20 Ogos 2011

Mahathir kata Melayu berpecah, Sebenarnya UMNO yang pecah dan bakal hilang kuasa.

20 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Saya ingin membuat kenyataan mengenai isu yang diutarakan oleh Tun Mahathir mengenai kegusaran beliau jika umat Islam telah berpecah kepada tiga kumpulan (PAS,PKR dan UMNO), dan beliau risau hal ini berlaku kerana akan mudah unsur asing untuk menyelinap masuk katanya.

Tun Mahathir perlu perbetulkan skrip beliau, sepatutnya beliau mengeluarkan kenyataan bahawa beliau amat khuatir Umno itu sendiri yang berpecah, hakikatnya umat Islam berpecah kepada tiga puak bukanlah isunya.

Pada saya beliau maksudkan ialah para pengundi BN yang berbangsa Melayu Islam, jika undi dari kelompok ini dimonopoli Pakatan Rakyat, hasrat BN untuk meneraju Putrajaya pasti malap.

Umno-Bn sejak 2008 seterusnya PRN Sarawak dan yang terbaru selepas impak Bersih 2.0 telah menjadikan situasi parti Umno yang dikatakan tertua itu semakin parah kerana mengalami hakisan sokongan rakyat.

Juak-juak Umno yang sudah berumur sepatutnya berehat, Tun Mahathir sudah tua, jadi beliau patut ambil langkah seperti Pak Lah iaitu berehat, usia seperti Tun Mahathir bukannya usia untuk terus berpencak dalam arena politik.

Mungkin disebabkan beliau khuatir salahlaku kuasa yang telah dilakukannya menyebabkan baginya Umno perlu dipertahankan lagi demi menjaga kepentingan keselamatan beliau, maka oleh sebab itulah keluarnya kenyataan yang merapu dan tidak berpijak dibumi yang nyata.

Hakikat sebenar ialah Umat Islam tidak berpecah, perbezaan fahaman politik adalah perkara biasa dan Negara masih utuh dari pengaruh unsur asing seperti yang didakwa beliau (Tun Mahathir), cuma Umno sahaja yang bagitu takut jika mejoriti Umat Islam beralih undi menjelang PRU 13 nanti.

Dalam isu ini rakyat tidak perlu “kalut” dengan helah dan pembohongan Umno baik dari golongan veteran mahupun dari kedua-dua kem dalaman Umno iaitu kem Datuk Seri Najib Razak dan kem Tan Sri Muhyidin Yassin.

Perubahan perlu berlaku untuk menjamin ke arah Negara yang stabil dan bebas dari cengkaman penjajah Umno-Bn, tong sampahkan parti ini (Umno) kerana Negara telah banyak dapat susah disebabkan parti ini.

DRS KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 20 OGOS 2011

Harap p’raya bersih macam minta sisik ikan keli

20 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Ogos: “Nampaknya mengharapkan kerajaan BN melaksanakan pilihan raya secara bersih seperti meminta sisik daripada ikan keli,” ujar AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Justeru, katanya, seperti yang dijangka memang penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen hanyalah gimik untuk menutup lubang kelemahan daftar pemilih yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan jawatankuasa itu sebagai reaksi Pakatan Rakyat meminta beliau mengadakan sidang khas untuk membincang kepincangan dalam daftar pemilih.

“Tindakan Datuk Seri Najib seperti kita minta teh tetapi yang diberi ialah kopi,” kata Idris dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, jika Najib jujur supaya perjalanan pilihan raya bersih dan telus, maka beliau akan menggunakan kuasa yang ada kepadanya untuk menangguhkan pilihan raya sehingga dipastikan daftar pemilih dapat dibersihkan.

“Sebaliknya, beliau menyatakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak terikat dengan sebarang keputusan daripada Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang bakal ditubuhkan kerajaan,” ujarnya lagi.

Ketika bercakap kepada media selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam, Najib berkata PRU 13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak terikat dengan sebarang keputusan daripada Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang bakal ditubuhkan kerajaan.

Perdana Menteri berkata, tarikh sebenar bila pilihan raya umum hendak diadakan tiada sebarang kaitan dengan jawatankuasa tersebut, walaupun ia ditubuhkan bagi tujuan menambah baik sistem pilihan raya agar tidak timbul syak wasangka.

harakahdaily/-

'Sepatutnya bersih p'raya, bukan upah PR asing'

20 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Malaysia mungkin menikmati urus tadbir lebih baik sekiranya wang untuk mengupah syarikat perhubungan awam asing diguna untuk membersihkan sistem pilihan raya dan memperkenalkan usaha antirasuah lebih cepat.

Setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, urus tadbir yang baik juga boleh dicapai dengan memperkasa komuniti ekonomi kurang terbela dan melabur dalam infrastruktur awam yang mapan.

"Sekiranya kerajaan persekutuan memerlukan bantuan, nasihat, contoh atau semua di atas dengan berhubung perbelanjaan dana awam dengan cara yang lebih cekap serta memberi manfaat kepada rakyat, kerajaan negeri Selangor dengan senang hati sedia berkongsi kepakarannya," kata Faekah Husin (kiri).

Sebagai respons kepada dakwaan kerajaan mengupah FBC media limited Britain untuk menggilap imejnya, Faekah berkata, pihaknya terkejut kerana wang pembayar cukai dibelanjakan dalam jumlah yang banyak "semata-mata untuk menaikkan imej perdana menteri dan kerajaan" yang didakwa tercalar teruk.

Ia antaranya disebabkan cara kerajaan mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, selain tuduhan-tuduhan rasuah dan ketidakcekapan pentadbiran yang kini mencapai tahap paling rendah, tambahnya.

Stesen penyiaran antarabangsa BBC pada 17 Ogos lalu dilaporkan mengakui menyiarkan rancangan yang diterbit FBC yang diupah kerajaan Malaysia kepada jutaan penonton di seluruh dunia.

Bagaimanapun semua rancangan yang dibekalkan oleh syarikat perhubungan awam yang berpangkalan di London itu telah digantung.

Sejak 2009, syarikat itu telah menerbitkan sekurang-kurangnya empat dokumentari mengenai Malaysia.

malaysiakini/-

Israel-Palestin saling menyerang

20 Ramadhan 1432H. [MOD] -

TENTERA Israel membedil sebuah terowong penyeludupan di Rafah, selatan Genting Gaza semalam.

BAITULMUQADDIS - Para pejuang Palestin semalam melancarkan satu siri serangan roket ke arah Israel semalam.

Jet-ket tentera Israel turut melancarkan serangan di beberapa wilayah di Palestin.

Kelmarin, sekumpulan lelaki bersenjata menyerang hendap beberapa buah kenderaan di sebatang jalan raya di selatan Israel.

Dalam kejadian itu, seramai lapan orang terbunuh iaitu enam orang awam dan dua lagi anggota pasukan keselamatan Israel.

Pihak Israel kemudian melancarkan serangan balas menerusi serangan udara yang menyebabkan lima orang palestin maut.

Lima orang itu merupakan anggota Jawatankuasa Penentangan Popular.

Seorang pemimpin kumpulan itu turut terbunuh.

Semalam, para pejuang Gaza melancarkan 10 serangan roket ke Israel dengan salah satu serangan itu ialah bandar Ashkelon.

Namun salah satu serangan roket itu berjaya dipintas menerusi sistem antipeluru berpandu Israel yang baharu.

Satu lagi serangan roket pejuang Gaza menyebabkan enam penduduk Israel mati di pelabuhan Ashdod. - Agensi

Isteri kaki lelaki

20 Ramadhan 1432H. [MOD] -

JOHOR BAHRU: “Saya terpaksa membuat pendedahan mengenai sikap isteri yang mengikis wang kekasihnya bagi menyelamatkan lebih 10 lelaki yang dijeratnya,” dakwa Nawab, 36, di sini, semalam.

Menurut Nuar, isterinya, Nadia yang bekerja kilang sesuai digelar ‘playgirl’ berikutan sikapnya yang gemar memikat dan memperdaya lelaki tanpa mengira status mereka untuk dikikis.

Nawab yang tinggal di Larkin mendakwa Nadia mengaku bujang untuk memastikan dirinya sentiasa laku ketika menjerat mangsa.

“Sejak berkahwin dengan Nadia kira-kira lima bulan lalu, saya tak pernah mengesyaki perangainya yang ‘kaki lelaki’.

Nadia sering menghabiskan masa melayari laman sosial facebook dan daripada situ dia mencari mangsa,” katanya.

metro/-

Lima maut ribut landa festival rock

20 Ramadhan 1432H. [MOD] -

DUA orang melihat beberapa khemah runtuh akibat ribut hujan batu di festival rock di Kiewit, Belgium kelmarin.

BRUSSELS, Belgium - Sekurang-kurangnya lima orang maut manakala 40 lagi cedera apabila ribut kencang dan hujan batu melanda satu festival muzik rock di sebuah kawasan terbuka di utara Belgium kelmarin, kata beberapa pegawai tempatan semalam.

Dua buah pentas runtuh dengan sebuah pentas menghempap sekumpulan penonton yang hadir pada konsert tahunan Pukkepop yang diadakan di Kiewit, dekat bandar Hasselt.

Agensi berita Belga melaporkan, beberapa skrin gergasi turut roboh dengan banyak pokok tumbang semasa ribut kencang itu manakala banyak kemah turut runtuh.

"Langit tiba-tiba gelap dan kami berlindung untuk menanti hujan turun. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Angin bertiup amat kencang," kata seorang pengunjung festival itu, Catherine Blaise, menurut akhbar tempatan, Le Soir.

Sebanyak 65,000 orang, sebahagian besarnya remaja, dilaporkan hadir pada festival berkenaan.

Sebelum ini empat orang maut apabila bumbung sebuah pentas persembahan pada satu pameran di Indianapolis, Amerika Syarikat runtuh pada 13 Ogos lalu.

Bumbung itu runtuh akibat angin kencang yang melanda lokasi pameran berkenaan. - Agensi

Wanita didakwa ditipu lelaki asing kenalan internet

20 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Seorang ahli perniagaan wanita kehilangan jam tangan berjenama dan barang kemas bernilai RM125,000 selain diugut RM30,000 oleh lelaki yang dikenalinya menerusi Internet.

Wanita didakwa ditipu lelaki asing kenalan internet

Seorang ahli perniagaan wanita kehilangan jam tangan berjenama dan barang kemas bernilai RM125,000 selain diugut RM30,000 oleh lelaki yang dikenalinya menerusi Internet.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata janda berumur 30an itu melaporkan bahawa pada 11 Ogos lepas dia telah dijemput oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya warga Australia yang dikenalinya melalui Internet untuk ke sebuah hotel di kawasan Sepang.

"Mangsa mengadu telah mengadakan hubungan seks dengan suspek dalam bilik itu dan kemudiannya tidak sedarkan diri setelah diberi minuman oleh suspek yang kemudiannya melarikan diri," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam hari ini.

Mohd Adnan berkata pihak pengurusan hotel yang merasakan sesuatu yang tidak betul telah berlaku, telah membuka bilik itu dan menemui wanita berkenaan dalam keadaan terbaring dan membawanya ke hospital.

Selepas sedar, wanita itu mendapati jam tangan Rolex dan barang kemasnya hilang. Dia juga pernah diugut oleh suspek yang meminta RM30,000 untuk tidak menyebarkan gambar-gambarnya yang tidak senonoh yang dirakam di bilik hotel itu.

Mohd Adnan berkata polis telah menubuhkan satu pasukan petugas bagi mengesan lelaki itu yang dipercayai bukan warga Australia sebab pasport yang digunakannya itu adalah palsu.

- Bernama

Tindakan ganas Syria terhadap rakyat dikecam

20 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, : Kerajaan Syria di bawah pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dituntut agar melaksanakan perubahan-perubahan demokratik yang bermakna dan menghentikan tindakan keras terhadap pihak yang menuntut perubahan di negara itu.
Di antara perubahan yang dituntut oleh rakyat Syria ialah kebebasan berpolitik, bersuara dan memilih pemimpin sama ada melalui pilihanraya demokrasi atau berperlembagaan.

Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan, Syria telah dikuasai oeh satu keluarga dan satu parti sejak 40 tahun lalu dan kini sudah tiba masanya perubahan struktur pemerintahan dan budaya politik baru diperkenalkan di Syria, sesuai dengan semangat zaman ini yang menuntut perubahan.

Pengerusi Lajnah Antarabangsanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, oleh itu, Dewan Pemuda PAS menyertai masyarakat antarabangsa mengecam keganasan pasukan keselamatan Syria terhadap orang awam dan rakyat yang sedang menuntut perubahan demokratik di negara itu.

Menurut beliau, tindakan Kerajaan Syria melalui pasukan tentera yang telah membunuh rakyatnya secara rambang bagi mempertahankan kerajaan sedia ada dengan cara yang tidak munasabah amat dikesali.

Katanya, Dewan Pemuda PAS Pusat dilaporkan, tentera Syria telah bertindak ganas seperti menggunakan kereta kebal dan senjata berat menyerang tempat-tempat awam seperti masjid, sekolah, pejabat serta kawasan perniagaan.

"Tindakan terdesak Kerajaan Syria yang sanggup menyerang masjid-masjid di Damsyik sangat mendukacitakan umat Islam di seluruh dunia," katanya seperti yang terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada kedutaan Syria, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, menerusi memorandum tersebut, Dewan Pemuda PAS Pusat juga menuntut masyarakat dunia agar menyedari kepentingan politik kuasa-kuasa tertentu yang kelihatan mahu melemahkan Syria disebabkan peranannya sebagai penyokong gerakan-gerakan Islam yang dimusuhi Zionis.

Dunia Islam digesa mengambil sikap sewajarnya dalam hal ini dan tidak bertindak secara terpilih, setelah dunia dipertontonkan sikap 'double standard' pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menangani permasalahan yang mengaitkan kumpulan-kumpulan Islam dengan perkara yang ekstrem dan ganas.

Dewan Pemuda PAS berharap agar Syria tidak dijadikan Libya kedua yang ditangani secara keras dan bertentangan dengan norma-norma antarabangsa di sebabkan kepentingan politik kuasa-kuasa besar yang dilihat mempunyai kepentingan tertentu dalam hala tuju demokrasi.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Abduh Nik Abdul Aziz selepas solat Jumaat dan diterima oleh pegawai bahagian pentadbiran kedutaan Syria, Latt Zaifizzul Mansor untuk dipanjangkan kepada duta Syria di Malaysia.

Selain Raja Ahmad dan Nik Abduh, antara kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat lain yang turut hadir termasuk Redzuan Mohd Noor, bersama beberapa orang kepimpinan PAS Wilayah Persekutuan yang antara lain termasuklah Ketua Penerangannya, Mohd Nasaie Ismail.

Sebelum itu, mereka bersama puluhan orang pemuda PAS telah mengadakan perarakan dari Masjid Tabung Haji ke Kedutaan Syria untuk menyerahkan memorandum tersebut sebaik sahaja selesai solat Jumaat.

harakahdaily/-

Terpinga-pinga jatuh feri

20 Ramadhan 1432H. [MOD] -

GEORGETOWN: “Aku kat mana ni?” tanya seorang wanita sebaik dia diselamatkan anggota penyelamat Pasukan Gerakan Marin (PGM) selepas dia terjatuh dari feri dan ditemui terapung di kawasan laut berhampiran Pulau Angsa, di sini, semalam.

Wanita terbabit, Lim Soon Heok, 56, diselamatkan daripada lemas selepas anggota bot penyelamat PGM bertindak pantas sejurus mendapat maklumat daripada Balai Pelabuhan yang memaklumkan ada individu terjatuh dari feri.

Namun, ketika diselamatkan warga emas terbabit yang tinggal di Bayan Lepas, di sini, terpinga-pinga dan tidak tahu di mana dia berada, malah bertanya kepada pasukan penyelamat kenapa dia berada di laut.

Malah, suaminya yang dihubungi pasukan penyelamat juga hairan dan memberitahu yang dia tidak mengetahui di mana isterinya berada dan sejurus dimaklumkan yang isterinya baru saja diselamatkan daripada lemas, lelaki terbabit sempat bertanya apa yang dilakukan isterinya di kawasan laut itu.

Ketua Bahagian Operasi PGM Wilayah 1, Deputi Superintendan Rosli Sufian, berkata pihaknya mendapat maklumat kira-kira jam 3 petang daripada menara kawalan yang mengatakan ada orang terjatuh daripada feri.

“Anggota bot penyelamat bergegas ke tempat kejadian dan kira-kira setengah jam selepas itu mangsa ditemui lemah dan terapung di laut sebelum diberikan rawatan kecemasan.

“Mangsa juga agak panik dan dia seolah-olah lupa di mana dia berada ketika itu sebelum anggota penyelamat membawanya ke jeti marin dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP),” katanya.

metro/-

Keaiban Yang Ditutup Allah

20 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Kita sebagai manusia merupakan makhluk yang bersifat lemah dan hamba yang penuh dengan kebergantungan kepada Allah SWT. Sepanjang kita hidup saban hari, kita tidak mungkin terlepas daripada melakukan dosa. Dosa yang kita lakukan itu boleh jadi secara terang-terangan atau secara sembunyi-sembunyi. Dosa yang terang-terangan akan mengundang rasa malu kita terhadap orang lain, melainkan jika hati kita sudah menjadi sekeras batu.

Oleh itu, kita lebih banyak melakukan dosa yang tersembunyi. Dosa yang tidak siapa tahu melainkan kita dan Allah.

Daripada An Nawas bin Sam'an RA, Nabi SAW bersabda: "

Kebajikan itu keluhuran akhlak sedangkan dosa adalah apa-apa yang dirimu merasa ragu-ragu dan kamu tidak suka jika orang lain mengetahuinya." (HR Muslim)

Kalau dibukakan segala dosa yang kita lakukan, tentu tidak akan ada sesiapa yang akan menghormati kita. Kalau Allah membuka segala dosa yang kita lakukan sembunyi-sembunyi baik dalam pandangan, pendengaran, perbuatan, ataupun lintasan hati, nescaya tidak akan ada pun manusia yang mahu memuji kita. Pujian yang manusia berikan adalah atas zahir yang terlihat mata. Namun, kita tentu lebih mengenali diri sendiri dan lebih tahu bagaimana status kita.

Apakah kita berasa sangat suci sehingga tidak pernah melakukan dosa di belakang manusia atau diri kita ini penuh dengan dosa rahsia? Misalnya di saat kita seorang diri melayari internet dan tidak ada mata lain yang melihat, apakah kita sudah melepasi batas penglihatan yang diizinkan Allah? Bagaimana dengan prasangka buruk dalam hati kita yang telah dilemparkan kepada sekian banyak manusia lain tanpa pengetahuan mereka? Bagaimana pula dengan perbuatan-perbuatan kita tatkala berseorangan? Astaghfirullahalaziim, banyak sangat dosa kita!

Firman Allah:

"...Dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi..." (Surah Al-An'am:151)

Allah Maha Penyayang dan Dia tahu betapa lemahnya kita. Lalu Dia menutup keaiban-keaiban kita sehingga kita mampu berjalan di tengah-tengah manusia tanpa rasa malu, sekalipun kita telah melakukan segunung dosa di belakang mereka. Namun, adalah sesuatu yang sangat takabur jika dengan Allah pun kita tidak berasa malu. Bukankah Allah mengetahui apa yang tidak diketahui oleh manusia lain tentang diri kita? Maka, setiap kali kita ingin melakukan dosa di belakang manusia, ingatlah bahawa ada Allah yang lebih patut kita rasa malu kepadaNya berbanding manusia.

Mengapa? Kerana di akhirat kelak bukan manusia yang akan menghitung amalan kita. Allah yang paling tahu tentang diri kita dan Dia jugalah yang akan menghitung amalan kita. Hanya dengan rahmatNya kita akan dimasukkan ke dalam syurga. Kalau kita merasakan lindungan Allah ke atas keaiban kita itu adalah satu zon selesa, maka kita silap. Boleh jadi keaiban yang Allah tutup sementara atas muka bumi ini akan dibukakan kepada seluruh umat manusia di akhirat kelak jika kita tak benar-benar bertaubat kepadaNya.

Kadang-kadang kita suka mencanangkan dosa orang lain, sekalipun dosa tersebut tidak diceritakannya kepada orang lain, hanya kepada kita. Ingatlah akan sebuah hadith:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:

"...Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah Ta'ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya..." (HR Muslim)

Hadis ini menyeru kita untuk memelihara keaiban orang lain. Sebagai timbal balik, Allah akan menutup keaiban kita di dunia dan di akhirat. Subhanallah! Masihkah kita berhajat untuk mencanangkan dosa orang lain sehingga Allah juga akan membuka keaiban kita nanti? Malulah kepada Allah, takutlah kepada ancaman Allah. Jika kita hanya malu kepada manusia, kita tidak akan malu berbuat dosa di belakang mereka. Namun jika kita malu kepada Allah, kita akan sentiasa memelihara diri daripada dosa, dalam terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.

Waspadalah akan firman Allah:

"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui." (Surah An-Nuur: 19)


Apabila Allah telah menutup keaiban kita, janganlah pula kita yang membukanya. Setelah selesai dosa sembunyi-sembunyi kita, janganlah diceritakan kepada orang lain. Renungilah sebuah hadis di bawah:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya.

Ia berkata, "Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah." (Muttafaqun ‘alaih HR Bukhari dan Muslim).

Sungguh, Allah sentiasa menginginkan kebaikan bagi kita. Allah sentiasa membuka peluang dan ruang bagi kita untuk kembali bertaubat atas dosa yang kita lakukan di sebalik tabir. Namun, kita yang sebenarnya tidak mengambil peluang dan tidak menghargai tutupan-tutupan aib tersebut oleh Allah SWT. Setelah apa yang Allah lindungi daripada sekian banyak keaiban kita, apakah tidak wajar untuk kita bersyukur dan bertaubat? Renung-renungkan dan muhasabahlah diri kita, insyaAllah.

www.iluvislam.com

Sekeluarga huni surau

20 Ramadhan 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM: Ketika umat Islam sibuk menyediakan persiapan menjelang Aidilfitri tidak lama lagi, lima beranak di Padang Jawa terpaksa menumpang teduh di surau apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran bulan lalu.

Kehidupan mereka umpama pelarian apabila surau kecil yang tidak digunakan lagi menjadi dapur dan tempat tidur mereka.

Mohd Rezhal Abbas, 40, berkata dia dan keluarganya hampir pasti akan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi di surau berkenaan memandangkan rumah barunya masih di peringkat awal pembinaan dan dia tidak memiliki wang mencukupi untuk menyiapkannya.

“Selepas kejadian itu, saya sekeluarga sebenarnya tidak tahu mahu ke mana. Bagaimanapun atas keprihatinan, penduduk membenarkan kami tinggal sementara di surau ini,” katanya yang bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM1,500 sebulan.

Mohd Rezhal menetap di surau itu bersama isterinya, Siti Suhaila Samingan, 35, serta anak mereka, Nur Nazatul Gaquyah, 14; Mohd Idham Hafiz, 13, dan Nor Farah Farhana, 9, sejak tragedi kebakaran itu yang berlaku empat hari sebelum Ramadan.

Menceritakan semula kejadian malang itu, Mohd Rezhal berkata, kebakaran kira-kira jam 6 petang pada 28 Julai lalu itu hampir memusnahkan semua harta-benda di rumah yang baru dibelinya tahun lalu.

Akibat kebakaran itu, mereka sekeluarga tinggal sehelai sepinggang. Peralatan sekolah termasuk buku serta baju sekolah tiga anak Mohd Rezhal turut hangus.

Sehingga proses membaiki rumahnya selesai apabila sudah cukup wang, Mohd Rezhal menyatakan dia lima beranak tidur dalam keadaan berjaga-jaga kerana bimbang keselamatan tinggal di dalam surau yang senang dimasuki sesiapa yang berniat jahat.

Sementara itu, Siti Suhaila yang mengambil upah menjahit, berkata dia bersyukur kejadian malang itu tidak membabitkan kemalangan jiwa walaupun ketika ini mereka terpaksa bergelandangan.

“Pada hari kejadian, saya hanya mampu berdoa keluarga selamat apabila melihat rumah saya sudah dipenuhi asap ketika saya sampai rumah,” katanya.

Menurutnya, pada hari kejadian dia sibuk membantu berniaga ikan kering di pasar malam berdekatan.

Beliau berkata, dia dan suami kini gigih mengumpul wang bagi memulihkan keadaan tanpa terlalu mengharapkan simpati orang ramai, namun jika ada pihak yang mahu membantu boleh menghubunginya di talian 017-2669762.

metro/-

Pakatan desak bajet RM15.86 bilion JPM dicantas

30 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Peruntukan dana bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah meningkat dengan ketara sejak tahun 2008 - dan Pakatan Rakyat berhasrat mengurangkan jumlah itu agar dana negara dapat diketepikan untuk "keutamaan negara yang lebih mendesak".

Sehubungan itu, Pakatan pada sidang media hari ini menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan peningkatan mendadak bajet JPM sepanjang tempoh tiga tahun yang lalu.

"Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke-8 (2001-2005), belanjawan pembangunan untuk JPM ialah RM7.2 bilion, atau 4.3 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan bagi tempoh tersebut.

"Bajet pembangunan jabatan itu menyaksikan peningkatan empat kali ganda dalam Rancangan Malaysia ke-9, menjadikannya RM29.6 bilion, ataupun 13.5 peratus daripada jumlah peruntukan Rancangan Malaysia ke-9," kata ahli parlimen DAP bagi kerusi Bukit Bendera Liew Chin Tong (di atas) hari ini.

Bagi Liew, bajet JPM bagi tahun 2009 dianggapnya sebagai "keji", kerana ia adalah dua kali ganda daripada bajet RM7.1 bilion bagi tahun sebelumnya berbanding RM14 bilion.
Tidak sihat

Bagi tahun 2010, JPM telah diperuntukkan RM12.1 bilion, rendah sedikit daripada jumlah bagi tahun 2009.

Bagi tahun 2011, pula JPM telah diperuntukkan RM15.86 bilion - RM10.78 bilion untuk pembangunan dan RM5.76 bilion untuk operasi.

Menurut Liew apa yang dilakukan selama ini oleh kerajaan BN adalah tidak sihat kerana peruntukan bajet hanya ditentukan oleh Najib sahaja.

“Bila Perdana Menteri kata dia akan bagi sejumlah wang tertentu, ia bermaksud beliau tidak boleh dipersoalkan. Ini adalah tidak sihat untuk ekonomi Malaysia,” katanya dalam sidang media Bajet Alternatif Pakatan Rakyat 'Kesejahteraan Untuk Semua' di Kuala Lumpur hari ini.

Liew yang juga Setiausaha Antarabangsa DAP memberi contoh, pada tahun ini dan tahun lalu Kementerian Pelajaran telah diarah untuk mengurangkan perbelanjaan mereka.

“Ini member kesan besar kepada pelajar di sesetengah asrama yang tidak dapat menyediakan makanan pada hari Sabtu dan Ahad.

“Ini juga membawa kesan kepada rakyat dan oleh itu kita mahu Jabatan Perdana Menteri menjelaskan bagaimana mereka menggunakan wang rakyat,” katanya.

Beliau yakin jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan, peruntukan dan perbelanjaaan secara membazir serta pengurangan bajet yang tidak adil akan dihentikan secepat mungkin.

Beliau menambah bajet adalah tanggungjawab rakyat kepada rakyat jelata, dan bukannya untuk kepentingan mana-mana pihak tertentu.

malaysiakini/-

Bajet JPM Meningkat Empat Kali Ganda

20 Ramadhan 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA 19 OGOS : Pakatan Rakyat hari ini menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bagaimana jabatannya membelanjakan dana persekutuan yang diperuntukkan setelah rekod menunjukkan bajet jabatannya meningkat secara drastik dalam tempoh 3 tahun.

Setiausaha Antarabangsa DAP, Liew Chin Tong berkata peningkatan perbelanjaan lebih daripada empat kali ganda di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ini seolah- olah mencerminkan pentadbiran Najib boros dalam menguruskan dana awam.

"Peruntukan perbelanjaan untuk pembangunan JPM membolehkan Perdana Menteri meluluskannya dengan kuasa yang dia ada, berbeza dengan perbelanjaan atau pembayaran perbendaharaan lain yang mana mesti melalui pemeriksaan menteri yang lebih ketat.

"Rakyat berhak untuk mengetahui dengan tepat apa dan kemana JPM telah membelanjakan begitu banyak wang," katanya.

Sebagai rekod, bajet pembangunan daripada RM7.2 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) telah meningkat kepada RM29.6 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Pertambahkan dana sebanyak RM22.4 bilion itu disifatkannya keterlaluan dan boleh dimanfaatkan kepada lebih banyak program yang memberikan hasil kepada rakyat secara langsung.

Bercakap kepada pemberita hari ini selepas siri Diskusi Jawatankuasa Alternatif Bajet Pakatan Rakyat, Chin Tong yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Bendera berkata Pakatan Rakyat mencadangkan agar bajet kepada JOM dikurangkan sebanyak RM 5 billion dan lebihan dana yang berjaya diselamatakan, akan diserapkan untuk dana persekutuan yang lain.

"Kita katakan bahawa bukannya memberi wang kepada Perdana Menteri, Perdana Menteri hendaklah memastikan bahawa semua jabatan mendapat jumlah perbelanjaan yang mencukupi dan membelanjakannya dengan bijak," katanya.

tv selangor/-

PM: P'raya boleh bila-bila masa, tak perlu tunggu PSC

20 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan pilih raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya.

Perdana menteri berkata kerajaan akan cuba melaksanakan sebarang cadangan penambahbaikan yang dibuat oleh jawatankuasa itu sebelum pilihan raya umum yang akan datang.

"Kami akan cuba, pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan dengan kadar segera, sesuatu yang mungkin akan mengambil sedikit masa. Jadi, apa yang kita boleh lakukan dengan segera, kita akan lakukannya dengan segera," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato'
Onn hari ini.

Najib yang juga presiden Umno berkata bentuk-bentuk penambahbaikan pilihan raya akan dibincangkan dan ditentukan oleh semua wakil parti-parti politik yang menyertai jawatankuasa tersebut.

Ditanya mengenai pendirian pembangkang yang belum membuat keputusan untuk menyertai jawatankuasa itu selagi belum melihat terma rujukannya, Najib berkata penubuhan jawatankuasa berkenaan merupakan tawaran yang ikhlas daripada pihak kerajaan supaya setiap keputusan dapat dibuat secara konsensus.

"Ini merupakan tawaran ikhlas di pihak kami kerana perbincangan perlu diadakan di antara kedua-dua pihak supaya ada konsensus. Kita harap akan ada konsensus atas apa yang kita lakukan," katanya.

Mengenai permintaan pembangkang agar jawatankuasa itu diterajui wakil dari pihak mereka, Najib berkata perkara itu adalah mustahil kerana ia mesti diketuai oleh parti majoriti.

Beliau juga berkata pengagihan jumlah wakil jawatankuasa secara sama rata seperti yang dituntut oleh pembangkang juga tidak akan dipertimbangkan kerana ia bergantung kepada kekuatan sesuatu parti.

Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengumumkan bahawa kabinet telah bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu yang bertanggungjawab memperkukuhkan undang-undang dan peraturan berkenaan pilihan raya di negara ini.

Ia akan dianggotai lima orang wakil kerajaan Barisan Nasional, tiga wakil pembangkang dan seorang wakil Bebas.

"Ini merupakan tawaran ikhlas di pihak kami kerana perbincangan perlu diadakan di antara kedua-dua pihak supaya ada konsensus. Kita harap akan ada konsensus atas apa yang kita lakukan," katanya.

Mengenai permintaan pembangkang agar jawatankuasa itu diterajui wakil dari pihak mereka, Najib berkata perkara itu adalah mustahil kerana ia mesti diketuai oleh parti majoriti.

Beliau juga berkata pengagihan jumlah wakil jawatankuasa secara sama rata seperti yang dituntut oleh pembangkang juga tidak akan dipertimbangkan kerana ia bergantung kepada kekuatan sesuatu parti.

Pada Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengumumkan bahawa kabinet telah bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu yang bertanggungjawab memperkukuhkan undang-undang dan peraturan berkenaan pilihan raya di negara ini.

Ia akan dianggotai lima orang wakil kerajaan Barisan Nasional, tiga wakil pembangkang dan seorang wakil Bebas.

Najib juga berkata Majlis Tertinggi Umno menyokong keputusan kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut tetapi tidak bererti mereka mengakui terdapat kelemahan yang besar pada kesahihan pilihan raya di negara ini.

"MT nak tegaskan demokrasi berparlimen adalah prinsip perjuangan Umno selama ini. Kesahihan pilihan raya tidak seharusnya dipersoalkan sebab kita telah buktikan tiada manipulasi dalam pilihan raya sama ada dari segi undi yang
dilakukan atau senarai daftar pemilih," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa terdapat beberapa individu yang menjadi penduduk tetap dan tersenarai sebagai pengundi dalam masa yang singkat, Perdana Menteri berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membuat penjelasan mengenai kes tersebut.

"Mungkin ada individu-individu yang boleh jadi pertikaian tapi kita minta SPR buat penjelasan tentang kedudukan nama-nama tersebut memandangkan kecenderungan pembangkang membangkitkan nama-nama mereka," katanya.

- Bernama