11 November 2021

Calon PN tandatangan akujanji

 Muhyiddin (tengah), bersama Abdul Hadi (kiri), Timbalan Pengerusi PN dan Hoe Chai, di pentas PilihanRaya Negeri (PRN) Melaka di Shah Alam. - Foto NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Muhyiddin (tengah), bersama Abdul Hadi (kiri), Timbalan Pengerusi PN dan Hoe Chai, di pentas PilihanRaya Negeri (PRN) Melaka di Shah Alam. - Foto NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

SHAH ALAM: Semua calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan menandatangani akujanji menentang rasuah.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata akujanji yang akan ditandatangani dalam tempoh terdekat itu bukti serta komitmen parti itu dalam mendukung prinsip integriti.

Sempadan negara patut dibuka selewat-lewatnya 1 Jan, kata Muhyiddin

 

MPN mencadangkan sempadan negara dibuka kepada pelawat antarabangsa selewat-lewatnya 1 Januari tahun depan, kata Muhyiddin Yassin. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sempadan negara perlu dibuka kepada pelawat antarabangsa selewat-lewatnya pada 1 Januari tahun depan, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Muhyiddin Yassin.

Menurut laporan Bernama, perkara itu dicadangkan oleh MPN kepada kerajaan.

Gerhana bulan paling lama abad ini pada 19 November

 

NEW YORK: Gerhana bulan separa yang dijangka berlaku pada 19 November ini bakal menjadi gerhana bulan paling lama dalam abad ini.

Menurut Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA), gerhana bulan itu akan berlaku selama tiga jam dan 28 minit.

Cucuk vaksin dapat RM4.15J

 

Sydney: Bertuah seorang penuntut di Australia apabila menjadi jutawan segera selepas mendaftar kempen pengambilan suntikan vaksin Covid-19.

Daily Star melaporkan, Joanne Zhu, 25, memenangi AS$1 juta (kira-kira RM4.15 juta) selepas menjadi seorang daripada 2,744,974 warga Australia yang mendaftar untuk menerima vaksin.

Menteri KASA buka lembaran baharu di peringkat antarabangsa

 

Foto daripada Facebook Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

KUALA LUMPUR: Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan mengucapkan tahniah dan syabas kepada pemimpin yang mengangkat bahasa negara di forum antarabangsa, selaras dengan semangat mendukung maruah dan kedaulatan negara.

Kilang kicap, roti diarah tutup kerana kotor

 

Foto daripada Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

BUTTERWORTH: Sebuah kilang kicap dan sebuah kilang roti di sini diarah tutup selama dua minggu oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) hari ini berikutan keadaan premis yang kotor selain tidak menepati standard keselamatan dan kualiti makanan.

Vaksinasi kanak-kanak bawah 12 tahun bermula tahun depan

 Gambar hiasan

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Pemberian vaksin COVID-19 keluaran Pfizer BioNTech kepada kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun akan bermula pada 2022.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan buat masa ini, hanya vaksin itu yang tersedia bagi kegunaan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan sedang menunggu kelulusan regulatori daripada Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.

Warga emas janggal dengan kempen media sosial

 

MELAKA: Kempen yang disifatkan 'sunyi' menerusi media sosial tidak dapat dirasai warga emas yang sinonim dengan kempen bersemuka dan berhimpun yang dilalui sejak puluhan tahun lalu.

Tahniah, Menteri Alam Sekitar dan Air.


1.Saya telah mengikuti ucapan Menteri Alam Sekitar  dan Air (KASA), YB Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man di Persidangan Perubahan Iklim Bangsa Bersatu 2021, di United Kingdom.

Terus beristiqamah

 

PAS selamat bermuktamar dengan menunaikan agenda tahunan, melakukan muhasabah diri terhadap ahli dan jemaah yang diimani akan kebenarannya bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT. Pada masa yang sama, diyakini dengan benar dan betul bahawa amalan menegakkan Islam diterima oleh Allah SWT.