23 Januari 2012

Puluhan bayi maut akibat asfiksia di Bengal Barat

29 Safar 1433H. [MOD] -

KOLKATA, India 23 Jan. - Sekurang-kurangnya 26 bayi dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh lima hari lalu di sebuah hospital kerajaan di Bengal Barat, India.

Hospital yang terletak di Malda, Kolkata itu sebelum ini didakwa cuai sehingga menyebabkan kematian bayi-bayi yang dirawat di situ.

Bagaimanapun, Pengarah Perkhidmatan Kesihatan di Bengal Barat, Biswa Ranjan Satpathi, menafikan kematian-kematian itu berpunca daripada kecuaian pihak hospital.

Beliau mendakwa, bayi-bayi itu mati akibat kekurangan berat badan manakala sebahagian daripada mereka turut dikesan menghidapi penyakit yang boleh membawa maut.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa, ada diantara bayi-bayi itu mati akibat asfiksia kelahiran (kegagalan bernafas secara spontan). - AFP

Tiada ulasan: