12 November 2012

PAS yakin dapat tawan DUN Sg Acheh

27 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


NIBUNG TEBAL: PAS Nibung Tebal yakin Pakatan Rakyat dapat menawan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Acheh pada pilihanraya umum ke 13 nanti berdasarkan sokongan golongan muda yang memberangsangkan sejak kebelakangan ini.

Yang Dipertuanya, Haji Abdul Rahman Ramjan ketika ditemui di majlis kejohanan futsal sempena Program Jalinan Mahabah dan Sehari Bersama Salebriti di Sungai Acheh berkata, sokongan golongan muda bertambah meningkat setelah banyak kampung yang dikuasai Umno berjaya ditembusi.

Antara kubu Umno tersebut ialah Datuk Keramat, Batas Pinang dan Parit Kasa manakala yang belum mendapat celah seperti perumahan nelayan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan Kampung Setar iaitu kampung Ketua Umno Bahagian Nibung Tebal, Datuk Zainal Abidin Osman.

Dalam PRU - 12, calon PKR  bertanding di DUN yang terletak dalam Parlimen Nibung Tebal ini dan kalah 250 undi kepada calon BN dari Umno.

Dalam pilihan raya akan datang, PAS disebut-sebut bakal meletakkan calonnya di DUN yang bersempadan dengan Perak di Parlimen Bukit Gantang ini.

"Hari ini peluang untuk PAS menang di Dun Sungai Acheh terbuka luas cuma yang penting ialah pastikan semua jentera kita bergerak mencula dan mendaftarkan ahli atau penyokong seramai mungkin di samping bergerak mendepani isu masyarakat setempat, " jelas Haji Rahman (gambar).

Di Dun Sungai Acheh terdapat tujuh Unit Peti Undi (UPU) iaitu Sungai Acheh, Sungai Udang, Sungai Bakau, Permatang Tok Mahat, Transkrian, Tanjung Berembang dan Sungai Setar.

Kawasan yang mendapat sokongan padu ketika Pilihanraya Umum ke 12 lalu ialah di Sungai Udang, Permatang Tok Mahat serta Transkrian kerana kedudukanya di pinggir pekan dan majoriti nya golongan terpelajar.

Sementara itu, Setiausaha PAS Kawasan, Nor Zamri Latiff (gambar bawah) menambah, bagi menyedarkan masyarakat terhadap pentingnya perubahan kerajaan, PAS sentiasa mengadakan ceramah kelompok, ziarah serta dialog di kedia-kedai kopi.

Bagi merealissikan impian untuk menang di sini perlu ada berbagai pendekatan terutamanya golongan wanita kerana mereka masih dibelenggu kepercayaan terhadap siaran Televisyen, radio dn akhbar arus perdana.

Memang banyak lagi Majlis Tindakan Dun (MTD) Sungai Acheh kena pelajari sambungnya, bagaimana untuk mendekati atau menangani masalah penduduk supaya masyarakat merasai kesungguhan Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir berbanding Barisan Nasional (BN).

"MTD bergerak dengan sokongan Dewan Pemuda dan muslimat.  Kita sudah banyak kali buat program kepemudaan dan wanita semata-mata memberi kesedaran betapa pentingnya memberi undi pada Pakatan Rakyat selepas ini, " terangnya.


 harakah/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya konfius la apasal Pas dngan PKR nk brlawan sesama sendiri??? kn dh pecah undi mcm tu...persepsi para pengundi pulak mcm mana?? pakatan rakyat dh x bleh brpakat...