20 September 2012

Umat Islam mesti bangkit kecam hina Rasulullah

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Kami dari Majlis Penyelidikan Dewan Ulama PAS Pusat, sesungguhnya merasa amat kesal dengan tragedi penghinaan kepada Rasulullah SAW melalui filem yang mengaibkan baginda dan menyeru seluruh umat Islam bangkit mengecam dan menentang sebarang bentuk penghinaan sebegini.

Sudah sekian kalinya, penghinaan terbuka secara sengaja oleh musuh-musuh Islam berlaku. Inilah malang dan mala petaka apabila umat Islam tidak cakna dan prihatin terhadap agama dan Nabi-Nya, lompang yang kosong dan ruang yang ada digunakan oleh musuh Islam dengan sewenang-wenangnya terhadap kekasih umat yakni Rasulullah SAW.

Sesungguhnya umat Islam mampu bersabar dalam menghadapi mehnah, tribulasi dan liku-liku perjuangan hidup tetapi kesabaran ada had dan batasnya. Ini kerana mempertahankan Rasulullah SAW lebih aula dan sewajibnya melebihi ibu bapa hatta diri sendiri. Inilah yang kami imani dan yakin seperti yang diarifkan oleh sejarah para sahabat, tabiin dan salaf al-soleh.

Justeru, kami cadangkan semua umat Islam bertindak seperti berikut:

- Menghantar nota bantahan kepada Kedutaan Amerika dan PBB. Ini kerana dalam Konvensyen Antarabangsa dan Mesyuarat Tahunan PBB yang sememangnya mengutuk apa jua jenis pencabulan terhadap mana-mana kepercayaan agama suci, perutusan berkaitan agama dan kitab suci masing-masing.

- Menjelaskan kebobrokan dan penipuan filem tersebut. Penghinaan terhadap agama Islam dan pelan Islamofobia barat mula menular sejak penulis dari British yang menghina Islam iaitu Salman Rushdi dalam bukunya yang berjudul ‘Kesucian Nabi’ dalam Islam pada tahun 1988.

- Mengajak Perdana Menteri dan barisan kabinetnya sebagai kerajaan yang sah dengan menghantar Surat Bantahan kepada Kerajaan Amerika.

- Mengesyorkan kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Komunikasi supaya bertindak pantas terhadap sebarang media yang menyiarkan dengan sewenang-wenangnya filem tersebut.

- Mengajak umat Islam bersatu mempertahankan Rasulullah SAW dengan menekuni sirah, sunnah dan hadisnya.

- Mengutuk sebarang penyiaran filem anti Islam dan tindakan mencabul kehormatan Islam sama ada filem luar negeri mahupun dalam negeri.

- Sudah sampai masanya kerajaan, sebagai contoh melalui JAKIM menubuhkan unit khas menjawab segala syubhah dan keraguan serta penghinaan seringkali dilemparkan kepada Islam. Ini supaya kenyataan dan tindakan perlu diselarikan yang menunjukkan kesepakatan dan muafakatnya umat Islam.

JAKIM serta badan agama negeri hendaklah menulis khutbah khas dan juga buku yang khas dalam menjawab sebarang fitnah dan tuduhan liar lagi jahat terhadap Baginda SAW dan Islam.

Begitu juga kajian mendalam berkenaan dengan jawapan yang terbaik melalui media massa serta artikel dan juga syarahan perlu menjadi agenda dalam mempertahankan baginda SAW.

Termasuk dalam penghinaan kepada Rasulullah SAW ialah tidak mengikut sunnahnya bahkan menentang segala syariatnya seperti tidak melaksanakan hudud dan memperlekehkan hukum Islam.

Ingatlah jika sekiranya kita berpaling, nescaya Allah akan menggantikan kaum yang lain bukan seperti kita bahkan jauh lebih baik untuk memperjuangkan agama-Nya.

Sesungguhnya, mulianya kita selama mana mempunyai izzah dengan Islam dan rasulnya sebaliknya hinanya kita apabila luntur keyakinan dan pegangan kepada agama Islam.

Ya Allah, kami menadah tangan munajat kepada-Mu supaya menetapkan hati-hati kami dan pendirian kami dalam mentaati-Mu dan memelihara agama-Mu dan nabi-Mu.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami atas kelemahan kami dalam mempertahankan nabi-Mu. Amin.

Penulis ialah Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat & Majlis Penyelidikan Dewan Ulama PAS Pusat

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UMNO LEBIH GANAS TERHADAP ISLAM

Kita sudah begitu banyak melalui peristiwa kutukan kafirun terhadap Nabi saw, namun organisasi yang membentengi umat Islam sejagat seperti OIC dan negara-negara Islam yang kaya masih dalam keadaan selesa dan tidak mengambil peranan sebagai badan yang memperjuangkan ketinggian Islam sehingga hari ini walaupun satu masa dulu ada orang MELAYU UMNO bernama Abdullah Badawi pernah mengetuai badan tersebut ... jadi perkara ini akan pasti terus berulang tanpa rasa ketakutan dari perlaku-laku yang biadap dari puak kafirun ...

Saya lebih merasakan kita harus memperbaiki keadaan dalam NEGARA kita sendiri dan harus berusaha meletakan ISLAM di tempat yang sewajarnya jika kita ini mengakui pengikut Nabi saw.. ...

Terdapat contoh-contoh jelas bahawa UMNO mengkhianati orang ISLAM lebih dari bangsa asing maupun puak kafirun dalam negara ini. Contoh yang masih begitu ketara dan masih menunujukkan yang UMNO lebih ganas dari puak kafirun diluar adalah PERISTIWA PEMBUNUHAN ORANG ISLAM SECARA BERAMAI-RAMAI DI MEMALI. Tidak lama lagi kita akan melalui menenemui tarikh keramat 19 November, apabila kita harus mengenang kembali para syahid yang gugur atas perintah manusia-manusia bertopengkan syaitan yang menjadi pemimpin UMNO ketika itu yang masih ALLAH panjagkan umor mereka yaini MAHATHIR MOHAMAD dan MUSA HITAM. Kedua manusia yang bertopengkan syaitan ini sudah pasti akan mendapat tempat khusus mereka dalam NERAKA jahanam kerana membunuh pejuang ISLAM yang sedag berusaha menegakkan kalimah ALLAH sebagai dasar pemerintahan.

Bau hanyir darah masih melekat di tubuh badan Mahathir dan Musa Hitam hingga ke hari ini, atas rasa kebencian mereka terhadap ISLAM. Mereka adalah PEMBUNUH ORANG ISLAM yang masih dihadapan kita, bukan BUSH, bukan CLINTON, bukan OBAMA, atau bukan PUTIN tapi ORANG MELAYU yang tidak mahu melihat kalimah ALLAH tertegak sebagai tunjang pemerintahan negara ini. Mereka bukan BACILE atau RUSHDIE tapi mereka MELAYU UMNO yang benci kepada ISLAM ....

Jika kita disibukan oleh musuh ISLAM dengan kuman diluar negara, apakah kita BUTA terhadap GAJAH-GAJAH dan SRIGALA GANAS yang benci pada ISLAM dalam tanah air kita sendiri ....


Satu HARI ISLAM akan pasti membawa kemenangan dan keadilan buat pejuang-pejuang ISLAM yang mati di MEMALI ... Ingat 19 November tarikh keramat UMNO membunuh ISLAM