencheh January lalu , kini negara gempar lagi dengan pembunuhan kejam ke atas Datuk Sosilawati dan 3 lagi mangsa yang merupakan pembantu beliau .

3. Program Transformasi Kerajaan [GTP] yang diperkenalkan April tahun lepas oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan kononnya telah mencapai hasil signifikan menerusi pelbagai inisiatif Bidang Keberhasilan Utama negara [ NKRA ] .

4. Alex Iskandar Liew [ Pengarah Komunikasi GTP di Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan ( PEMANDU ) di Jabatan Perdana Menteri ] menjelaskan bahawa indeks jenayah keseluruhan pada januari hingga ogos telah menurun 16.24 peratus .

5. Melihat kepada perkembangan mutaakhir betapa sadisnya jenayah yang berlaku membuatkan semua pihak kembali ragu terhadap dakwaan kononnya indeks jenayah telah menurun . Sebaliknya rata - rata melihat Malaysia merupakan sebuah negara yang berdepan dengan ancaman nilai keamanan dan keselamatan .

6. Setiap hari akan ada sahaja jenayah dilaporkan berlaku di seluruh negara oleh media massa. Bahkan jenayah tidak lagi dihitung dengan kadar berapa kali kejadiannya setahun , sebulan dan sehari , tetapi kini dihitung mengikut kadar jam , minit dan saat .

7. Saya percaya semua pihak bertanggungjawab terhadap usaha membenteras jenayah , namun kerajaan adalah pemegang amanah untuk meletakkan rakyat dan negara dalam keadaan selamat , aman dan sejahtera . Rakyat tidak boleh dikaburi dengan kenyataan - kenyataan hipokrit dan bersifat retorika politik semata - mata .

8. Pencapaian NKRA dilihat sangat tidak meyakinkan . Malah negara masih subur dengan elemen - elemen yang mempunyai potensi besar untuk mendorong berlakunya satu - satu jenayah . Sementelah pula langkah pencegahan masih bersifat melepaskan batuk ditangga. ianya tidak dilakukan secara serius.

- [ samalah seperti mencetak kata - kata amaran dan gambar penyakit yang menjadi akibat ketagihan rokok di kotak rokok dan kemudiannya dibenarkan ia dijual kepada orang ramai. ]

- [ samalah juga tindakan kerajaan mengeluarkan lesen untuk operasi hiburan atau kelab malam dan penjualan kondom serta minuman beralkohol di kawasan majoriti muslim kemudian kerajaan yang sama pula melantik pencegah maksiat supaya menghalang dan menangkap orang yang melakukan maksiat .]

9. Kedua - dua nota di atas memperlihatkan kepada kita betapa tidak seriusnya kerajaan menangani pertumbuhan indeks jenayah dan mungkar dalam negara kita lantaran mereka berpeluang membuat keuntungan di sebaliknya . Fenomena ini sangat dikesali dan ia sekali - kali tidak akan dapat membebaskan negara dari belenggu jenayah jika inilah sikap yang ada pada kerajaan .

10. Sekadar mengutuk sekeras - kerasnya segala jenayah yang berlaku tidak boleh merubah apa - apa kecuali satu tindakan berkesan dan bersepadu dengan gandingan semua pihak [ kerajaan dan rakyat ] dilakukan secara bijak demi masa depan negara . Dewan Pemuda PAS Pusat sekali lagi melihat Islam dan syariatnya adalah satu solusi tepat untuk menghindarkan negara dari badi jenayah yang semakin menular.

Kami juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Tahniah kepada Tan Sri Ismail Omar yang telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru agar tan Sri ismail dapat berkhidmat dengan adil , telus , benar dan saksama serta cekap dan tegas membasmi rasuah dan jenayah dalam negara ini . Kes jenayah kejam yang menimpa Datuk Sosilawati menjadi kes high profile yang pertama mesti dihadapi oleh Ketua Polis Negara yang baru . Semoga berjaya dengan cahaya kebenaran dan petunjuk Ilahi .

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Awang Adek terus main politik zaman Pak Mat Trafik

6 syawal 1431H.
http://msomelayu.blogspot.com/

KATA Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Awang Adek Hussein Kelantan akan dibekalkan air bersih sekiranya Umno memerintah Kelantan. Selagi lagi Awang Adek patah balik ke belakang dan terus bermain dengan tektik politik Pak Mat Trafik. Tahukah macam mana politik Pak Mat Trafik.

Pak Mat ini gila. Dia selalu duduk dekat bultan Tuan Padang di Kota Bharu bertindak sebagai polis trafik. Bila lapar dia akan minta duit dengan orang seringgit. Kalau bagi dua ringgit atau lima ringgit dia tidak akan ambil. Dia hendak seringgit saja. Pak Mat Trafik tidak pernah mengubah nilai mata wangnya, seringgit dari awal hingga ke akhir. Nah begitu jugalah politik Umno di Kelantan.

Budak bodoh pun akan dapat menduga dan menilai politik rendah mutu oleh Awang Adek itu.

Kalau benar Umno nak bantu rakyat Kelantan, Awang Adek tidak payah tunggu Umno menang, perintah Kelantan beliau boleh bekalkan air bersih kepada rakyat Kelantan pada hari ini juga. Masalah air bersih di Kelantan sudah sampai ke tahap yang menggerunkan sekali. Benar kata Awang Adek di mana-mana orang memperkatakan tentang air berwarna perang di Kelantan. Kalau rendam baju putih bertukar jadi merah.

Kenapa Awang Adek hendak mendenda rakyat Kelantan. Bila beliau berjanji begitu, kalau Umno tidak menang bermakna rakyat Kelantan terus menikmati air berwarna. Apakah begitu yang harus dilakukan oleh seorang pemimpin? Seorang berkelulusan Phd memilik doktorat seharusnya tidak bingung seperti ketua cawangan yang hanya lulus SRP dan SPM gread tiga.

Berhantilah melakukan politik hukum, denda yang telah diamalkan sejak berzaman dulu. Politik sedemikian dilakukan Umno sejak Awang Adek belum menganggotai Umno lagi. Tidakkah Awnag Adek menyedari hukuman atau politik denda begitu tidak pun merubahkan keadaan. Orang Kelantan tetap juga memberi sokongan kepada Pas.

Awang Adek asalnya orang kampung. Kampungnya di Perupuk Bachok Kelantan. Dia anak petani dan pemajat pokok kepala. Dia seharusnya bersimpati dengan nasib orang kampung. Orang kampung gembira bila orang cerdik seperti Awnag Adek jadi pemimpin. Mereka ingat boleh tumpang. Yalah orang kampung yang susah dan miskin akan mengetahui penderitaan dan denyut nadi orang kampung.

Tetapi bila Awang Adek juga berperangai macam golongan bangsawan, mendenda orang kampung, memperolok-olok orang kampung apa bezanya Awang Adek dengan golongan bangsawan. Biarlah golongan bangsawan saja yang memperolok-olokkan orang kampung. Yang menjadikan orang kampung sebagai badut, kemudian mentertawakan rami-ramai. Kita orang kampung bantulah nasib orang kampung.

Saya tidak yakin ugutan Awang Adek itu akan diendahkan oleh rakyat Kelantan. Mereka akan tetap minum air perang atau berkeladak daripada memangkah Umno cara Awang Adek hendak lakukan itu. Belajarlah keperibadian dan perangai orang Kelantan. Kalau kamu melakukan ugutan, desakan ataupun nak tunjukkan babil henelan, mereka sedikitpun tidak hairan.

Kalau kamu seribu kali henelan, mereka berjuta-juta kali henelaan. Sebab itulah walaupun susah, payah, daif mereka tetap memilih Pas parti yang berlemah lembut.

Cuba Awang Adek kata Umno akan salurkan air bersih walaupun tak menang pilihan raya, saya percaya ada orang Kelantan yang istyharkan menyokong Umno sampai mati. Kalau Awang Adek tetap juga bermain politik Mat Trafik itu saya kira tak guna beliau masuk politik, baik duduk di Bank Negara saja. Orang berfikir macam Awang Adek dan Setopa anak lelaki Setwa tidak memberi guna satu setengah dinar Kelantan pun. Tidak. Tak percaya tanya Mat Maslan?

Perlantikan Sultan hak prerogative Majlis Perajaan

6 Syawal 1431H.

KOTA BHARU, 14 Sept: Penasihat Undang-Undang Istana Kelantan Datuk Shukri Mohamad berkata persoalan perlantikan dan pemasyhuran seseorang Sultan adalah merupakan hak prerogative (mengikut acuan perlembagaan) Majlis Perajaan Negeri yang telah diberi oleh Perlembagaan Negeri Kelantan.

Beliau yang juga Ahli Majlis Perajaan Negeri berkata peruntukan itu selaras dengan Perkara 6 yang menyatakan bahawa ”tidak ada sesiapa boleh dilantik dan disahkan menjadi Sultan Kelantan melainkan pengesahan dan perlantikan tersebut dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri”.

“Keputusan yang dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri (MPN) semalam (pada 13 September 2010) adalah merupakan satu keputusan yang dibuat berasaskan kepada peruntukan Undang-Undang Perlembaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan (Bahagian Kedua).

“Dan ianya dilakukan menurut peruntukan tersebut dan keputusan tersebut adalah merupakan keputusan yang tepat dan sah di sisi Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Keajaan Negeri Kelantan,” katanya pada sidang media di Istana Balai Besar di sini pagi ini.

Menurutnya, MPN adalah satu badan yang diberi kuasa oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan dalam melantik dan memasyhurkan seseorang sultan menurut undang-Undang.

Beliau mengulas pemasyhuran perlantikan Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Pemangku Raja Kelantan menjadi sultan bagi menggantikan Tuanku Sultan Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra berkuat kuasa semalam yang diisytiharkan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Istana Balai Besar di sini kelmarin.

Daripada seramai 17 ahli MPN yang membuat keputusan termasuk Datuk Shukri sendiri, 15 Ahli MPN telah membuat keputusan menyokong secara sebulat suara.

Beliau turut mengulas keputusan Kes Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (pada 2009) di antara Yang Mulia Tengku Temenggong Kelantan melawan Pemangku Sultan pada masa itu bahawa perkara bersabit persoalan ‘perajaan’, prerogative dan function kebawah duli tidak boleh dibawa di mahkamah.

“Saya berharap keputusan ini menjadi titik penamat kepada semua ‘apa yang dikatakan krisis’, jika ianya satu krisis, berlaku di negeri Kelantan.

“Kembalilah kepada akar umbi. Sama-sama kita mempertahankan institusi raja berlembagaan yang diamalkan dalam sistem demokrasi berparlimen di negara ini. cintailah institusi raja, sayangilah negeri Kelantan dan naungilah rakyat negeri Kelantan, dengan pertolongan Allah swt,” katanya.

Turut hadir Pengelola Istana D’Raja Kelantan Datuk Abdul Halim Ahmad.

Harakahdaily/-

Tiada mahkamah boleh cabar pelantikan Sultan

6 Syawal 1431H.

Seorang anggota Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan yang juga seorang peguam terkenal, Datuk Mohd Shukri Mohamad berkata majlis pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru semalam tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

Katanya, ini kerana keputusan itu dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan berdasarkan Pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

“Oleh itu, tiada pihak yang boleh mencabar keputusan MPN dalam urusan pelantikan atau pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru kerana ia dibuat mengikut perlembagaan di bawah undang-undang tubuh kerajaan Negeri,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Sultan Kelantan di Istana Balai Besar, di Kota Bharu hari ini.

Hadir sama pada sidang akhbar itu Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad.

Mohd Shukri yang mengaku dititahkan oleh Sultan Kelantan untuk mengendalikan sidang media itu juga turut merujuk kepada kenyataan media yang dibuat oleh seorang peguam dari firma guaman Tetuan Rashid Zulkifli mewakili Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra semalam yang mempertikaikan keputusan MPN mengadakan majlis pemasyuran pelantikan Sultan Kelantan yang baru itu.

Beliau berkata, pelantikan Tetuan Rashid Zulkifli sebagai peguam kepada Sultan Ismail Petra masih lagi dipertikaikan dan kini sedang dicabar.

“Ini merupakan suatu perkara yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan melalui petisyen No 1, 2010 dan Petisyen 2, 2010 ekoran ketidak upayaan Sultan Ismail (berikutan kegeringannya)," katanya.

Keterangan perubatan

Beliau mendakwa, tetuan Rashid telah gagal mengemukakan apa-apa keterangan perubatan untuk membuktikan Sultan Ismail Petra mempunyai keupayaan yang diperlukan untuk mengarahkan firma tersebut bertindak bagi pihak baginda berhubung dengan prosiding di depan Mahkamah Persekutuan sekarang.

“Tetuan Rashid juga gagal untuk mendedahkan apa-apa keterangan perubatan yang menunjukkan Sultan Ismail Petra mempunyai keupayaan untuk memahami kandungan petisyen dan afidavit yang didakwa difailkan di Mahkamah Persekutuan melalui petisyen no.1 2010 dan petisyen no.2 2010 terbabit,” katanya.

Beliau berkata, Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) boleh dan telah dipinda dengan cara perisytiharan oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan dengan izin dan persetujuan Majlis Penasihat Raja.

Mohd Shukri mendakwa, kedua-dua petisyen yang didakwa telah difailkan oleh Tetuan Rashid Zulkifli di Mahkamah Persekutuan bagi pihak Sultan Ismail Petra adalah tidak relevan dengan isu sama ada pindaan-pindaan berasaskan Perkara 3 undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kelantan adalah sah atau tidak.

Sementara itu, Persatuan Anak-Anak Kelantan Darul Naim Malaysia (PAKATAN) melahirkan rasa syukur atas pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan baru semalam.

Presidennya Datuk Dr Noordin Ab Razak berkata keprihatinan tinggi Tuanku terhadap rakyat jelata di samping mementingkan keadilan dan kebajikan hamba rakyat menyebabkan persatuan tersebut melahirkan sokongan tidak berbelah bagi terhadap pemerintahan baru tersebut.

"Sebagai rakyat Kelantan yang berada di perantauan, kami berasa amat berbangga dan bertuah sekali berpayung di bawah naungan Tuanku.

"Sikap penyayang Tuanku terhadap rakyat terbukti dengan penganjuran program-program kebajikan seperti pengurniaan zakat kepada orang-orang miskin yang terdapat di seluruh jajahan di negeri Kelantan," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Noordin turut berkata PAKATAN akan sentiasa bersedia untuk membantu apa yang terdaya dalam mengangkat kembali taraf Kesultanan Kelantan yang sentiasa dijunjung dan disayangi.

"Sesungguhnya kami sebagai rakyat jelata, amat yakin Tuanku akan dapat memajukan dan memakmurkan lagi negeri Kelantan dengan sokongan padu daripada pihak kerajaan, pegawai-pegawai dan juga rakyat sekalian," katanya.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub turut mengucapkan tahniah kepada Tuanku Muhammad Faris Petra atas pelantikan baginda sebagai Sultan Kelantan.

"Warkah ikhlas yang tidak sepertinya ini adalah sebagai pengganti diri daripada patik diutus dengan hasrat mengucapkan sembah tahniah di atas pemasyhuran yang memegang tahta Al-Sultan Kelantan yang ke–29 pada hari semalam," kata ahli parlimen Kubang Kerian itu dalam satu kenyataan.

Tahniah buat Sultan, MB dan rakyat Kelantan

6 Syawal 1431H.
Ahmad Baei Jaafar

Setinggi tahniah diucapkan kepada Yang Maha Mulia Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra atas pemasyhuran baginda sebagai Sultan Kelantan yang baharu berkuat kuasa semalam. Perlantikan ini bukan sahaja dinanti-nantikan oleh rakyat Kelantan tetapi seluruh umat manusia yang rindukan kedamaian dan ketenangan.

Tahniah juga kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana mendapat Sultan baharu yang sudah tentu memberi sinar baharu kepada pembangunan negeri Kelantan. Pemasyhuran ini mampu memberi semangat baharu kepada pemerintah untuk menjanjikan keselesaan kepada rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

Seterusnya tahniah kepada seluruh rakyat Kelantan kerana kalian telah mendapat Sultan yang berjiwa rakyat yang pastinya dekat di hati rakyat. Atas kurniaan Allah ini, rakyat sepatutnya berdoa kepada Allah agar Sultan Kelantan diberi petunjuk dan pimpinan untuk mentadbir Kelantan berdasarkan roh Islam.

Sejak Sultan Ismail Petra gering lebih setahun negeri Kelantan dilanda pelbagai ujian dan fitnah yang boleh menjatuhkan nama baik institusi kesultanan Kelantan, sekali gus menggugat kesetabilan kerajaan Kelantan pimpinan Datuk Nik Aziz. Dalam keadaan itu, wajar pimpinan baharu dilantik. Oleh sebab itu Tengku Faris menggunakan Artikel 23A, undang-undang perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan (bahagian kedua) untuk menduduki takhta negeri.

Undang-undang itu menyatakan seorang pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja, jika mereka berpendapat bahawa Raja yang ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh hukum Syarak untuk menjadi Raja.

Saya yang pernah belajar di Kelantan selama enam tahun mengambil kesempatan ini untuk doakan kesejahteraan Sultan dan negeri Kelantan dan dilindungi Allah daripada bala dan fitnah.

Kelantan : Akidah bersih atau air bersih ?

5 Syawal 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim.

Pengkhianat kepada rakyat Kelantan, bersuara lagi semalam. Kali ini dia mahu kelentong orang Kelantan dengan membangkitkan masalah air bersih yang didakwanya dihadapi oleh sebahagian besar rakyat Kelantan akan dijadikan agenda utama dalam perjuangan Umno Kelantan membela nasib rakyat jika diberi peluang memerintah Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Awang Adek Hussin dalam kenyatananya dipetik dengan mengaitkan ini berpunca dengan kegagalan PAS mengatasi masalah itu walaupun diberi peluang memerintah selama 20 tahun di negeri itu.

Pesoalannya sekarang, adakah rakyat Kelantan benar-benar menghadapi masalah yang dihadapi sebagaimana yang didakwa tanpa bukti kononnya di mana-mana pun dia pergi sama ada di bandar dan di kampung ketika turun padang saya terpaksa menerima rintihan rakyat agar masalah itu.

Tambahan pula tawaran air bersih yang dikemukakan Awang Adek jauh lebih kecil nilainya dengan tawaran akidah bersih yang selama ini dikecapi oleh rakyat Kelantan selama 20 tahun PAS memerintah.

Jika rakyat memilih air bersih artinya dia menolak akidah bersih yang jauh lebih tinggi nilainya, dan saya fikir orang Kelantan tidak "sebodoh" Awang Adek dan UMNO.

Malah kita faham isu air bersih sengaja dimainkan oleh UMNO setelah dia sangat terdesak dan sudah kekeringan modal pada masa sekarang. Dalam perkara berkaitan UMNO pernah mengaitkan air kelantan yang memang keruh sepanjang tahun dengan kegagalan Kerajaan PAS kelantan, itupun mereka katakan air sungai kotor. Sedangkan isu sebenarnya ialah keruh. Keruh dengan Kotorpun tidak dapat bezakan.Realitinya sejak UMNO memerintah lagi seingat saya air sungai Kelantan sentiasa keruh.

Selain itu jika benarlah isu air tersebut, saya kira cara yang paling baik untuk menyelesaiakn kemelut itu ialah mengembalikan wang royalti yang menjadi hak rakyat dan Kerajaan Kelantan. Dengan jumlah wang yang mengarah kepada 2 billion runggit itu saya yakin masalah air dapat diselesaikan dengan segera.

Syed Husin tidak tanding Timbalan Presiden PKR

5 Syawal 1431H.

PETALING JAYA, 14 Sept: “Saya telah berbincang dengan keluarga, beberapa orang pemimpin parti dan juga sahabat rapat. Kini saya mengambil keputusan tidak akan bertanding,” kata Dr Syed Husin Ali (gambar).

Timbalan Presiden PKR itu berkata, sudah sampai waktu untuk beliau menjelaskan sama ada mempertahan kedudukan saya sebagai Timbalan Presiden atau tidak.

Menurutnya, akhir-akhir ini ramai juga pemimpin pusat, negeri, cabang dan anggota biasa yang menghantar sms atau emel dan menelefon meminta bahkan menggesa beliau agar bertanding.

Katanya, macam-macam hujah mereka kemukakan dan beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka.

“Sebenarnya, saya ingin melihat orang yang lebih muda dan aktif menggantikan saya, walaupun dalam umur tepat 74 tahun minggu depan, Insya Allah, saya terkadang merasa belum tua lagi.

“Saya ingin menumpukan lebih banyak masa kepada menulis. Selain isteri, anak dan cucu ini merupakan cinta utama saya,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Menurut Ahli Dewan Negara itu, beliau sudah lama membayangkan hasrat mahu mengundurkan diri dari jawatan Timbalan Presiden apabila sampai waktunya.

Jelasnya, walaupun tidak akan bertanding jawatan nombor dua dalam parti itu, tidak bererti beliau akan meninggalkan politik ataupun parti sepenuhnya.

Beliau yang menceburkan diri dalam politik dengan memasuki Parti Rakyat Malaysia pada tahun 1958, menyandang jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat semenjak 2003.

Katanya, politik dan perjuangan untuk rakyat sudah menjadi darah dagingnya dan tidak mudah baginya meninggalkannya begitu saja.

Justeru, beliau berharap dan berdoa agar Keadilan Pusat, Wanita dan Angkatan Muda akan dipimpin oleh tokoh-tokoh yang komited kepada asas-asas perjuangan parti seperti termaktub dalam perlembagaan, menghormati disiplin organisasi parti, sudah teruji merentas duri dan ranjau perjuangan, bergerak secara pemain berpasukan (team player), menentang amalan korupsi dalam segala bentuk dan mendukung nilai akhlak yang tinggi.

Beliau menyerahkan kepada anggota-anggota parti bagi menentukan siapakah yang mereka mahu menjadi pemimpin.

Menurutnya, cara pemilihan, yang baru diperkenalkan oleh parti dengan memberi setiap anggota satu undi adalah cara yang demokratik.

“Jikalau tidak silap saya, parti ini merupakan satu-satunya parti politik dalam dunia yang mengamalkan cara ini.

“Adalah penting cara ini dilaksana dan diamalkan oleh setiap calon yang bertanding dan setiap anggota yang mengundi dengan cara yang adil, bersih, telus dan bebas dari korupsi politik wang,” ujarnya lagi.

Harakahdaily/-

PKR Kedah: 9 tanding, 3 menang tanpa tanding

5 Syawal 1431H.


ALOR SETAR, 14 Sept: Pemilihan bagi merebut jawatan yang dipertandingkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri Kedah khususnya di Cabang Merbok menyaksikan satu lawan satu bagi kerusi ketua dan timbalan ketua.

Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din yang mengetuai Cabang Merbok akan dicabar oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri, Saiful Izham dalam pemilihan yang akan diadakan pada 17 September ini.

Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, S. Manikumar akan ditentang oleh Mokhtar Ismail bagi merebut kerusi Timbalan Ketua Cabang.

Daripada 12 Cabang PKR yang ada di negeri Kedah, 9 cabang ditandingi semua jawatan yang dipertandingkan.

Manakala 3 cabang yang ketuanya menang tanpa bertanding ialah Langkawi yang diterajui oleh Haji Wan Salleh Wan Isa, Pokok Sena oleh Cheung Kai Yen dan Sik yang dipimpin oleh Habib Danial.

Pemilihan yang dilaksanakan oleh PKR kali ini merupakan pertama kali ianya diperkenalkan dalam negara dengan memberi peluang sepenuhnya kepada semua anggota parti bagi memilih pimpinan.

Namun begitu bagi Exco Kerajaan Negeri Kedah, S. Manikumar berpendapat pemilihan yang diperkenalkan buat pertama kalinya ini mempunyai implikasi positif dan negatif.

"Adalah menjadi harapan pihak parti akan membuat kajian terperinci selepas pemilihan ini nanti. Kemungkinan sistem ini akan berjaya dalam tempoh 10 tahun yang akan datang atau sebaliknya.

"Hasil kajian dari sistem ini kelak perlu dijadikan panduan samada ianya wajar untuk diteruskan pemilihan dengan cara sebegini atau sebaliknya. Sekiranya ia memberi banyak manfaat maka eloklah diteruskan,"ujarnya lagi.

Harakahdaily/-

Umno dicabar tukar jadi Pekembar

5 Syawal 1431H.

PAS mencabar Umno agar menukar singkatan namananya dalam bahasa Inggeris 'United Malay National Organisation' kepada bahasa Melayu iaitu Pertubahan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar).

Menurut timbalan pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tindakan itu bagi memastikan orang Melayu memahami agenda politik Umno.

Katanya, di kawasan pedalaman, kebanyakan orang Melayu tidak faham apa itu Umno kerana ia dalam bahasa Inggeris.

Malah menurut Nizar, ada juga di kalangan ahli Umno sendiri tidak tahu dan memahami singkatan bagi nama Umno itu.

Menteri besar Perak yang disingkirkan itu berhujah jika Umno ikhlas berjuang untuk masyarakat Melayu termasuk mempertahankan bahasa dan budayanya, adalah amat menghairankan bagi mereka mengekalkan nama dalam bahasa penjajah.

“Tidak perlu malu bagi menggantikan nama Inggeris - Umno dengan versi Melayu - Pekembar untuk mencerminkan agenda politik mereka,” kata Nizar.

Menurut beliau Umno sebenarnya adalah parti perkauman dan juga hiprokit kerana menggunakan nama Inggeris untuk memperkenalkan budaya dan bahasa Melayu.

Dakwanya setelah mencapai kemerdekaan 53 tahun, Umno tetap merupakan sebuah parti rasis kerana hanya memperjuangkan hak Melayu sedangkan PAS bergelut untuk kepentingan Islam dan juga bukan Islam.

Nizar berucap di sebuah ceramah baru-baru ini di Kampung Batu Enam, Selama di Perak.

Pada ucapannya itu, beliau juga membidas tindakan kerajaan dan mepersoalkan mengapa pembelajaran tulisan Jawi dikeluarkan daripada sistem pendidikan di sekolah-sekolah.

Katanya, akibat tindakan itu, sebahagian besar generasi muda tidak boleh membaca dalam tulisan Jawi dan menyukarkan pembelajaran Al-Quran dan agama kerana kebanyakan bahan berkenaan adalah dalam bahasa Arab yang menggunakan tulisan Jawi.

Malaysiakini/-

Operasi cari bukti pembunuhan diteruskan

5 Syawal 1431H.

Pasukan penyelam Polis Marin meneruskan operasi mencari bahan-bahan bukti untuk siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain di Sungai Kanchong Laut di Banting.

Sungai itu terletak di Kampung Endah, kira-kira dua kilometer dari Ladang Gadong Tanjung Sepat di mana Sosilawati dan tiga lagi dipercayai dibunuh dan dibakar di ladang ternakan ayam di situ.

Operasi mencari bahan bukti itu bermula kira-kira 4.30 petang semalam dan berakhir pada pukul 7 malam semalam. Anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia PDRM) turut menyertai operasi itu.

Seorang suspek lelaki dilihat dibawa ke atas jambatan sungai itu bagi menunjukkan di mana dia mencampakkan sesuatu dari atas jambatan berkenaan.

Semasa operasi itu dijalankan, kelihatan beberapa anggota Unit Forensik sedang membelek satu bungkusan plastik yang berisi seutas jam tangan.

Sosilawati, 47, bersama tiga individu iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin hansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lupur, Norhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dlaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Ahad lalu, polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong.

- Bernama