20 September 2012

Perjuangan PAS berteraskan Islam.

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

PAS merupakan sebuah parti yang memperjuangkan Islam menjadi amalan dan teras kepada masyarakat di Malaysia. Menjadikan Islam sebagai teras perjuangan bermakna menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama dalam merancang perjalanan dan menentukan tindakan yang ingin diambil. Ulama’ pula menjadi teraju utama perjuangan PAS kerana merekalah yang lebih hampir kepada Al-Quran dan As-Sunnah, dan merekalah yang selayaknya memimpin sebuah gerakan Islam.

Islam adalah panduan, Islam juga adalah matlamat dan cita-cita perjuangan PAS. Sepertimana yang disebut oleh Saidina Omar R.A.,

“Kita adalah kaum dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan selain daripada Islam, Allah akan menghinakan kita.”

Islam tidak memerlukan teras tambahan kerana kesempurnaan kandungan yang ada pada Islam. Dibimbangi, tokok tambah yang dibuat, diambil pula daripada sumber yang tidak Islamik, menjejaskan hala tuju perjuangan Islam itu sendiri. Firman Allah Ta’ala di dalam Al-Quran,

“Pada hari ini Aku(Allah) telah sempurnakan bagi kamu Agama (Deen = cara hidup) kamu, dan Aku cukupkan ke atas kamu nikmat-nikmatKu, dan Aku redha Islam menjadi Agama (Deen = cara hidup) bagi kamu.” (Surah Al-Maidah, 5 : 3)

Menjadikan Islam sebagai teras juga membawa makna matlamat utama perjuangan ialah mencari keredhaan Allah. Berjuang bukan kerana jawatan dan kedudukan, sebaliknya berjuang sehingga sanggup berkorban harta dan nyawa semata-mata untuk mencari keredhaan Allah dan meninggikan kalimah Allah yang Maha Tinggi.

Misi Islam ialah beramal kerana Allah, Dialah yang lebih layak menjadi tempat rujukan dan menjadi pemutus dalam setiap tindakan hamba-hambaNya.

Dahulu, Tanah Melayu pernah menjadikan Islam dan segala undang-undang yang terdapat di dalamnya sebagai perlembagaan dan sumber rujukan utama. Namun, pencerobohan dan penjajahan oleh Imperialis barat telah mengganggu-gugat kedudukan Islam sehinggalah pada hari ini, rakyat Malaysia sendiri lupa akan asal-usul juga sejarah yang pernah dilakarkan oleh Ulama’ silam. Imperialis Barat bukan sahaja datang membawa misi untuk menjajah Tanah Melayu, bahkan mereka membawa doktrin dan ideologi yang memisahkan masyarakat, khususnya pentadbiran di Tanah Melayu ini daripada Islam.

Konsep demokrasi yang diperkenalkan juga merupakan antara doktrin yang Berjaya mereka terapkan di dalam amalan pentadbiran Kerajaan Malaysia. Sungguhpun begitu, PAS menggunakan ruang yang ada untuk terus memastikan agenda Islam dapat diperjuangkan dalam suasana demokrasi. Malah bersama-sama dengan Pakatan Rakyat memastikan keadilan dan demokrasi dapat ditegakkan kembali di Malaysia. Ini kerana, demokrasi selagi tidak melampaui batas, adalah diterima dan boleh menjadi platform yang baik untuk memperjuangkan Islam. Hasilnya, Kerajaan Negeri Kelantan terus aman dan berkembang dan dipimpin dengan Islam menjadi teras utama Kerajaan.

Demokrasi pula merujuk kepada kuasa rakyat dan penyertaan ramai dalam membuat sesuatu keputusan. Konsep majoriti merupakan asas kepada demokrasi. Dalam konteks Negara Demokrasi, parti yang mendapat lebih banyak undi akan terpilih sebagai Parti Pemerintah. Semua parti politik yang menyertai pilihanraya di Malaysia, menerima hakikat ini. Sekalipun proses demokrasi di Malaysia tidak begitu menjamin hak semua rakyat, khususnya parti politik, kita perlu bersetuju bahawa proses demokrasi ini adalah proses terbaik untuk memastikan keharmonian politik dan social di Malaysia.

Begitupun, Islam tidak boleh disamaertikan dengan proses Demokrasi. Kebenaran Islam tidak bergantung kepada ramainya penyokong. Apalagi hukum-hakam dalam Islam, bukanlah subjek yang boleh dipertimbangkan melalui suara majoriti. Namun, situasi dalam Negara Demokrasi memerlukan sokongan ramai untuk memastikan Islam Berjaya ditegakkan. Maka menjadi tanggungjawab semua umat Islam di Malaysia tidak kira dari parti UMNO Barisan Nasional, lebih-lebih lagi dari Parti PAS untuk memperjuangkan Islam melalui lunas-lunas demokrasi.   

Islam merupakan agama Allah. Ia disampaikan oleh para Nabi dan Rasul, melalui proses yang pelbagai. Namun, ia bukanlah suatu yang boleh dipertimbangkan untuk diterima atau ditolak, sebaliknya menjadi tanggungjawab setiap individu muslim untuk melaksanakan Islam dalam kehidupan.

PAS sebagai sebuah parti politik mengambil bahagian dalam pilihanraya, sebagai tanda penerimaan dan persetujuan bahawa Malaysia sebuah Negara yang demokratik. PAS juga berkeyakinan penuh bahawa melalui jalan demokrasi ini, PAS mampu mencapai matlamatnya memaknakan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Negara. Walaupun bersetuju untuk menyertai proses demokrasi, tetapi PAS perlu kekal sebagai parti Islam yang tulen. Menggabungkan diri dalam perjuangan Islam sahaja sudah cukup indah dan sempurna tanpa menyamakannya dengan mana-mana bentuk ideologi dan pemikiran.

PAS sebagai sebuah parti politik tidak pernah menjadikan Islam sebagai bahan dagangan politik untuk mendapatkan kuasa, apalagi menjadikan Islam sebagai mangsa demokrasi sehingga isi kandungannya boleh dipisah-pisahkan sesuka hati. Sebaliknya, PAS komited menjadikan Islam sebagai teras perjuangan dan menjadikan Malaysia ini Negara yang berkebajikan adalah selaras dengan misi ini.

Bahkan Allah Ta’ala melantik seluruh umat manusia, tidak terkecuali walau seorangpun, sebagai khalifah yang menjadi wakil pemerintahan di muka bumi. Bermakna, manusia seluruhnya memikul tanggungjawab untuk memakmurkan dan memelihara dunia ini dengan penuh keharmonian dan keadilan.


Muhammad Ismi Mat Taib
Penolong Setiausaha Dewan Ulama’ PAS Pusat.

Khairy perlu muhasabah kenyataan Ngeh Koo Ham.

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Sebagai Ketua Pemuda UMNO, Saudara Khairy Jamaluddin seharusnya muhasabah diri dan menerima kenyataan Ngeh Koo Ham dengan jiwa besar. Sebagai sebuah Parti Melayu yang paling utama, malah menjadi penaung kepada parti Kerajaan Barisan Nasional, kenyataan Ngeh Koo Ham sebenarnya ada kewajarannya.

Sebagai umat Islam, menjadi tanggungjawab kita untuk menyatakan pendirian terutama dalam isu sensitif yang melibatkan peribadi Nabi Muhammad SAW. Sebagai umat Islam kita wajib menyatakan bantahan kita terhadap penghinaan yang dilakukan dan demonstrasi yang bakal dilakukan esok sebenarnya terlalu kecil jika dibandingkan dengan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Bahkan, umat Islam bertanggungjawab membela dan mengorbankan nyawa dan harta sekiranya diperlukan untuk memastikan maruah Islam tidak diperlekehkan oleh musus-musuh Islam.

Namun begitu, sebagai parti pemerintah, sekadar berdemokrasi sebenarnya tidak memadai  buat UMNO kerana mereka sewajarnya mampu untuk berbuat lebih daripada itu. UMNO perlu menunjukkan kewibawaan mereka sebagai parti yang kononnya membela umat Islam dan Melayu di Malaysia.

Muhammad Ismi Mat Taib
Penolong Setiausaha Dewan Ulama’ PAS Pusat.

Kafir harbi: Apa tindakan terhadap media

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah tindakan yang telah diambil terhadap mana-mana pihak terutama media yang telah menghukum sebahagian rakyat bukan Islam di negara ini sebagai kafir harbi.

Demikian antara soalan bagi jawab lisan yang dikemukakan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Kedua Belas (2012) yang akan bermula 24 September hingga 27 November 2012.

Berikut adalah soalan-soalan yang dikemukakan beliau sepanjang persidangan Dewan Rakyat nanti.

1. Minta Perdana Menteri menyatakan apakah kesan positif yang diperolehi oleh Negara dengan menggunakan perkhidmatan syarikat perundingan FBC Media yang turut membabitkan perundingan dengan seorang pelobi pro Zionisme, Joshua Trevino?


2.  Minta Perdana Menteri menyatakan apakah hasil daripada Sidang Kemuncak Luarbiasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang diadakan di Kota Suci Mekah pada 14 hingga 15 Ogos 2012 yang lalu?


3.  Minta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia khususnya melalui pertubuhan serantau ASEAN dalam menangani pembunuhan eramai-ramai etnik Rohingya di Myanmar?


4. Minta Perdana Menteri menyatakan mengapa beliau tidak menghadiri Sidang Kemuncak Bumi (Rio + 20) yang diadakan di Rio de Janeiro, Brazil, pada 20 hingga 22 Jun 2012 yang lalu, sedangkan sepatutnya Malaysia diwakili oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri sebagaimana dua siding Kemuncak Bumi padatahun 1992 dan tahun 2002 sebelum ini?


5. Minta Perdana Menteri menyatakan sehingga bila jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan terus di sandang oleh beliau, sedangkan kementerian berkenaan memikul peranan yang sangat besar dalam menerajui pencapaian NKRA sektor “Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah (LIH)”?

6.  Minta Menteri Pelajaran menyatakan berapakah bilangan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) yang telah mendaftar dengan kementerian sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), dan bagaimana pula bentuk bantuan kepada SAR dan SAN yang tidak berdaftar sebagai SABK?


7. Minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah status Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dari segi kelayakan memasuki Universiti al-Azhar, Mesir, setelah university tersebut memperkenalkan Ujian Kemasukannya (Imtihan Qabul) sendiri?


8. Minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah tindakan yang telah diambil terhadap mana-mana pihak terutama media yang telah menghukum sebahagian rakyat bukan Islam di Negara ini sebagai kafir harbi,kerana hukuman seumpama itu boleh menggugat ketenteraman kaum di Malaysia?


9. Minta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan berhasrat untuk mengkaji semula Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, berikutan banyaknya desakan daripada badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan individu-individu perseorangan yang menuntut akta tersebut dikaji semula?


10. Minta Perdana Menteri menyatakan berapa kouta jamaah haji Malaysia pada tahun 2012, dan berdasarkan pada jumlah itu benarkah kouta tersebut terjejas disebabkan tuntutan BERSIH 3.0 baru-baru ini?

harakahdaily/-

[ISU KUOTA HAJI] Kebenaran Terserlah, Menteri Agama, Jamil Khir Pendusta

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Arab Saudi tolak permohonan tambah kuota haji

Arab Saudi menolak permintaan 40 negara untuk menambah kuota haji mereka tahun ini kerana projek-projek pembangunan sedang berjalan di di dua bandar suci Mekah dan Madinah, lapor akhbar-akhbar tempatan di negara itu hari ini.

"Kementerian memohon maaf kepada semua negara yang telah memohon untuk menambah bilangan jemaah mereka tahun ini (kerana) projek-projek besar pembangunan di Mekah dan Madinah yang menjadikannya sukar untuk menampung jumlah yang lebih ramai," kata Menteri Haji Bandar al-Hajjar, lapor AFP.

Setiap negara Islam diberi kuota haji sebanyak 1,000 jemaah bagi setiap sejuta.

Sistem kuota dikenakan selepas tindakan polis Arab Saudi untuk menghalang demonstrasi jemaah Iran mengadakan bantahan anti-Amerika dan anti-Israel pada tahun 1987, mencetuskan pertempuran di mana 402 orang terkorban, termasuk 275 rakyat Iran.

Tahun lepas, hampir tiga juta jemaah Islam mengerjakan haji yang merupakan satu perhimpunan tahunan terbesar di dunia.

Sebelum ini kerajaan Malaysia dilapor berusaha mendapatkan kuota tambahan untuk 10,000 jemaah, sekali gus mengurangkan jumlah yang keciciran pada tahun ini.

Kerajaan sebelum ini mengaitkan pengurangan kuota haji dengan demonstrasi BERSIH 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lalu.

Ulasan GB

Akhirnya kebenaran terserlah!

Kuota haji disekat TETAPI ia melibatkan 40 negara dan kerana projek-projek pembangunan sedang berjalan di di dua bandar suci Mekah dan Madinah, bukan kerana BERSIH.

GB dah kata dulu. GB tulis di sini: Kuota Haji Akan Disekat? Menteri-menteri UMNO Malaysia Memang Pendusta

Jamil Khir, Anifah Aman dan Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab kerana berdusta. Cuba memburukkan BERSIH tetapi akhirnya pendustaan itu tidak menjadi.

Menteri-menteri tersebut berbohong semata-mata untuk menakut-nakutkan rakyat dengan mempermainkan kuota haji melalui fitnah terhadap BERSIH dan kerajaan Arab Saudi, kononnya kerajaan Arab Saudi akan menyekat kuota haji tahun ini.

Ketiga-tiga menteri itu lansung tidak takut dosa. Tak takut Tuhan dan tak takut lidahnya dikerat kerana berbohong dan berdusta.

Tidak mengapa, kita serahkan mereka kepada Allah swt untuk membalas segala perbuatan hina mereka itu.

kelab grennboc/- 

Wanita bom bas mini di Afghanistan

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KABUL - Seramai 12 warga tempatan maut termasuk tujuh warga asing selepas seorang wanita nekad melakukan serangan berani mati di dalam sebuah bas mini di Kabul, Afghanistan.

Serangan bermotifkan dendam itu, dilakukan kumpulan berkaitan militan Hezb-e-Islam.

"Penyerang yang juga seorang wanita memakai jaket bom, meletupkan dirinya," kata jurucakap Hezb-e-Islami, Zubair Sediqqi.

Wanita itu dilaporkan meletupkan dirinya sebaik sahaja bas mini berkenaan berhenti untuk mengisi petrol dekat lapangan terbang itu.

Polis kanan, Mohammad Dawod Amin berkata, orang awam yang berada berhampiran lokasi kejadian turut terkena tempias letupan sekali gus memberi amaran bahawa militan memiliki keupayaan melepasi kawalan keselamatan polis dan tentera.

"Mereka menyasarkan van mini petugas luar negara yang mempunyai kontrak dengan Amerika Syarikat (AS)," kata Amin.

Polis berkata, serangan berani mati melibatkan penyerang wanita adalah yang pertama kali berlaku di Afghanistan dan tujuh mangsa luar yang terbunuh merupakan juruterbang daripada Rusia, Afrika yang bertugas untuk syarikat penerbangan antarabangsa.

"Bandar ini mencatatkan jumlah kematian orang asing paling tinggi sejak April lalu apabila juruterbang tentera udara negara menembak mati lapan pesawat tentera udara AS selepas terlibat dalam satu pertengkaran," katanya.  - Reuters

Lapangan Terbang Sydney Catat Bilangan Penumpang Tertinggi

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

MELBOURNE: Lapangan Terbang Sydney mencatatkan bilangan penumpang tertinggi, termasuk dari Malaysia, pada Ogos berikutan pertumbuhan ketibaan antarabangsa dan pemulihan pasaran domestik.
Lapangan terbang itu mencatatkan peningkatan 5.7 peratus penumpang kepada 3.1 juta pada Ogos berbanding bulan yang sama tahun lepas.

 Bilangan penumpang itu adalah yang tertinggi pada keseluruhan Ogos yang pernah dicatatkan, kata Lapangan Terbang Sydney dalam satu kenyataan.

Trafik domestik meningkat 4.9 peratus kepada 2.1 juta penumpang manakala penumpang antarabangsa meningkat 7.0 peratus kepada 993,000.

Ketua Eksekutif Kerrie Mather berkata bilangan penumpang domestik meningkat bagi bulan ketiga berturut-turut apabila syarikat penerbangan tempatan menambah lebih banyak penerbangan dan tempat duduk.

Peningkatan yang besar penumpang juga dicatatkan dari Singapura, Malaysia, Indonesia, China dan India pada Ogos, kata Mather.

Umat Islam mesti bangkit kecam hina Rasulullah

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Kami dari Majlis Penyelidikan Dewan Ulama PAS Pusat, sesungguhnya merasa amat kesal dengan tragedi penghinaan kepada Rasulullah SAW melalui filem yang mengaibkan baginda dan menyeru seluruh umat Islam bangkit mengecam dan menentang sebarang bentuk penghinaan sebegini.

Sudah sekian kalinya, penghinaan terbuka secara sengaja oleh musuh-musuh Islam berlaku. Inilah malang dan mala petaka apabila umat Islam tidak cakna dan prihatin terhadap agama dan Nabi-Nya, lompang yang kosong dan ruang yang ada digunakan oleh musuh Islam dengan sewenang-wenangnya terhadap kekasih umat yakni Rasulullah SAW.

Sesungguhnya umat Islam mampu bersabar dalam menghadapi mehnah, tribulasi dan liku-liku perjuangan hidup tetapi kesabaran ada had dan batasnya. Ini kerana mempertahankan Rasulullah SAW lebih aula dan sewajibnya melebihi ibu bapa hatta diri sendiri. Inilah yang kami imani dan yakin seperti yang diarifkan oleh sejarah para sahabat, tabiin dan salaf al-soleh.

Justeru, kami cadangkan semua umat Islam bertindak seperti berikut:

- Menghantar nota bantahan kepada Kedutaan Amerika dan PBB. Ini kerana dalam Konvensyen Antarabangsa dan Mesyuarat Tahunan PBB yang sememangnya mengutuk apa jua jenis pencabulan terhadap mana-mana kepercayaan agama suci, perutusan berkaitan agama dan kitab suci masing-masing.

- Menjelaskan kebobrokan dan penipuan filem tersebut. Penghinaan terhadap agama Islam dan pelan Islamofobia barat mula menular sejak penulis dari British yang menghina Islam iaitu Salman Rushdi dalam bukunya yang berjudul ‘Kesucian Nabi’ dalam Islam pada tahun 1988.

- Mengajak Perdana Menteri dan barisan kabinetnya sebagai kerajaan yang sah dengan menghantar Surat Bantahan kepada Kerajaan Amerika.

- Mengesyorkan kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Komunikasi supaya bertindak pantas terhadap sebarang media yang menyiarkan dengan sewenang-wenangnya filem tersebut.

- Mengajak umat Islam bersatu mempertahankan Rasulullah SAW dengan menekuni sirah, sunnah dan hadisnya.

- Mengutuk sebarang penyiaran filem anti Islam dan tindakan mencabul kehormatan Islam sama ada filem luar negeri mahupun dalam negeri.

- Sudah sampai masanya kerajaan, sebagai contoh melalui JAKIM menubuhkan unit khas menjawab segala syubhah dan keraguan serta penghinaan seringkali dilemparkan kepada Islam. Ini supaya kenyataan dan tindakan perlu diselarikan yang menunjukkan kesepakatan dan muafakatnya umat Islam.

JAKIM serta badan agama negeri hendaklah menulis khutbah khas dan juga buku yang khas dalam menjawab sebarang fitnah dan tuduhan liar lagi jahat terhadap Baginda SAW dan Islam.

Begitu juga kajian mendalam berkenaan dengan jawapan yang terbaik melalui media massa serta artikel dan juga syarahan perlu menjadi agenda dalam mempertahankan baginda SAW.

Termasuk dalam penghinaan kepada Rasulullah SAW ialah tidak mengikut sunnahnya bahkan menentang segala syariatnya seperti tidak melaksanakan hudud dan memperlekehkan hukum Islam.

Ingatlah jika sekiranya kita berpaling, nescaya Allah akan menggantikan kaum yang lain bukan seperti kita bahkan jauh lebih baik untuk memperjuangkan agama-Nya.

Sesungguhnya, mulianya kita selama mana mempunyai izzah dengan Islam dan rasulnya sebaliknya hinanya kita apabila luntur keyakinan dan pegangan kepada agama Islam.

Ya Allah, kami menadah tangan munajat kepada-Mu supaya menetapkan hati-hati kami dan pendirian kami dalam mentaati-Mu dan memelihara agama-Mu dan nabi-Mu.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami atas kelemahan kami dalam mempertahankan nabi-Mu. Amin.

Penulis ialah Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat & Majlis Penyelidikan Dewan Ulama PAS Pusat

Banduan Lepaskan Diri Dari Kereta Polis Ditangkap Semula

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUANTAN – Seorang banduan yang baru dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan dadah bertindak agresif dengan bergelut dan menendang anggota polis yang mengiringinya menyebabkan kereta polis yang mereka naiki terbabas dan merempuh belakang sebuah lori.

Kejadian pada pukul 11.45 pagi di Jalan Kuantan-By Pass dekat Taman Dato Rashid di sini itu menyebabkan tiga anggota polis cedera parah manakala banduan itu pula berjaya melarikan diri.

Anggota polis yang cedera ialah pemandu kereta polis, Konstabel Filyx Lansaver Jinol, 25, Koperal Zulhairi Ramli, 24, dan Koperal Abd. Rashid Ahmad, 51.

Kesemua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusuff berkata, ketika kejadian, kereta polis berkenaan dalam perjalanan membawa banduan terbabit yang baru dijatuhkan hukuman atas kesalahan mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1953.

Mereka bertolak dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Berang, Terengganu menuju ke Penjara Penor di sini.

“Sampai di tempat kejadian banduan terbabit, Roslan Ismail, 32, tiba-tiba bertindak agresif dan bergelut dengan anggota polis sebelum menendang pemandu hingga menyebabkan kereta polis hilang kawalan. Kereta itu terbabas dan melanggar sebuah lori rosak yang diletakkan di bahu kiri jalan menghala ke Kuantan.

“Selepas kejadian itu, banduan terbabit bertindak melarikan diri dengan tangan bergari menuju ke kawasan hutan berhampiran taman berkenaan,” kata beliau kepada pemberita di sini.

Menurut beliau, seorang saksi yang berada di tempat kejadian cuba mengejar banduan terbabit dan menyuruh banduan itu menyerah diri namun dia tidak mengendahkan arahan itu dan terus menghilangkan diri.

Beliau berkata, pemandu lori berkenaan, Mohd. Zamri Abdul Kadir, 22, yang sedang menggantikan tayar sebelah kiri lorinya yang pancit di situ turut mengalami kecederaan di betis kiri akibat rempuhan kereta polis yang membawa banduan itu.

“Polis kini membuat sekatan jalan di sempadan daerah Kemaman, Maran, Temerloh dan Pekan bagi memburu banduan terbabit,” kata beliau.

Polis pada pukul 10.25 malam tadi berjaya memberkas semula banduan itu ketika penjenayah terbabit pergi ke rumah penduduk di Taman Dato Rashid untuk meminta air dengan tangan masih bergari.

Banduan yang berasal dari Terengganu itu dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan sepuluh sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu berkuat kuasa pada 28 Jun lepas.

kelab greenboc/- 

Fitnah: Presiden PAS saman Mashitah

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menyaman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berhubung tulisannya yang mengandungi unsur fitnah.

Fail tersebut difailkan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Mazwan dan Nasar.

(Gambar: Ahmad Samsuri bersama peguam bercakap kepada media.)

Tuan Guru Abdul Hadi menamakan Mashitah sebagai defendan pertama dan akhbar Sinar Harian sebagai defendan kedua.

Bercakap kepada pemberita, Ahmad Samsuri menyifatkan tulisan berbentuk fitnah tersebut keterlaluan dan memalukan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
"Sebelum ini kita sudah minta Mashitah dan Sinar Harian buat permohonan maaf terbuka tapi mereka tidak berbuat demikian maka kita ambil tindakan samanlah," katanya yang ditemani peguam Mazwan Johar dan Nasar Khan.

Sebelum ini, Shamsuri berkata pihaknya akan mendapatkan nasihat peguam sebelum satu langkah diambil berhubung tulisan tersebut.

Pada 2 Mac lalu, Mashitah dalam tulisannya di akhbar Sinar Harian mengaitkan penahanan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon dengan beberapa skandal seks kononnya membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Dalam tulisannya, Mashitah menyebut Abdul Hadi pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu dan mengambilnya sebagai isteri ketiga, bagaimanapun ia dinafikan Abdul Hadi.

harakahdaily/-

Umat Islam digesa sertai bantahan hina Nabi esok

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa agar semua umat Islam agar dapat turun beramai-ramai menyertai protes aman membantah penerbitan filem “Innocence of Muslims” yang menghina Rasulullah SAW.

Protes tersebut akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat esok, 21 September 2012.

“Dengan komitmen semua pihak tanpa mengira parti politik ini, saya mengira ia sebagai isyarat yang cukup jelas bahawa umat Islam tidak pernah meredhai sebarang aktiviti yang menghina Rasulullah SAW dalam apa jua bentuk sekalipun,” ujar beliau dalam satu kenyataan.

Di dalam masa yang sama, kata beliau ia sewajarnya juga menjadi pengajaran berguna kepada sesetengah pihak di kalangan umat Islam sendiri yang tergamak menolak syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

“Harapan saya agar protes berkenaan dapat berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya.

harakahdaily/-

Islam bolehkan pemindahan rahim wanita

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



IPOH - Pemindahan rahim seorang wanita kepada wanita lain menerusi pendermaan organ dibolehkan dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, walaupun ketiadaan organ peranakan itu tidak menjejaskan nyawa seseorang, hukum menderma rahim adalah harus.

"Bagaimanapun, dengan syarat rahim tersebut adalah daripada wanita yang sudah meninggal dunia dan penerima organ pula merupakan wanita mandul.

"Pemindahan rahim juga bertujuan untuk mendapat zuriat sesuai dengan perintah Allah di dalam al-Quran," katanya sewaktu menjawab soalan seorang peserta pada Forum Pendermaan Organ di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini semalam.

Selain Harussani, turut menjadi panel pada program anjuran Unit Pendermaan Organ HRPB ialah Ketua Pengurus Perolehan Transplan Kebangsaan, Datin Dr. Fadzilah Zowiyah Lela Yasmin Mansor dan Pengurus Klinikal Transplan Kebangsan, Dr. Mohamed Anis Abd. Wahab.

Pembedahan pemindahan rahim pertama berjaya dilakukan Dr. Omer Ozkan di Hospital Universiti Akdeniz di Antalya, Turki pada 9 Ogos tahun lalu melibatkan seorang isteri muda, Derya Sert, 22, yang dilahirkan tanpa organ peranakan.

Dalam perkembangan sama, Harussani memberitahu, tiga syarat lain menderma organ dalam Islam adalah penderma mesti disahkan telah meninggal dunia, mendapat kebenaran keluarga penderma dan tidak melibatkan urusan jual beli.

Beliau berkata, kebenaran ahli keluarga amat penting kerana dari segi syarak, mereka berhak terhadap jenazah bakal penderma biarpun individu terbabit telah menandatangani akujanji pemindahan organ semasa hayatnya.

Fadzilah Zowiyah pula memberitahu, berdasarkan pengalamannya, kes halangan daripada ahli keluarga dalam isu pendermaan organ berlaku kerana mereka tidak pernah dimaklumkan mengenai perkara itu sewaktu hayat bakal penderma.

"Jarang ahli keluarga membantah sekiranya mengetahui lebih awal hasrat si mati untuk menderma organ.
"Oleh itu, saya sarankan individu yang berhasrat untuk terlibat dalam program tersebut agar menghebahkannya terutama kepada ahli keluarga terdekat," katanya.

kosmo/-


Jurutera pakai 302 helai seluar dalam untuk cipta rekod dunia


4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

LONDON: Gara-gara mahu mencipta nama dalam rekod dunia, seorang bapa berusaha menyarung lebih 300 seluar dalam untuk mendapat pengiktirafan Rekod Dunia Guinness.

Menggelar dirinya “Pantsman,” Gary Craig berjaya memakai 302 seluar sekali gus dan usaha itu membolehkan namanya tercatat dalam rekod dunia Guinness. Berasal dari Whitburn, Tyneside Selatan, Craig, 52, tahun lalu pernah mencatat rekod dunia bagi kategori sama dengan memakai 211 seluar dalam . Bagaimanapun, rekodnya diatasi Janine Keblish yang mengenakan 252 seluar dalam pada Februari lalu. Craig seorang jurutera mencipta rekod baru itu di Gypsies Green di Shields Selatan. - DM

Kebakaran kilang petroleum Mexico, 26 maut

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

REYNOSA - Letupan yang disusuli kebakaran di kilang pemprosesan gas asli Pemex, utara Mexico berhampiran sempadan Amerika Syarikat (AS), kelmarin menyebabkan sekurang-kurangnya 26 pekerja terbunuh.

Televisyen tempatan menyiarkan api yang sedang marak menjulang tinggi semasa letupan berlaku di stesen pemampatan gas berhampiran bandar Reynosa, iaitu lokasi utama aliran gas daripada AS ke Mexico.

Ini adalah insiden yang terburuk setakat ini, ketiga berlaku dalam tempoh lima minggu, melibat syarikat minyak Pemex di bawah kendalian kerajaan di Tamaulipas, sebuah kawasan terdedah kepada ancaman serangan kumpulan-kumpulan dadah.

Bagaimanapun, eksekutif tertinggi Pemex memberitahu pihaknya menganggap kebakaran yang berlaku berunsur kemalangan.

Subkontraktor tempatan, Victor Barrera berkata, semasa paip berkenaan meletup dia berada hanya 30 meter dari lokasi kejadian.

"Seorang rakan datang memaklumkan kepada saya kirakira 40 orang sedang bertugas semasa tangki itu meletup.

Saya hanya mampu lari untuk selamatkan diri dan tidak sempat membantu rakan-rakan," katanya.

Empat yang terbunuh adalah kakitangan Pemex, dan 22 yang lain adalah pekerja kontrak, selain tujuh pekerja lagi dilaporkan masih hilang.

Setakat ini, seramai 28 orang dimasukkan ke hospital dan dua daripada mereka dilaporkan kritikal. - 
Reuters

Ramalan Dr M akan salah lagi rasanya...

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Betulkah pandangan Dr Mahathir yang BN akan menang tipis dalam PRU yang akan datang? Ada yang bertanya samada ramalan ramai yang UMNO akan tumbang ada kebenarannya.. Dr Mahathir meramalkan kemenangan untuk BN, tetapi kemenangan yang tipis. Dr Mahathir juga mengakui yang BN akan menjadi kerajaan yang lemah dan akan menghadapi masalah ‘defection’ selepas pilihanraya dan sebagainya. Mahathir meramalkan yang BN akan mendapat majoriti 2/3 jika BN menghadapi PRU kali ini dengan lebih kuat dan melakukan pemilihan calon dengan tepat.

Keupayaan Dr Mahathir untuk menelah keputusan PRU itu menjadi persoalan kepada yang berfikir. Dalam pada UMNO menghadapi masalah yang besar sekarang, mana mungkin UMNO itu akan mendapat kemenangan majoriti 2/3 di Dewan Parlimen? Walau bagaimana pun sesiapa sahaja termasuk Dr Mahathir sendiri berhak untuk meramalkan keputusan PRU itu nanti, kerana pilihanraya itu pun belum diadakan lagi.

Pihak lain pula ramai yang meramalkan Pakatan Rakyat (PR) akan menang ‘hands down’ dan akan melakukan perubahan besar kepada lanskap politik buat pertama kali dalam sejarah kemerdekaan negara kita. Dr Mahathir berkata yang Pakatan Rakyat ini hanya sekumpulan manusia yang berpakat-pakat untuk melakukan kejahatan. Tetapi semua pakat-pakat yang beliau lakukan sekarang terbukti sebagai pakat-pakat jahat untuk kepentingan segelintiran pemimpin dan kroni-kroni mereka sahaja.

Salah satu dari dua ramalan itu akan menjadi kenyataan: samada yang mengatakan BN akan kalah atau pun pihak yang mengatakan BN akan kekal memenangi PRU itu nanti. Tetapi apa yang hendak saya nyatakan di sini ialah, tidak semua ramalan Dr M itu menjadi kenyataan. Ramai yang berkata Dr Mahathir hanya berkata-kata dengan apa yang beliau hendak dengar sahaja.

Pada tahun 1985 dahulu beliau meramalkan yang PBS (Parti Bersatu Sabah) yang baru sahaja wujud tidak akan berjaya mengalahkan parti Berjaya dan kerajaan yang dipimpin oleh Harris Salleh di Sabah. Dr Mahathir mempunyai keyakinan seratus peratus yang Berjaya akan dapat mengekalkan mandat dalam pilihanraya negeri pada tahun itu kerana PBS adalah parti baru dan tidak mungkin berjaya.

Dr Mahathir begitu berkeyakinan yang Berjaya akan berjaya dan beliau terus memberikan sokongan terbuka kepada Berjaya untuk mengekalkan kuasa di Sabah. Dr Mahathir dalam ucapan beliau di Sabah dalam kempen pilihanraya itu telah berucap dengan penuh keyakinan dan beliau berjanji yang beliau akan berenang atau tenggelam bersama Berjaya.

Akhirnya Berjaya telah tumpas dengan teruknya sehinggakan Harris Salleh sendiri telah kalah di kawasannya sendiri, di Tenom. Tetapi Dr Mahathir berubah pendirian dan tidak mahu tenggelam bersama Berjaya seperti yang beliau janjikan semasa kempen pilihanraya itu. Dr Mahathir sedar yang beliau telah tersalah membuat ramalan terhadap keputusan pilihanraya negeri itu. Dr Mahathir terus berenang dan membiarkan sahaja Harris Salleh tenggelam sendirian.

Sesungguhnya tidak mustahil jika UMNO mengalami keadaan seperti yang di alami oleh Berjaya. Apabila rakyat mahukan perubahan, keadaan itu akan wujud dengan sekelip mata sahaja.

Rakyat akan menolak dan meruntuhkan parti yang telah terlalu lama menjadi ‘sanctuary’ kepada semua pemimpin-pemimpin dan kroni-kroni yang rakus selama ini.

Rasanya Dr Mahathir akan tersalah ramal lagi kali ini... - 

harakahdaily/-

Pemberian tunai Najib ‘hampiri’ beli undi - Dr M

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) mengakui bahawa tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak membuat pemberian tunai kepada rakyat Malaysia melalui beberapa polisi pro-rakyat menghampiri kepada pembelian undi.

Akan tetapi, bekas perdana menteri (PM) mengatakan bahawa kerajaan sudah tidak mempunyai cukup masa oleh sebab pilihan raya semakin hampir dan Barisan Nasional (BN) perlu menang dengan mandat besar untuk mengukuhkan kuasa terhadap Putrajaya.

“Saya tidak percaya dengan memberi wang kepada rakyat. Saya percaya dengan memberikan kemudahan.

“Tetapi saya rasa apabila kerajaan sudah tidak mempunyai masa dan pilihan raya semakin hampir, mereka akan menggunakan cara ini,” kata Dr Mahathir dalam ucapan pembukaan dalam Forum CEO anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana sebagaimana dilaporkan The Malaysian Insider hari ini.

“Jika anda memberi orang sedikit wang dan mereka harus menyokong (anda). Mungkin ia bukanlah membeli undi ... tetapi ia adalah sangat dekat degan itu,” katanya, disambut ketawa daripada penonton.

Kerajaan dijangka mengumumkan pusingan kedua pemberian wang tunai RM500 kepada isi rumah berpendapatan rendah semasa Bajet 2013 dibentangkan minggu depan, satu langkah yang dipercayai bertujuan meningkatkan Najib dan penilaian terhadap pakatan BN menjelang pemilihan dijangka tidak lama lagi.

Pusingan pertama pemberian tunai di bawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang melibatkan kira-kira lima juta keluarga dan wang pembayar cukai berkos RM2.6 bilion telah dilihat penilaian kelulusan Najib meningkat sehingga 69 peratus, sebahagian besarnya disebabkan oleh lonjakan sokongan dari miskinisi rumah.

Sepanjang ucapannya, Dr Mahathir berulang kali menyebut pemberian wang tunai pentadbiran Najib, pada satu titik walaupun mengatakan bahawa “beliau (Najib) mempunyai wang yang banyak”.

“Sekarang kita mempunyai seorang lelaki baru sebagai ketua (kerajaan),” katanya apabila mengingatkan penggantian perdana menteri selepas dia meletak jawatan pada tahun 2003.

“Saya tidak akan mengatakan apa-apa yang buruk mengenai beliau kerana saya menyokong BN.

“Satu-satunya perkara yang saya akan katakan adalah bahawa dia mempunyai banyak wang dan dia menghadiahkan wang kepada semua orang.

“Pada masa saya, saya tidak memberikan wang saya dapat telah pun diberikan wang untuk diri sendiri tetapi saya tidak. Saya rasa saya membuat kesilapan di sana,” katanya secara berseloroh.

Najib akan membentangkan Bajet pada 28 September dan selain pemberian BR1M kedua, beliau dijangka mengumumkan langkah-langkah lain untuk meningkatkan perbelanjaan domestik dan ekonomi dalam usaha untuk menuju prospek ekonomi semakin teruk kerana dia bersedia untuk memanggil pilihan raya pertama beliau.

Ekonomi berkembang pada kadar yang mengejutkan sebanyak 5.4 peratus pada suku kedua, bertiup dari jangkaan ekonomi ‘dan berpotensi menimbulkan faktor rasa-baik menjelang pilihan raya umum.

Tetapi berita baik dijangka adalah tidak untuk bertahan sebagai prospek global berkemungkinan akan menjejaskan eksport Malaysia.

Menghairankan pertumbuhan pada suku kedua ekonomi walaupun eksport lemah adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh penampan projek pembinaan yang berterusan dan peningkatan perbelanjaan disebabkan oleh kenaikan gaji penjawat awam dan pemberian tunai kerajaan, berkata ekonomi, yang boleh menunjukkan kepada pertumbuhan tidak sekata pada bulan-bulan akan datang.

harakahdaily/-


Waris bayi dicari

4 Zulkaedah 1433H. 

[MOD] - SHAH ALAM – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjejak waris bayi berusia sembilan bulan yang tinggalkan ibu kandungnya sejak lahir. Bayi berkenaan dilahirkan pada 27 November 2011 di Hospital Selayang Selangor. 

 Difahamkan, bayi tersebut diserahkan kepada sepupu ibu kandungnya yang menetap di Kepong. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris bayi itu diminta datang ke JKM berdekatan atau menghubungi Napsiah Leb di talian 019-3038873.

 sinar harian/

[BONGKAR] Skandal Noh Omar.. Memiliki Kekayaan Luar Biasa Bhgn 1

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 

Maklumat yang akan didedahkan di bawah ini adalah bersumberkan dari para pegawai Kementerian Pertanian (MOA) dan Kementerian Kewangan (MOF) yang sudah tidak tertanggung lagi untuk menutup kepincangan yang dilakukan oleh Menteri Pertanian Datuk Noh Omar berhubung isu 'benih'...

Oleh Warga MOA

(Melibatkan– Noh Omar Menteri MOA, Dato’ Hashim KSU MOA dan Datin Naimah Pengarah IPB (Industri Padi Beras)

Menteri Pertanian, Noh Omar telah menyalahgunakan kuasa bagi tender benih padi sah kepada petani tahun 2013/2014. Lihat surat dari Kementerian Kewangan bertarikh 20 Julai 2012 mengenai perkara ini.

Telah disahkan pihak MOF oleh Dato Fauziah Yaacob, Bahagian Perolehan Kerajaan (para 2) bahawa proses penilaian teknikal dan perakuan tender tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan dalam dokumen tender dan tidak selaras dengan prinsip-prinsip tender (terdapat 3 kriteria yang dinyatakan).

MOF pada para 3 menyatakan disebabkan keperluan benih yang mendesak serta faktor kesegeraan bagi musim penanaman semasa, maka MOF bersetuju dengan anggaran kos RM164.8juta. MOF pun kena tipu dengan Noh Omar. Tidak ada keperluan mendesak kerana tender yang tamat boleh dilanjutkan secara bulanan (Amalan biasa MOA selama ini). Tiada masalah keperluan benih padi yang mendesak kerana benih padi yang sedia ada mampu memenuhi permintaan sehingga Mac 2013 dan musim penanaman padi antara negeri-negeri tidak serentak.

Noh Omar takut mengenai kedudukannya sebagai menteri MOA jika berlaku pilihanraya awal, sebab itu beliau dengan tergesa-gesa mengarahkan agar tender ini dibuat dengan kadar segera. Tender telah dikeluarkan pada 29 Mac 2012, walaupun kontrak tamat pada 31 Disember 2012. Tidak pernah berlaku dalam sejarah MOA, benih padi dibuat secara tender tergesa-gesa.

Tender dibuat dalam 2 kategori, iaitu 20,000 tan dan 8,000 tan. Untuk 20,000tan, telah diatur awal khas untuk Syarikat Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd dan Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. (Semua pengusaha-pengusaha benih padi tahu hal ini).

Walaubagaimanapun, Syarikat Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd. mendapat tambahan 2,000tan lagi daripada kuota 8,000tan, menjadikan jumlah keseluruhan 22,000tan.

Noh Omar mengarahkan kontrak ini dibuat untuk tempoh 3 tahun yang tidak pernah dibuat oleh MOA sebelum ini (rujuk keratan akhbar mengenai tender), walaubagaimanapun MOF hanya meluluskan untuk 2 tahun sahaja (amalan biasa).

Syarikat Seri Merbok, dipengerusikan oleh Dato Rais (kroni Noh Omar), bekas EXCO Negeri Sembilan, yang digugurkan daripada menjadi wakil rakyat kerana isu rasuah. Sri Merbok juga mempunyai rekod yang buruk. Petani sering mengadu syarikat ini membekalkan benih padi yang tidak berkualiti, antaranya adalah penyakit padi (seed borne disease - penyakit berpunca daripada benih padi) , penyakit karah, padi angin dan padi tidak tumbuh. Sewaktu lawatan YAB Perdana Menteri ke Perlis pada awal tahun 2012, YAB Perdana Menteri terpaksa meluluskan RM4juta tambahan kepada petani di Kedah dan Perlis untuk menyelesaikan masalah padi angin.

Pada Tahun 2011, pertama kali dalam sejarah padi negeri Kedah berlaku kekurangan benih padi yang amat mendesak berpunca daripada kuota yang terlalu besar diberi kepada Syarikat Seri Merbok.

Satu lagi syarikat kroni Noh Omar adalah Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid yang tidak melepasi syarat yang ditetapkan dalam tender. Syarikat ini hanya mempunyai loji benih berkapasiti 8,000tan sahaja (tidak memenuhi syarat tender 20,000 tan). Walaubagaimanapun dengan kuasa Noh Omar, syarikat ini berjaya menyewa loji MADA di Sungai Burung yang mempunyai kapasiti 4,000tan. Secara teknikal ia masih gagal memenuhi syarat 20,000 tan.

Loji MADA di Sungai Burung disewa dengan kadar RM5,000 sebulan sahaja berbanding dengan loji MADA di Ajil, Terengganu berkapasiti 1,250 tan juga disewa dengan RM5,000 sebulan (syarikat lain yang bukan kroni). Noh Omar telah menggunakan kuasa bagi mengarah MADA menetapkan kadar kepada Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid hanya RM5,000 sebulan.

Agensi Kerajaan seperti BERNAS dan KADA yang terlibat secara langsung dengan industri padi dan masing-masing mempunyai loji berkapasiti 10,000 tan dan 6,000 tan serta memenuhi semua syarat-syarat tender tidak berjaya untuk mendapatkan tender ini. Noh Omar telah memberikan kuota kedua-dua agensi ini pada musim lepas kepada Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid dan Syarikat Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. (kroni Noh Omar)

TKSU MOA, Dato Baharum Jani sebelum ini ialah Pengarah IPB (Industri Padi Beras) telah diganti secara mengejut oleh Datin Naimah yang dibawa khas dari MECD bersama-sama datuk Hashim KSU MOA. Dato Baharum Jani tidak mahu bersetongkol dengan Noh Omar berhubung perkara ini. Datin Naimah adalah orang suruhan Noh Omar di MECD. Selepas Noh Omar keluar dari MECD, MARA (dibawah MECD) menghadapi krisis kewangan serius berpunca salahgunakuasa Noh Omar, ketika menjadi Menteri di MECD.

Kuota keseluruhan benih padi negara adalah 80,000tan. Noh Omar dan konco-konconya menguasai 45,000 tan daripada keseluruhan kuota tersebut (Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd - 22.000tan, Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. - 20,000tan dan Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. - 3,000tan). Jika berlaku apa-apa kepada syarikat-syarikat ini, maka akan berlaku krisis makanan yang serius kepada negara. Noh Omar dijangka mendapat habuan RM30juta daripada skandal ini.

KEKAYAAN LUAR BIASA NOH OMAR

Noh Omar hidup mewah, kaya raya, membeli rumah banglo terbaru berharga RM6juta di Sunway (tidak termasuk kos renovation dan peralatan dalam rumah), jam-jam mewah, kereta-kereta mewah. Pegawai-pegawai beliau seperti Dato' Saiful, Dato' Safie juga hidup mewah kaya raya. Dato' Saiful mampu berbulan madu di London dan tour mengelilingi Eropah (tiket MAS first class). Pegawai Khas beliau, Datuk Bibah mempunyai kereta mewah (Toyota Alphard) beserta pemandu. Tidak ketinggalan juga Bodyguard dan pemandu Noh Omar yang juga hidup mewah dan kaya raya. Begitu juga 10 pegawai-pegawai khas beliau yang lain.

Adalah menjadi harapan kami, warga MOA agar MOF menubuhkan pasukan khas bagi meneliti semula kontrak ini.

Kami pegawai-pegawai MOA, merayu agar YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan MEMBATALKAN segera kontrak ini demi untuk menyelamatkan petani dan industri padi negara. Kami juga merayu agar SPRM segera membuat siasatan mengenai skandal terbesar ini.

Ini adalah satu skandal yang amat serius. Yang menjadi mangsa adalah petani yang miskin. Yang menjadi kaya raya hidup mewah sombong dan bongkak adalah Noh Omar. Noh Omar adalah Menteri Pertanian yang paling korup dalam sejarah Kementerian Pertanian. Beliau umpama lintah darat. Hidup mewah atas keringat dan titik peluh petani yang miskin. Cakap tak serupa bikin. Menuduh orang lain korup, tetapi dialah BAPA KORUP !!!!

Kami warga MOA sekali lagi amat mengharap YAB Perdana Menteri mengambil tindakan tegas kepada Menteri kami yang amat korup ini.

Menteri sekor nie memang banyak masalah, jenis syaitan yang Mahathir dok kata, Kalau jadi MB Selangor mengalahkan Mike Tyson dan Khir Toyo. -kedah.kini
 

Pengerusi & Timb Pengerusi SPR Perlu Letak Jawatan Segera Atau Mahu Masuk Penjara?



4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Pengundi luar negara desak bos SPR undur

Tidak puas hati dengan kelewatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan warganegara Malaysia di luar negara mengundi pos, kumpulan pendesak MyOverseasVote (MOV) mendesak dua pemimpin utama badan itu meletakkan jawatan.

MOV yang ditubuhkan bagi melobi hak mengundi mereka mendakwa pengerusi SPR Atan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Wan Ahmad Wan Omar menipu rakyat Malaysia di negara asing.

SPR juga menghina syor yang dibuat oleh jawatankuasa pilihan khas parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan sistem pilihan raya, yang diluluskan Dewan Rakyat, kata MOV dalam kenyataannya semalam.

MOV merujuk kepada kenyataan Abdul Aziz Jumaat lalu bahawa Pejabat Peguam Negara masih mengkaji sama ada pindaan Akta Pilihan Raya diperlukan bagi membolehkan pengundian pos kumpulan itu.

Sementara itu, MOV juga membariskan kronologi peristiwa yang didakwa menggambarkan SPR tiada hasrat untuk memberikan hak pengundian pos kepada mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

Ulasan GB

Seperti biasa, kedua-dua mangkuk ini akan memekakkan telinganya, TETAPI kita ingin memberi amaran bahawa hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambil tempatnya.

Mereka boleh menipu rakyat Malaysia, tetapi mereka tidak boleh menipu kebenaran apatahlagi Tuhan.

Mengikut pemerhatian GB, berdasarkan kepada tindakan-tindakan kedua-dua penjawat awam ini yang melakukan kerja secara tidak adil dan senget sebelah, mereka akan tetap ke penjara bersama-sama mereka yang curang di dalam perkhidmatan mereka, di satu hari nanti.  


kelab drennboc/-

Tabik dua belah tangan untuk Hashim Jasin

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 

Saya tabik dua belah tangan kepada Pesuruhjaya Pas Perlis Ustaz Hashim Jasin yang membuat pengakuan tidak lagi bertanding dalam pilihan raya akan datang. Pendirian itu dibuat dalam interviu dengan pengarang Harakahdialy Zulkifli Sulong. Saya terharu dan merasa bangga dengan sikap dan pendirian beliau itu. Apa lagi mengharukan walaupun tidak menjadi calon namun sebagai Pesuruhjaya kata beliau sudah dan sedang berusaha membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum nanti. Hashim Jasin: 

Umum tak tanding. Bagi saya pernyataan itu satu keikhlasan tinggi dari seorang tok guru dan juga ketua kepada sebuah parti Islam. Umum tahu beliau adalah pemimpin disegani kawan dan lawan di Perlis. Kedudukan atau pun martabatnya dalam parti sama tinggi dengan timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din. Kedudukan itu menyebabkan usahkan untuk pilihan raya ini, kalau ada 10 kali pilihan raya pun beliau wajar bertanding, 

kerana Hashim adalah tokoh yang tidak ada tolak bandingnya di Perlis. Beliau pernah kalah dan pernah menang sebagai wakil rakyat. Menghadapi zaman pasang surut Pas namun tidak pernah mengalah dan lemah dengan cabaran. Ertinya beliau merasai bagaimana enak dan tidaknya selaku orang politik. Apabila tidak 'temooh' dengan kedudukan itu jelas beliau seorang ikhlas dan tahu membaca perjalanan hidup. Dalam pilihan raya lalu beliau menang kerusi Dun Sanglang dan dengan reputasi yang ada hari ini sekiranya beliau terus menjadi calon di situ beliau mampu mempertahankan kerusi berkenaan. Apa yang benar-benar mengharukan perasaan saya ialah, Hashim rela berkorban untuk tidak ditandingkan walhal kalau Pas berjkaya menawan Perlis dialah bakal MB. 

Tindakan beliau itu wajar diikuti oleh semua khususnya mana-mana wakil rakyat yang kini masih berhajat dan berdoa untuk dicalaonkan lagi walaupun sudah dua atau tiga penggal bertanding dan sudah kehabisan 'reng'. Mungkin bagi mana-mana wakil rakyat mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri masih relvan, kalau diberi laluan bertanding kerana ia boleh membantu kemenangan parti. Tetapi kalau bertanding sekadar hendak melepaskan hutang atau pun kerana tidak bersedia memberi laluan kepada rakan lain sesuatu tidakan yang buruk. Jelas sikap dan pendirian itu sebagai tomak. Saya percaya apa dilakukan Hashim Jasin itu sebagai model atau contoh yang perlu diambil oleh mana-mana wakil rakyat lain. Tindakan itu merupakan masej jelas kepada yang masih terus berangan untuk digelar YB. 

Cara beliau itu juga satu pendidikan atau tarbiyah yang cukup indah sekali. Hendaknya selepas ini akan ada pula kenyataan sama dibuat oleh mana-mana wakil rakyat atau pun tokoh yang kini sakit, sering berulang alik ke hospital ataupun yang penyakit kroniknya sudah dikenali membuat kenyataan dan pendirian sama. Alasan bahawa kesihatannya sudah pulih tidak patut dijadikan modal untuk membolehkan diri dicalon lagi. Jangan sesekali menjadikan penyakit dan keuzuran untuk menangih simpati agar rakyat terus mencalonkan kita. 

Ada lagi kalau kita membayar rakyat sesen dua untuk pergi melobi kita kononnya kita masih diingini dan mampu memikul tanggungjawab. Itu juga dipanggil politik wang atau hakikatnya rasuah. Saya mengira tidak ada mana-mana wakil rakyat atau tokoh Pas yang ingin bertanding melakukan rasuah atau politik pitis. 

Sekali lagi diseru mana-mana wakil rakyat yang uzur dan penyakitnya sudah dikenal pasti berundurlah secara terhormat. Jangan nanti dipaksa berundur baru hendak berbuat demikian ia sesuatu yang tidak manis. Kalau kita sudah tahu kudrat dan keupayaan kita elok kita mengaku dan tidak menjadi munafik kepada diri sendiri. Biarlah kita meninggalkan rekod perkhidmatan dengan cara terbaik bukannya kita diundurkan dengan cara paksaan. Kalau kita berhenti dalam kemenangan kita akan disanjung, tetapi kalau kita berhenti kerana kekalahan, segala rekod perkhimdatan baik selama ini akan terpadam. 

 harakahdaily/-

Nik Aziz: Media pertikai Karpal, tak soal pendirian Umno

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

 SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkritik tindakan sesetengah akhbar yang hanya mempertikaikan kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mengenai hudud dan pendirian parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu. 

 Sedangkan kata beliau, akhbar-akhbar berkenaan tidak mempertikaikan pendirian Umno yang tidak mahu meminda Perlembagan Persekutuan. Menteri Besar Kelantan itu berkata, hukum hudud bergantung kepada Perlembagaan Persekutuan yang diguna pakai oleh "Kerajaan Umno", yang dilaporkan bertentangan dengan hukum tersebut. "Selepas mesyuarat Exco pagi tadi, saya ditanya tentang kenyataan Karpal Singh yang dilaporkan berkata hudud tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan Perlembagaan. 

 "Tapi saya rasa sekarang Umno yang berkuasa hari ini dan menghalang hudud ialah Umno," kata beliau menerusi laman sosial Facebook semalam, mengulas perkembangan terbaru polemik pelaksanaan hukum hudud. Semalam, akhbar tempatan melaporkan Karpal memberi amaran dengan pendirian Nik Aziz yang akan tetap mahu melaksanakan hudud dan bakal memberi kesan tidak baik kepada pembakang pada pilihan raya umum akan datang. "Pas akan diberi nasihat secara mendalam agar mematuhi peruntukan Perlembagaan yang telah diterima pakai sejak negara mencapai kemerdekaan," katanya sebagai reaksi segera kepada pendirian baru Nik Aziz. Justeru, Nik Aziz menambah jika Perlembagaan Persekutuan sendiri bertentangan dengan hudud, ia sendiri perlu dipinda. 

sinar harian/-

‘Temu duga’ untuk perkosa

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 

 KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai perogol bersiri kini diburu polis selepas dua wanita membuat laporan mendakwa mereka dirogol dan disamun penjenayah terbabit yang menggunakan taktik menawar pekerjaan dengan gaji lumayan sehingga RM400 sehari sebelum merogol mangsa. 

Lelaki terbabit dipercayai menggunakan modus operandi mengiklankan tawaran pekerjaan sebagai jurujual melalui beberapa laman web di Internet sebelum memujuk dan memperdaya mangsanya supaya hadir menjalani ‘temu duga’ di bilik hotel bajet di ibu negara. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, 

Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, teruja dengan tawaran gaji lumayan, mangsa yang berhubung melalui e-mel dengan suspek hadir di sesi temu duga sebelum diperkosa dan barang berharga disamun. Menurutnya, pihaknya menerima dua laporan setakat ini dan percaya kedua-dua kejadian jenayah itu dilakukan suspek sama kerana taktik digunakan sama. “Kes pertama dilaporkan pada awal Ramadan lalu, dengan seorang wanita berusia awal 20-an mendakwa dirogol dan disamun seorang lelaki ketika menghadiri temu duga kerja di sebuah hotel bajet di ibu negara. 

 kosmo/-

Wajah Mangsa Dan Suspek Kejadian Pengawal Keselamatan Tembak Rakan


4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

 [Kiri]: Mangsa Hasnol Hafiz Saad, 28 [Kanan]: Suspek Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin, 25 Di dalam kejadian kelmarin yang berlaku pada pukul 3 petang di Jalan Tekah-Aulong berdekatan sebuah pasar raya di Taiping, Hasnol Hafiz Saad, 28, mati akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat di dada. Mangsa ditemui mati di tempat duduk pemandu dengan kecederaan parah di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri. Sementara suspek yang dikenali sebagai Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin, 25, 

menghilangkan diri bersama wang dan selaras senapang. Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai beberapa buah bank di bandar Taiping dimana suspek dikatakan memaksa rakan setugasnya menggunakan laluan lain ketika hendak pulang ke pejabat. Seorang saksi mendakwa, dia melihat suspek melarikan diri bersama beberapa beg mengandungi wang dengan menaiki sebuah kereta Honda Civic hitam yang berada beberapa meter di belakang van keselamatan tersebut. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah berkata,
 pemeriksaan mendapati enam daripada 13 karung berisi wang lesap. “Enam karung itu dipercayai mengandungi wang lebih RM1.2 juta dan siasatan awal mendapati bahagian luar van itu tidak mempunyai kesan dilanggar. Sebaik saja berita berkenaan disiarkan di blog ini semalam, seorang pembaca telah mengirimkan alamat facebook kedua-dua mangsa dan suspek dan gambar-gambar wajah kedua-dua yang terlibat dapat GB perolehi daripada facebook masing-masing. Kepada keluarga Allahyarham Hasnol Hafiz Saad, kita rakamkan ucapan takziah dan semuga tenang menerima dugaan Allah. GB yakin sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga akhirnya.

 kelab breeboc/-

Dr Mariah fail saman dakwa hina raja

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 

 KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud hari ini menyaman seorang pemegang akaun laman sosial Facebook kerana mengaitkan beliau dengan insiden mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu, April lalu. Saman terhadap seorang doktor perubatan itu difailkan pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Tetuan Abdul Aziz dan Yazmin. (Gambar: Dr Mariah bersama peguam di lobi mahkamah.) 

 Bercakap kepada pemberita, Siti Mariah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, saman itu dibuat kerana tulisan itu menjatuhkan maruah beliau sebagai ahli Parlimen. "Saya mengambil tindakan undang-undang terhadap individu ini kerana tulisan itu menuduh saya sebagai biadab di majlis pertabalan," katanya yang ditemani peguam Abdul Aziz Hamzah. Doktor tersebut dalam tulisannya di facebook mendakwa Siti Mariah mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu sewaktu istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara. Dakwaan itu turut mengaitkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidennya, Tian Chua tetapi kedua-dua mereka telah menafikan dakwaan mereka mempersenda dan mengejek Raja Melayu pada majlis pertabalan itu. 

harakahdaily/-

Perenang Malaysia dibenar seberang Selat Inggeris

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 

DOVER – Selepas menunggu lebih 72 jam, perenang Malaysia akhirnya dibenar menyeberangi Selat Inggeris hari ini oleh Persekutuan Renangan dan Jurumudi Selat (CS&PF). Pasukan berganti-ganti akan memulakan renangan sementara perenang solo Estino Taniyu dijangka berenang pagi Jumaat ini kerana bot yang akan memantaunya akan digunakan untuk memantau perenang dari negara lain. 

Pasukan seramai enam orang itu terdiri daripada Mohd Roslan Mohd Zawawi yang mengetuai renangan, Mohd Khairul Faizal Mazli, Mohd Salleh Mahmor, Buranurdin Sali, Sharizal Omar dan Mohd Zulfadhli Mahamad yang akan berenang dari Dover, United Kingdom ke Calais, Perancis dan kembali ke Dover. Mereka akan memulakan ekspedisi kira-kira 1.00 pagi waktu tempatan dan 8 pagi waktu Malaysia. Ekspedisi yang dinamakan ”Ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia” (RPSI1M) adalah di bawah tajaan Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia dan naungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – BERNAMA

Beri geran hasilkan filem cinta kepada Rasulullah

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] - SEOUL: Kartunis Zunar mencadangkan agar 

kerajaan memberikan geran kepada penggiat seni tanah air untuk menghasilkan filem untuk melahirkan kecintaan kepada Nabi Muhamad saw. (Zunar menghasilkan beratus kartun dan membukukannya untuk menyampaikan mesej politik) Dengan cara ini, katanya, ia akan melahirkan kecintaan kepada Nabi Muhamad saw dan menangkis kekeliruan yang ditimbulkan oleh karyawan Barat. Beliau mengulas cadangan mengadakan demo bagi membantah filem yang menghina Nabi Muhamad yang dijadualkan Jumaat ini. 

 "Bagi orang bukan Islam, berdemo dan protes tidak akan menghalang penerbitan karya-karya seperti ini malah akan terus menggalakkan penerbitannya," kata Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anuar Ulhaque dalam satu kenyataannya. Bagi beliau, filem, kartun dan karya-karya seni lain yang mempersenda Nabi Muhammad akan terus dihasilkan oleh orang-orang Barat yang tidak peka dan tidak tertakluk kepada peraturan Islam. "Saya menyeru penerbit/pengarah filem/kartunis dan karyawan Islam lain untuk berlawan 'seni dengan seni' dengan banyak menghasilkan karya-karya tentang Nabi Muhammad dari persepktif Islam sekaligus menangkis kekeliruan yang ditimbulkan oleh karyawan Barat," tegasnya. Karya-karya seni tentang ajaran, pemerintahan, kehidupan peribadi, falsafah Nabi Muhammad jarang dihasilkan oleh karyawan-karyawan Islam.

 "Filem terakhir, dalam pengetahuan saya ialah ialah The Message arahan Moustapha Akkad, terbitan 1976. "Saya juga kesal pemerintah Islam tidak mengambil inisitaif bagi menyediakan dana bagi karyawan Islam untuk menghasilkan karya-karya seni mengenai Nabi Muhammad," tambah beliau yang kini berada di Seoul,

 Korea Selatan dalam kenyataannya. Menurut beliau, pemerintah Islam sebaliknya banyak melakukan rasuah, penyelewengan bagi memperkayakan diri dan kroni. "Pemerintah di Malaysia mengambil komisyen dari kapal selam, mengumpul kekayaan dari hasil balak, manakala pemerintah Islam di Timur Tengah mengumpul harta dengan hasil minyak. "Individu Islam yang kaya pula menghabiskan duit membeli kelab bola sepak Inggeris. "Ini bukan saja tidak membantu penghasilan karya seni mengenai Nabi Muhammad, tetapi menghina Nabi Muhammad!" kata beliau sinis.

 harakahdaily/-

Menanti Jodoh

3 Zulkaedah 1433H. [MOD] - pagi matahari bersinar indah, sekalipun kemarau panjang, hujan telah lama dinanti tak turun juga. namun bunga-bunga kerinduan tumbuh bermekaran. Kerinduan tak tertahankan seolah diri seperti buruk merak yang paling indah dengan sayap yang mengepakkan pesona, berharap sang kekasih memandang penuh takjub dan terkagum. Cinta dan kerinduan hadir menyelinap dan mengguncang sampai pada kerinduan yang mendalam, terkadang air mata tertumpah, "Wahai, kekasih hati, datanglah kemari" Berharap seseorang datang menanggapi gejolak kerinduannya namun sang kekasih hati yang dinanti tak kunjung tiba, dalam kesendirian dan kehampaan menarik napas mendesah, "Ya Allah, sampaikan kapan aku menantimu?" Pagi hari merupakan detik-detik penuh harap, terbersit satu nama kemudian mengayun langkah dalam bayangan wajah yang terindah, menembus waktu dengan bisikan-bisikan penuh syukur dalam hidup. Berdoa memohon pada Allah agar segera mendatangkan belahan jiwanya tetapi doa tak kunjung dikabulkan karena Allah teramat sayang padanya. Allah Maha Cinta menghendaki hambaNya lebih lama berdoa, lebih panjang bermunajat kepadaNya dan lebih banyak berbuat baik pada sesama. Tiada rasa cinta yang tumbuh kecuali Allah telah tanamkan dihati anda. Allah telah tetapkan jodoh anda, kemudian saling mencintai karena Allah, itulah cinta yang mendatangkan kebahagiaan dan kemuliaan di dunia dan akhirat. Sahabatku, jemputlah jodoh anda dengan memperbaiki diri dan tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah, terkadang tanpa kita sadari, kita mendikte Allah tentang jodoh kita. Bisa jadi seseorang yang kita anggap baik, dia adalah buruk untuk kita. seseorang yang kita anggap buruk malah yang baik untuk kita. Maka mohonlah yang terbaik menurut Allah maka yang terbaik pula untuk kita. 

posted by :agussyafii