01 April 2010

Sidang Media pagi ini.

Satu sidang media akan diadakan seperti berikut :

Tarikh/Hari : 1 April 2010/Khamis

Jam : 10.30 pagi

Tempat : Pejabat Pakatan Rakyat Perak Ipoh.

Semua rakan media dan Bloggers dijemput hadir.

Gambar terkini Sidang DUN Perak 31 Mac.













Nizar ; Saya simpati dan mohon maaf kepada rakan media.

IPOH : Saya merasa kesal dan memohon maaf kepada semua rakan media yang telah dinafikan hak untuk membuat liputan secara bebas sepanjang sidang DUN kali ini. Sedangkan sebelum ini semasa Pakatan Rakyat memerintah kita telah memberi kebebasan sepenuhnya kepada rakan media , malahan mengadakan siaran langsung setiap kali sidang berlangsung.

Beliau juga mengesahkan bahawa pada hari ini semua talian internet dan pengunaan talifon untuk mengakses twiter, face book dan sebagainya telah di sekat .

`MAKANAN' YB ZUL PUN EZAM SESUMPAH HENDAK TUMPANG ?

15 Rabiulakhir 1431H
Oleh: WFAUZDIN NS

MEDIA pro kerajaan dewasa ini dilihat cuba mempopularkan beberapa MP dari PR yang melompat atau dipecat demi untuk menyambung nyawa Umno yang semakin nazak itu. Tokoh di antara mereka yang begitu diangkat oleh media pencacai ini adalah YB Zul MP dari Kulim Bandar Baru. Kehebatan YB Zul terserlah sehinggakan mendapat perhatian dari Najib sendiri yang sanggup menerima kehadiran MP Bebas tersebut. YB Zul memang berhajat sangat untuk berjumpa tokoh pujaannya itu di samping untuk `memohon maaf'' kalau pun tidak untuk mengucup kedua tangan Najib atau Rosmah.

`Kehebatan' YB Zul mecuri perhatian media dan juga Najib, tentunya menghilangkan kehebatan Ezam raja sesumpah yang selama ini begitu bekerja kuat untuk mempertahankan Najib dan Umno. Nama YB Zul menjadi popular setelah beliau memperdengarkan `hikayat Altantuya' di Parlimen dengan cerita betapa beliau cuba disogok dengan imbuhan lumayan sehingga menggugat keimanannya agar membuat Akuan Bersumpah mengaitkan Najib dan Rosmah di dalam kes Altantuya. Seperti biasa, walaupun cerita dongeng dari YB Zul itu tiada fakta atau bukti langsung, bahkan YB Zul tidak menyebut sama sekali pihak yang cuba menyogoknya, media tetap menganggapnya sebagai satu berita yang amat berharga mengalahkan kisah injin jet pesawat hilang, kisah kapal selam tidak dapat menyelam, kisah komisyen kapal selam 500 juta dan berbagai kisah lagi. Itulah nilai berita yang ingin disuapkan kepada rakyat agar rakyat di negara ini menjadi bodoh ke tahap `gaban'.

Tiba-tiba Ezam raja sesumpah muncul di tengah-tengah YB Zul sedang hanyut dibuai `glamour' media pencacai. Siapa tidak sakit jiwa, Ezam dahulu orang paling rapat dengan DS Anwar sanggup keluar parti untuk bersama Umno dan ke hulu ke hilir membodek Najib dan menghentam DS Anwar luar dan dalam termasuk keluarganya, tiba-tiba nama YB Zul pula naik? Sungguh Ezam tidak sangka, hanya beberapa hari sahaja YB Zul dibuang dari PKR, nama beliau hampir setiap hari muncul di kaca TV malah Najib punyai masa untuk berjumpa MP Bebas ini. Sedangkan, Ezam ini bertahun-tahun melutut dengan Umno namanya hampir tenggelam malahan orang-orang Umno sendiri tidak mahu mengangkatnya.

Maka, Ezam sesumpah pun cuba `meniru' taktik YB Zul. Tanpa rasa malu, Ezam pun tampil di kaca TV menyatakan beliau juga mengalami peristiwa yang sama seperti YB Zul. Beliau juga pernah disuruh buat Akuan Bersumpah tetapi beliau enggan. Seperti biasa, siapa lagi kalau tidak DS Anwar sebagai sasaran Ezam. Lepas ini percayalah, kita akan saksikan Ezam akan bersumpah dan mencabar DS Anwar juga untuk menjadi `binatang sesumpah' sepertinya. Dia sudah biasa buat kerja bodoh seperti itu, tuduh orang dan cabar orang itu bersumpah. Itu kerja Ezam sesumpah. Peliknya, bertahun kes Altantuya ini baru sekarang Ezam dedahkan. Jika sewaktu di dalam KeADILan dulu mungkin dia mahu menjaga nama baik DS Anwar sebab itu dia tidak mahu dedahkan, tetapi kita pelik mengapa setelah dia keluar dari KeADILan dan berada di dalam GERAK sebuah NGO bebas, Ezam tidak bercerita pun kisah ini?

Sewaktu beliau berkempen di dalam PRK Parlimen Permatang Pauh di mana musuh nombor Wahid nya itu bertanding, semua yang buruk tentang DS Anwar beliau dedahkan. Mengapa cerita yang beliau baru dedahkan ini tidak didedahkan waktu itu? Bukankah waktu itu adalah saat terbaiknya untuk mendedahkan cerita sogokan ini kerana waktu itu isu Altantuya begitu hangat dimainkan oleh PKR di situ? Mengapa beliau biarkan Najib bergelut berseorangan menepis isu Altantuya sehingga Najib terpaksa `bersumpah' tidak mengenal wanita Mongolia ini (Najib hanya sebut wanita Mongolia, bukan Altantuya). Mengapa tidak timbul cerita ini sewaktu beliau berkempen di beberapa PRK selepas Permatang Pauh? Mungkin masa itu, otaknya tidak terfikir untuk mengarang cerita sedemikian. Apabila YB Zul dapat idea, beliau hanya menumpang tuah dan meniru sahaja.

Jelas kepada kita, Ezam kini tiada idea lagi untuk membongkar keburukan DS Anwar khususnya. Beliau akan terus mencari dan mencari umpama anjing mencari makan di lorong-lorong pelacuran. Beliau akan kutip apa jua makanan walaupun itu makanan itu dijumpai oleh orang lain. YB Zul yang dapat makanan itu, Ezam terhegeh-hegeh hendak tumpang sekaki./wfauzdin.blogspot.com

ADAKAH KITA IKHLAS?

15 Rabiulakhir 1431H
Email : Sal Am

Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa-apa amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.

Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.

Antaranya :-
1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.

2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.

3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.

4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.

5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.

6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.

7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.

8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.

9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.

10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah)

Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt.

Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.

Dalam satu kata-kata ulamak, ada ulamak yang mengatakan untuk membayangkan ikhlasnya seseorang itu seperti seekor semut yang hitam yang berjalan diatas batu yang hitam pada waktu malam ( yg pekat legam ). Betapa besarnya hati manusia itu, apa bila merasakan hatinya itu ikhlas terhadap Allah ta'ala.

Perlu diingatkan juga, dalam satu hadith Nabi saw telah bersabda "3 golongan yang tidak diterima Allah Ta'ala untuk masuk ke syurga, kemudian ditanya kepada nabi apakah golongan itu, maka nabi menjawab

1. Orang-orang kaya menginfaqkan ( sedekah ) sebahagian hartanya di jalan allah, tetapi tidak ikhlas.

2. Orang-orang yang berjihad di jalan Allah, mahupun perang atau sebagainya.

3. Orang-orang alim ulamak yang menyampaikan ilmu itu tetapi tidak ikhlas kerana Allah ta'ala"

Jadi sahabat dan sahabiah yang dirahamtilah Allah sekalian dapat kita renungkan betapa besar ikhlas tu perlu wujud pada hati masing. Syaitan sentiasa merasuk diri anda supaya mengkianati Allah Ta'ala. oleh itu sentiasalah menyucikan jiwa anda dari perasaan hasad dan dengki serta riak yang membinasakan diri kita di akhirat kelak.
Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yang baik atau sebaliknya.

Sama-samalah kita berdoa:

DI SEDIAKAN OLEH USTAZ IBRAHIM BIN ZAKARIA 019-2627636
PENGETUA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL ABRAR
NO. 19 Atas Persiaran PM 3/2, Pusat Bandar Seri Manjung Seksyen 3,
32040 Seri Manjung Perak.
E Mail ibrahim_mtd07@yahoo.com
Segala sumbangan derma boleh lah di salurkan ke dalam akaun bank muamalat no 08030002138714


Sidang Media di Wisma DAP : Perkara seperti ini tidak pernah berlaku.

IPOH: Setelah kita masuk ke dewan sekitar jam 10, maka seawalnya ADUN Pantai Resmi membuat usul berdasarkan perintah tetap 2, 3, dan 4. namun Ganesan tidak memeberikan perhatian. Demikian antara penegasan DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang media yang diadakan di wisma DAP disi sini

Katanya lagi, kita telah bertegang leher kerana kita ingin jelaskan bahawa Ganesan tidak layak menjadi speaker. akibat tidak menghormati namun kita cuba beri kerjasama. Selain itu sesi soal jawab hanya dari jam 10.10 hingga 10.49 habis, ini tidak pernah berlaku.

Sebab lain kami keluar ialah dalam agenda tidak ada perbahasan titah tuanku dan dibantah oleh speaker sivakumar. sya dengan Dato Ngeh bantah dan tidak ada jawapan.Jelas DS. Nizar.

"Maka kami ambil keputusan keluar dewan kerana dengan beberapa alasan kuat tersebut" tegas DS. Nizar.

"Kami mencabar Zambry dan Ganesan, kalau ada perbahasan kami akan hadir esok. malangnya selepas keluar namun tidak dapat disahkan bahawa zambry ada usulkan ada titah ucapan, namun sudah tersangat terlewat. kalau ada sekarang itu sudah terlewat. katanya.

Wanita Mencari Jodoh: Ciri2 Calon Suami Yang Ideal

15 Rabiulakhir 1431H
Email : Shah Bundy

Sering kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi,

"Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Secara umumnya hadith ini menyenaraikan tentang ciri-ciri wanita yang biasanya menarik perhatian lelaki untuk dijadikan calon isteri. Wanita yang kaya, berharta, berdarjat tinggi dan cantik jelita adalah pakej lengkap yang meruntun hati kaum lelaki untuk menyuntingnya.Namun yang lebih penting hadith di atas menyarankan kepada kaum lelaki agar memilih bakal isteri yang memiliki ciri “kuat penghayatan agamanya”. Ini disebabkan wanita yang melaksanakan segala ajaran agama akan memberikan pengaruh serta kesan yang besar terhadap kebahagiaan hidup berumahtangga.

Bagaimana pula ciri-ciri lelaki yang baik untuk dijadikan suami? Jika hadith di atas memberi panduan kepada kaum lelaki dalam memilih bakal isteri mereka, maka di samping itu Islam juga memberi panduan kepada kaum wanita dalam memilih bakal suami mereka.Hal ini disebabkan aspek memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah. Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa penilitian yang mendalam. Ini disebabkan perkahwinan melibatkan soal kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani bersama dengan pasangan.

Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita, ia perlu menyelidik terlebih dahulu latar belakang bakal suaminya dari segi akhlak serta penghayatan agamanya.

Ini kerana menurut kajian, kaum wanitalah yang paling teruk menerima kesan buruk apabila suami mengabaikan hak isteri, tidak mempergauli isteri dengan baik, curang, tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan sebagainya. Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memberikan panduan yang baik bagi anak-anak perempuan mereka mencari bakal suami dari kalangan lelaki yang berakhlak tinggi dan taat pada ajaran agama. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”

Sesungguhnya sifat-sifat inilah (baik akhlak dan agama) yang mesti dijadikan kriteria utama di dalam memilih bakal suami sebelum dilihat atau dipilih pada sudut harta, pangkat dan kedudukan lelaki tersebut. Lelaki yang sederhana kehidupannnya tetapi berakhlak mulia serta taat melaksanakan segala perintah Allah SWT dan rasul-Nya itulah sebenarnya seorang yang kaya, sebaliknya lelaki fasik (ingkar kepada suruhan Allah SWT ) walaupun hidup kaya raya, hakikatnya ia adalah miskin.

Mengapa demikian? Kerana kefasikan hidup akan melesapkan harta kekayaan melalui aktiviti perujudian, minuman keras, berkunjung ke tempat - tempat maksiat, berfoya-foya dan sebagainya. Hak-hak isteri dengan sendirinya hilang dan terabai. Isteri hidup dalam tekanan perasaan kerana tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak dilupakan. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis di atas sebagai “fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.

Suami yang hidup dalam kefasikan bermakna mengundang murka Allah SWT. Jika Allah SWT sudah murka, bagaimanakah rahmat dan keberkatan hidup berumahtangga akan dapat dinikmati?

Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan bin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat. Katanya, “Anak perempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki. Dengan lelaki yang bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku?” Hasan menjawab,

“Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia menyukai isterinya ia pasti mengasihinya, tetapi jika ia tidak menyukai isterinya pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”.

Prof. Dr. Miqdad Yaljan dalam bukunya

Menurut beliau lagi, sekiranya perceraian berlaku, ia akan lebih mendatangkan kemudaratan kepada wanita berbanding lelaki sama ada dari sudut sosial, psikologi dan ekonomi. Tambahan lagi pandangan negatif sesetengah masyarakat kepada wanita bergelar janda menambahkan lagi tekanan perasaan mereka. Malah perasaan malu akibat perceraian lebih dirasai oleh golongan wanita berbanding lelaki.

Rasulullah SAW juga amat benci kepada mana-mana bapa (atau wali)yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik. Baginda mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud:

Lihatlah betapa tegasnya Rasulullah SAW dalam menggesa para ibu bapa agar mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang beriman dan menjauhi dari mengahwinkannya dengan lelaki yang fasik.

Apakah fitnah atau malapetaka yang lebih besar selain daripadamenikahkan anak-anak yang berjiwa bersih, berperibadi mulia dan taat menjalankan suruhan agama dengan lelaki yang tidak menghiraukan perintah Allah SWT dan bergelumang pula dengan maksiat?

Kita melihat bahawa berapa ramai anak-anak perempuan yang ketika berada di bawah naungan keluarganya tidak pernah melakukan maksiat, tetapi apabila berkahwin dengan lelaki fasik, mereka terus hanyut dalam arus maksiat yang diterajui oleh suami mereka sendiri.

Gadis yang pada mulanya berperibadi mulia, akhirnya terseret jauh oleh kesesatan suaminya. Memakai pakaian yang mendedahkan aurat, meninggalkan solat dan bentuk-bentuk ibadah lainnya. Semua ini jelas merupakan kerugian yang nyata sekali bagi dirinya.

Oleh sebab itu, amat wajarlah Rasulullah SAW menghukum mana-mana bapa atau wali yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik, yang seolah-olah dia memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak perempuannya sendiri.

Kesimpulannya, kaum wanita perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal pemilihan jodoh. Ini kerana perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi ia merupakan “ikatan sosial” yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa, kasih sayang, ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak, tanggungjawab, toleransi dan sebagainya.

Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan kahwinkanlah orang orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya,kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui(an-Nur: 32).

“al-Bayt al-Islami Kama Yanbaghi An Yakun” menulis: Soal perkahwinan adalah persoalan hidup keseluruhannya. Lebih-lebih lagi kaum wanita dalam membuat penelitian terhadap bakal suami. Ini kerana kuasa talak terletak di tangan suami mereka.

“Sesiapa yang menikahkan anak perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan silaturrahim dengan anaknya sendiri”.

Gambar terkini sidang DUN Perak.









Hadith Untuk Hari Ini - Ilmu Yang Hilang

15 Rabiulakhir 1431H
Email : Roslan





Semua ADUN PR keluar dari bangunan Dewan Negeri selepas sidang media.

Semua ADUN PR keluar dari bangunan Dewan Negeri selepas sidang media yang diadakan di perpustakaan sebentar tadi.

Kami sekarang sedang berada di Wisma DAP dan satu mesyuarat khas diadakan.

Terkini 11.30 am : Ds. Nizar membantah penggunaan polis dan menakutkan

Ini pengkhianatan BN kepada hak yang diberikan rakyat kepada kami dengan menyalahgunakan kuasa polis.


Terkini 11.25 am : Sidang media diadakan di perpustakaan

Dato Ngeh mensyaki bila ada usul yang berkaitan ucapan titah ucapan seperti yang diumumkan Ganesan bila kami keluar akan dilakukan secara cepat.

Harap rakyat dan bagi tahu kepada dunia bahawa semasa kita memerintah kita bebas membenarkan semua pihak dalam setiap sidang.

Kata Ds. Nizar, bila kami keluar baru umum nak bahas,kami cabar Zambry kalaulah bahas dibenarkan esok, jam 10 esok kita akan datang. Kalau mereka tidak mahu bahas itu penghinaan kepada Tuanku dan rakyat yang bagi amanah kepada Pakatan Rakyat.

Dato Ngeh mendedahkan soalan-soalan awal dari Tajol Rosli sebanyak 3 soalan. Ini tidak adil.

Adun Pantai Remis mendedahkan sesi soal jawab cuma 48 minit sahaja. Sepatutnya satu jam setengah seperti di Parlimen. Dia tanya dan dia jawab dan syok sendiri.

Sivakumar menjelaskan bila peraturan mesyuarat atau aturcara hari ini ialah mengesahkan 3 jawatankuasa maka pasti BN ingin menghabiskan sidang pada hari ini juga. Ini adalah bukti BN akan bersidang hanya untuk dua hari sahaja.

Terkini 11.19 am : Kenyataan Adun Pantai Remis

Agenda BN adalah memperalatkan sebagai Rubber Stem, akhirnya ternyata bila tidak ada titah ucapan DYMM Pemangku Sultan Perak. Bahas dulu baru rang undang-undang.

Apabila kita bangkitkan pembesar suara kami ditutup, kami tidak ada pilihan dan terpaksa keluar dewan. Ini adalah undang-undang rimba.


Terkini 11.17 am : Pembesar suara ditutup

11.17 am : Pembesar suara Adun PR semua ditutup sepanjang kami berada dalam dewan. Inilah yang dilakukan oleh Ganesan speaker haram.


Terkini 11.15 am : Kenyataan Sivakumar

Orang yang duduk diatas sebagai pengerusi tidak mengendahkan bantahan dan permohonan dari Adun Pakatan Rakyat.

Hari ini mereka sekali lagi langgar peraturan dewan. Sebelum sahkan pelbagai enakmen dan sebagainya mesti ada perbahasan titah ucapan Pemangku Raja Perak.

Namun bila kita keluar baru ada usul dari MB Zambry setelah kita keluar. Nampaknya mereka faham peraturan hanya boleh diubah bila diusul MB seperti peraturan tetap. Itulah yang Zambry lakukan bila kami keluar. Sepatutnya itu dilakukan lebih awal diawal sidang tadi.


Terkini 11.10 am : Kenyataan Media

Kami keluar dewan setelah permohonan bertalu-talu dari Pakatan Rakyat tidak diendahkan oleh Ganesan walau pun menurut perintah tetap.

Kerana berbagai permohonan kami tidak diendahkan Ganesan lalu kami mengambil keputusan untuk keluar.


Terkini 11.07 am : Adun PR protes

11.07 am : Adun PR protes keluar dari dewan setelah protes terakhir kepada Ganesan mengenai tidak ada ucapan perbahasan dari DYMM Pemangku Raja Perak.


Terkini 10.55 am

10.58 am : Adun PR terus membantah kerana tidak ada ucapan perbahasan kepada titah ucapan Tuanku. Kami bantah kerana menghina Tuanku.

10.55 am : Ganesan tidak sampai 1 jam menghentikan sesi jawab soalan, dengan meneruskan sesi yang lain. Lalu dibantah oleh Adun PR kerana tidak sampai satu jam.


Terkini 10.50 am

10.50 am : Apabila sampai kepada soalan Adun Pakatan Rakyat, Adun PR yang sedikit untuk bertanya lalu dibatalkan. Sedangkan Adun PR ingin mencelah sedikit supaya Ganesan mengikut perintah tetap dahulu.

Hakikatnya Adun PR langsung tidak diberikan laluan, soalan tambahan dari Adun PR juga tidak dilayan.

Saya kira Ganesan tidak sanggup mendengar hujah dari PR mengenai kedudukannya sebagai speaker yang tidak sah.


Terkini : Keadaan sidang masih tidak lancar

10.44 am : Pengkalan Hulu yang bangun untuk bercakap sesuai dengan perintah tetap mahu diberikan laluan oleh Ganesan, lalu Adun PR membantah kerana sebelum ini permintaan PR sesuai peraturan tetap tidak dihiraukan kepada Adun BN yang bertanya soalan baru.

10.40 am : Hamidah yang bangun untuk menjawab soalan di bantah oleh Adun PR dengan laungan ular, Sivakumar membangkitkan sebelum ini Hamidah yang menyebut ular kepada India untuk pukul ular yang duduk di atas.

10.39 am : Keadaan sidang masih tidak lancar dengan tindakan Ganesan yang tidak mengindahkan pihak Pakatan Rakyat, soalan tambahan tidak diberikan laluan. Semacam sidang hanya untuk Adun BN sahaja.


Terkini 10.30 am : Bantahan berterusan

Bantahan masih berterusan kerana Ganesan tidak mahu memberi laluan mengenai kedudukannya yang bukan speaker yang sah.

10.36 am : Semasa sampai kepada Kuala Sepetang untuk bertanyakan soalan, lucunya dia memberi laluan kepada Pantai Remis tapi tidak diendahkan Ganesan dan memberi ADUN BN bertanyakan soalan baru.


Terkini 10.20 am : Zambry meneruskan ucapan perbahasan

Saya tidak pasti untuk apa walaupun bantahan berterusan dari ADUN Pakatan Rakyat.

10.22 am : ADUN Pakatan Rakyat terus membantah kerana Ganesan tidak memberi peluang keapda Pantai Remis, sebentar tadi oleh ADUN Setiawan turut membantah.

10.26 am : Keadaan dewan sebentar tadi senyap sebentar namun kembali mendapat gangguan dari ADUN PR untuk meneruskan hujah kenapa Ganesan bukan Speaker.


Terkini 10.15 am : Sidang dalam keadaan bising

15 Rabiulakhir 1431H

Sidang masih dalam keadaan bising dengan bantahan dari ADUN PR yang membantah Ganesan yang terus mengendalikan sidang walaupun dia dibuktikan dengan 6 hujah bahawa dia bukanlah speaker yang sah.


Ganesen terus mengumumkan tanpa mendengar bantahan dari pantai Remis.

Saya tidak tahu mengenai Ganesan yang tidak memberi laluan kepada Pantai Remis dengan meneruskan sidang . Sebentar tadi semua ADUN bangun dan menunjukkan isyarat tertentu kepada Ganesan.
Sidang masih dalam keadaan bising dengan bantahan dari ADUN Pakatan Rakyat, Ganesan tidak mahu menghiraukan bantahan dari ADUN PR, walaupun mematuhi standing order.

Ganesan terus mengumumkan beberapapengumuman termasuk melarang pengunaan talifon dan ambil gambar.

ADUN BN tidak melawan.

10.00 am ; sidang dimulakan

Sidang dimulai dengan bacaan doa.

Namun ADUN Pantai Remis bagun menurut peraturan yang ada untuk membantah Ganesan sebagai speaker haram.

Terkini 10.00 am : Halangan

15 Rabiulakhir 1431H

Kami tidak dihalang dipintu masuk utama dewan namun mendapat halangan ketika ingin masuk ke dalam dewan.

Dengan alasan keselamatan lebih 50 orang polis yang berada dipintu masuk dewan cuba menghalang kami.

Namu setelah berlaku perbahasan dan hujah, kami akhirnya dibenarkan masuk.


Budak 7 tahun dapat A peperiksaan A-level

15 Rabiulakhir 1431H
Email : Shah Bundy

LONDON - Seorang budak lelaki berumur tujuh tahun, Yasha Ayari Asley menjadi individu termuda di dunia lulus peperiksaan A-level dalam mata pelajaran matematik dengan memperoleh gred A, lapor sebuah akhbar semalam.

Yasha dari Leicester memberitahu: "Apabila saya melihat kertas soalan, saya menganggap ia akan menjadi mudah. Terdapat satu soalan yang berlegar dalam fikiran saya iaitu bagaimana cara untuk melakukannya sebelum saya mendapat jawapan. Baki soalan lain okey."

Pencapaian Yasha akan membolehkan dia disenaraikan dalam rekod selepas seorang budak perempuan berumur lapan tahun, Zohaib Ahmed turut mendapat gred A pada Januari tahun lalu.

Bapanya, Moussa, 47, berkata: "Dia berasa gembira tetapi ia tidak dapat menandingi bagaimana terujanya saya. Ia merupakan satu pencapaian yang mengagumkan. Saya berasa bangga dengannya."

Menurutnya, jika Yasha mendapat biasiswa, dia mungkin menamatkan ijazah universiti sebelum berumur sepuluh tahun.

Moussa berkata: "Dia mempunyai bakat belajar."

Yasha merupakan murid sebuah sekolah rendah di tahun tiga tetapi Moussa yang berketurunan Iran mendaftarkan anaknya mengambil A-level tanpa pengetahuan guru besarnya.

Moussa membesarkan anaknya itu sendirian selepas dia bercerai dengan isterinya semasa umur Yasha berumur setahun.

sumber dari : http://paapaada.blogspot.com

Terkini 9.40 am : Sidang DUN Perak hari ke 2

Terkini 9.42 am : Kami sudah berkumpul di bawah Wisma DAP untuk menuju ke dewan

9.44 am : Semua ADUN PR - mula bergerak ke pejabat dewan diiringi oleh penyokong dan rakan media.


Ciri wanita solehah

15 Rabiulakhir 1431H
Email : Shah Bundy

Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (Riwayat Muslim).*

Ciri-ciri wanita solehah.

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima habuan syurga yang penuh keni'matan dari Allah s.w.t. . Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja, iaitu:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:

1- Taat kepada Allah dan RasulNya

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
- Berbuat baik kepada dua ibubapa
- Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
- Bersikap baik terhadap jiran tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.
- Tidak cemberut di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Apabila kita melihat bahawa punca rendahnya martabat wanita adalah datangnya dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaiamana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1- Lupa mengingati Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: Ertinya: " Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."

Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan sahaja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakrah atau sebagainya.

2- Mudah tertipu dengan keindahan dunia

Keindahan dunia dan keseronokkannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan setakat itu sahaja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Bukan sedikit yang sanggup menderhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana keni'matan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: Ertinya:" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."

Gambar terkini.




CALON PR DI HULU SELANGOR - JANGAN LETAKKAN `BERUDU' SEBAGAI CALON

15 Rabiulakhir 1431H
Oleh: WFAUZDIN NS

Aku sanggup melutut padamu kerana aku adalah Pendekar Silat Pulut....maka calonlah aku!!

SAYA telah umumkan awal-awal lagi, blog saya ini menyokong Us Dr Badrul Amin sebagai calon PKR mewakili PR di dalam PRK Parlimen Hulu Selangor tidak lama lagi. Setakat ini pengunjung-pengunjung blog saya meletakkan Us Dr Badrul Amin sebagai pilihan utama mereka, dan saya juga mendapati pilihan yang sama telah dibuat oleh pengunjung-pengunjung website Tranungkite.net. Kita tidak tahu samada pimpinan di dalam PKR mengambil kira sokongan yang kita telah berikan ini. Namun demikian, kita serahkan saja perkara ini kepada pimpinan PKR dan PR untuk menentukannya. Apa yang penting, kita tidak mahu lagi pimpinan meletakkan `berudu' sebagai calon yang bila-bila masa akan menjadi `katak'.

Kita rela kalah di dalam perebutan kerusi ini daripada kita menang kemudiannya kerusi tersebut di`lacur'kan. Rakyat Hulu Selangor ingin memilih pemimpin yang sanggup berjuang, susah dan senang bersama rakyat bukannya seorang `pelacur' murahan seperti yang telah ada beberapa ekor sekarang ini. Rakyat di negeri Selangor bukan seperti kebanyakan rakyat di Melaka yang masih senang serta selesa berada di bawah KM yang pernah terlibat di dalam `rasuah politik'. Kecerdikan rakyat Selangor menilai pemimpin itulah yang menyebabkan Khir Toyo `disapu' oleh `penyapu'nya sendiri.

Apakah selepas pilihanraya ini nanti DS Anwar terpaksa memohon maaf lagi kepada pengundi kerana tersilap memilih calon? Perkara yang lepas biarlah lepas, dan kita sedar ketika itu DS Anwar dan pimpinan masih belum belajar mengenali kawan dan lawan. Jika Tuan Guru Nik Aziz pun terkhilaf apabila merestui raja katak sebagai calon di Pasir Mas, apa lagi lah DS Anwar. Itu semua sejarah yang banyak mengajar kita. Kadangkala terlalu berbaik sangka memakan diri juga. Jadi, siapakah calon yang terbaik untuk kita letakkan berdepan dengan Umno nanti? Saya berani berkata bahawa Umno adalah lawan yang akan berdepan dengan kita kerana kita arif sangat dengan Umno ini. Umno tidak akan menghormati kawannya lagi bila kawannya sudah lemah. MIC sudah lemah dan pastinya Umno tidak akan berharap lagi dengan parti Samy Vellu itu.

PKR mestilah meletakkan calon yang telah terbukti berjuang dan bersusah payah begitu lama demi parti. Calon tersebut mestilah telah diuji dengan berbagai kesusahan dan penderitaan bukannya yang masuk tanpa merasai perit dan jerihnya menaikkan nama parti. Kita mahukan calon tersebut dikenali ramai pengundi di Hulu Selangor dan mempunyai rekod yang baik. Majoriti pengundi di Hulu Selangor adalah Melayu Islam, dan tentunya ramai pengundi di situ adalah terdiri dari penyokong-penyokong PAS yang sebelum ini membantu kemenangan calon PKR yang telah pun kembali ke Rahmatullah. Oleh yang demikian, calon yang bakal dipilih oleh pimpinan PKR nanti mestilah mempunyai akhlak dan nilai-nilai agama yang tinggi.

Mari kita singkap siapakah pula bakal calon dari Umno? Jika saya orang Umno, saya pasti akan melobi untuk mencalonkan Ezam sesumpah sebagai calon. Kerana apa? Ini adalah kerana kita telah melihat bagaimana susah dan peritnya Ezam sesumpah ini berjuang mempertahankan parti pimpinan Najib sekarang. Segala ilmu pembohong, penipu, lawak termasuk sumpah-sumpahnya telah habis dikeluarkan dari dadanya semata-semata untuk memburukkan DS Anwar termasuk Tuan Guru Nik Aziz demi kerana Najib. Hinggakan modal YB Zulkifli Noordin pun Ezam sesumpah curi bila dia berkata dia pun pernah disuruh DS Anwar buat akuan bersumpah untuk libatkan Najib dalam kes Altantuya. Tidakkah bersungguh mamat sesumpah itu?

Lagi pun, Ezam sesumpah anak Selangor dan baru-baru ini baru sahaja mendapat gelaran `pendekar silat' setelah `melutut' depan Muhyiddin. Walaupun `pendekar silat pulut' pengantin, Ezam tetap pendekar buat Umno. Tanpa diminta, bukankah Ezam sesumpah ini sanggup berikan keterangan kepada pihak Polis untuk membantu YB Zul? Besar pengorbanan Ezam ini walaupun tidak sebesar banglonya atau banglo Khir Toyo. Tidak kesihankah orang-orang Umno melihat pendekar sesumpah ini tiada jawatan apa-apa dalam politik? Sekurang-kurangnya naikkan lah darjat Ezam ini lebih sedikit dari kawan-kawannya seperti Zahid Md Arip atau Roslan Kassim yang berterusan menjadi pencacai sampai ke mati itu.

Sama-samalah kita melobi Umno agar mencalonkan Ezam sesumpah agar beliau boleh menyalak dengan lebih nyaring lagi. Tetapi, jika Umno masih juga berharap pada MIC, ini menandakan Umno sebenarnya sudah pupus di Selangor. Tidak dapat dibayangkan betapa amarahnya Presiden Perkosa Berahim katak jika Melayu Umno tidak berani bertanding di Hulu Selangor. Kali ini yang pasti mesti ada calon bebas akan ditaja untuk memberi nyawa kepada calon pilihan Najib. Paling menyeronokkan nanti apakah kita bakal menyaksikan Umno berkempen dengan memungut sisa-sisa bangkai yang keluar dari mulut `pelacur politik' yang ada beberapa ekor itu kerana Umno sebenarnya tiada modal lagi./wfauzdin.blogspot.com

Semua ADUN berpakaian hitam tanda demokrasi sudah mati di Perak

Semua ADUN PR berpakaian hitam pada hari ini sebagai isyarat dan tanda bahawa demokrasi telahpun mati di negeri Perak pada hari ini.

Sidang hari ini nampaknya akan mendapat campurtangan melampau dari pihak polis seperti kelmarin.

9.00AM : ADUN PR mula berkumpul di Wisma DAP

ADUN pakatan Rakyat Perak yang memakai pakaian hitam lengkap dengan tali leher mula datang dan berkumpul di Wisma DAP Perak berdekatan dengan Dewan Negeri Perak.

Sidang pada hari ini akan bermula pada jam 10.00 pagi dan dijangka masih dikawal ketat oleh pasukan polis.

Semasa saya sampai tadi seperti biasa ramai polis yang berkeliaran di sekitar luar bangunan dan di dalam bangunan dewan.

Surat "gila" dari Ganesan.


Sepucuk surat yang yang difaxkan kepada Pejabat DAP Perak pada jam jam 5.44 pagi tadi dari pejabat Ganesan yaang ditangani oleh Ganesan menyatakan ia adalah arahan dari beliau agar kesemua ADUN hanya dibenarkan masuk melalui pagar pejabat Setiausaha Kerajaan Perak selepas jam 9.30 pagi.

Manakala masuk ke Dewan negeri oleh kesemua ADUN hanya dibenarkan pada jam 9.45 pagi.