29 September 2008

Menteri Besar hadir dalam jamuan makan malam DAP Perak

IPOH , 27 Sept :- Satu jamuan malam malam yang dianjurkan oleh DAP Perak telah mencipta sejarah apabila kehadiran yang memenuhi 500 meja berjumlah 5000 tempat duduk di Dataran MBI Ipoh telah dihadiri sama oleh YAB Menteri Besar Perak, Muhammad Nizar Jamaluddin.




Satu perkara yang menarik apabila majlis itu diadakan pada masa berbuka itu melibatkan kehadiran sekitar 50 orang yang beragama Islam . Penganjur telah menyediakan hidangan khusus bagi mereka berbuka puasa termasuk Menteri Besar.

Hadir sama dalam majlis itu ialah semua Ahli yang Berhormat Pakatan Rakyat DAP, PKR , Penasihat Parti DAP ,YB. Lim Kit Siang, dan Pengerusi kelab Penyokong Kerajaan yang juga ADUN Titi Serong .

Setelah berbuka puasa Menteri Besar dengan tetamu Islam yan lain mengadakan sembahyang maghrib berjemaah di Surau bangunan MBI yang berdekatan sebelum memberikan Ucaptama dalam majlis itu.

Menteri besar dihadapan 5000 orang hadirin itu memulai ucapannya dengan ayat al Quran Surah Al Hujuraat ayat 13 dan terjemahannya yang menarik perhatian.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Ir. Nizar juga mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menamakan sebatang jalan di kawasan yang didiami oleh majoriti penduduk India dengan nama Mendiang P. Patto. Pengumuman itu dianggap bermakna kerana majlis itu dihadiri oleh isteri mendiang.

Tiada ulasan: