27 April 2014

Hudud : PAS Kelantan adakan solat hajat.

28 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -

KOTA BHARU:Ribuan rakyat Kelantan dengan didukungi ulama dijangka menyertai program solat hajat dan munajat bagi membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 dapat dilaksanakan di negeri ini.

Selain golongan ulama, pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) juga akan tampil memberi sokongan padu kepada kerajaan negeri di majlis berkenaan, diadakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV pada malam 30 April ini.

Program bermula solat Isya, solat hajat dan munajat antara lain disertai Persatuan Peguam Muslim Kelantan, Pusat  Pembangunan Pondok, institusi pengajian pondok, Dakwah Halaqat, Abim, guru-guru agama,  Dewan Himpunan Penyokong PAS, wakil-wakil NGO bukan Islam dan pelbagai lagi.

PM Korea Selatan letak jawatan.

28 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -

  • Perdana Menteri Korea Selatan mengumumkan untuk meletak jawatan bagi memikul tanggungjawab ke atas kritikan ke atas kerajaan ekoran tragedi feri karam 16 April lalu yang mengorbankan hampir 300 orang.