27 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
IPOH:
PAS Perak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak
yang membuat provokasi dan halangan terhadap Kembara Oren Selamatkan
Felcra baru-baru ini.Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, pihaknya sudah mengenal pasti individu-individu yang telah menghalang, mengepung, dan membuat kekerasan terhadap peserta kembara.
Menurutnya, beliau telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut namun sehingga hari ini pihaknya tidak mendapat perkembangan.
Bercakap dalam sidang media di Pejabat PAS, hari ini, Razman yang juga Pengerusi Badan Bertindak Peneroka Felcra (Bapa) sangat kesal kerana pihak polis yang berada tempat kejadian tidak membuat apa-apa tindakan sebaliknya bersama-sama berkumpul bersama pihak yang membuat provokasi.
Sementara itu, peguam PAS, Zamri Ibrahim berkata, pihaknya masih menunggu perkembangan daripada pihak polis berkenaan laporan yang telah dibuat itu.
Katanya, pihaknya akan menulis surat kepada pegawai penyiasat kes itu apakah tindakan yang sudah dilakukan setelah menerima laporan polis.
Pengerusi Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Dewan Pemuda PAS Perak (Juham) itu menjelaskan, pihaknya kesal kerana pihak polis yang berada di tempat kejadian tidak menjalankan tanggungjawab mereka yang sepatutnya.
“Sepatutnya orang yang membuat provokasi diminta bersurai sebelum pihak polis membuat tindakan lain seperti yang dilakukan kepada peserta Bersih,” katanya.
Kata beliau, jika pihak polis membuat keputusan tiada pertuduhan ke atas pihak yang membuat provokasi itu, pihaknya akan melihat daripada ruang tindakan sivil.
“Kita mendapat asas yang kukuh untuk mendakwa mereka antaranya elemen kekerasan, serangan dan kesalahan merosakkan harta benda.
“Jika polis membuat keputusan tiada kesalahan jenayah kami akan saman dari aspek sivil,” jelas beliau.
Hadir sama dalam sidang media tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien dan barisan peguam.
harakahdaily/-









NIBUNG TEBAL: PAS
Nibung Tebal yakin Pakatan Rakyat dapat menawan Dewan Undangan Negeri
(Dun) Sungai Acheh pada pilihanraya umum ke 13 nanti berdasarkan
sokongan golongan muda yang memberangsangkan sejak kebelakangan ini.
Dalam
pilihan raya akan datang, PAS disebut-sebut bakal meletakkan calonnya
di DUN yang bersempadan dengan Perak di Parlimen Bukit Gantang ini.
KUANTAN:
NgO 'Selamat Malaysia, Hentikan Lynas' (SMSL) telah memfailkan rayuan
di atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan baru-baru ini yang membenarkan
projek Lynas diteruskan melalui pengesahan Temporary Operating License
(TOL).

Mungkin
inilah jalan yang paling mahal sekali di Malaysia dan mungkin di dunia
berasaskan kualiti dan kuantiti yang melibatkan jalan ini.
Wakil Harakahdaily yang melihat sendiri jalan itu mendapati jalan antara bangunan Yayasan Sabah (gambar) dengan DUN Sabah ini hanya satu lorong sahaja iaitu satu lorong pergi dan satu lorong balik.




KUALA LUMPUR:
Jika tidak ada kesalahan lalulintas dirakamkan, apa pula habuan yang
kerajaan janjikan kepada syarikat konsesi Sistem Kamera Automatik (AES).
"Kerajaan mesti berterus terang kepada rakyat apakah perjanjian sepenuhnya dengan syarikat-syarikat itu," kata Mahfuz (gambar).
