Dalam ucapan alu-aluan sebelum kuliah bermula, ADUN Titi Serong memaklumkan modul ini diambil dari kejayaan yang dilakukan oleh Wakil Rakyat di Kelantan sejak 18 tahun yang lepas. Harapan beliau dengan bermulanya kuliah pada hari ini , bermulalah satu kerja baik untuk menanam kecintaan masyarakat di DUN Titi Serong tanpa mengenal parti dan kumpulan tertentu. Harapannya usaha uang dilakukan ini mendapat sambutan dari warga DUN Titi Serong.
Sambil mengalu-alukan kehadiran penceramah , muslimin dan muslimat, beliau amat berharap jumlah yang hadir akan bertambah dan mencapai jumlah 300 orang pada masa akan datang.
Sementara itu Ust. Ahmad Awang dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada ADUN Titi Serong yang menjemputnya dan menganjurkan program keilmuan bagi masyarakat setempat. Beliau juga sangat berpuas hati dengan lengkap dan beroperasinya Pusat Khidmat ADUN Titi Serong yang dianggapnya tidak pernah melihat pejabat ADUN sebaik ini.
Drs. Khalil sedang meyampaikan ucapan aluan.
Namun sambil berseloroh beliau menyakinkan hadirin bahawa semuanya bukan hasil rasuah tetapi hasil dari usaha beliau yang selama ini dikenali sebagai peniaga.
Menyingkap usaha yang hampir sama , bekas YDP PUM itu mengatakan beliau juga mengadakan Kuliah Tassawur Islam di Bagan Serai yang telah menjangkau usia 10 tahun yang bermula dari beberapa khemah dan berdirinya sebuah bangunan sekarang.
Kaum Wanita yang hadir sedang mendengar kuliah .
Kupasan Ust. Ahmad Awang dalam kuliahnya berkisar mengenai kepentingan menuntut ilmu. Katanya bila seseorang itu berilmu, dia akan memahami rahsia allah SWT dan sebaliknya, termasuklah memahami masalah kekurangan stok barangan dan kenaikan harga barang.
Hadir sama dalam program itu ialah Ketua kampung Kedah yang juga Pegawai Khas ADUN Titi Serong, Tn . Hj. Ibrahim Dahlan.
Pada kesempatan itu juga ADUN Titi Serong memaklumkan akan melantik seorang Wanita yang akan menjadi Ketua Kampung Wanita DUN Titi Serong. Antara matlamat perlantikan itu katanya adalah untuk memudahkan hubungan dan penyelesaian masalah wanita dalam DUN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan