23 Januari 2012

Selamat Tahun Baru Cina.

29 Safar 1433H. [MOD] -

Bila malam Hari Raya Cina saya sering terkenangkan kisah silam betapa kemeriahan menyambut datangnya Tahun Baru dengan pelbagai juadah yang telah tersedia disamping perbagai persiapan lain yang telah dibuat sejak dari awal.

Ayah cuma memberi peluang untuk kami anak-anaknya untuk membeli kasut baru setiap tahun untuk Hari Raya berupa kasut sekolah jenama "Bata" sekaligus untuk sekolah dan untuk sambut Hari Raya. Demikianlah kami sekeluarga berjimat, dan itulah sikap Ayah yang menjadi kenangan hidup kami sekeluarga. Sikap berjimat sebegitu adalah satu pendidikan keluarga bagi keluarga Cina.

Malam ini kami berkumpul untuk sama-sama "makan besar", dan tradisi itu saya teruskan selepas memeluk Islam. Demikianlah terasa kemeriahan Tahun Baru Cina yang disambut saban tahun sehingga berumur 22 tahun pada tahun 1985 saya mengucap dua kalimah syahadah dengan Hidayah dari Allah Jua.

Kerana itu segalanya saya teruskan dengan menyambut Tahun Baru Cina setiap tahun. malam ini kami sekeluarga di Perak akan "makan besar" sekali lagi. Seadanya persiapan dibuat untuk menyambut kedatangan Tahun Baru Cina esok Hari.

Masa terasa begitu cepat berlalu dan sudahpun 25 tahun saya memeluk agama Islam, selama itu juga saya masih merasakan kemeriah sambutan Tahun baru Cina bersama Isteri dan anak-anak.

Malah saya yakin dengan hak saya seorang Cina Islam untuk saban tahun merayakan perayaan tradisi nenek moyang kami yang dikatakan sudah lebih 4000 tahun telah dirayakan.

Kerana ini bila sesiapa mendengar ucapan saya mengenai"masuk Islam atau masuk Melayu" dengan nada keras saya katakan mustahil menukar bangsa sendiri, dan saya cuma masuk Islam bukannya masuk Melayu.

Kerana itu harapan besar diri yang kedil ini dengan wadah Pakatan Rakyat yang baru berusia sekitar 4 tahun, tidak lain untuk melihat Malaysia terus aman dan makmur dengan semangat toleransi yang dipacu dengan haluan yang benar sejak tsunami politik 2008.

Sungguh jauh bezanya UMNO berada dalam BN yang tidak mampu memperkenalkan sosok sebenar Islam kepada non muslim. Sedangkan dalam tempoh umur PR setahun jagung PAS telah mampu meleraikan sikap prajudis non muslim kepada Islam yang hakikatnya nya datang dari sikap pemimpin UMNO yang terus menerus menyerang PAS untuk menggambarkan Islam yang kami perjuangkan tidak benar.

Oleh itu Tahun Baru Cina pada tahun ini berkebetulan Tahun Naga dan tahun kelahiran peribadi 1964 adalah tahun naga, saya berdoakan kepada Allah semuga Islam terus dapat diperjelaskan kepada bagsa saya yang mengikut sejarahnya lebih dahulu memeluk Islam.

Tidak ada alasan yang kukuh kenapa bagsa Cina perlu takut kepada Islam sedangkan nenek moyang kami lebih dahulu memeluk Islam. Hairannya bila mereka sampai ke Malaysia mereka ditakutkan oleh orang melayu yang tidak bertanggung jawab.

Adalah sesuatu yang silap kalau masih ada orang melayu atau pemimpin cina MCA , kerana ingin mempertahankan kuasa yang sedang berada dihujung tanduk, lalu masih memukul gendang lama untuk menyerang sosok Islam yang kami perjuangkan dalam PAS.

Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai, Xin Nian Kuai Le......

DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 22 Januari 2012.

Al-Quran bersadur emas RM170 juta dipamer

29 Safar 1433H. [MOD] -

INILAH naskhah al-Quran bersadur emas yang bakal dipamerkan di Muzium Negeri Terengganu bulan depan.


KUALA TERENGGANU - Naskhah al-Quran bersadur emas bernilai lebih RM170 juta yang bakal dipamerkan pada pameran Khazanah Islam dari China di Muzium Terengganu bulan depan akan dibekalkan dengan ciri keselamatan dan penjagaan tahap tertinggi.

Dipercayai berusia lebih 500 tahun dan berasal dari Dinasti Ming, China, pihak penganjur juga akan melantik firma keselamatan swasta bagi memastikan keselamatan artifak itu sepanjang enam bulan sesi pameran.

Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd. Yusof Abdullah berkata, pameran bertaraf antarabangsa itu adalah hasil kerjasama dengan penganjur acara, Topchain Capital Sdn. Bhd.

Kosmo/-

Liga Arab gesa Assad lepas kuasa

29 Safar 1433H. [MOD] -

KAHERAH: Liga Arab meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyokong pelan baru bagi menyelesaikan krisis di Syria yang bakal menyaksikan Presiden Bashar al-Assad melepaskan kuasa kepada timbalannya dan kerajaan perpaduan diwujudkan dalam tempoh dua minggu.

Menurut kenyataan yang dibacakan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Jassim Al-Thani selepas menteri luar Arab bertemu di sini bagi menentukan kedudukan misi pemerhati mereka, Assad perlu “melepaskan kuasa kepada naib presiden untuk diselaras dengan sebuah kerajaan perpaduan" yang akan ditubuhkan dalam tempoh dua bulan.

Ditempatkan sejak 26 Disember lalu bagi meyelaras pelan damai Liga Arab, misi itu dikritik kerana gagal menyekat tindakan keras kerajaan terhadap penunjuk perasaan yang menyebabkan ramai terkorban.

Terdahulu, Menteri Luar Arab Saudi menyatakan Riyadh sudah menarik balik pemerhatinya daripada misi itu kerana kerajaan Syria "tidak menghormati sebarang fasal" dalam pelan Arab itu bagi menamatkan krisis. - AFP

Syria tolak pelan baru Liga Arab

29 Safar 1433H. [MOD] -

DAMSYIK: Syria menolak pelan Liga Arab supaya Presiden Bashar al-Assad melepaskan kuasa kepada timbalannya dan menyifatkan usaha itu sebagai "campur tangan terang terangan", menurut televisyen negara itu.

"Syria menolak keputusan yang dibuat di luar rangka kerja pelan Arab dan menganggapnya serangan ke atas kedaulatan negara dan campur tangan terang-terangan terhadap hal ehwal dalaman," menurut seorang pegawai kerajaan Syria seperti dilaporkan saluran televisyen itu.

Liga Arab malam tadi meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyokong pelan baru bagi menyelesaikan krisis di Syria yang bakal menyaksikan Assad melepaskan kuasa kepada timbalannya dan kerajaan perpaduan diwujudkan dalam tempoh dua minggu.

Menurut kenyataan yang dibacakan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Jassim Al-Thani selepas menteri luar Arab bertemu di sini bagi menentukan kedudukan misi pemerhati mereka, Assad perlu “melepaskan kuasa kepada naib presiden untuk diselaras dengan sebuah kerajaan perpaduan" yang akan ditubuhkan dalam tempoh dua bulan. - AFP

Kepala pelatih pengawal peribadi dipukul dengan botol

29 Safar 1433H. [MOD] -

SEORANG jurulatih memukul kepala seorang pelatih pengawal keselamatan peribadi wanita dengan botol dalam satu latihan di Beijing, China pada 13 Januari lalu.

BEIJING - Kepala seorang pelatih wanita yang mahu menjadi pengawal keselamatan peribadi dipukul dengan botol pada satu sesi latihan di Beijing pada 13 Januari lalu.

Botol kaca itu berkecai selepas terkena botol tersebut semasa pengawal keselamatan tersebut sedang berdiri.

Dia merupakan di antara 20 wanita yang menjalani latihan selama lapan hingga 10 bulan untuk menjadi pengawal keselamatan, kebanyakannya lulusan kolej.

Latihan itu dilakukan oleh syarikat Tianjiao Special Guard/Security Consultant Ltd. Co.

Pelatih terbaik akan ditawarkan syarikat itu peluang untuk menjalani latihan di Akademi Keselamatan Antarabangsa di Israel. - Reuters

Melihat ikan paus di Sri Lanka

29 Safar 1433H. [MOD] -

SEEKOR ikan paus biru dilihat di luar pantai bandar Mirissa, Sri Lanka kelmarin.


MIRISSA - Laut di luar pantai bandar Mirissa di Sri Lanka menjadi tumpuan para pelancong untuk menyaksikan ikan paus dari atas sebuah bot.

Ikan paus sperm, humpback dan biru mudah dilihat di sekitar Sri Lanka selama enam hingga lapan bulan setahun.

Sebanyak 21 daripada 81 spesies ikan paus di dunia boleh dilihat di sekitar Sri Lanka. - AFP

Sri Lanka derma mata untuk dunia

29 Safar 1433H. [MOD] -

SEJUMLAH pesakit yang mengalami masalah katarak mata menunggu untuk dibedah di Persatuan Pendermaan Mata di Colombo pada 4 November 2011.


COLOMBO - Sri Langka merupakan antara negara yang paling banyak penderma mata di dunia selepas perang saudara di negara ini berakhir.

Ia menyumbang 3,000 kornea pada setiap tahun dan menyediakan tisu untuk mata kepada 57 buah negara bagi tempoh lebih hampir setengah abad.

Persatuan Pendermaan Mata Sri Lanka memulakan promosi menderma mata sejak berdekad-dekad lamanya.

Bekalan kornea amat baik di negara ini sehingga menyebabkan kerajaan Sri Lanka menubuhkan bank mata pada tahun lalu.

Bank itu dibiayai oleh penderma dari Singapura. Hampir 900,000 orang telah menandatangani ikrar untuk menderma mata selepas mereka mati menerusi persatuan tersebut.

"Orang ramai bertanya kepada saya, bolehkah kami menderma mata kami semasa maish hidup?Disebabkan kami mempunyai dua mata, bolehkan kami menderma satu mata?" kata Pengarah Hospital Mata Kebangsaan Sri Lanka, Dr. Sisira Liyanage.

Kebanyakan penduduk Sri Lanka beragama Buddha yang percaya mendermakan mata membantu mereka dilahirkan kembali dengan menikmati hidup yang lebih baik. - Agensi

Pakar feng shui buat ramalan tahun Naga

29 Safar 1433H. [MOD] -

PAKAR feng shui, peter So bergambar dengan kompas feng shui Cina di Hong Kong pada Selasa lalu.


HONG KONG - Mahu mengetahui apa yang terkandung pada 2012? Siapa yang akan memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat? Adakah zon mata wang euro akan berpecah?

Seorang pakar feng shui berdepan dengan isu-isu besar itu dengan ramalan mereka untuk Tahun Naga.

Feng shui merupakan kajian purba mengenai kekuatan tenaga hidup yang merupakan sebahagian daripada kehidupan masyarakat Cina.

Lima unsur Cina yang digunakan dalam ramalan itu ialah kayu, api, bumi, logam dan air.

Tahun 2012 merupakan tahun berkaitan dengan air.

"Ekonomi dunia akan menjadi tidak stabil pada Tahun Naga kerana ekonomi di Eropah dan AS masih mengalami kesan kemelesetan," kata pakat feng shui itu dari Hong Kong, Anthony Cheng.

Seorang peramal selebriti, Peter So menyatakan, AS akan memberikan berita baik pada lewat tahun itu.

"Eropah tidak akan pulih dengan segera. Ia (keadaan ekonomi) dijangka menderita sehingga 2014.

"Namun, apa yang saya boleh katakan, satu pemulihan untuk ekonomi AS adalah mungkin berlaku pada 2012," katanya.

Menurutnya, jika mahu melabur pada 2012, Rusia dan China mungkin menjadi tempat yang terbaik.

Dua pasaran itu akan memperlihatkan prestasi yang terbaik, katanya.

Namun, bersedia untuk menghadapi kejutan terutamanya di China apabila Parti Komunis akan mengadakan Kongres kali Ke-18 untuk memilih satu barisan generasi baharu kepimpinan.

Ramai orang menjangkakan Naib Presiden China, Xi Jinping akan menjadi pemimpin komunis yang seterusnya selepas Kongres Kali Ke-18 pada Oktober atau November depan.

"Bagi tempoh penggal kedua tahun ini, satu kes skandal rasuah akan meletus di China," katanya.

Namun, dia enggan menghuraikannya mengenai siapa yang akan terlibat.

"Saya juga meramalkan di Hong Kong dan di tanah besar China, sejumlah pegawai tinggi akan dipaksa untuk meletakkan jawatan.

"Sebahagiannya akan dipaksa meletakkan jawatan. Sebahagian lagi mungkin 'dicampak' ke dalam penjara atau meninggal dunia," tambahnya.

Ketika ditanya siapa yang akan memenangi pilihan raya Presiden AS, So enggan membuat ramalan tanpa maklumat yang tepat mengenai tarikh dan masa kelahiran calon-calon yang bertanding.

Seorang ahli nujum Hong Kong yang terkenal, Alion Yeo menyatakan terdapat jangkaan kawasan banjir seperti di Thailand dan di sekitar Laut China Timur.

"Indonesia, Pakistan, India dan tempat-tempat di China seperti Sichuan, Yunnan dan Guizhou merupakan kawasan yang terdedah pada bencana. Kawasan-kawasan itu mungkin kerap mengalami gempa bumi," katanya. - AFP

Usaha menyelamat diteruskan.

29 Safar 1433H. [MOD] -

KEDUDUKAN kapal pesiaran Costa Concordia yang terbalik di Pulau Giglio, Itali semalam.


PULAU GIGLIO, Itali - Para penyelamat semalam menyambung semula usaha untuk mencari mangsa-mangsa yang terselamat di sebuah kapal pesiaran yang karam di sini.

Beberapa pegawai perlindungan awam menyatakan, para penyelam tidak akan menyelam di bahagian yang tenggelam.

Kapal itu, Costa Concordia terbalik dekat dengan pelabuhan di pulau ini pada 13 Januari lalu.

Para penyelam kelmarin menarik mayat seorang wanita dari koridor dekat ruang perpindahan penumpang dilakukan semasa langkah-langkah penyelamat dibuat.

Jumlah kematian kekal 12 orang manakala 20 orang lagi masih hilang.

Ketika kejadian, kapal itu membawa lebih 4,000 orang penumpang dan melanggar batu menyebabkan ia senget dan terbalik.

Setakat ini, kapten kapal itu menjalani tahanan di rumah dan berdepan dengan dakwaan yang melibatkan kapal tersebut karam.

Sementara itu, seorang Ketua Perlindungan Awam, Franco Gabrielli menyatakan, terdapat para penumpang yang tidak berdaftar di atas kapal berkenaan.

Menurutnya, beberapa saudara-mara seorang wanita Hungary telah memberitahu pihak berkuasa Itali bahawa dia telah membuat panggilan telefon dari atas kapal tersebut.

Gabrielli berkata, saudara-mara tersebut tidak lagi mendengar berita mengenainya selepas kapal berkenaan terbalik. - Agensi

Usaha menyelamat diteruska

29 Safar 1433H. [MOD] -

KEDUDUKAN kapal pesiaran Costa Concordia yang terbalik di Pulau Giglio, Itali semalam.


PULAU GIGLIO, Itali - Para penyelamat semalam menyambung semula usaha untuk mencari mangsa-mangsa yang terselamat di sebuah kapal pesiaran yang karam di sini.

Beberapa pegawai perlindungan awam menyatakan, para penyelam tidak akan menyelam di bahagian yang tenggelam.

Kapal itu, Costa Concordia terbalik dekat dengan pelabuhan di pulau ini pada 13 Januari lalu.

Para penyelam kelmarin menarik mayat seorang wanita dari koridor dekat ruang perpindahan penumpang dilakukan semasa langkah-langkah penyelamat dibuat.

Jumlah kematian kekal 12 orang manakala 20 orang lagi masih hilang.

Ketika kejadian, kapal itu membawa lebih 4,000 orang penumpang dan melanggar batu menyebabkan ia senget dan terbalik.

Setakat ini, kapten kapal itu menjalani tahanan di rumah dan berdepan dengan dakwaan yang melibatkan kapal tersebut karam.

Sementara itu, seorang Ketua Perlindungan Awam, Franco Gabrielli menyatakan, terdapat para penumpang yang tidak berdaftar di atas kapal berkenaan.

Menurutnya, beberapa saudara-mara seorang wanita Hungary telah memberitahu pihak berkuasa Itali bahawa dia telah membuat panggilan telefon dari atas kapal tersebut.

Gabrielli berkata, saudara-mara tersebut tidak lagi mendengar berita mengenainya selepas kapal berkenaan terbalik. - Agensi

Pegawai kanan NTC letak jawatan ekoran demonstrasi

29 Safar 1433H. [MOD] -

TRIPOLI 23 Jan. - Pegawai kanan Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC), Abdel Hafiz Ghoga semalam mengumumkan akan meletak jawatan.

“Saya tidak mahu mempengaruhi NTC lagi dan demi kepentingan negara, saya akan meletak jawatan,” ujar Ghoga kepada stesen televisyen Al-Jazeera.

Katanya, keputusan itu dibuat ekoran demonstrasi anti-Ghoga yang diadakan oleh ribuan penunjuk perasaan di timur Benghazi baru-baru ini. - AFP

Perbicaraan pemimpin Al-Qaeda Afrika Utara bermula

29 Safar 1433H. [MOD] -

ALGIERS 23 Jan. - Perbicaraan pemimpin tertinggi Al-Qaeda Afrika Utara, Mokhtar Belmokhtar dimulakan di Algeria.

Belmokhtar dibicarakan atas tuduhan menyebabkan kematian dua askar Algeria di mana perbicaraan tersebut dijalankan tanpa kehadirannya.

Beliau dan sembilan yang lain turut menghadapi dakwaan terlibat dengan aktiviti pengganas termasuk menyerang tentera di Djelfa, Algeria pada Mei 2010.

Pemimpin yang berasal dari tengah Algeria itu merupakan pengasas kumpulan Salafis for Preaching and Combat yang kini dikenali sebagai kumpulan Al-Qaeda Maghreb. - AFP

Puluhan bayi maut akibat asfiksia di Bengal Barat

29 Safar 1433H. [MOD] -

KOLKATA, India 23 Jan. - Sekurang-kurangnya 26 bayi dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh lima hari lalu di sebuah hospital kerajaan di Bengal Barat, India.

Hospital yang terletak di Malda, Kolkata itu sebelum ini didakwa cuai sehingga menyebabkan kematian bayi-bayi yang dirawat di situ.

Bagaimanapun, Pengarah Perkhidmatan Kesihatan di Bengal Barat, Biswa Ranjan Satpathi, menafikan kematian-kematian itu berpunca daripada kecuaian pihak hospital.

Beliau mendakwa, bayi-bayi itu mati akibat kekurangan berat badan manakala sebahagian daripada mereka turut dikesan menghidapi penyakit yang boleh membawa maut.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa, ada diantara bayi-bayi itu mati akibat asfiksia kelahiran (kegagalan bernafas secara spontan). - AFP