02 Julai 2010

Cara-cara untuk memupuk ukhuwah fillah

Oleh : Akhisalman
19 Rejab 1431H.


1. Hendaklah seseorang memberitahu temannya bahwa dia kasih kepadanya.

Nabi bersabda: "Jika seseorang kasih kepada seseorang; maka hendaklah dia memberitahu temannya."(Hr Abu Daud)

2. Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya.

Nabi s.a.w bersabda:

"Setiap hamba yang muslim yang mendoakan saudaranya seIslam tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dgn berkata "Engkau juga akan mendapat seumpamanya"(Hr Muslim)

3. Hendaklah sentiasa bermanis muka ketika berjumpa saudaranya.

"Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun ; sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yg ceria"(Hr Muslim)

4. Bila berjumpa dgn temanmu maka segeralah bersalam dengannya.

Nabi s.a.w bersabda:

"Setiap dua org Islam yg berjumpa serta bersalaman pasti akan diampun dosa keduanya sebelum mereka berpisah.(Hr Abu Daud)

5. Sesekali menziarahinya.

Nabi bersabda: "Hendaklah kamu menziarahi sesekali; nescaya akan menambah kasih sayang diantara kamu."

6. Memberi hadiah

Nabi s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu saling memberi hadiah; nescaya kamu akan berkasih sayang."(Hr Thabrani)

7. Membantu sahabat-sahabat nya fillah.

Nabi berpesan: "Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan."(Hr Hakim)

rujukan: al-Ukhuwah Islamiah oleh Dr Abdullah Nasih ulwan.

Azan dan Iqamah

Oleh : Akhisalman
19 Rejab 1431H

Azan dan Iqamah adalah sunat bagi solat fardu. ianya sunat samada solat bersendirian atau jamaah. samada solat tunai atau qada.

-sekiranya dihimpunkan beberapa solat fardu yang qada ataupun tunai maka hendaklah azan untuk solat yg pertama dan iqamah sahaja untuk solat-solat fardu berikutnya.
-perempuan hanya disunatkan iqamah.
-solat sunat berjemaah seperti solat hari raya disunatkan kata as-Solata Jamiah.
-Syarat sah azan adalah masuk waktu melainkan dua keadaan:

1. Solat subuh boleh azan pertama sebelumnya yang bermula waktunya dari tengah malam.
2. Solat Jumaat boleh azan pertama sebelum masuk waktu.


-disyaratkan juga melaungkan kalimah azan mengikut tertib dan juga berterusan(tidak berenti lama) dan dengan bahasa arab.

-hendaklah azan tadi didengari sebahagian hadirin kalau solat itu berjemaah. Kalau solat seorang maka cukup tukang azan yang dengar.

Syarat muazzin ada 3: 1. Islam. 2. Sudah mumayyiz. 3. Lelaki.

Makruh-makruh dalam Azan:

1. memanjangkan azan.
2.cakap yg sedikit.
3. tidak menjawab azan.
4. azan duduk atau sedang menaiki kenderaan melainkan bagi org musafir.
5. tukang bang yang fasiq, budak kecil, berjunub, berhadas atau tidak mengadap kiblat.

Sunat-sunat dalam azan:

1. Tartil.
2. Tarji'(membaca perlahan 2 kalimah syahadah sebelum membacanya kuat)
3. Tathwib (as-Solatu khairum minan naum) pada waktu subuh.
4. Menggerakkan kepala ke kanan ketika melaungkan (hayya alas solah) dan kekiri ketika Hayya alal falah.
5. sunat letak satu jari di telinga kanan dan kiri ketika azan sahaja. 6. Sunat menjawab azan dan membaca selepasnya.

rujukan: Minhajul Qawim oleh Ibnu Hajar

Kualitikan Ibadah anda

Oleh : Akhisalman
19 Rejab 1431H.

Kita sering berusaha untuk menambahkan amal ibadah kita.. tapi kita lupa priority yang perlu bagi setiap bagi muslim adalah mengkualitikan ibadah yg sedia ada disamping menambah kuantiti amalan... sebab itulah ketika mana Nabi melihat sorang sahabiah menggantung tali supaya dapat membanyakkan ibadahnya..Maka baginda Bersabda:

"Hendaklah kamu buat ibadah yg termampu. Sesungguh amalan yg disukai oleh tuhan adalah yg dibuat secara konsisten oleh seseorang itu."(Hr Bukhari)

Didalam al-Quran dan hadis banyak yg menunjukkan kpd keperluan yg amat sgt utk kita mengkualitikan amalan kita dgn ikhlas dan khusyuk. Firman Allah:

"Renggang tubuh badan daripada tempat tidur kerana berdoa(beribadah) kpd tuhannya dlm keadaan takut (pd azab) dan juga mengharap (syurga); serta mereka menginfakkan sebahagian rezki yg Allah telah beri."(as-Sajdah: 16)

Allah menyifat ibadah dgn ada sifat takut dan mengharap; itulah antara cara2 mengkualitikan ibadah.

Nabi s.a.w telah bersbda:

"Sesungguhnya al-Quran turun dgn kesedihan. Apabila kamu membacaNya hendaklah dgn rasa sedih"(hr Abu Ya'la dan Abu Naim)

Kesedihan adalah ciri ketiga utk mengkualitikan solat. Nabi sendiri menangis apabila mendengar bacaan Ibnu masud. Ramai para sahabat dan tabien yg menunaikan ibadah mereka dgn menangis.

Nabi s.a.w bersabda:

"Allah tidak menilai solat seorang lelaki yg hatinya tidak hadir"(Hr Ad-Dailami)
Hadis doif ini disokong oleh firman Allah:

"Dan dirikanlah solat supaya kamu dapat mengingatiku"

Jadi marilah kita mengkualitikan amlan kita; supaya amalan kita diterima. Nabi s.a.w bersabda:

"Berapa ramai org solat tetapi hanya mendapat kepenatan dan kelelahan."(Hr an-Nasaie)
Nabi s.a.w bersabda:

"Berapa banyak org yg berpuasa; hanya mendapat kelaparan dan dahaga."(Hr an-Nasaie dan Ibnu majah)

Pastikan amalan kita dijauhi dgn penyakit riya, ujub, sombong, sum'ah dan penyakit hati yg lain yg boleh membatalkan amalan. kita tak mau menjadi seorang lelaki yg datang pd hari kiamat dgn pelbagai amalan tetapi semuanya menjadi debu yg berterbangan.(hr Ahmad)

rujukan: Maza Ya'nie intimaie lil Islam oleh Fathi Yakan

Peruntukan tambahan , adakah PRU ke 13 sudah sangat hampir ?

18 Rejab 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim.

Kerajaan menyediakan pertambahan peruntukan RM500,000 untuk kawasan pilihan raya, tetapi menafikan ia menandakan akan berlaku pilihan raya mengejut, demikian seperti yang disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Nazri Abdul Aziz hari ini.

Namun kenyataan nya bahawa tambahan peruntukan itu diberikan kerana kerajaan mempunyai lebihan dana amat saya ragui. bayangkan dalam keadaan banyak kementerian sedang menghadapi kekangan peruntukan yang susut kesan dari susutnya bajet 2010 tiba-tiba Nazri mengatakan kerajaan ada lebihan wang.

Berikutan terdapat 222 kawasan parlimen, maka peruntukan tambahan tersebut berjumlah RM111 juta. Peruntukan itu pastinya melibatkan kawasan Parlimen yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat yang dinafikan kuasa untuk menyalurkan sendiri peruntukan itu tetapi diagihkan oleh BN walaupun ternyata mereka telah ditolak oleh rakyat di kawasan itu.

Nazri juga telah menyangkal dakwaan bahawa tambahan peruntukan itu menandakan akan berlaku pilihan raya mengejut dan mengatakan peruntukan itu diberi setiap tahun.

Contonya peruntukan untuk pendidikan pada pelanjawan 2010 adalah berjumlah 30 billion, sedangkan peruntukan pada belanjawan 2009 iaitu 31 billion. Pengurangan 1 billion daripada 31 bilion, ialah hanya 3.2 peratus. namun realiti yang kita dengar dari warga pendidik banyak perkara yang kena potong sehiingga ada yang lebih 40 pratus.

Contohnya tuntutan perjalanan dikurangkan dari 70 sen sekilometer kepada cuma 20 sen sahaja. Had tuntutan sebulan tidak lebih dari RM 40 ringgit sahaja.

Itu sekadar contoh dari sekian banyak rungutan yang membuktikan kerajaan sudah betul-betul miskin . malah kita sudah percaya dengan kenyataan Idris Jala bahawa Malaysia akan bengkrap pada tahun 2019.

Kerana itu saya juga cenderung mengatakan bahawa peruntukan tambahan ini adalah peruntukan "ada udang disebalik batu" yang Nazri yang tahu sebabnya.

Ataupun benar bahawa PRU ke 13 sudah sangat hampir ?

Kembali kepada template lama.

18 Rejab 1431H.

Setelah mendengar rungutan pengunjung setia yang mengatakan template baru telah menyebabkan blog ini lambat untuk dibuka, saya mengambil sedikit masa untuk melihat perkembangan pengunjung yang ternyata juga merosot dengan jumlah klik juga yang menurun dengan mendadak dalam tempoh dua minggu terakhir.

Kebiasannya klik harian sekitar belasan ribu, dan yang pasti mencecah 10,000 lebih pada setiap hari ternyata merosot pada minggu ini kepada sekitar 5000 sahaja. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk kembali kepada template lama yang ternyata lebih cepat untuk dibuka .

Saya mengucapkan terima kasih kepada admin Hisyam yang bersusah payah untuk mengembalikan blog ini kepada template lama.

Kepada pengunjung saya memohon maaf diatas kesukaran anda membuka blog ini dengan cubaan blog ini tampil dengan template baru beberapa minggu lepas.

SAMADA AZMIN ATAU KHALID, KEDUA-DUANYA UMNO TAKUT

18 Rejab 1431 H
wfauzdin.blogspot.com

APA yang dikecohkan oleh media pencacai pro Umno sekarang adalah berkenaan kepimpinan kerajaan Negeri Selangor di bawah PKR. Kununnya YB Azmin mahu merampas kuasa MB Selangor dari YB Khalid. Apabila YB Azmin dilantik pula menerajui PKR di Selangor menggantikan YB Khalid, maka bertambah seronok pula segala jenis pencacai di dalam Umno.

Paling melucukan juga, yang berada di luar Umno kununnya Bebas pun terikut dengan komen-komen dungu dari puak-puak Umno. Mereka beranggapan tanpa kuasa sebagai pemimpin politik di Selangor, maka YB Khalid tidak layak menduduki kerusi MB Selangor.

Oleh kerana masing-masing berebut untuk mengampu Najib, maka mereka terlupa beberapa negeri di bawah BN juga serupa. Di Terengganu contohnya, siapa jadi MB dan siapa pula mengetuai Umno Terengganu? Di Perlis pula bagaimana? Usah diceritalah negeri-negeri lain yang mereka tidak kuasai seperti di Kedah dan Selangor. Di Kedah, orang seberang laut mengetuai Umno Kedah. Dengar loghat bahasa pun sudah macam itik dengan ayam.

Di Selangor, tiba-tiba anak jati Pahang pula mengetuai Umno Selangor. Pencacai lupa semua itu, termasuklah TPM sendiri yang mengulas isu Selangor seperti ulasan budak tidak mengaji.

Sebenarnya, Umno amat takut jika YB Azmin menjadi MB Selangor. Ini adalah kerana YB Azmin mempunyai kekuatan dan strategi politik yang bijak serta mampu memperkuatkan PKR khususnya di Selangor. Umno memang takut jika YB Azmin menjadi MB Selangor, tapi mereka juga bimbang dengan kekuatan dan kebijaksanaan YB Khalid sebagai MB Selangor. Ini adalah kerana YB Khalid terkenal dengan sikap tegas, telus dan bijak selaku pentadbir.

Buktinya, sudah banyak kali Selangor cuba diganggu dengan berbagai cerita, persepsi dan fitnah buruk, namun YB Khalid yang terkenal dengan sikap `cool'nya berjaya mengatasi mainan kotor puak mereka. Selaku penyokong PR, kita juga mungkin merasa `rambang mata' dengan ketokohan kedua-dua mereka ini.

Samada YB Khalid dikekalkan atau YB Azmin dilantik, Selangor tidak rugi sedikit pun. Dasar PR tetap tidak berubah dan sesiapa pun menjadi MB Selangor tetap akan mendahulukan rakyat. Dasar merakyatkan Selangor pada waktu ini amat baik dikekalkan. Mungkin jika berlaku perubahan di kerusi MB Selangor, yang berbeza cuma pendekatan untuk memantapkan lagi Selangor.

Secara peribadi, saya berharap YB Khalid terus diberi peluang untuk menunjukkan kebolehannya. YB Azmin lebih layak berada di peringkat lebih tinggi dari MB memandangkan pengalamannya di arena politik.

Penjelasan YB Azmin secara terbuka bersedia untuk mengosongkan kerusi Dun sekiranya parti membenarkannya bagi membuktikan bahawa beliau bukan gila kepada kerusi MB Selangor wajar dipuji. Manakala, pengakuan YB Khalid juga secara terbuka meminta agar YB Azmin dilantik mengetuai PKR Selangor juga patut diberi penghargaan.

Sokongan terbuka YB Azmin terhadap YB Khalid selaku MB Selangor tentunya memedihkan hati dan jiwa Umno. Hasrat mereka untuk melihat kedua-dua pemimpin ini terus bertelagah hancur jua.

Nampaknya hasrat Umno di Selangor untuk menguburkan PKR khususnya dan PR amnya tidak mungkin kesampaian. Meskipun mereka diketuai oleh PM sebagai pemimpin di Selangor ditambah pula dengan adanya Senatak Ezam sesumpah, Umno akan terus gagal kerana rakyat di Selangor tahu membezakan antara mana satu parti yang suka menghisap darah rakyat.

Asal Usul Pesta Perahu Naga

18 Rejab 1431 H

Pesta Perahu Naga yang juga dikenali sebagai Hari Ketupat atau Duan Wu Jie merupakan satu perayaan tradisional China yang diadakan pada tarikh 5 haribulan 5 menurut kalendar China setiap tahun. Terdapat beberapa legenda tentang asal usul Pesta Perahu Naga itu. Antaranya yang paling popular ialah kisah tentang Qu Yuan, seorang keturunan bangsawan pada Zaman Negeri-Negeri Berperang.

Zaman Negeri-Negeri Berperang bermula pada tahun 403 sebelum Masihi dan berakhir pada tahun 221 sebelum Masihi selepas Negeri Qin berjaya menyatukan negara China.Pada zaman itu, China dipecahbelahkan menjadi tujuh negeri yang saling berperang, termasuk Negeri Qin, Chu, Yan, Han, Zhao, Wei dan Qin.

Antaranya Negeri Qin adalah yang paling kuat dan agresif, selalu melancarkan serangan terhadap enam negeri yang lain. Qu Yuan ialah seorang menteri kanan Negeri Chu yang mempunyai banyak keterampilan seperti menulis dan menetapkan strategi dan taktik peperangan. Ia sanggup menaruh segala jiwa raga untuk memajukan negerinya agar dapat menahan serangan Negeri Qin. Kecintaannya terhadap negeri tidak perlu diragui.

Memandangkan keamanan negerinya terancam oleh Negeri Qin, Qu Yuan menyarankan raja Negeri Chu iaitu Raja Chu Huai agar bersekutu dengan Negeri Qi bagi bersama-sama melawan Negeri Qin.Tetapi menteri-menteri lain yang iri hati dan ingin menyingkirkan Qu Yuan selalu mengadudombakannya di depan Raja Chu Huai yang menyebabkan Qu Yuan terus dibuang negeri.

Walaupun dibuang negeri, namun hatinya tetap tertambat dengan urusan dan masa depan negeri Chu. Ketika mengetahui raja Negeri Qin ingin berunding dengan Raja Chu Huai di ibu kota Negeri Qin, Qu Yuan segera kembali ke negerinya untuk menasihati Raja Chu supaya berhati-hati terhadap undangan raja Qin itu. Namun, pada waktu itu, Raja Chu Huai tidak mahu mempercayai segala kata Qu Yuan lagi. Sebaik sahaja tiba di ibu kota Negeri Qin, baginda terus ditangkap, lalu dipenjarakan di sana, sampai akhirnya mangkat di Negeri Qin. Terbayangkanlah bagaimana perasaan Qu Yuan ketika itu.

Setelah Raja Chu Huai meninggal dunia, anak sulungnya iaitu Putera Qin Xiang naik takhta, sedangkan Putera Zi Lian menjadi bendahara. Qu Yuan sekali lagi menjadi korban komplotan penentangnya yang sering memfitnahnya di depan Raja Qin Xiang.

Qu Yuan sekali lagi diusir keluar dari negerinya. Sepanjang tempoh pengusirannya, ia telah menulis banyak puisi untuk menyatakan perhatian dan kekhuatirannya terhadap negeri dan rakyatnya.

Pada tahun 278 sebelum Masihi, tentera Qin berjaya menduduki Ying, ibu kota Negeri Chu. Melihat negerinya di ambang kehancuran, Qu Yuan agak sesal kerana tidak mampu menyelamatkan Negeri Chu. Akhirnya, pada tarikh 5 haribulan 5 imlek China, dengan rasa kecewa dan putus asas ia bunuh diri dengan memeluk batu besar lalu terjun ke Sungai Miluo. Ini tercatat dalam buku sejarah Shi Ji.

Lalu menurut legenda, rakyat Chu amat sedih kemudian mencari-cari jenazah Qu Yuan dengan mendayung sampan. Sehari demi sehari, jenazahnya masih belum ditemui. Mereka memukul gendang dan melemparkan ketupat ke dalam sungai agar ikan dan udang tidak mengganggu jenazah Qu Yuan. Kemudian untuk menghindari makanan tersebut dimakan oleh naga dalam sungai, maka mereka membungkusnya dengan daun-daun buluh. Demikianlah asal usul diadakannya perlumbaan perahu naga pada Hari Raya Duan Wu Jie.

CRI/-

70 Kata kata Bijak Orang Terkenal ( tapi Rasullullah lagi bijaksana )

18 Rejab 1431 H
Oleh: KALIMAJARO I

1. Marah itu mudah. Tapi marah kepada siapa, dengan kadar kemarahan yang tulen, pada saat dan tujuan yang tepat, serta dengan cara yang benar itu yang sulit. (Aristoteles)

2. Kesakitan membuat Anda berpikir. Pikiran membuat Anda bijaksana. Kebijaksanaan membuat kita bisa bertahan dalam hidup. (John Pattrick).

3. Jangan pernah melupakan apa pun yang dikatakan seseorang ketika ia marah, karena akan seperti itu pulalah perlakuannya pada Anda. (Henry Ward Beecher)

4. Keberhasilan adalah kemampuan untuk melewati dan mengatasi dari satu kegagalan ke kegagalan berikutnya tanpa kehilangan semangat. (Winston Chuchill)

5. Bakat terbentuk dalam gelombang kesunyian, watak terbentuk dalam riak besar kehidupan. (Goethe)

6. Secara teoritis saya meyakini hidup harus dinikmati, tapi kenyataannya justru sebaliknya – Karena tak semuanya mudah dinikmati. (Charles Lamb)

7. Orang yang menginginkan impiannya menjadi kenyataan, harus menjaga diri agar tidak tertidur. (Richard Wheeler)

8. Bila Anda ingin bahagia, buatlah tujuan yang bisa mengendalikan pikiran, melepaskan tenaga, serta mengilhami harapan Anda, (Andrew Carnegie).

9. Kita hanya berfikir ketika kita terbentur pada suatu masalah. (John Dewey)

10.Kesalahan orang lain terletak pada mata kita, tetapi kesalahan kita sendiri terletak di punggung kita. (Ruchert)

11.Yang baik bagi orang lain adalah selalu yang betul-betul membahagiakannya. (Aristoteles)

12.Semua yang real bersifat rasional dan semua yang rasional bersifat real. (Hegel)

13.Sebelum menolong orang lain, saya harus dapat menolong diri sendiri. Sebelum menguatkan orang lain, saya harus bisa menguatkan diri sendiri dahulu. (Petrus Claver)

14.Lebih baik bertempur dan kalah daripada tidak pernah bertempur sama sekali. (Arthur Hugh Clough)

15.Hidup adalah lelucon yang baru saja dimulai. (W.S. Gilbert)

16.Orang yang bisa menggunakan dan menyimpan uang adalah orang yang paling bahagia, karena ia memiliki kedua kesenangan. (Samuel Johnson)

17.Kebijaksanaan tidak pernah berbohong. (Homer)

18.Tuhan sering mengunjungi kita, tetapi kebanyakan kita sedang tidak ada di rumah. (Joseph Roux)

19.Seorang pendengar yang baik mencoba memahami sepenuhnya apa yang dikatakan orang lain. Pada akhirnya mungkin saja ia sangat tidak setuju, tetapi sebelum ia tidak setuju, ia ingin tahu dulu dengan tepat apa yang tidak disetujuinya. (Kenneth A. Wells)

20.Seorang lelaki sudah setengah jatuh cinta kepada wanita yang mau mendengarkan omongannya dengan penuh perhatian. (Brenden Francis)

21.Kebahagian hidup yang sebenarnya adalah hidup dengan rendah hati. (W.M. Thancheray)

22.3x25 Watt ≠ 75 Watt
Sebuah bola lampu berukuran 75 watt kelihatan bersinar lebih terang dibandingkan dengan tiga buah bola lampu 25 Watt yang dinyalakan bersamaan.

23.Dari semua hal, pengetahuan adalah yang paling baik, karena tidak kena tanggung jawab maupun tidak dapat dicuri, karena tidak dapat dibeli, dan tidak dapat dihancurkan. (Hitopadesa)

24.Bila orang mulai dengan kepastian, dia akan berakhir dengan keraguan. Jika orang mulai dengan keraguan, dia akan berakhir dengan kepastian. (Francis Bacon)

25.Cuma sedikit orang yang menginginkan kebebasan, kebanyakan hanya menginginkan seorang tuan yang adil. (Gaius Sallatus Crispus)

26.Tak diinginkan, tak dicintai, tidak diperhatikan, dilupakan orang, itu merupakan derita kelaparan yang hebat, kemiskinan yang lebih besar daripada orang yang tak bisa makan. Kita harus saling merasakan hal itu. (Ibu Teresa)

27.Pengalaman bukan saja yang telah terjadi pada diri Anda. Melainkan apa yang Anda lakukan dengan kejadian yang Anda alami. (Aldous Huxley)

28.Dunia adalah komedi bagi mereka yan memikirkannya, atau tragedi bagi mereka yang merasakannya. (Harace Walpole)

29.Saya percaya kata managing berarti memegang burung dara di kepalan tangan. Kalau terlalu kencang ia akan mati. Tapi bila terlalu kendur, bisa terlepas. (Tommy Lasorda)

30 Sejarah manusia merupakan tanah pemakaman dari kebudayaan-kebudaya an yang tinggi, yang rontok karena mereka tidak mampu melakukan reaksi sukarela yang terencana dan rasional untuk menghadapi tantangan. (Erich Fromm)

31.Kemajuan merupakan kata yang merdu. Tetapi perubahanlah penggeraknya dan perubahan mempunyai banyak musuh. (Robert F. Kennedy)

32.Kita mengajarkan disiplin untuk giat, untuk bekerja, untuk kebaikan, bukan agar anak-anak menjadi loyo, pasif, atau penurut. (Maria Montessori)

33.Tugas dan pendidikan ialah mengusahakan agar anak tidak mempunyai anggapan keliru bahwa kebaikan sama dengan bersikap loyo dan kejahatan sama dengan bersikap giat. (Maria Montessori)

34.Kemampuan menertibkan keinginan merupakan latar belakang dari watak. (John Locke 1632-1704)

35.Kebahagian dari setiap negara lebih bergantung pada watak penduduknya daripada bentuk pemerintahannya. (Thomas Chandler Haliburton 1796-1865)

36.Menyapu lantai dan mencuci pispot sama mulianya seperti menjadi presiden. (Richard M. Nixon)

37.Jangan pernah membanting pintu, siapa tau kita harus kembali. (Don Herold)

38.Diplomat ialah orang yang selalu ingat pada ulang tahun seorang wanita tetapi tidak pernah ingat berapa umur wanita itu. (Robert Frost)

39.Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang yang paling takut pada perubahan. (Mignon McLaughlin)

40.Kalau manusia berangsur menjadi tua, umumnya ia cendrung menetang perubahan, terutama perubahan ke arah perbaikan. (John Steinbeck)

41.Selama hidup saya yang sudah 87 tahun ini, saya telah menyaksikan serentetan revolusi teknologi. Tetapi tidak satu pun diantaranya yang tidak membutuhkan watak yang baik atau kemampuan untuk berfikir. (Bernard M. Baruch)

42.Pendidikan mempunyai akar yang pahit, tapi buahnya manis. (Aristoteles)

43.Pendidikan mengembangkan kemampuan, tetapi tidak menciptakannya. (Voltaire)

44.Pendidikan yang baik tidak menjamin pembentukan watak yang baik. (Fonttenelle)

45.Setelah makan, pendidikan merupakan keperluan utama rakyat. (Danton)

46.Kerendahan hati disukai orang-orang terkenal. Namun orang yang bukan apa-apa sulit untuk rendah hati. (Paul Valěry)

47.Emansipasi merupakan seni untuk berdiri di atas kaki sendiri namun dipeluk tangan orang lain. (Alex Winter)

48.Sebelum menikah saya mempunyai enam teori tentang bagaimana mendidik anak. Kini saya mempunyai enam anak dan tidak mempunyai teori. (John Wilmot, Earl of Rochester 1647-1680)

49.Kebahagiaan itu seperti batu arang, ia diperoleh sebagai produk sampingan dalam proses pembuatan sesuatu. (Aldous Huxley)

50.Dari pesawat terbang yang saya cintai, saya melihat ilmu pengetahuan yang saya puja memusnahkan kebudayaan, padahal saya mengharapkan mereka dimanfaatkan untuk kebudayaan. (Charles A. Lindbergh, Jr.)

51.Harapan adalah tiang yang menyangga dunia. (Pliny the Elder)

52.Alat penghemat kerja yang paling populer sampai saat ini masih tetap suami yang berada. (Joey Adams)

53.Seorang arkeology merupakan suami yang terbaik yang bisa diperoleh wanita; makin tua si istri, makin besar minat suami terhadapnya. (Agatha Cristie)

54.Saya lebih suka lamunan untuk masa akan datang daripada sejarah masa lalu. (Thomas Jefferson 1743-1826)

55.Jangan memberi nasehat kalau tidak diminta. (Erasmus)

56.Manusia mudah dibohongi oleh orang yang dicintainya. (Molire)

57.Sebelum menulis, belajarlah berpikir dulu. (Boileau)

58.Orang yang berjiwa cukupan, merasa bisa menulis dengan hebat. Orang yang berjiwa besar merasa bisa menulis cukupan. (La Bruyère)

59.Kemenangan yang paling indah adalah bisa menaklukkan hati sendiri. (La Fontaine)

60.Tidak ada yang selembut dan sekeras hati. (G.C. Lichtenberg)

61.Lebih baik mengerti sedikit daripada salah mengerti. (A. France)

62.Orang memerlukan dua tahun untuk berbicara, tetapi limapuluh tahun untuk belajar tutup mulut. (Ernest Hemingway)

63.Penulis buku jarang intelektual. Intelektual ialah mereka yang berbicara tentang buku yang ditulis orang lain. (Françoise Sagan)

64.Orang yang mencemarkan udara dengan pabriknya dan anak ghetto yang memecahkan kaca etalase toko menunjukkan hal yang sama. Mereka tidak peduli pada orang lain. (Dhaniel Patrick Moynihan)

65.Mereka yang bermimpi di siang hari akan lebih menyadari bahaya yang luput dari penglihatan mereka yang mimpi di malam hari. (Edgar Allen Poe)

66.”Mulai” adalah kata yang penuh kekuatan. Cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu adalah, “mulai”.Tapi juga mengherankan, pekerjaan apa yang dapat kita selesaikan kalau kita hanya memulainya. (Clifford Warren)

67.Saya tak hanya menggunakan semua kecerdasan yang dimiliki otak melainkan juga yang dapat saya pinjam. (Woodrow Wilson)

68.Yang kalah adalah wujud hukuman atas kegagalan. Pemenang adalah penghargaan atas kesuksesannya. (Bob Gilbert)

69.Bila Anda mengatakan apa yang Anda pikirkan, jangan harap hanya mendengar apa yang Anda sukai. (Malcom S. Forbes)

70.Kesulitan itu ibarat seorang bayi. Hanya bisa berkembang dengan cara merawatnya. (Douglas Jerrold)

Detik Dagu Matador Ditusuk Tanduk Lembu

18 Rejab 1431 H
Oleh: Shah Bundy

Sehari selepas matador terkenal dari Sepanyol, Julio Aparicio menunjukkan kehebatannya dengan memotong telinga dua ekor lembu-lembu jantan yang ditewaskannya, seekor daripada lembu jantan telah dapat membalas dendam dengan menikam matador itu dengan tanduknya menembusi kerongkongnya dan keluar ke mulutnya.

Matador Sepanyol, Julio Aparicio dirodok oleh seekor lembu jantan semasa satu laga lembu San Isidro Feria di arena laga lembu Las Ventas di Madrid.

Aparicio memegang mantel merahnya dan pedang terhunus keluar dia cuba untuk menjatuhkan binatang seberat 1,100-pound dinamakan Opiparo. Ketika matador hilang keimbangannya lembu jantan itu berupaya menusuk tanduknya pada matador.

"Tanduk melalui lidah dan menembusi lelangit, mematahkan tulang rahang atasnya", menurut laporan pasukan medik yang merawat Aparicio selepas kemalangan ngeri memberitahu AFP di Madrid.

Matador kelahiran Seville, yang berasal dari sebuah keluarga matador terkenal, berada dalam keadaan kritikal tetapi dijangka dapat bertahan semalam.

Razaleigh pengerusi jawatankuasa tuntut royalti

18 Rejab 1431 H
Oleh: Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR 1 Julai: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (kiri) akan mempengerusikan sebuah jawatankuasa bagi menuntut hak royalti minyak dan menilai semula hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri yang akan ditubuhkan pada minggu hadapan.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub memberitahu, Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh semalam dan beliau telah menyatakan persetujuan berhubung perkara itu.

"Kita telah mengadakan pertemuan dengan Yang Berhormat Mulia Tengku Razaliegh, dan beliau bersetuju untuk mengetuai Kaukus ini, tetapi ia tidak hanya tertumpu kepada isu royalti sahaja, bahkan akan menyentuh hubungan antara kerajaan Persekutuan dengan negeri.

“Beliau akan memanggil Ahli Parlimen dari semua parti termasuk dari negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen petang semalam.

Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS memaklumkan demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh bagi membincangkan penubuhan Kaukus tersebut di sebuah tempat di Kuala Lumpur, sebelum itu.

Antara yang bersamanya dalam pertemuan tersebut adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abd Halim Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Ketika ditanya mengenai ahli parlimen yang akan menyertai Kaukus Parlimen tersebut, Salahuddin menjelaskan bahawa mereka akan membuat pengumuman mengenainya dan akan mengadakan sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat tersebut di Parlimen, minggu hadapan.

"Kita sedang bincangkan tajuknya. Mungkin kita akan guna 'Petroleum dan Semangat Federalisme'," katanya.

Beliau berpandangan, penyertaan Tengku Razaleigh yang juga bekas Pengerusi Petronas akan memberikan fokus yang lebih kepada isu-isu melibatkan kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri.

Ini berikutan apa yang dianggap beliau sebagai kepudaran dan kelonggaran terhadap prinsip-prinsip dan semangat 'federalisme' sehingga menyebabkan seolah-olah kuasa kerajaan negeri semakin terhakis.

Ketika ditanya mengenai kempen Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) yang dimulakan di Kelantan bagi menuntut hak royalti minyak bagi negeri tersebut, beliau memaklumkan bahawa kempen NGO tersebut turut merangkumi negeri-negeri lain termasuk Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata bahawa kempen akan disemarakkan lagi, bagi memberi penerangan kepada rakyat Malaysia berkenaan isu tersebut.

"Kita akan adakan mobilisasi dan 'roadshow' di seluruh negara. Kempen ini akan diadakan secara berterusan," katanya.

Harakahdaily/-

Sensitiviti generasi muda terhadap isu semasa: Cabaran dan Masa Depan

18 Rejab 1431 H
Oleh: Nasrudin Hassan at-Tantawi

فأحسنَ الكلامِ كلامُ الله و أحسنَ الهدىِ هدىُ محمدٍ صلى الله عليه و سلم. ألا و إياكم و محدثات الأمور فإن شر الأمور محدثاتُها و كلَّ محدثاتٍ بدعةٌ كلَّ بدعةٍ ضلالةٌ و كلَّ ضلالةٍ في النار.

MUQADDIMAH.

Generasi muda adalah aset ummah dan ia merupakan satu institusi utama untuk menggerakkan ummah. Kekuatan tenaga, kecerdasan minda dan ketinggian semangat meletakkan generasi muda di saf hadapan.

Sabda Rasulullah saw.
أُوْصِيْكُمْ بِالشَّبَابِ خيرًا فإنَّهُمْ أرِقُّ أَفْئِدَةً لقد بعَثنِيَ اللهُ باْلحَنِيْفِيّة السَّمْحة فَحالَفَني الشبابُ و خالَفني الشُّيوخ.

Maksudnya:

Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik). Sesunggguhnya Allah telah mengutusiku dengan ugama yang lurus lagi tolerensi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang-orang tua menyanggahiku.

Sabda Rasulullah saw.
إنَّ اللهَ لَيُعْجَبُ مِنَ الشَّبابِ الَّذي ليستْ لَه صَبْوَة.

Maksudnya:

Sesungguhnya Allah mengkagumi pemuda-pemuda yang tiada baginya sebarang kerosakkan moral.

( Riwayat Ahmad dan Abu Yu’la )

Generasi Muda sayugianya peka terhadap persekitaran dan isu yang timbul justeru di bahu merekalah terletaknya masa depan ummah. Generasi Muda adalah tiang dan harapan ummah. ( Fakta ini adalah jelas kerana: antara elemen pembentukan ummah ialah menganalisis suasana semasa dan suasana semasa seringkali dipengaruhi oleh isu semasa.)

Generasi Muda tak selayaknya alpa dibuai mimpi dan impian palsu, sebaliknya insaf menangani realiti yang mencabar dengan daya sensitiviti tinggi terhadap isu yang berlaku.

Sabda Rasulullah saw.
و من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
“… dan barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan orang muslim yang lain maka ia bukan dari kalangan mereka.”

Saiyyidina Omar Al Khattab Rha. Berkata:

إنما تنقض عرى الإسلام عروة عروة إذا نشأ في الإسلام من لم يعرف الجاهلية

“ sesungguhnya terungkai ungkaian Islam ( dari seseorang ) serungkai demi serungkai apabila wujud di dalam Islam mereka yang tidak mengerti dan mengenali Jahiliyyah.”

CABARAN UTAMA YANG PASTI DIHADAPI.

Paling minima, cabaran utama yang akan ditempohi oleh generasi muda dalam membentuk dan membina kewibawaan ummah serta keunggulannya ialah:

Ø Sukar untuk mencipta Isu

Ø Gagal untuk manafaatkan Isu yang timbul

Ø Isu membalikkan arca negatif ( back fired )

Ø Sifat Isu yang mudah luput

Ø Tidak menafsirkan isu dengan tepat

Lantaran itu, Generasi Muda sewajarnya memiliki keupayaan dalam menghadapi cabaran ini, suatu cabaran yang tak mungkin mampu di atasi tanpa sensitiviti tinggi dan tahap pembacaan Isu yang tajam dan berpengalaman.

Tanpa persiapan sedemikian, Generasi Muda akan terperangkap dalam manipulasi musuh yang amat licik. Realiti hari ini mempamerkan suatu hakikat yang amat meresahkan kita apabila ramai pemuda/i muslim tersungkur di hadapan musuh seterusnya menjadi agen musuh.

Baginda Rasul saw. telah mengisyaratkan supaya berwaspada dari tipu helah itu kerana menyedari “jiwa kepemudaan” Generasi Muda mudah dipengaruhi.

إِغْتَنِمْ خَمْسًا قبْلَ خمسٍ حياتَك قبل موتِك و صِحَّتَك قبلَ سقمِكَ و فراغَكَ قبلَ شُغْلِكَ و شبابَكَ قبلَ هَرَمِكَ و غِناكَ قبلَ فَقْرِكَ. ( رواه الحاكم )
Maksudnya:

Peliharalah lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain: Hidupmu sebelum datang matimu, sihatmu sebelum datang sakitmu, kelapanganmu sebelum datang kesibukanmu, mudamu sebelum datang tuamu dan kayamu sebelum datang faqirmu.

Sabda Rasulullah saw:
لا تزولُ قدَماً عبدٍ يوم القيامةِ حتى يسألَ عن أربعٍ: عن عُمْرِهِ فيما أَفْناهُ و عن شبابِهِ فيما أَبْلاهُ و عن مالِهِ مِنْ أَيْنَ اْكْتَسَبَهُ و فيما أنفَقَهُ و عن عِلْمِهِ ما عملَ فيه.

Maksudnya:

Tidak berganjak kaki seorang hamba pada hari qiamat sehingggalah ia disoal berkenaan dengan empat perkara:Ke manakah dihabiskan umurnya, bagaimana ia manafaatkan usia mudanya, dari mana diperolehi hartanya dan ke mana pula ia belanjakannya dan apa yang telah direalisasikan ilmu miliknya.

( Riwayat At- Tarmizi )

Antara isu yang menguji keperihatinan Generasi Muda hari ini, sering kali timbul dalam wajah serangan pemikiran, keruntuhan moral, dan tentangan pemerintahan sekular.

ISU DALAM WAJAH: SERANGAN PEMIKIRAN
Serangan pemikiran dihadapkan kepada ummat Islam, jua kepada semua pemuda/i secara khusus untuk menghancurkan Islam dan ianya datang dari segenap arah.

1. Barat

Sebahagian besar serangan pemikiran ini berpusat di Barat. Sebagaimana diketahui umum , barat bertanggungjawab mengibar panji sekularisme yang memenjara agama dengan dinding rumah-rumah ibadat.

Ø Dalam hal pentadbiran, Barat mengemukakan fahaman sekular yang menjarakkan ugama dari urusan hidup sehari . فصل الدين عن الحياة

Ø Begitu juga dijauhkan agama dari pemerintahan

فصل الدين عن الحكومة و الدولة


Ø Sementara dari urusan ekonomi, Barat mendokong prinsip kapitalis dengan orentasi ekonomi Ribawi. Urusan politik pula,Barat menaja prinsip demokrasi dengan menganggap suara ramai adalah suara Tuhan.

Ø Urusan kemasyarakatan jua demikian , Barat mengemukakan prinsip kebebasan bersuara dan kebebasan memilih sikap dan cara hidup serta berfikir sehingga kebebasan itu membawa kepada pengharusan apa yang diharamkan oleh Allah dan yang bercanggah dengan fitrah kejadian manusia.

2. Timur Blok Komunis

Suatu blok yang mengibar panji Sosialisme atau Komunisme yang mendokong prinsip Ilhad (tidak bertuhan) dengan usaha gigih mereka untuk menjauhkan manusia dari Manhaj Ilahi dan hak hukum hakam Islam.

Kenapa Barat dan Timur Menyerang Islam. ( Sifat Isu ini berpanjangan )

Justeru Islam mempengaruhi aqal dan pemikiran manusia dan ia tersebar ke seluruh dunia dengan begitu cepat sementara ummat manusia berduyun-duyun menganut agama Islam dengan penuh ketaatan tanpa sebarang paksaan.

Firman Allah swt:
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ. وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا . فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ كَانَ تَوَّابًاوَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ

Maksudnya:

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

( An Nasr 1- 3 )

Rancangan Jahat Mereka

Setelah menyedari bahawa mereka tidak akan berupaya untuk menjatuhkan Islam dengan peperangan bersenjata, maka mereka melancarkan propaganda-propaganda sulit dalam pelbagai wajah isu untuk tujuan tersebut.

Ianya bermula dengan rancangan menghapuskan Sistem Khalifah yang menjadi tunggak kekuatan ummat Islam kerana sistem ini telah berupaya menyatukan dan membentuk ummat Islam serta kestabilan politiknya. Gerakan penjajahan ke atas negara-negara ummat Islam telah memainkan peranan utama untuk menjatuhkan Khilafah Islamiyyah.Mereka melebarkan empayar dengan falsafah politik keji mereka ( فرِّق و تَسُد ) atau "divide and rule" ( pecah dan perintah )

Kejatuhan sistem khilafah bermula apabila penjajah berjaya menjatuhkan Sultan Abdul Hamid dan menyerahkan Turki kepada Mustapha Ata-Turk dari Yahudi Daunama dengan syarat-syarat berikut:

Hapuskan Sistem Khilafah sama sekali
Isytihar Negara Sekular
Mengekang gerakan Islam
Mengganti perlembagaan Othmani Al-Islami kepada perlembagaan atau undang-undang sivil ciptaan manusia.

Generasi Muda yang dihormati sekelian,

Tindakan jahat mereka tidak terhenti setakat itu, malah mereka meneruskan semangat permusuhan mereka terhadap ummat Islam dengan memastikan aqidah dan fikrah ummat Islam turut diperangi.

Musuh-musuh Islam dengan pelbagai nama seperti Kristianisasi, Orientalis, Penjajah, Komunis, Yahudi dan sebagainya bekerja keras untuk mencapai matlamat mereka yang satu iaitu mengeluarkan ummat Islam dari agama mereka atau sekurang-kurangnya dapat mencampakkan keraguan pada aqidah Islamiyyah dan merosakkan kejernihan akhlaq Islami.

Rancangan jahat terhadap Islam dengan tipu daya mereka yang licik terbentuk pada 4 gerakan iaitu:

a) Gerakan Komunis مخططات الشيوعية

b) Gerakan Solibiyah مخططات الصليبية

c) Gerakan Yahudi dan Freemason مخططات اليهودية و الماسونية

d) Gerakan Munafiqin مخططات العملاء في الداخل


i) Gerakan Komunis [1]

Serangan Komunis terhadap Islam tidak sahaja melibatkan fikrah tetapi juga sampai ke peringkat pertumpahan darah dengan maksud menghapuskan Islam dan ummatnya.

Pada permulaan Revolusi Komunis iaitu pada tahun 1917, satu Mu’tamar Islami telah diadakan di Khukand demi menuntut hak pemerintahan sendiri di Turkistan. Namun malangnya, secara tiba-tiba tentera Rusia telah menyerang dan membunuh beribu-ribu ummat Islam dengan kejamnya. Rumah-rumah mereka diruntuhkan dan harta mereka telah dirampas.

Satu sumber rasmi Rusia sendiri telah melaporkan bahawa ummat Islam yang menjadi mangsa pemerintahan mereka dalam tempoh setahun (1917-19118) ialah seramai satu juta.

Pada tahun 1928, Rusia telah berjaya menghapuskan kerajaan Islam Khukand.

Pada tahun 1930, kerajaan Islam Bukhara pula telah dijatuhkan dan mereka juga telah meragut banyak nyawa di bumi Afghanistan. Demikianlah Kominis telah berjaya membunuh 20 juta ummat Islam melalui serangannya yang bertubi-tubi tanpa henti sepanjang 50 tahun.

Semangat Penentangan Komunis Terhadap Islam

1. Pada tahun 1913, LENIN telah menegaskan: “Tidak benar bahawa Allah yang mentadbir alam,akan tetapi Allah adalah pemikiran khurafat yang dicipta oleh manusia untuk berlepas diri dari kelemahannya. Justeru itu, setiap individu yang bertegas dengan pemikiran tersebut adalah seorang yang jahat dan lemah.

2. MARK telah menjelaskan bahawa “Tidak ada tuhan dan kehidupan adalah berbeza”

3. Akhbar Supteshia Bravda dalam tahun 1954 menyatakan: Kepercayaan kepada Allah adalah peninggalan orang-orang dahulu yang bodoh.

4. Mu’tamar ke 22,jawatankuasa pusat Parti Komunis Soviet telah membuat ketetapan bahawa: Kita menyedari bahawa kekalnya kesan keugamaan dalam masyarakat Rusia. Hari ini, kita masih menghadapi ancaman dari kawasan-kawasan orang Islam. Lantaran itu,mu’tamar ini menegaskan keazaman untuk menentang kebangkitan Islam habis-habisan.

Kesan Pembawaan Komunis di Dunia Islam

Berselindung di sebalik slogan sama rata dan keadilan masyarakat serta memeranggi Imperialis, mereka telah berjaya memperdaya ummat Islaam sehingga Lahore sebahagian ummat.yang keliru tentang Wujudiah Rabbaniah..

Menimbulkan isu untuk menanggapi agama sebagai “Candu” masyarakat dan mendorong manusia membebaskan diri dari ikatan agama dan akhirnya syiar Islam tidak lagi berdiri megah. Sebaliknya, menjadi asing di tengah ummat Islam sendiri.

Sabda Rasulullah saw:
بَدأَ اْلإسْلامُ غَرِيباً فَسَيَعُوْدُ غَرِيباً كما بدأ فَطُوْبَى لِلْغُرَبَاء
Maksudnya ;

Islam telah bermula dalam keadaan dagang dan ia akan kembali menjadi dagang maka berbahagia orang-orang yang dagang ( asing )

b) Gerakan Solibiyyah

Suatu gerakan Nasara dengan semangat permusuhan yang tinggi sreta dendam kesumat yang mendalam untuk membinasakan Islam daan ummatnya. Solibiyah menyusur untuk menjatuhkan Islam melalui beberapa gerakan licin termasuklah Orientalis, Missionerry dan penjajahan dengan membawa tekad dan hadaf yang satu.

Noktah Utama Dalam GERAKAN SOLIBIYYAH.

1. Bertindak keatas kerajaan Islam dan menghapuskan Sistem Khilafah.

2. Bertindak keatas sumber utama syariat Islam al-Quran dan al-Hadis.

3. Merosakkan fikrah Islamiyyah di kalangan ummat Islam.

4. Memecahkan kesatuan ummat Islam.

5. Merosakkan wanita-wanita muslimah melalui gerakaan “Women Liberation “ dan sebagainya.

Wasilah-wasilah Mereka

1. Mendidik anak-anak orang Islam di madrasah -madrasah mereka .

2. Menyebarkan Risalah Tabsyiriah dan buku-buku mereka.

3. Khidmat kebajikan masyarakat.

4. Melalaikan masyarakat dengan hiburan,arak,perrempuan dan sebagainya.

5. Menghantar lebih ramai pendakwah-pendakwah Kristian ke negara-negara ummat Islam.

c) Gerakan Yahudi dan Freemason

Firman Allah swt:
لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا
Maksudnya:

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.

( Al Maidah 82 )

Yahudi merupakan musuh tradisi ummat Islam dan ia merupakan penggerak utama semangat permusuhan terhadap ummat Islam.

Gerak Jahat Yahudi

1. Menubuhkan kerajaan Israel pada tahun 1948 di kawasan suci ummat Islam yang mana ia telah dijadikan sebagai pusat propaganda mereka terhadap Islam dan ummatnya. Mereka bekerja keras untuk menghalau ummat Islam daan membinasakan tamadun Islam.

2. Pengisytiharan kemerdekaan Israel padaa 15 Mei 1948 telaah dilakukaan oleh Ben Ghorion. Sehubungan dengan itu, semua negara Mustakbirin Amerika dan Rusia segera mengiktirafnya kerana dengan wujudnya negara Israel, maka tercapailah hasrat mereka untuk bersama-sama menjajah Islam.

3. Membentuk pertubuhan-pertubuhan Yahudi, iaitu:

Ø Kerjasama Israel Antarabangsa

Ø Mu’tamar Yahudi Antarabangsa

Ø Kesatuan Sahafi ( wartawan ) Yahudi Sedunia

Ø Majlis Penasihat Pertubuhan-pertubuhan Yahudi

Ø Pertubuhan Israel Sedunia

Ø Majlis Yahudi Rabbani Sedunia

Ø Pertubuhan Zionist Sedunia

Sementara agen-agen rahsia mereka ialah:

a) Freemason

b) Rotary Club

c) Lions Club

Freemason, Rotary dan Lions

Pertubuhan-pertubuhan rahsia ini memainkan peranan untuk menyalurkan mesej Yahudi untuk kembali menbina kerajaan Yahuza dan seterusnya menguasai alam.Mereka mempengaruhi manusia dengan program-program kebudayaan, sukan, hiburan-hiburan dan lain-lain lagi untuk “brain wash” pemuda/I,sekaligus memesongkan mereka dari tatasusila murni. Yahudi akan menggunakan apa saja cara yang boleh mencapai matlamat mereka Prinsip ini dikenali sebagai الوصولية.

Protokol Zionist ke-5 menjelaskan bahawa akan sampai kesatu taahap yang tinggi dalam penguasaan politik mereka melalui kaedah الغاية تبرر الوسيلة .

Melalui protokol ke-11,Yahudi mengisytiharkan bahawa ummat selainYahudi ialah kumpulan-kumpulan kambing yang lemah dan hina. Adapun mereka orang-orang Yahudi merupakan serigala-serigala yang mulia dan perkasa.

( Protokol pemimpin Zionist adalah ketetapan dan resolusi rahsia yang diputuskan dalam mu’tamar pemimpin-peminpin Zionist yang diadakan buat kali yang pertama di Bal ( بال ) Switzerland pada tahun 1897. Protokol ini akhirnya terdedah buat kali pertamanya. Ia didedahkan oleh Sergius Neilus yang merupakan seorang pengarang Nasrani. ) [2]

Objektif Politik Zionist

1. Penguasaan ekonomi

2. Kekuatan tentera

3. Penguasaan media massa

4. Pengaruh kebudayaan dan serangan pemikiran.

d) Gerakan munafiqin dan aktor mereka dari dalam.

Kebanyakan mereka adalah dari kalangan kaum baangsa kita , mereka bertutur bahasa yang kita gunakan dan berpakaian dengan pakaian orang-orang Islam.Tetapi mereka mempunyai hubungan yang erat dengan musuh-musuh Islam samada Komunis Mulhidah atau Solibiyyah Haqidah atau Yahudi Makirah atau Penjajah Mudhallalah.

الشيوعية الملحدة / الصليبية الحاقدة / اليهودية الماكرة / المذاهب الإستعمارية المضللة ))

Ancaman golongan ini merupakan suatu yang paling bahaya justeru ia menyusup masuk ke dalam saf-saf kita. Mereka menguasaai ummat Islam dengan penguasaan terhadap kementerian-kementerian, media massa, jabatan-jabatan pendidikan, muassasah-muassasah, yayasan-yayasan, badan-badan berkanun dan badan -badan swasta.

Lantaran itu, dengan tidak disedari, mereka telah meresapkan ideologi daan budaya mereka di tengah-tengah masyarakat ummat Islam dan memaksa ummat Islam menerima tanpa disedari. Sehingga ummat Islam larut dalam ideologi dan budaya mereka yang keji sebagaimana yang berlaku hari ini. Aduhai Generasi Muda , ingatlah penegasan Ilahi:

لا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي الْبِلادِ . مَتَاعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمِهَادُ

Maksudnya:

Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka). (Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.

( Ali Imran 196-197 )

APA YANG HARUS DILAKUKAN OLEH GENERASI MUDA UNTUK MENGHADAPI CABARAN TERSEBUT

1. Tingkatkan kesedaran Thaqafah dan Tasawwur ( ilmu pengetahuan ) menghadapi serangan pemikiran yang kian sengit dan mencabar.

2. Memelihara aqidah Imaniah sehingga mampu menangkis segala syubhah dan helah aqidah yang dilontar oleh musuh dalam apa jua bentuk isu.

3. Bergabung dengan kepimpinan Islam dan gerakerjanya. Kita akan selamat dari lingkaran propaganda yang penuh fitnah dan kekeliruan sehingga lahir golongan teras yang terpilih untuk membantu ugama Allah swt.

4. Membina semangat jihad dan daya prihatin yang tinggi untuk mempertahankan Islam dan ummat dari serangan pemikiran. propaganda isu dan keganasan senjata musuh, sehingga kita berjaya mengembalikan kecemerlangan Islam.

Firman Allah swt:
فِي بِضْعِ سِنِينَ لِلَّهِ الأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ . بِنَصْرِ اللَّهِ يَنصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرحيم

Maksudnya:

Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira -Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

( Ar Ruum 4-5 )

ISU DALAM WAJAH: KERUNTUHAN MORAL.

Kepincangan nilai dan keruntuhan moral Generasi Muda hari ini amat membimbangkan, sehingga ia menjadi satu masaalah kronik bagi negara-negara ummat Islam. Keruntuhan ini adalah natijah dari pakatan jahat yahudi dan barat yang mengorientasikan budaya kuning untuk meneruskan penjajahan mereka keatas minda ummat Islam.

Mereka meransang nafsu dan menaja sex bebas serta hiburan yang tidak terbatas untuk menyeret pemuda-pemudi menjadi liar dan buas semata-semata mencari kepuasan yang tak kunjung puas. Media massa cetak dan elektronik turut memainkan peranan untuk menuang minyak ke atas nyalaan api nafsu yang membara, mencetus noda dan dosa tanpa mengenal ketika dan masa pula tidak memperdulikan azab dan neraka.

Majallah-majallah dan video -video lucah laris di pasaran sementara ia mudah diperolehi tanpa segan silu, malah ianya suatu yang rutin bagi generasi muda hari ini. Masyarakat bandar dan desa tidak terlepas dari bahang runtuhan moral yang berlaku di celah-celah pembangunan yang mencakar langit.

Penyakit AIDS dan HIV marak menular angkara runtuhan moral yang kian parah bagai satu amaran keras dari ilaahi buat semua manusia agar sedar dan insaf. Barat menaja kebebasan untuk terus memancing ummat Islam agar terus asyik dan alpa dengan runtuhan nafsu syahwah. Mereka mendakwa kebebasan adalah kebabanggan antarabangsa.

KEBEBASAN TAJAAN BARAT

1. Bebas dari kongkongan tanggungjawab di rumah. Sehingga mereka lebih senang mengunjungi kelab -kelab malam dan pusat-pusat hiburan dari tingggal di rumah.

2. Bebas berpakaian malah sampai keperingkat berpakaian tetapi telanjang.

3. Bebas bertindak tanpa terbatas kepada disiplin, akhlak dan tatasusila . Adab kesopanan dianggap suatu kongkongan kehidupan.

4. Bebas beraqidah dan memegang prinsip.

5. Pembebasan wanita dengan menuntut hak yangg sama seperti lelaki dan tidak lagi sebagai suri rumah atau pembantu lelaki.

6. Kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat sekalipun ianya menyentuh pihak yang lain. Ini membuka ruang untuk mereka menghina Islam.

7. Kebebasan media massa sehingga ia diluar kawalan adab kemanusiaan. Sementara media ini menjadi salah satu saranan penting untuk mencetak minda masyarakat. ( dalam masa yang sama mereka mengekang Islamic media )

ISU DALAM WAJAH: TENTANGAN PEMERINTAHAN SEKULAR

Pemerintahan sekular adalah sebuah pemerintahan yang menjarak agama dari politik.( أد ما لقيصر لقيصر و ما لله لله ). Ini bererti semua orentasi pemerintahan dan pentadbiran negara bebas serta tidak terikat dari prinsip dan pandangan agama. Sebaliknya berasaskan kepada apa yang dipandang baik oleh pemerintah.

Sedang Islam adalah satu agama yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk urusan pemerintahan negara mestilah tunduk dan patuh kepada hukum Ilahi

وَأَنْ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنْ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ . أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنْ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ. يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu.

Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal-kepada orang-orang yang penuh keyakinan-tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.

( Al Maidah 49-51 )

Pemerintahan sekular adalah natijah kepada serangan pemikiran yang dihadapkan kepada ummat Islam. Ianya berfungsi untuk membendung semangat beragama yang ada pada ummat Islam sekaligus mereka mampu mematahkan usaha penguasaan terhadap ummat Islam.

Antara tindakan yang diambil untuk mengekalkan pemerintahan sekular ialah:

1) Menyebarkan fikrah tidak beragama (فكرة اللادنية )

Mereka memaksa pemikiran ini bertapak di minda ummat Islam dengan apa jua cara termasuk kekerasan.

Mereka memaksa anak-anak ummat Islam mempelajari sejarah dan tamadun Barat melalui sistem pendidikan yang terpisah jauh dari ruh Ubudiyyah.
Melontarkan istilah-istilah negatif kepada pejuang Islam seperti pelampau, ekstrim dan lain-lain untuk menanam rasa benci kepada Islam dan pejuangnya di hati generasi muda.

Menganjur perhimpunan yang bercampur gaul lelaki dan perempuan sehingga ia dianggap rutin dan bertamadun serta terkini.
Mencipta pelbagai fesyen pakaian yang mendedahkan aurat.

2) Mengekang Harakah Islamiyyah

Mereka meletakkan Harakah Islamiyyah sebagai musuh utama mereka yang mampu menggugat kestabilan pemerintahan mereka dan mampu kembali menyatukan kesatuan ummat Islam.
Lantaran itu, mereka mengambil tindakan tegas demi menghalang Harakah Islamiyyah. Pelbagai tuduhan dan helah ( isu ) dilakukan semata-mata untuk memastikan Harakah Islamiyyah berkubur.

3) Undang-undang ciptaan manusia

Hasrat mereka adalah untuk melenyapkan syariah Islamiyyah daripada terus bertapak di bumi dan di hati ummat Islam. Mereka membentuk demokrasi dan undang-undang ciptaan manusia untuk mentadbir negara dan masyarakatnya sebagaimana mereka meletakkan sistem kapitalis dalam pengurusan ekonomi.
Memecahkan kesatuan negara-negara ummat Islam kepada negara-negara kecil yang mempunyai undang-undang masing-masing selain dari syariat Islamiyah.
Mengekalkan prinsip politik sekular mereka ( pecah dan perintah ).

4) Sistem pendidikan sekular

Suatu sistem yang membuatkan pemuda/i tidak mengenal Islam malah tidak mengenal lagi kalimah syahadah.
Sistem yang memburu kehidupan dunia yang sementara dan lupa kehidupan akhirat yang kekal. Sistem yang memuja kebendaan dan kedudukan serta memandang rendah hidup beragama.

Sistem yang membuang jauh ruh agama dari setiap mata pelajaran yang dikemukakan di peringkat sekolah dan universiti.
Sistem yang mendidik pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sejak di peringkat bawah hingga ke peringkat universiti.
Menghapuskan tulisan jaawi atau huruf al-Quran dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dunia agar ummat Islam jauh dari sumber utama syariat mereka.

Wahai Generasi Muda ……Masa depan ditanganmu !!
Dan ianya Milik Islam …..

Kealpaan dan sikap tidak mengambil berat merupakan agen pembunuh yang sangat berbahaya. Ia mampu membunuh stamina perjuangan seorang aktivis sekaligus mampu melumpuhkan sebuah gerakan Islam yang besar jika kehadirannya tidak dibanteras.

Islam adalah suatu agama yang optimis, sensitive dan responsive, ia melarang ummatnya beku membatu diri, pasif dan dhoif. Sungguhpun suatu kenyataan bahawa kini ummat islam telah ditekan dan ditindas serta dikepung dari segenap arah oleh musuh-musuh Islam yang begitu ramai dan memiliki segala kelebihan maddiah.

Namun, sebagai seorang pemuda muslim, kenyataan itu tidak sewajarnya menjadikan kita kaku dan berputus asa terhadap amal Islami malah sebaliknya menyemarakkan semangat perwira dan jiwa kepemudaan untuk menghadapi segala kemungkinan. Justeru Islam bukanlah satu agama yang menjanjikan kemenangan dan kejayaan di dunia malah ia satu agama yang membawa berita gembira untuk kemenangan di dunia dan di akhirat.

Penguasaan Kuffar akan tiba hari dan saatnya untuk ia jatuh tersungkur mencium bumi bersama kebesaran dan keangkuhan mereka. Namun khabar gembira ini adalah suatu yang amat mahal nilai harganya. Ia tidak mungkin berlaku tanpa pengorbanan dan kegigihan pejuang-pejuang Islam yang tidak mengenal erti penat dan putus asa, demikianlah sunnatullah

إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ وَتِلْكَ الأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ وَاللَّهُ لا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ

Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

( Ali- Imran 140 )

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمْ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الْفَاسِقُونَ
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.( An-Nuur-55 )

Harakahdaily/-

Kelantan cari jalan bantu rakyat

18 Rejab 1431 H
Oleh: Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 1 Julai: Kerajaan Kelantan sentiasa mencari jalan membantu rakyat khususnya semasa berlaku kematian dalam keluarga, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, kerajaan negeri membelanjakan antara RM3 hingga RM4 juta setahun bagi membayar premium insurans takaful untuk rakyat yang mencapai umur 60 tahun ke atas menerusi Skim Takaful Kifalah.

Skim Takaful Kifalah (warga emas) adalah suatu peruntukan khusus membabitkan semua warga emas rakyat Kelantan yang berumur 60 tahun ke atas tanpa mengira jantina, keturunan, bangsa dan agama.

“Seseorang ahli Skim Takaful Kifalah yang berumur 60 tahun dan ke atas, apabila mereka meninggal dunia, wasinya (keluarga si mati) akan menerima bayaran RM1,500 bertujuan meringankan bebanan keluarga berkenaan ketika berurusan pengkebumian jenazah,” katanya semasa Merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pemborong dan Penjual Ikan Negeri Kelantan (PPPIK) ke-27 di Wisma Guru-Guru Ugama di sini, baru-baru ini.

Rakyat yang berumur 60 tahun ke atas, katanya mereka hanya diminta mengisi borang insurans takaful tersebut, kemudian kerajaan negeri yang membayarnya. Dalam perkembangan lain, beliau bersetuju dengan saranan Jawatankuasa PPPIK supaya setiap ahlinya memasuki insuran takaful dan pendekatan terbaik hendaklah dicari bagi tujuan tersebut.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bunut Payong berkata, bagi memberi ruang yang lebih banyak kepada kegiatan dalam urusan membabitkan peniaga dan pemborong, kerajaan negeri mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan supaya pejabat beralih ke Bandar Baru Tunjong yang merupakan bandar ‘sambungan’ kepada Kota Bharu Bandar Raya Islam.

Dalam hal itu, Pejabat Audit, Pejabat Imigresen, Pejabat Bomba dan Penyelamat, Pejabat Tanah dan Mahkamah Syariah di samping banyak lagi pejabat dan jabatan dicadangkan berpindah ke Bandar Baru Tunjong dan di kawasan penempatan di Jalan Salor dekat bandar tersebut apabila pembangunan di kawasan itu siap sepenuhnya.

“Perpindahan termasuk membabitkan kawasan penempatan di Jalan Salor dekat Bandar Baru Tunjong yang menempatkan Terminal Makanan Negara. Turut dicadangkan berpindah ialah tapak bagi peniaga dan pemborong ikan,” katanya.

Harakahdaily/-

Nik Aziz arah semua pejawat awam berdakwah

18 Rejab 1431 H
Oleh: Zainal Abidin Husein

KOTA BHARU, 1 Julai: Penjawat awam di Kelantan diarah melengkapkan diri dengan kemahiran berdakwah bagi membawa kecemerlangan kepada seluruh masyarakat selepas terbukti dasar Islam yang dilaksanakan telah mencipta pelbagai kejayaan.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam ucapan beliau di majlis perhimpunan bulanan penjawat awam kompleks Kota Darulnaim pagi ini mahu setiap anggota pentadbiran mendalami ilmu dakwah supaya penyebaran Islam di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam terus berkembang dan diterima dengan baik.

Beliau yang membawa bersama sebuah buku karangan Dr. Yusuf Qardhawi bertajuk 'Thaqafatul Da'iyyah' meminta semua yang hadir membaca dokumen tersebut sebagai rujukan utama.

"Semua perlu telaah kitab ini, dan kepada yang tidak boleh berbahasa Arab bolehlah cari terjemahan," kata beliau di hadapan lebih 1200 penjawat awam yang bertugas di pusat pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.

Majlis turut dihadiri Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Sebagai negeri yang telah mencipta kejayaan dalam soal pelaksanaan Islam, Nik Aziz mahu penyebaran Islam diusahakan dengan lebih gigih supaya penerimaan Islam tidak diragui oleh mana-mana pihak.

"Islam adalah agama dakwah dan tugas berdakwah terletak kepada setiap individu muslim," kata beliau.

Rekod di Kelantan kata beliau menunjukkan Islam telah berjaya mewujudkan keadaan harmoni tanpa amalan buruk hasil kesedaran tentang wujudnya hubungan manusia dengan Allah.

"Tanpa kesedaran asas ini, kita tidak mampu berharap kepada mana-mana pihak termasuk polis, badan pencegah rasuah atau siapa pun bagi membendung sikap buruk manusia yang diruntun syaitan, " tambah beliau.

Menyentuh tanggungjawab penjawat awam dalam melakukan tugas seharian, beliau mahu semua mengingati bahawa konsep ibadah dalam Islam adalah tidak terhad kepada ibadat khusus seperti solat dan puasa samata-mata.

"Segala aktiviti kita dalam menjalankan tugas di pejabat seperti datang mengikut waktu, menyiapkan tugas, menjaga amanah di pejabat adalah dikira ibadah yang akan dibawa bersama apabila bertemu Allah di akhirat nanti.

"Oleh itu kita mesti melaksanakan segala tugas dengan penuh kesedaran dan keikhlasan," ujar beliau lagi

Harakahdaily/-

16.5 juta saman bernilai RM2.7 bilion gagal dikutip

18 Rejab 1431 H

Kira-kira RM2.7 bilion daripada 16,529,848 saman tertunggak lalu lintas gagal dikutip kerajaan antara tahun 2000 dan 2008, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Daripada jumlah itu, majoriti adalah saman polis sebanyak 15,220,358 manakala yang lain melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebanyak 470,983 dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebanyak 838,507 saman.

"Bagi saman yang dikeluarkan tahun lepas sehingga kini, ia adalah saman aktif yang masih menjadi saman kitaran semula," katanya ketika menjawab soalan Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohd Nor mahu tahu jumlah kutipan saman yang gagal dikutip kerajaan sehingga April tahun ini.

Abdul Rahim berkata bagi memastikan saman tertunggak tersebut dikutip, beberapa pendekatan termasuk menyekat urusniaga seperti pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu berdasarkan peruntukan Seksyen 115, Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi pemandu yang tidak dapat dikesan.

Usaha lain yang dilakukan ialah memperuntukkan kira-kira RM282 juta bagi menambah baik sistem pungutan pengkomputeran JPJ yang dikenal pasti masih berkapasiti rendah bagi membolehkan kapasiti pungutan ditingkatkan.

"Kita juga menyediakan perkhidmatan online bagi pembatalan sekatan dan penyenaraian hitam di antara JPJ dan agensi lain khususnya PDRM dan mewujudkan pusat sehenti supaya pembayaran saman boleh dilakukan di mana-mana selain pembayaran secara online dan kad kredit," katanya.

Sementara itu ketika menjawab soalan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) yang mencadangkan supaya saman itu dihapuskan, Abdul Rahim berkata cadangan itu sukar untuk dipertimbangkan.

"Kutipan saman bukan hanya bertujuan mendapatkan hasil tetapi juga bagi meningkatkan persepsi ditangkap di kalangan pengguna jalan raya agar mereka lebih berhati-hati," katanya.

Malaysiakini/-

Beli EMU 6 gerabak, kerajaan rugi 500 juta

18 Rejab 1431 H

Kerajaan didakwa akan kerugian RM500 juta berikutan keputusan membeli 38 unit tren elektrik (EMU) 6 gerabak secara runding terus dari sebuah syarikat China dengan harga RM1.824 bilion lebih mahal daripada tender asal.

Menurut ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkifli Ahmad, syarikat Zhu Zhou Electric Locomotive yang mendapat tender asal pada 2008 untuk membekal 8 unit EMU 3 gerabak, hanya menawarkan harga RM13.725 juta seunit.

Namun selepas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menetap keperluan baru tahun ini kepada set EMU 6 gerabak, rundingan terus dengan syarikat sama menyaksikan harga meningkat kepada RM48 juta seunit, lebih tiga kali ganda lebih tinggi daripada harga asal.

Kata Dzulklifi, harga itu tidak munasabah biarpun setelah mengambil kira pelbagai kos lain yang mempengaruhi seperti inflasi, kadar pertukaran asing, peningkatan bahan mentah dan sebagainya.

Lebih pelik katanya, mengikut penyata keperluan KTMB, konfigurasi set EMU 6 gerabak berkenaan sebenarnya adalah gabungan dua unit set EMU 3 gerabak.

Justeru, katanya sewajarnya harga berkenaan hanya dua kali ganda atau lebih sedikit berbanding set EMU 3 gerabak itu.

"Memang ada perubahan seperti cctv dan side destination panel pada EMU 6 gerak. Kita ambil kiralah segala perubahan spesifikasi, munasabah kalau kita angkat kepada RM30 juta seunit.

"Tetapi timbalan menteri menyebut sewaktu menjawab soalan ahli parlimen Tumpat bahawa ia menjadi RM48 juta seunit," kata Dzulklifi pada sidang media di Parlimen hari ini.

Rakyat katanya ingin tahu kenapa sewaktu rundingan terus itu, kerajaan mendapat harga begitu tinggi berbanding harga sewaktu tender.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan membatalkan segera surat LOA yang dikeluarkan kepada syarikat Zhu Zhou dan menyenarai-hitamkan syarikat berkenaan.

"Jawatankuasa kira-kira awam (PAC) perlu mengambil tindakan segera supaya menteri, kementerian dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang terlibat dengan rundingan terus tersebut dipertanggugjawabkan atas kerugian yang bakal ditanggung kerajaan," katanya lagi.

Selain itu beliau turut menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat pembelian itu bagi memastikan tiada unsur rasuah dan penyalahgunaan berlaku.

Malaysiakini/-

'Felda Bankrap': Pejabat Suara keadilan diserbu

18 Rejab 1431 H
Oleh: Jimadie Shah Othman

Kira-kira 200 orang menyerbu pejabat akhbar PKR - Suara Keadilan - di Shah Alam bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap laporan terbaru di muka depannya yang berjudul 'Felda Bankrap', kata ketua editor akhbar berkenaan.

Dzulkarnain Taib berkata, sejak jam 1.30 tengah hari tadi, kumpulan yang mendakwa sebagai generasi kedua peneroka Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA) berkumpul sedikit demi sedikit sebelum menyerahkan memorandum bantahan mereka dua jam selepas itu.

"Saya difahamkan mereka datang dari sekitar Selangor, Johor dan Perak. Terima kasihlan sebab datang jauh-jauh.

"Bagi kami tidak ada apa (masalah), (perhimpunan) ini merupakan satu proses demokrasi," katanya.Menurut Dzulkarnain, beberapa naskhah Suara Keadilan turut dibakar.

Ini merupakan insiden kedua akhbar Suara Keadilan dibakar, selepas satu acara yang sama di Klang Ahad lalu yang diketuai oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Sejak akhbar itu memuatkan laporan kontroversinya tentang status kewangan FELDA minggu lalu, ia mengundang reaksi negatif pelbagai pihak termasuk diancam saman oleh syarikat milik kerajaan itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini Dzulkarnain turut memberitahu, dalam perhimpunan depan pejabatnya itu, kumpulan itu membawa kain rentang, bersorak dan membaca memorandum bantahan yang menyifatkan akhbar itu memfitnah FELDA.

Memorandum itu tambahnya, diserahkan kepada ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin yang bertindak sebagai peguam Suara Keadilan.

Sementara itu, TV Selangor - akhbar rasmi kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu - melaporkan sekurang-kurangnya enam bas membawa kumpulan tersebut dari seluruh negara.

Akhbar web PAS Harakahdaily pula memetik seorang wartawan Suara Keadilan yang sedang bertugas di parlimen bahawa beberapa kereta peronda dan trak polis kelihatan turut berada di bawah pejabat mereka di Seksyen 13 sejak tengah hari tadi.

"Hanya seorang dua sahaja berada di pejabat sekarang dan kami perlu balik segera," beliau dipetik sebagai berkata.

Mengulas bantahan berterusan terhadap Suara Keadilan, Dzulkarnain berkata siaran muka depan akhbarnya itu tidak langsung bertujuan menentang peneroka FELDA.

"Sebenarnya kita perjuangkan hak mereka. Kami harap mereka faham. Buat masa ini biarlah proses undang-undang berjalan," katanya.

Seorang pegawai FELDA ketika dihubungi berkata pihaknya tidak tahu menahu dan tidak terlibat dalam penganjuran perhimpunan bantahan itu.

Malaysiakini/-

Dewan Rakyat tolak usul tergempar Scorpene

18 Rejab 1431 H

Speaker Pandikar Amin Mulia hari ini mendedahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan bahawa RM575 juta komisyen dibayar kepada Abdul Razak Baginda sebagai sebahagian daripada pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis.

Dalam jawapan bertulis kepada William Leong (PKR-Selayang), yang mengemukakan usul kepada Pandikar (kiri) semalam supaya Dewan Rakyat membincangkan perkara itu, Speaker berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa SPRM sedang menyiasatnya.

Atas sebab tersebut, isu berkenaan adalah tidak mendesak untuk dibincangkan oleh Dewan Rakyat, tegas Pandikar dalam suratnya kepada Leong untuk memaklumkan usulnya itu telah ditolak.

Kerajaan telah membayar sejumlah RM6.7 bilion untuk membeli kapal selam buatan Perancis itu.

Daripada jumlah keseluruhan, RM574.8 juta pergi kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki Abdul Razak, seorang teman karib Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Najib merupakan menteri pertahanan sewaktu urusniaga tersebut.

Kerajaan telah menafikan komisyen dibayar dalam urusan pembelian kapal selam tersebut, dengan menegaskan bahawa jumlah itu - yang merupakan 10 peratus daripada harga keseluruhan kapal selam berkenaan yang berjumlah RM4.85 bilion - adalah untuk perkhidmatan sokongan dan penyelarasan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pembayaran tersebut juga kini sedang disiasat pihak berkuasa Perancis kerana "komisyen" seumpama itu adalah salah di bawah undang-undang Perancis.

Dalam suratnya kepada Pandikar, Leong (kanan) berkata isu tersebut telah menarik perhatian media asing kerana wujudnya dakwaan bahawa Najib terlibat dalam isu tersebut.

Sampai hari ini, tambahnya, tidak satu pun pihak berkuasa yang mengambil tindakan untuk menyiasat skandal itu.

Malah, katanya, seorang jurucakap pejabat perdana menteri telah menyatakan bahawa 'tidak ada kes' terhadap skandal tersebut.

Malaysiakini/-

Saya sokong kenyataan Aziz Bari, SUK di Perak bukti yang jelas.

18 Rejab 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim

Saya menyokong penuh saranan supaya Pakatan Rakyat bukan sahaja menggantikan penasihat undang-undang dengan peguam sendiri, malahan gagasan itu turut dicadang melantik pegawai kewangan dan setiausaha kerajaan negeri pilihan mereka.

Hal ini seperti yang disuarakan oleh pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Aziz Bari.

Beliau yang dipetik oleh TV Selangor berkata ketiga-tiga jawatan berkenaan adalah lantikan kerajaan persekutuan yang disyaki berperanan sebagai tali barut kerajaan pusat untuk mengkucar-kacirkan kestabilan di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

Merujuk kepada kemelut politik di Perak cadangan tersebut adalah sangat wjar dilaksana segera di negeri yang masih dikuasai oleh pakatan Rakyat.

Campurtangan yang melampau dan mencampuri urusan tugas pentadbiran kerajaan negeri yang melampau oleh SUK di Perak semasa kerajaan Pakatan Rakyat berkuasa di Perak saya nampak sangat jelas dan diketahui umum.

Pelanggaran tersebut termasuklah mencampuri urusan Speaker yang masih sah, V. Sivakumar sehinggalah kita melihat kepada arahan melampau kepada sidang dengan pengunaan ratusan pegawai keselamatan yang tidak sepatutnya berada disitu.

Malah lebih menyedihkan apabila kita melihat campurtangan itu terus berlaku secara jelas dan memporak perandakan pentadbiran jabatan tertentu di Perak pada masa sekarang. Antara yang jelas teancan dan banyak menerima padah ialah Jabatan Agama Islam perak. Pegawai ditukar dengan sewengnnya malah pelantikan pegawai tertentu dalam kerajaan tanpa melalui proses dan prosuder yang sepatutnya.

Contoh yang jelas ialah perlantikan AJK Mesjid dan penyelaras Mesjid Daerah yang ternyata menimbulkan kekecohan dan rasa tidak puas hati yang melampau.

Namun kerana BN memerintah pada masa ini dengan rampasan kuasa yang disahkan oleh mahkamah, capurtangan SUK sesudahnya sangat bermanfaat bagi memastikan pegawai yang tidak pro BN diganti dan diganggu.

Sekadar beberapa contoh dan ulasan ringkas diatas, sesungguh menguatkan hujjah bahawa di Perak ternyata berlaku seperti yang dinyatakan oleh Dr. Aziz Bari yang dipetik berkata " mereka ini mungkin membocorkan rahsia negeri kepada pusat,Gaji dibayar oleh negeri tetapi kesetiaan dan kiblat mereka kepada kerajaan persekutuan kerana kita faham mereka ini dipilih oleh peguam negara untuk mengkucar-kacirkan. Ini yang berlaku,"

Seperti yang didedahkan berulang kali oleh DS. Nizar bahawa sebelah pagi Exco bermesyuarat, keputusannya nya sudah diketahui oleh pihak UMNO pada sebelah petangnya. Selain itu arahan beliau juga dilambat-lambatkan dan banyak disabotaj. Senerio ini membuktikan bahawa wajar sangan SUK dan pegawai lain yang tidak setia kepada Kerajaan yang dipilih oleh rakyat di sesbuah negeri ditentukan sendiri oleh MB yang berkuasa pada masa itu.

Kecuali dalam kes tertetu kita melihat dan tidak dapat dinafikan masih ada pegawai yang boelh menunjukkan sikap profesional dalam melaksanakan tugas dan boleh setia kepada kerajaan negeri. Di Perak saya melihat antara Penasihat Undang-undang, Pegawai Kewangan dan SUK salah seorang darinya masih boleh dipakai tetapi duanya sangat jelas tidak menghormati kerajaan yang dipilih rakyat.

Kerana itu cara perlantikan mestilah ditukar dan Pakatan Rakyat atau dengan maksud kerajaan yang berkuasa dinegeri itu berkuasa memilih dan melantik, apa lagi menukar kalau ia tidak boleh menunjukkan kesetian kepada kerajaan negeri.

Dakwaan empayar RM3b, aduan SPRM dibuat

18 Rejab 1431 H

Tiga rakyat Sarawak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa oleh ketua menterinya Tan Sri Taib Mahmud.

Tiga pengadu itu - John Brian Anthony, Ting Cek Ming dan Kung Chin Chin menggesa suruhanjaya itu menyiasat ‘empayar’ perniagaan Taib dan keluarganya yang didakwa bernilai ‘lebih RM3 bilion’ berdasarkan apa yang dilaporkan di blog sarawakreport.org.

Aduan dibuat kepada pegawai kanan SPRM, Ranjit Singh.Ini adalah aduan kedua yang dibuat berhubung perkara yang sama. Aduan pertama dibuat kepada SPRM di Kuching, semalam oleh Ahmad Nazib Johari.

Menurut seorang daripada pengadu itu, Ting Chek Ming, proses membuat aduan berjalan lancar berbanding minggu lalu apabila beliau bersama Ahmad Nazib dan James Wong cuba mengemukakan aduan mereka.

"Kali ini, kami datang dengan salinan laporan yang ditaip dan pegawai SPRM menandatangani mengesahkan penerimaan aduan berkenaan di salinan kami bagi memastikan tiad ada perubahaan dibuat terhadap aduan itu,” katanya.

Minggu lalu, Ting, Wong dan Ahmad Nazib terpaksa menarik balik laporan mereka kerana mendakwa pihak SPRM di Shah Alam enggan memberikan salinan aduan yang ditulis dengan tangan.

Hadir bersama menemani ketiga-tiga mereka membuat aduan hari ini adalah pemimpin wanita PKR, Rozaini Mohd Rosli bagi menzahirkan sokongan Pakatan Rakyat berhubung isu berkenaan.

Ketiga-tiga pengadu berkenaan dinasihatkan bahawa mereka mungkin akan dipanggil kemudian bagi memberikan kenyataan terhadap apa yang diistilahkan oleh suruhanjaya itu sebagai ‘kes besar’.

"Kami diberi jaminan yang SPRM akan menyiasat kes itu dan dinasihatkan menulis kepada Pengarah Siasatan bagi mendapatkan perkembangannya,” kata Ting.

Sarawakreport.org mendakwa Taib dan keluarganya mempunyai empayar perniagaan antarabangsa, termasuk memiliki hotel mewah di Australia dan hartanah komersial di tapak utama di Kanada melalui cara yang disangsikan.

Blog, yang dikendalikan oleh “rakyat prihatin’ itu juga mempersoalkan pembabitan keluarga Taib dalam konglomerate terbesar negeri itu - Cahaya Mata Sarawak.

Ia juga mendakwa 85 peratus saham CMS dimiliki oleh Taib dan keluarganya serta rakan-rakan karib mereka ketika syarikat berkaitan kerajaan itu diswastakan yang menimbulkan dakwaan salah guna kuasa.

Malaysiakini/-

Berjaya lapor keuntungan pracukai berganda

18 Rejab 1431 H

Berjaya Corporation Bhd (BCorp) telah melaporkan keuntungan sebelum cukai lebih daripada berganda kepada RM613 juta untuk tahun kewangannya yang berakhir 30 April, 2010, daripada RM275 juta tahun sebelumnya.

Pendapatan meningkat 6.9 peratus kepada RM6.8 bilion daripada RM6.3 bilion sebelumnya, kata kumpulan dalam satu kenyataan hari ini.

Kenaikan itu terutamanya disebabkan oleh sumbangan pendapatan yang tinggi daripada pemasaran pengguna, pembangunan hartanah, insurans am dan perniagaan broker saham, kata BCorp.

Untuk suku keempat berakhir 30 April, 2010, BCorp mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM299.2 juta daripada kerugian sebelum cukai RM37.5 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas sementara pendapatan naik 25 peratus kepada RM1.89 bilion daripada RM1.51 bilion sebelumnya.

Untuk tahun kewangan berakhir 30 April, 2010, BCorp membayar satu peratus dividen tunai satu tier dan 2.35 peratus "single-tier dividend-in-specie" saham-saham Berjaya Media Bhd, menjadikan jumlah pembayaran dividen 3.35 peratus sesaham.

BCorp berkata dengan pulihnya keadaan ekonomi, perniagaan pemasaran pengguna di bawah Cosway (M) Sdn Bhd dijangka terus menunjukkan penambahbaikan sementara perniagaan pertaruhan di bawah Berjaya Sports Toto Bhd akan terus berdaya tahan.

Malaysiakini/-

Umno Putera keringkan wang Felda

18 Rejab 1431 H
http:cetusan-hati.blogspot.com

Saya boleh membantu menjelaskan, sebahagian, bagaimana ceritanya rizab tunai Felda dikeringkan.

Sejumlah setengah billion, (RM 512 juta) dibelanjakan melalui projek-projek (tak perlu dan di luar tugas Felda) yang disiapkan oleh firma arkitek yang sama.

Firma arkitek diterajui seorang Ketua Pemuda Umno Bahagian di Terengganu ini sudah pasti ada hubungan kekeluargaan yang rapat dengan tokoh dari Terengganu juga yang memayungi Felda.

Kasih sayang kekeluargaan mereka diluaskan dengan mencari jalan bersama bagaimana wang Felda boleh 'diuruskan'. Jumlahnya bukan sedikit, demi warga Felda tercinta....

Lantaran itu, projek bukan bidang tugas Felda sama sekali, turut dibiayai oleh Felda atas sifat pemurahnya. Seperti Kolej Komuniti di Terengganu (RM 18 juta) dan Sabah (RM 22 juta), Menaik Taraf Bekalan Air Di Pahang (RM 200 juta) dan pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (RM 120 juta).

Apa kena mengena Mara dan Felda? Kos Maktab ini ialah RM 120 juta dan Felda dengan segala senang hatinya membiayai sepenuhnya. Mungkin kerana wang tunainya terlalu banyak, Felda berbesar hati membiayai projek bukan bidang tugasnya sekalipun.

Kononnya pula Felda sudah memasuki alaf moden dan untuk itu, bentuk impian Felda akan datang dibina dengan ciri-ciri peneroka Felda masa depan. Ia dipanggil Feldajaya.

Rumah bungalow mewah berharga mahal, rumah kedai dan lain-lain ciri bandar baru dalam satu kawasan 'masa depan' di bina. Setakat ini, empat Feldajaya telah dibangunkan (Mempaga, Trolak, Serting dan Cini) dengan reka bentuk oleh firma arkitek yang sama. Setakat ini, kosnya ialah RM 152 juta.

Samada rumah kedai dan bungalow ini laku dijual atau tidak, Felda tidak peduli sangat. Yang penting, itulah rumah peneroka masa depan Felda!

Asal dikata moden, wang habis tak mengapa. Itulah bagusnya bila ada wang melimpah.RM setengah billion oleh firma arkitek bertuah ini.

Sebelum ini, saya telah tunjukkan, RM 800 juta pelaburan Felda di US dan Kanada. Pegawai Felda tak sampai setengah dozen yang membeku dek kedinginan di Quebec di musim sejuk, barangkali ada cerita boleh dikongsi dengan kami di Malaysia.

Maknanya, di sini sahaja, saya telah membantu Felda menjelaskan bagaimana sebanyak RM 1.3 billion rizab tunai Felda dibelanjakan!Selebihnya, Felda sendiri boleh tolong jelaskan.....

Kalau Felda tak ada masa untuk jelaskan untuk tunjukkan pengurusannya telus dan amanah warga Felda menjadi taruhannya, saya tak ada masalah untuk jelaskan sedikit demi sedikit.

Harakahdaily/-

Malaysia punya Menteri Kabinet Cap Ayam?

18 Rejab 1431 H
Oleh: Tok Pepijat

Komandan Maktab Tentera Diraja(MTD) ditukarkan atas alasan mesti bertanggungjawab atas peristiwa yang berlaku di MTD baru-baru ini yang membabitkan kematian pelajar.Menteri Pertahanan Zahid Hamidi ketika memberi arahan menyatakan Komandan itu mesti bertanggungjawab dan patut menerima hukuman.

Kenyataan Zahid adalah suatu yang biasa dikeluarkan oleh mana-mana Menteri Kabinet Kerajaan Malaysia apabila berlaku peristiwa yang tidak diingini. Yang mesti bertanggungjawab adalah "ikan-ikan bilis" sahaja. Sang Jerung pasti terlepas. Segala kejahatan, kelemahan dan kesalahan adalah tanggungjawab rakyat bawahan.

Sememangnya Menteri Kabinet Malaysia jenis "kebal" dari pendakwaan. Setiap kesalahan ditudingkan kepada rakyat marhein semata.Semuanya yang salah adalah rakyat. Yang buat jahat orang atasan tetapi yang kena golongan rakyat,golongan yang lemah dan tiada wang!

Lihat kes Altahtunya. Yang kena orang berpangkat rendah. Lihat kecurian enjin Jet. Yang jadi mangsa yang berpangkat rendah.Selamanya para Menteri dan atasan bebas dari pendakwaan. Mengapa ? Mereka ada kuasa. Mereka ada wang. Dan mereka tiada maruah!

Jenis spesis Menteri Kabinet Malaysia jika tinggal di Jepun bakal diketawakan oleh Doremon. Mungkin juga bakal diberi pedang Samurai oleh rakyat Jepun untuk mereka pakat "pancung" kepala sendiri! Malangnya Malaysia punya Menteri Kabinet Cap Ayam.

Harakahdaily/-

RM30,000 menanti peserta Pesta Wau Antarabangsa

18 Rejab 1431 H
Oleh: Rizal Tahir

KOTA BHARU, 30 Jun: Sebanyak RM30,000 bakal dimenangi oleh setiap peserta Pesta Wau Jemputan Antarabangsa 2010 yang akan bermula 15 hingga 18 Julai ini.

Setiap peserta akan membawa pulang hadiah sekitar RM350, sijil dan piala bagi johan untuk kategori wau bulan tradisi naik peringkat kebangsaan.

Manakala naib johan sebanyak RM300 juga bagi kategori yang sama, manakala tempat ketiga, keempat dan kelima hingga ke 10, masing-masing berjumlah RM200, RM70 dan RM50

Bagaimanapun, johan bagi kategori pertandingan wau puyuh dan wau bulan cantik peringkat kebangsaan berjumlah RM600 dan naib johan RM500.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar) berkata, seramai 56 orang peserta dari seluruh negara akan menyertai program itu.

Katanya, hanya peserta dari Thailand sahaja yang dijemput untuk menyertai program yang julung kali diadakan di Pantai Irama, Bachok selain peserta dari 13 buah negeri seluruh negara.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabat Pusat Penerangan Pelancongan, (TIC), di sini hari ini.

Katanya, Pesta Wau Antarabangsa yang telah memasuki edisi ke-27 ini, adalah anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Pelayang Negeri Kelantan dan Majlis Pelayang Malaysia.

Menurutnya, pesta berkenaan akan dibahagikan kepada 21 kategori bagi merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM30,000 yang ditaja oleh AQ Events Sdn Bhd selaku penaja bersama.

Kategori yang akan dipertandingkan adalah kategori wau bulan tradisi, wau puyuh tradisi, wau tradisi (Kelantan), wau kucing tradisi, wau jala budi tradisi, wau daun/barat, wau bulan sobek/cantik.

Tambahnya, selain itu wau puyuh sobek/cantik, wau bulan 1 pancang, wau bulan besar, wau puyuh besar dan wau bulan kecil 2 ½ X 2 ½.

“Pertandingan turut dibuka dalam kategori peringkat Universiti Malaysia Kelantan, pertandingan menaikkan wau bulan peringkat keluarga pengadil, wau bulan tradisi peringkat sekolah menengah, wau puyuh peringkat sekolah menengah dan wau malay kite peringkat sekolah.

“Di samping itu juga, kategori bengkel wau tradisi (membuat) dan bengkel wau tradisi (menaik),”ujarnya lagi.

Takiyuddin seterusnya berkata, penganjuran Pesta Wau Antarabangsa Kelantan ini bertujuan memperkenalkan cabang kesenian yang sihat kepada generasi muda di samping dapat mempertahankan warisan bangsa yang semakin terhakis oleh peredaran masa.

Katanya, pesta wau ini juga akan mengumpul peminat-peminat wau bagi mencipta rekabentuk seni budaya wau tradisi dan layang-layang moden di kalangan masyarakat Malaysia.

Harakahdaily/-