02 Disember 2021

Tanah runtuh: 1 maut, nasib mangsa dalam Vellfire belum diketahui

 

KEADAAN laluan terhalang akibat tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM

IPOH: Kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai ke Cameron Highlands hari ini menyebabkan seorang mangsa ditemukan maut akibat tertimbus dalam runtuhan.

Varian Omicron: KKM senarai 26 lagi negara dikenakan sekatan perjalanan

 

Sebanyak 26 lagi negara dikenakan sekatan perjalanan sementara berikutan berisiko tinggi berlaku penularan varian Omicron.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menyenaraikan 26 lagi negara yang dikenakan sekatan perjalanan sementara berikutan berisiko tinggi berlaku penularan varian Omicron.

Sembilan tahun ‘lesap’, ahli perniagaan akhirnya ke penjara

 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Paiman Shakimon, yang menghilangkan diri selama sembilan tahun menjalani hukuman penjara 13 tahun bermula hari ini.

PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan ahli perniagaan Paiman Shakimon, yang menghilangkan diri selama sembilan tahun menjalani hukuman penjara 13 tahun bermula hari ini.

Royalti: Kelantan kunjung hormat lagi kepada PM

 

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU: Kelantan akan membuat sekali lagi kunjung hormat kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai kemelut royalti petroleum.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, ia berhubung kenyataan Menteri Kewangan pada sidang Dewan Rakyat pada 24 November lalu.

Enam pelajar MRSM Sultan Azlan Shah positif Covid-19

 

Mohd Akmal Kamarudin

PARIT BUNTAR: Seramai enam pelajar tingkatan lima di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar, dilaporkan positif Covid-19 seperti yang disahkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamarudin.

 Projek pembinaan ECRL membabitkan jajaran sepanjang 665 kilometer - Foto BERNAMA

Projek pembinaan ECRL membabitkan jajaran sepanjang 665 kilometer - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kos keseluruhan pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 kilometer kekal pada harga RM50.27 bilion meskipun dengan muktamadnya keputusan kerajaan Selangor untuk pelaksanaan Jajaran Utara ECRL yang merentasi utara negeri itu.

Upin Ipin menang lagi di Indonesia

 Trofi Program Animasi Asing disampaikan oleh Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, Dave Akbarshah kepada wakil MNCTV selaku penyiar program animasi. - Foto IG Les’Copaque Production

Trofi Program Animasi Asing disampaikan oleh Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, Dave Akbarshah kepada wakil MNCTV selaku penyiar program animasi. - Foto IG Les’Copaque Production

KUALA LUMPUR: Siri animasi tempatan, Upin & Ipin memenangi kategori Program Animasi Asing menerusi Anugerah Penyiaran Ramah Anak (APRA) 2021 di Jakarta, Indonesia pada 27 November lalu.

14 orang dijangkiti COVID-19 varian Omicron di Belanda

Kakitangan kesihatan pasukan pertahanan Belanda menjalani latihan ujian COVID-19 di Hilversum susulan peningkatan kes coronavirus, terutama varian baharu Omicron. - Foto EPA
Kakitangan kesihatan pasukan pertahanan Belanda menjalani latihan ujian COVID-19 di Hilversum susulan peningkatan kes coronavirus, terutama varian baharu Omicron. - Foto EPA

THE HAGUE: Lebih separuh penumpang dikuarantin di sebuah hotel di Belanda, selepas dikesan positif COVID-19 sejurus tiba dari Afrika Selatan dibenarkan.

Lokasi lori, Vellfire dikesan, ada lagi kenderaan dipercayai tertimbus

 Pasukan mencari dan menyelamat menemui Toyota Vellfire yang ditimbus runtuhan tanah. - FOTO BOMBA

Pasukan mencari dan menyelamat menemui Toyota Vellfire yang ditimbus runtuhan tanah. - FOTO BOMBA

BHARIAN.

IPOH: Bukan satu atau dua, tetapi tiga kenderaan dikenal pasti tertimbus runtuhan tanah dalam insiden di Seksyen 27 FT 185 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley (Cameron Highlands) yang dilaporkan tengah hari tadi.

Facebook gagalkan kempen antivaksin

  Foto fail AFP

Foto fail AFP

SAN FRANCISCO: Syarikat induk Facebook semalam menggagalkan kempen antivaksin COVID-19 yang mengganggu pekerja perubatan, wartawan dan beberapa pegawai yang dipilih sebagai isyarat tekanan berterusan terhadap maklumat tidak sahih berkaitan pandemik itu.

Kerajaan perkasakan Angkatan Pertahanan Awam

 

Oleh NOR HAZWANI NOH

KUALA LUMPUR: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan terus diperkasakan dan dilengkapkan dalam pelbagai aspek supaya mempunyai tahap kesiapsiagaan tinggi dan mampu mengurangkan risiko bencana.

PRN Sarawak: PAS tanding logo sendiri

 

KUALA LUMPUR: PAS memutuskan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak menggunakan logo sendiri.

Bagaimanapun menurut Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, jumlah kerusi yang dipertandingkan masih belum diputuskan.

Penjawat awam Kelantan dapat bonus RM1,000

 

Oleh ASLANI M

KOTA BHARU:
 Kerajaan Kelantan meluluskan pemberian bonus kepada penjawat awam negeri sebanyak RM1,000 manakala bagi lantikan politik pula mendapat RM500.

MoU pembantu rumah: Malaysia dan Indonesia masih berunding

 

Oleh SRIHAYANIS ABASRI

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia masih berunding bagi mencapai kesepakatan untuk memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung pengambilan pembantu rumah.

Bertudung tidak halang berjaya dalam sukan

 

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR: 
Juara Skuasy Terbuka Malaysia 2021, Aifa Azman telah membuktikan kepada dunia bahawa tiada halangan bagi wanita bertudung berjaya dalam sukan.

Benarkah Kelantan tidak layak dibayar royalti?

 

Foto hiasan.

Oleh NAZRI DERAMAN

KEDAULATAN Kelantan boleh dibuktikan melalui sejarah panjang penubuhannya yang lebih awal daripada pembentukan Malaysia.

Secara ringkasnya, Kelantan adalah sebuah entiti atau negara berdaulat yang mempunyai kerajaan tersendiri dengan sistem pemerintahan beraja bersama sempadan pemerintahan dan hukum kanun sendiri.

Keluarga mangsa terharu terima kunjungan Ustaz Zulkifli

 

Oleh IBNU JANIE

KOTA MELAKA:
 Norizan Md Isa, 42, bekas isteri kepada Almarhum Abdul Rahim Mohamad, 53, mangsa langgar pemandu mabuk, terharu dengan kehadiran Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Zulkifli Ismail ke rumahnya, semalam.

97 peratus populasi dewasa lengkap divaksin

 

KUALA LUMPUR: Sebanyak 97 peratus atau 22,698,593 individu dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 98.4 peratus atau 23,034,278 individu dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Omicron boleh atasi beberapa imuniti

  Foto AFP

Foto AFP

JOHANNESBURG: Varian Omicron dilihat berupaya mengatasi beberapa imuniti, namun vaksin masih menawarkan perlindungan terhadap penyakit teruk, menurut data terkini dari Afrika Selatan yang mana ia segera mengatasi Delta menjadi varian dominan.

Salah bantu Liverpool belasah Everton

 Mohamed Salah meraikan gol ketiga pasukannya ketika menentang Everton di Liverpool, Britain. - EPA

Mohamed Salah meraikan gol ketiga pasukannya ketika menentang Everton di Liverpool, Britain. - EPA

LIVERPOOL: Mohamed Salah meledak dua gol ketika Liverpool membelasah pasukan bekas pengendalinya, Rafael Benitez menyebabkan pengurus Everton itu semakin tertekan selepas kalah 4-1 dalam pertembungan tetangga Merseyside.

Penunjuk berwarna Eatmarna, Tawakkalna elak sesak dua masjid suci

  Foto ihsan Okaz/Saudi Gazette

Foto ihsan Okaz/Saudi Gazette

MAKKAH: Jemaah kini boleh mengelak kesesakan ketika mengerjakan umrah atau beribadat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah apabila mempunyai pilihan untuk memilih slot di luar waktu puncak.

Permintaan kargo udara antarabangsa meningkat

 Data Oktober mencerminkan tinjauan positif keseluruhan untuk kargo udara - Foto hiasan

Data Oktober mencerminkan tinjauan positif keseluruhan untuk kargo udara - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Permintaan global untuk kargo udara antarabangsa meningkat 9.4 peratus pada Oktober tahun ini berbanding bulan yang sama pada 2019, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

BNM, semua bank di KL beroperasi esok

 Bank Negara Malaysia (BNM) - NSTP/Yazit Razali

Bank Negara Malaysia (BNM) - NSTP/Yazit Razali

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa bank pusat dan semua bank termasuk cawangan-cawangannya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dibuka serta beroperasi seperti biasa esok.

60 pelajar Sekolah Seri Puteri positif

 Sebahagian pelajar Sekolah Seri Puteri dikuarantin. - Foto Facebook

Sebahagian pelajar Sekolah Seri Puteri dikuarantin. - Foto Facebook

KUALA LUMPUR: Seramai 60 pelajar Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya yang positif COVID-19 dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, hari ini.

WHO beri amaran dunia cipta 'resipi toksik' varian baharu

 Tedros Adhanom Ghebreyesus. - Foto AFP

Tedros Adhanom Ghebreyesus. - Foto AFP

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran dunia sedang mewujudkan situasi toksik untuk varian baharu COVID-19 seperti Omicron untuk muncul dan merebak ke seluruh dunia.