12 Disember 2013

Bakar kereta polis lepas disaman

8 Safar 1435H. [MOD] -
Kapar: Berang disaman polis kerana melanggar lampu isyarat merah dan tidak memakai topi keledar, seorang lelaki nekad membakar kereta Toyota Vios milik seorang anggota polis berpangkat konstabel dalam kejadian di sebuah taman perumahan di daerah ini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa berusia 20-an sedang tidur di rumahnya sebelum dikejutkan dengan bunyi penggera kereta miliknya yang diletakkan di hadapan rumah.

M'sia masih 'unggul' dengan wang haram

8 Safar 1435H. [MOD] -
Jenayah, rasuah dan pelarian cukai - berbilion ringgit wang haram daripada Malaysia, antara negara teratas dalam pelarian modal haram, terus berlaku.

Sejumlah RM173.84 bilion (AS$54.18 bilion) disalurkan daripada Malaysia pada 2011, menurut pemantau kewangan Global Financial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington dalam laporan tahunan terkininya yang mengesan pelarian modal.

Senator bimbang teknologi hakis hubungan kekeluargaan

8 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR:  Seorang senator bimbang kecanggihan teknologi yang berorientasikan hiburan seperti iPhone dan komputer tablet boleh menghakis nilai kemesraan kekeluargaan.

                
Senator Datuk Lim Nget Yoon berkata meja makan sepatutnya menjadi tempat anggota keluarga bermesra, kini keadaan itu sudah berubah apabila golongan muda lebih berminat untuk bermain dengan alat teknologi.

Peluntur cabut nyawa

8 Safar 1435H. [MOD] -
Kuala Lumpur: Tertekan diancam isteri yang mahu melarikan diri bersama anak mereka, seorang lelaki berusia 31 tahun dipercayai sanggup meminum cecair peluntur, antibiotik dan ubat penahan sakit sebelum disahkan mati, kelmarin.

Mangsa, Shanmugan Nathan dikatakan sudah dua tahun mendirikan rumah tangga dengan isterinya dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia setahun. 

Hikmah banjir: 100 penyokong Umno di Kuantan sertai PKR

8 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Umno Bahagian Kuantan hari ini menerima tamparan apabila lebih 100 penyokong tegar mereka telah mengisytiharkan masuk PKR ekoran rasa kecewa dan tidak puas hati di atas cara layanan yang mereka terima daripada kerajaan Umno BN negeri.


Menurut blogger Omak Kau, penduduk Tanah Putih Baru yang diketuai Encik Rashid iaitu orang kuat Umno cawangan di situ telah megambil keputusan bijak dan tepat untuk meninggalkan parti itu yang gagal membela nasib mereka.

Empat tentera maut, 10 cedera dalam letupan bom di Pattani

8 Safar 1435H. [MOD] -
PATTANI:  Empat anggota tentera terkorban manakala sepuluh lagi cedera apabila kenderaan yang mereka naiki terkena bom buatan sendiri seberat 50kg yang diaktifkan menggunakan telefon bimbit.

               
Kejadian berlaku pada pukul 12.30 tengah hari tadi waktu tempatan di Kg Makkor, Mukim Plonghoil, Daerah Kapo, Pattani.

Tangkap ternakan hanyut untuk jadikan lauk

8 Safar 1435H. [MOD] -
KEMAMAN:  Akibat terputus bekalan makanan ketika banjir melanda sekitar kawasan Felda Seberang Tayor, dekat sini, minggu lalu, mendorong mangsa banjir sanggup melakukan apa saja termasuk menangkap ternakan yang hanyut untuk dijadikan lauk.

               
Mereka adalah antara 200 orang daripada 30 keluarga peneroka Felda terbabit  yang ditempatkan di Dewan Sivik berikutan banjir paling buruk sejak rancangan tanah itu dibuka pada 1964.

Harga makanan dijangka meningkat 10 peratus

8 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), menjangkakan peningkatan sekurang-kurangnya 10 peratus bagi harga makanan dan minuman akibat kenaikan harga gula.


Pengarah Komunikasi Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata kadar kenaikan itu dijangka melibatkan jenis makanan siap di restoran-restoran dan kedai makan.