29 September 2008

Peguam Syarie kesal - 4 negeri belum gubal undang-undang kawal pengembangan agama lain

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kesal kerana sehingga kini empat negeri yang telah diarahkan menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat pengembangan iktikad atau kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam masih belum berbuat demikian. Negeri berkenaan iaitu Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan segera berbuat demikian.

Pada masa ini semua negeri beraja - Perlis, Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu serta Melaka sudah menjalankan kuasa itu melalui enakmen negeri masing-masing.

Kelantan adalah negeri paling awal berbuat demikian pada tahun 1981 dan paling akhir ialah Johor pada tahun 1991.


Antara kesalahan yang disebut pada undang-undang ini ialah memujuk, mempengaruhi, memaksa atau menghasut seorang Islam untuk menjadi seorang pengikut atau anggota suatu agama bukan Islam.


Turut dianggap sebagai kesalahan ialah mendedahkan seorang yang beragama Islam di bawah umur lapan belas tahun kepada pengaruh-pengaruh suatu agama bukan Islam dan menghantar atau menyerahkan terbitan-terbitan mengenai apa-apa agama bukan Islam kepada seorang yang beragama Islam.


Pada perkembangan yang sama, Zainul Rijal menyarankan negeri lain supaya mencontohi Kelantan yang telah meningkatkan hukuman dalam enakmen tersebut.


Katanya, dengan pindaan yang dibuat pada tahun lalu, membolehkan Kelantan mengenakan hukuman denda tertinggi dan penjara paling lama antara negeri-negeri di Malaysia.


Sementara itu, Zainul menegaskan apa yang lebih penting pada enakmen itu ialah untuk menjadikannya lebih berkesan daripada sudut penguatkuasaan.

Kerajaan Perak sentiasa menyokong usaha membantu rakyat yang memerlukan.

SELAMA, 27 Sept :- Kerajaan Negeri sentiasa menyokong apa saja agensi dan syarikat dibawahnya bagi menjalankan usaha-usaha berbentuk kebajikan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Demikian antara intipati ucapan ADUN Titi Serong , Drs. Khalil Idham Lim. Beliau mewakili YAB Menteri Besar Perak sebagai Tetamu Kehormat dalam Majlis Agihan Keuntungan Sekim Ladang Rakyat Sungai Segar 2008 di Dewan majlis Daerah Selama hari ini.

Hadir sama dalam majlis tahunan itu ialah Penolong Pegawai Daerah Selama, Mohd. Suhaimi Abdullah, Pemangku Pengurus Besar PPPNP, Nor Asri Abdullah dan Pengurus ladang Segar, Aziz Harun.


Ds. Khalil sedang mengagihkan keuntungan diiringi oleh Tn. Hj. Nor Asri.


Seramai 175 orang fakir miskin dari DUN Kubu Gajah dan DUN Selama telah menerima agihan keuntungan RM 650 setiap seorang. Jumlah keseluruhan agihan sebanyak RM 113,750.

Semuanya ceria menerima agihan keuntungan.


Ladang Segar melibatkan tanaman kelapa sawit seluas 700 hektar yang diusahakan sejak 1989. Pada kali ini penerima agihan keuntungan terdiri dari 90 pratus penama baru.

Menteri Besar hadir dalam jamuan makan malam DAP Perak

IPOH , 27 Sept :- Satu jamuan malam malam yang dianjurkan oleh DAP Perak telah mencipta sejarah apabila kehadiran yang memenuhi 500 meja berjumlah 5000 tempat duduk di Dataran MBI Ipoh telah dihadiri sama oleh YAB Menteri Besar Perak, Muhammad Nizar Jamaluddin.




Satu perkara yang menarik apabila majlis itu diadakan pada masa berbuka itu melibatkan kehadiran sekitar 50 orang yang beragama Islam . Penganjur telah menyediakan hidangan khusus bagi mereka berbuka puasa termasuk Menteri Besar.

Hadir sama dalam majlis itu ialah semua Ahli yang Berhormat Pakatan Rakyat DAP, PKR , Penasihat Parti DAP ,YB. Lim Kit Siang, dan Pengerusi kelab Penyokong Kerajaan yang juga ADUN Titi Serong .

Setelah berbuka puasa Menteri Besar dengan tetamu Islam yan lain mengadakan sembahyang maghrib berjemaah di Surau bangunan MBI yang berdekatan sebelum memberikan Ucaptama dalam majlis itu.

Menteri besar dihadapan 5000 orang hadirin itu memulai ucapannya dengan ayat al Quran Surah Al Hujuraat ayat 13 dan terjemahannya yang menarik perhatian.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Ir. Nizar juga mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menamakan sebatang jalan di kawasan yang didiami oleh majoriti penduduk India dengan nama Mendiang P. Patto. Pengumuman itu dianggap bermakna kerana majlis itu dihadiri oleh isteri mendiang.