23 Jun 2008

Keakraban dua pemimpin.

PARIT BUNTAR, 22 Jun :-Gambar ini diambil oleh Webmaster Cina Islam dalam program Kuliah Wanita DUN Titi Serong yang diadakan di hadapan Pusat Khidmat ADUN Titi Serong kelmarin. Semoga Allah merahmati hubungan dan keakraban kedua pemimpin ini.


Ust. Hj. Ahmad Awang, Bekas YDP Persatuan Ulama malaysia (PUM) yang juga Naib Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak menjadi tetamu Istemewa Pusat Khidmat ADUN Titi Serong.

Drs. Khalil :Usaha lemahkan PASTI pasti gagal.

NIBONG TEBAL, 22 Jun :- Usaha untuk melemahkan pendidikan pra-sekolah Pusat Asuhan Tunas Islam yang dilakukan oleh pihak yang iri hati dengan keujudannya diyakini gagal sehingga sekarang. Sebaliknya ianya terus mendapat sambutan dari pelbagai pihak. Itulah antara kandungan ucapan ADUN Titi Serong, YB.Drs. Khalil Idham Lim yang hadir bersama isteri semasa meresmikan Hari Sukan Pasti al Qamar di kampung Relau Sabtu lepas.

Drs. Khalil menyampaikan ucapan perasmian.


Katanya lagi, "saya mengucapkan tahniah dengan kesudian ibu bapa menghantar anak-anak ke PASTI, dan teruskan usaha untuk mengajak orang lain untuk menghantarnya sama".




Murid-murid PASTI Al Qamar yang menyertai pertandingan.

Drs. Khalil memberikan beberapa alasan yang menjadi faktor kemantapan PASTI. Antaranya kehebatan kurikulum yang disusun sedemikan rupa yang melibatkan pakar-pakar akademik. PASTI juga ditunjangi oleh tenaga penggerak yang ikhlas tanpa mengharapkan sesuatu yang lebih melainkan redha Allah SWT. Faktor ketiga katanya PASTI adalah berdaftar secara resmi dengan pihak berwajib.

ADUN Titi Serong melawat Pusat Bandar Parit Buntar.

PARIT BUNTAR, 22 Jun :- Dalam kesibukan masa yang ada namun ADUN Titi Serong telah meluangkan masanya untuk melawat kawasan pusat bandar Parit Buntar bagi meninjau masalah yang dialami oleh peniaga dan pengunjung di sekitarnya. Lawatan yang mengambil masa sekitar 3 jam itu menunjukkan keperihatinan beliau kepada permasalahan dalam DUN sendiri.

Drs. Khalil dengan keluarga Tionghua yang membeli-belah.


Di Supermarket Billion.

Lawatan tersebut bermula pada jam 6.30 petang dengan beliau mengadakan perjumpaan dengan peniaga-peniaga gerai makan berdekatan stesen teksi. Pada kesempatan itu Drs. Khalil mengadakan perbincangan dan sesi dailog serta menghasilkan beberapa rumusan untuk diambil perhatian bersama.

Beramah mesra dengan warga asing sambil bertanya masalah.

Antaranya beliau berharap diadakan sebuah jawatankuasa bertindak bagi mengatasi masalah yang timbul.

Berbincang dengan pemilik gerai makan.

Setelah masuk waktu maghrib beliau telah menunaikan sembahyang maghrib berjemaah bersama dengan warga setempat di surau stesen teksi yang berdekatan.

ADUN Titi Serong bersama orang Tionghua di Kedai kopi di hadapan Billion.

Bersama bekas pelajar yang berkerja sambilan di Supermarket Minat dalam cuti semester .

Lawatan dilanjutkan ke stesen bas Parit Buntar. Pada kempatan itu beliau bertanya khabar kepada peniaga dan pengguna bas.

Memberi nasihat kepada penuntut USM yang menunggu bas.


Sembahyang berjemaah di surau stesen teksi.

Selain itu Drs. Khalil juga meninjau keadaan supermarket Minat dan Billion yang berdekatan. Wakil rakyat yang lebih dikenali dengan YB. Lim oleh warga Cina setempat disapa oleh kebanyakan penduduk yang rata-rata menyedari kehadiran beliau.

Bersama sebuah keluarga India yang menunggu bas ke Johor Bharu.

Kuliah Wanita DUN Titi Serong di lancarkan.

PARIT BUNTAR, 22 Jun :- Pejabat Pusat Khidmat ADUN Titi Serong membuka lembaran sejarah baru apabila dengan resminya memulai program keilmuan untuk kaum wanita bagi DUN berkenaan. Program yang dinamakan Kuliah Wanita DUN itu diresmikan dengan kuliah pertama yang disampaikan oleh Yg. Bhg. Ust. Ahmad Awang, Bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM).


Dalam ucapan alu-aluan sebelum kuliah bermula, ADUN Titi Serong memaklumkan modul ini diambil dari kejayaan yang dilakukan oleh Wakil Rakyat di Kelantan sejak 18 tahun yang lepas. Harapan beliau dengan bermulanya kuliah pada hari ini , bermulalah satu kerja baik untuk menanam kecintaan masyarakat di DUN Titi Serong tanpa mengenal parti dan kumpulan tertentu. Harapannya usaha uang dilakukan ini mendapat sambutan dari warga DUN Titi Serong.

Ust. Ahmad Awang menyampaikan Kuliahnya sambil diperhatikan oleh ADUN Titi Serong

Sambil mengalu-alukan kehadiran penceramah , muslimin dan muslimat, beliau amat berharap jumlah yang hadir akan bertambah dan mencapai jumlah 300 orang pada masa akan datang.

Sementara itu Ust. Ahmad Awang dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada ADUN Titi Serong yang menjemputnya dan menganjurkan program keilmuan bagi masyarakat setempat. Beliau juga sangat berpuas hati dengan lengkap dan beroperasinya Pusat Khidmat ADUN Titi Serong yang dianggapnya tidak pernah melihat pejabat ADUN sebaik ini.

Drs. Khalil sedang meyampaikan ucapan aluan.

Namun sambil berseloroh beliau menyakinkan hadirin bahawa semuanya bukan hasil rasuah tetapi hasil dari usaha beliau yang selama ini dikenali sebagai peniaga.

Menyingkap usaha yang hampir sama , bekas YDP PUM itu mengatakan beliau juga mengadakan Kuliah Tassawur Islam di Bagan Serai yang telah menjangkau usia 10 tahun yang bermula dari beberapa khemah dan berdirinya sebuah bangunan sekarang.

Kaum Wanita yang hadir sedang mendengar kuliah .

Kupasan Ust. Ahmad Awang dalam kuliahnya berkisar mengenai kepentingan menuntut ilmu. Katanya bila seseorang itu berilmu, dia akan memahami rahsia allah SWT dan sebaliknya, termasuklah memahami masalah kekurangan stok barangan dan kenaikan harga barang.

Dalam hal yang sama jelasnya, tafsiran orang yang berilmu adalah berkaitan dengan bala atau ujian Allah dan kesan dari sikap pembaziran yang dilakukan oleh manusia seperti ayat Al Quran yang bermaksud "jangan kamu buat kerja membazir kerana itu kerja syaitan".

Penyampaian cenderamata diakhir program kepada penceramah.

Harapannya dengan adanya pengajian akan lahirlah lebih ramai orang yang baik, amanah, jujur dan sebagainya.

Hadir sama dalam program itu ialah Ketua kampung Kedah yang juga Pegawai Khas ADUN Titi Serong, Tn . Hj. Ibrahim Dahlan.

Pada kesempatan itu juga ADUN Titi Serong memaklumkan akan melantik seorang Wanita yang akan menjadi Ketua Kampung Wanita DUN Titi Serong. Antara matlamat perlantikan itu katanya adalah untuk memudahkan hubungan dan penyelesaian masalah wanita dalam DUN.

MB Perak hadir kenduri di Titi Serong

TITI SERONG, 22 Jun :- Penduduk Kampung Tebuk Hj. Musa bertuah pada hari ini kerana berpeluang bertatap muka dengan Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin kerana belaiu hadir dalam kenduri khawin rumah besan nya disini hari ini.

Hadir sama ialah Dato' Seri Orang Besar Jajahan Kerian dan Datin Seri, ADUN Titi Serong, YB. Khalil Idham Limdan Isteri.