20 Mac 2013

Keluarga Diraja pimpin rakyat serah memorandum

8 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


(Ribuan rakyat Terengganu yang turun menyerahkan memo kepada Ahmad Said)

KUALA TERENGGANU: Hari ini dalam sejarah, apabila keluarga Diraja sendiri turun padang memimpin ribuan rakyat untuk menyerahkan ‘Memorandum Rakyat’ kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu di bawah kepimpinan Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said.

Himpunan aman dan serahan memorandum tersebut dipimpin oleh Penaung Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.


(Tengku Paduka menyerahkan memo kepada wakil MB)

Kata Tengku Seri Paduka, kerajaan Terengganu yang diketuai oleh Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan hak rakyat dan wajar disingkirkan pada pilihan raya akan datang.

Katanya, rakyat perlu tahu kenapa saman kerajaan terhadap pihak Petronas dan kerajaan Persekutuan ditarik-balik secara ‘senyap’ tanpa perbincangan dan persetujuan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu.

“Royalti ini hak kita, hak rakyat dan hak negeri Terengganu yang ‘dirampas’ semasa kerajaan PAS memerintah Terengganu, dan kerajaan PAS saman pihak Petronas dan kerajaan pusat.

“Hari ini, tiba-tiba kerajaan ‘Mat’ (Ahmad) Said tarik balik secara senyap-senyap, dia buat keputusan sendiri dan ini satu kesilapan besar yang dia (MB) buat…kita (rakyat) kena tukar (kerajaan) pada pilihan raya (PRU13) tidak lama lagi,” tegasnya kepada Harakahdaily.

Tengku Seri Paduka diiringi oleh Pengerusi Sekretariat Royalti Terengganu, Mohamad Fauzi Abu Samah, Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, Presiden Gabungan Anak Terengganu (Gate), Ahmad Amzad Hashim, Pengerusi dan Timbalan DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran dan Encik Jefri Chua.

Memorandum berkenaan mewakili 45 buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini yang diselaraskan oleh Sekretariat Royalti Terengganu atau ‘R’ turut membuat desakan terhadap empat perkara kepada kerajaan negeri Terengganu.


(Doa dibaca untuk mengadu kepada Allah tentang kezaliman yang dibuat)

Pengerusinya, Mohamad Fauzi Abu Samah menegaskan Sekretariat ‘R’ mendesak empat perkara bagi memastikan kerajaan negeri Terengganu kekal mendapat hak royalti serta memelihara maruah dan kedaulatan negeri Terengganu Darul Iman.

“Pertama, kerajaan negeri Terengganu perlu memfailkan kembali saman untuk menuntut royalti Petroleum dan ‘R’ komitmen akan bersama dengan Menteri Besar (Ahmad Said) dalam memperjuangkan hak royalti tanpa berbelah bagi.

“Kedua, tidak menerima sebarang istilah lain yang menggantikan ‘royalti’ kerana lain-lain istilah akan membawa maksud yang tidak tepat serta merendahkan hak, maruah dan kedaulatan rakyat negeri Terengganu sebagaimana termaktub dalam perjanjian Petroleum 1974, dan kegagalan menyerahkan royalti kepada rakyat dan negeri Terengganu adalah satu ‘pencabulan’ semangat federalisma.

“Ketiga, menuntut Royalti Petroleum dinaikkan kepada 20 peratus sebagaimana kerajaan Aceh menerima royalty dari Indonesia sebanyak antara 30 hingga 70 peratus.

“Dan keempat, mendesak Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu menarik balik secara keseluruhan (en-bloc retraction) pada ‘Usul Menghentikan Royalti Petroleum’ kepada kerajaan Terengganu dalam ucapan perbahasan Perhimpunan Agung Umno tahun 2000, yang menjurus kepada penamatan bayaran Royalti Petroleum kepada kerajaan Terengganu pada tahun yang sama dan digantikan dengan Program Pembiayaan Wang Ehsan pada 27 Oktober 2000,” jelasnya pada satu sidang media di tempat parkir Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, dekat sini.

Menurut beliau, pihak Sekretariat Royalti Terenggnau turut melahirkan rasa dukacitanya di atas penarikan balik saman kerajaan negeri Terengganu terhadap Petronas dan kerajaan Persekutuan pada 21 Mac 2012, sedangkan tuntutan hak royalti belum selesai.


(Muslimat turut turun untuk menyokong penyerahan memorandum)

Katanya, MB Terengganu dibawah kepimpinan Dato’ Seri Ahmad Said juga mungkir janji serta mengkhianati harapan rakyat bagi memastikan royalti Petroleum itu dipulangkan sebagaimana dijanjikan pada 11 Mac 2011, lalu.

Malah, kata beliau yang lebih mengejutkan banyak pihak bagaimana saman royalti yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ditarik balik tanpa persetujuan Dun Terengganu.

Penyerahan Memorandum Rakyat itu hanya diterima oleh Setiausaha Politik MB Terengganu iaitu Dato’ Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid di pintu masuk Wisma Darul Iman pada jam 10.30 pagi.

Sebelum itu, orang ramai mula berkumpul seawal jam 9.00 pagi di tempat parkir kenderaan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan berarak sejauh 500 meter ke Wisma Darul Iman.

Kesempatan itu, diambil oleh beberapa orang pimpinan NGO turut berucap dihadapan hampir 5,000 hadirin bagi menyatakan bantahan masing-masing terhadap kerajaan Umno-BN Terengganu berhubung isu royalti tersebut.

Hadir sama pada perhimpunan tersebut pimpinan PAS Terengganu, Parti KeADILan Rakyat (PKR) Terengganu dan DAP Terengganu.

Harakahdaily/-

Umno heret Ops Daulat untuk kempen PRU

8 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


(Bendera Ops Daulat yang dinaikkan di Bukit Lada, Chenor)

 MARAN: Di sebalik gesaan pihak berkuasa supaya peristiwa pencerobohan di Lahad Datu Sabah tidak dipolitikkan, Umno pula dilihat cuba mengheret isu tersebut menjelang pilihan raya umum (PRU) yang akan datang ini.

Di simpang masuk ke Kampung Bukit Lada dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Chenor di sini, dikibarkan bendera BN bertulis ‘Ops Daulat PRU 13’ dipercayai dinaikkan oleh petugas-petugas Umno kampung berkenaan.

Serentak dengan itu Ketua Pemuda PAS cawangan kampung berkenaan Mohd Roduan Zainal Abidin (gambar), 30, mahu bendera tersebut diturunkan kerana boleh mengundang provokasi jika dibiarkan berterusan.

“Apa motif kaitkan Ops Daulat dengan PRU 13. Kami bantah naikkan bendera itu kerana seolah-olah nak gambarkan PRU ini sebagai perang. Apakah lawan BN dalam PRU mahu dianggap tidak setia kepada negara? Mereka faham atau tidak dengan isu ini atau sengaja main-mainkan?

“Peringkat atasan kata jangan politikkan isu keselamatan, kita hormati permintaan daripada kerajaan itu kerana menganggap isu keselamatan adalah isu bersama tetapi di sini mereka buat modal kempen PRU, jadi tak baguslah,” katanya.

Roduan berkata, Pemuda memberi tempoh seminggu untuk pihak yang mahu menangguk di air keruh itu menurunkan bendera berkenaan atau pihaknya akan membuat laporan polis.

Ops Daulat ialah operasi pasukan keselamatan menggeledah dan menjejaki pengganas Sulu yang menceroboh kawasan di Lahad Datu, Sabah bulan lalu sehingga mengorbankan 8 prajurit negara dan berpuluh-puluh anggota mereka.

Sementara itu ketua keselamatan PAS Dun Chenor, Ahmad Jamal Azian (gambar kanan), 44, berkata tindakan menaikkan bendera BN dengan Ops Daulat itu seolah-olah ada pihak yang mahu timbulkan suasana tegang dengan sentimen keselamatan.

“Apa maksud mereka naikkan bendera itu? Adakah mereka ingin mengatakan pembangkang itu seperti penceroboh Sulu? Adakah mereka mahu mengatakan menyokong BN itu syahid dunia seperti perajurit yang gugur? Apakah Ops Daulat itu sememangnya dirancang jadi modal PRU? Atau adakah mereka sekadar mahu menaikkan semangat pekerja pilihan raya Umno yg dilihat masih lena?

“Semua itu menimbulkan persoalan tetapi dilihat seolah-olah Umno sudah ketandusan isu sehingga sanggup mencemarkan perjuangan perwira negara di Lahad Datu,” katanya.

Sementara itu Penyelaras PAS Dun Chenor, Ramli Awang Abdul Rahman berkata, tindakan Umno menyamakan kempen PRU 13 dengan Ops Daulat adalah satu penghinaan kepada anggota keselamatan yang terkorban dan tindakan menaikkan bendera itu amat tidak wajar.

Katanya, satu laporan polis akan dibuat jika bendera tersebut terus dibiarkan.

Harakahdaily/-

50,000 kekosongan SPA dijangka diisi tahun ini

8 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjangkakan lebih 50,000 kekosongan jawatan perkhidmatan awam akan diisi sepanjang tahun ini.

Pengerusinya Tan Sri Mahmood Adam berkata ini berikutan terdapat kumpulan penjawat awam yang berkhidmat sehingga umur 60 tahun akan bersara tahun ini.

kdn mahmood adam on nanyang 301211 02"Tahun lepas pengambilan penjawat awam kira-kira 50,000, jadi, tahun ini saya percaya pengambilan akan lebih 50,000 kerana kebanyakan mereka yang dilanjutkan perkhidmatan sehingga 60 tahun akan pencen tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi interaksi SPA bersama Ketua Jabatan Persekutuan, Badan Berkanun, Persatuan dan Badan Bukan Kerajaan serta Karnival Kerjaya SPA di Kluang hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mahmood menggesa lulusan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang berminat untuk memasuki perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) supaya mengisi permohonan segera untuk menduduki peperiksaan pengambilan yang akan diadakan 13 April depan.

Beliau berkata sehingga kini lebih 70,000 pemohon sudah berdaftar untuk menduduki peperiksaan terbabit dengan mereka yang berminat perlu berdaftar di laman http://www.spa.gov.my.

Mengenai sesi interaksi yang dilakukan hari ini, Mahmood berkata ini merupakan kali pertama SPA turut menjemput beberapa persatuan yang mewakili masyarakat termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa, Persatuan Bekas Tentera, Usahanita dan Persatuan Imam Daerah Kluang.

"Sesi di Kluang hari ini merupakan jelajah kali ke-15 yang dilakukan SPA sejak Jun tahun lepas di seluruh negara. Ia bertujuan mendapatkan pelbagai maklum balas terhadap perkhidmatan yang ditawarkan SPA terutama pelaksanaan urusan pengambilan, perkhidmatan, naik pangkat dan tatatertib," katanya.

- Bernama

Internet percuma 30 minit bukan kehendak rakyat

8 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Pemberian internet percuma untuk 30 minit pertama sebagaimana diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tidak mencapai apa yang dikehendaki rakyat.

Inisiatif yang diberikan kerajaan itu, jelas Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil ianya terlalu jauh berbanding tawaran Buku Jingga Pakatan Rakyat yang menawarkan internet atau wifi secara percuma kepada seluruh rakyat negara ini.

"Setengah jam pertama tidak ada erti apa-apa hanya sekadar boleh buka internet sahaja. Setiap individu mengambil masa paling minima selama empat jam menghadap internet, selepas waktu kerja, ini tidak termasuk waktu siang. Setengah jam pertama terlalu sedikit," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau menambah, ramai sedia maklum rangkaian internet di luar bandar masih lagi tidak meluas malah masalah kelajuan internet hingga kini terus dipersoalkan.

"Macam mana hendak bagi percuma 30 minit pertama, nak buka internet d iluar bandar pun merangkak-rangkak, sudah tentu 30 minit pertama rugi macam tu sahaja. Kalau betul-betul hendak mendahulukan rakyat, bagilah betul-betul," katanya.

Khairul turut mempersoalkan kerajaan yang tiba-tiba sahaja mengumumkan insentif itu sedangkan sebelum ini Perdana Menteri sendiri mengatakan janji Pakatan Rakyat membanrupkan negara termasuk memberi wifi percuma.

"Perdana Menteri sendiri yang meniru janji Pakatan Rakyat, mengapa dia pula membuat perkara yang sama dengan janji Pakatan Rakyat. Kalau dia kata bankrup kenapa perlu laksana internet percuma," katanya.

Sebelum ini, Buku Jingga Pakatan Rakyat menawarkan wifi percuma kepada seluruh rakyat negara ini, tawaran itu mendapat keceman Umno BN yang mengatakan janji yang ditawarkan itu boleh membankrapkan negara.

Semalam, Najib Tun Razak hari ini mengumumkan perkhidmatan Internet percuma bagi setengah jam pertama kepada warga miskin di bandar dan luar bandar.

Butiran lengkap mengenai perkara itu akan disediakan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

harakahdaily/-

Kenderaan robotik rakam warna di dalam batu Marikh

8 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


FLORIDA - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kelmarin menyiarkan gambar-gambar yang menunjukkan warna yang terdapat dalam seketul batu Sutton Inlier di planet Marikh.
Batu itu pecah selepas kenderaan robotik Curiosity melanggarnya di planet tersebut.

Para saintis kini memikirkan apakah warna sebenar bahagian dalam batu itu jika mereka berada di Marikh.
Batu tersebut terdapat di kawasan Kawah Gale.

Tanah di kawasan itu kurang berwarna merah berbanding di tempat lain planet Marikh. - AFP

Bashar didakwa guna senjata kimia

8 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


ISTANBUL - Pihak penentang Syria semalam menafikan tuduhan pemerintah bahawa mereka menggunakan senjata kimia.

Tentera Pembebasan Syria (FSA) itu sebaliknya menyalahkan rejim Presiden Bashar Al-Assad berhubung serangan roket yang menyebabkan orang awam mengalami masalah pernafasan.

"Kami difahamkan tentera menyerang kawasan Khan Al-Assal di bandar Aleppo menggunakan peluru berpandu jarak jauh dan maklumat awal kami mendapati ia ialah senjata kimia," kata jurucakap FSA, Louay Muqdad.

"Banyak nyawa terkorban dan ramai yang cedera pula sukar bernafas," katanya di Istanbul.
Beliau menafikan dakwaan oleh agensi berita SANA bahawa FSA melancarkan beberapa roket mengandungi senjata kimia ke arah Khan Al-Assal yang meragut 15 nyawa.

"Kami tiada peluru berpandu jarak jauh atau senjata kimia dan jika ada pun, kami tidak akan membedil kumpulan kami sendiri," katanya.

Beberapa penganalisis tentera menyatakan, stok senjata kimia Syria adalah yang terbesar di rantau Asia Barat.

Lebih 70,000 orang terbunuh sejak penduduk bangkit menentang pemerintahan rejim Bashar pada Mac 2011 kerana menuntut demokrasi dan kebebasan bersuara. - AFP


Pengerang: Mahkamah tolak bantahan Peguam Negara

8 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zaleha Yusuf hari ini membenarkan empat orang penduduk Pengerang untuk mencabar kesahan (legality)  projek Rapid Pengerang.

Hakim tersebut menolak bantahan Peguam Negara dan memberikan kebenaran penduduk Pengerang tersebut meneruskan semakan kehakiman mereka ke atas Kerajaan Negeri Johor dan 2 yang lain.

Pada pendengaran di kamar Hakim pagi ini, Peguam Negara telah membuat bantahan ke atas permohonan semakan kehakiman 4 penduduk tersebut atas dua alasan iaitu permohonan tersebut difailkan di luar masa dan permohonan itu bersifat remeh (frivolus) serta tidak bermerit.

Peguam  penduduk tersebut pula berhujah permohonan semakan kehakiman tersebut difailkan dalam masa yang ditetapkan kerana tarikh permohonan yang perlu difailkan dalam masa 3 bulan perlu dikira dari tarikh penduduk menerima notis pengambilan tanah mereka bukan dari tarikh di dalam Warta.

Peguam juga berhujah jika sekalipun ada kelewatan ianya bukan satu kelewatan melampau dan disengajakan kerana adalah tidak munasabah untuk orang kampung untuk tahu tentang tarikh warta Kerajaan.

Mengenai bantahan tentang dakwaan bahawa permohonan semakan kehakiman adalah remeh dan tidak bermerit, peguam berhujah bantahan itu yang sebenarnya remeh dan tidak bermerit.

Peguam berhujah, terdapat isu bermerit yang dibangkitkan oleh para penduduk iaitu isu ketidakpatuhan seksyen 3 (1) (b) Akta Pengambilan Tanah.

Ini kerana jika dilihat di dalam perisytiharan pengambilan tanah di dalam Warta bertarikh 18 Julai 2012 tidak dinyatakan secara jelas adakah pendapat Pihak Berkuasa Negeri iaitu Y.M Tuanku Sultan Johor telah diambil kira sebelum keputusan mengambil tanah orang kampung dibuat.

Peguam juga berhujah tidak dinyatakan secara jelas di dalam Warta  projek Rapid tersebut adalah bermanfaat untuk siapa sedangkan seksyen 3 (1) (b) memperuntukkan secara jelas pengambilan tanah di bawah seksyen tersebut mesti mengambil kira pendapat Sultan.

Ianya juga mestilah memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia atau orang awam atau mana mana kelas penduduk. Dalam warta tidak dinyatakan itu semua.

Peguam berhujah Mahkamah perlu bezakan pengambilan tanah di bawah seksyen 3 (1) (a) kerana di bawah seksyen tersebut isu keperluan mengambil kira pendapat Y.M Sultan Johor tidak diperlukan maka atas prinsip anggapan Parlimen tidak gubal undang-undang secara sia sia (the legislature does not legislate law in vain), Mahkamah perlu ambil perhatian penggunanaan perkataan yang berbeza antara seksyen 3 (1) (a) dan 3 (1) (b) Akta tersebut.

Setelah mendengar hujah kedua-dua pihak Mahkamah memutuskan permohonan 4 penduduk tersebut bukan suatu yang remeh sebaliknya ianya bermerit dan Mahkamah juga putuskan jika pun ada kelewatan, Mahkamah telah guna budibicara melanjutkan masa untuk penduduk memfailkan permohonan tersebut di luar masa.

Mahkamah juga telah menetapkan tarikh 4 April ini untuk pengurusan kes tersebut.

Untuk rekod pada 9 Januari yang lalu 4 orang penduduk Pengerang iaitu Loh Back Seng, Lim Goo Kia, Khairiyah Md Yunus dan Sutinah bt Abu telah melalui peguam Mohamed Hanipa & Associates memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mendapat antara lain perintah certiorari bagi membatalkan keseluruhan projek Rapid di Pengerang tersebut.

Pada pendengaran pagi ini, 4 penduduk tersebut diwakiki oleh Encik Mohamed Hanipa Maidin bersama sama Encik Nasar Khan dan Azhana Mohd Khairudin manakala Peguam Negara diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Cik Kogilamabigai dan Kerajaan Negeri Johor pula diwakili oleh Tuan Sharizan Shaari.

harakahdaily/-

2 sahabat karib cemerlang STPM

stpm8 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Fauziah (kiri) dan Noor Azilah menunjukkan slip keputusan peperiksaan STPM mereka di Sekolah Menengah SMK Desa Kencana. 
 
LAHAD DATU - “Saya tidak pernah mengikuti kelas tuisyen seperti rakan-rakan lain kerana ayah tidak mampu,” kata seorang pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari gugusan Felda Sahabat, di sini.

Fauziah Laiman, 20, berkata kesempitan hidup keluarganya bukan penghalang baginya untuk berusaha bersungguh-sungguh dan bukan alasan untuk tidak mencapai keputusan cemerlang.

“Saya tekad membantu keluarga saya supaya mereka dapat hidup lebih selesa,” kata anak keempat daripada enam beradik yang bercita-cita menjadi pendidik itu. 

Fauziah, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana, di sini memperoleh keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.75 iaitu 3A dan 1B.

Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana ialah satu-satunya sekolah  menengah di gugusan Felda Sahabat dan sekolah yang ditutup pada 1 Mac berikutan krisis pencerobohan di Kampung Tanduo itu, dibuka semula 11 Mac.
Sekolah itu mempunyai 50 calon STPM dan enam daripada mereka berjaya mencatat keputusan cemerlang.

Fauziah berkata bagi mencapai cita-citanya, dia sentiasa memastikan masa yang terluang terutama selepas tamat sesi persekolahan dimanfaatkan dengan mengulang kaji pelajaran, selain melakukan solat Hajat.

“Keputusan ini ialah hadiah istimewa untuk ibu bapa saya. Saya bercadang melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) atau  Universiti Malaysia Sabah,” katanya yang berasal dari Felda Sahabat 3.

Seorang lagi pelajar sekolah itu, Noor Azilah Amit, 20, berkata keputusan cemerlang itu diperoleh hasil kerja kerasnya yang belajar hingga jam 2 pagi setiap hari.

“Kalau ikut keputusan percubaan, memang saya tidak puas hati. Saya terpaksa berusaha lebih untuk membolehkan saya menjadi pelajar cemerlang.

“Penat memang penat apabila belajar  hingga dua pagi dan esoknya terpaksa menghadiri persekolahan seperti biasa, tetapi saya telah berazam mahu mengubah kehidupan keluarga saya,” kata rakan karib Fauziah itu.
Noor Azilah, dari Felda Sahabat 5, memperoleh PNGK 3.50 (3A, 1C) dan dia yang juga bercita-cita menjadi guru, berhasrat menyambung pelajaran ke Upsi atau Universiti Kebangsaan Malaysia. - Bernama

GTP: 7 kegagalan NKRA

8 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasai tekanannya apabila kadar sokongan terhadap beliau menunjukkan penurunan. Keadaan tidak menyebelahinya apabila beberapa kajian turut meramalkan Najib akan gagal dalam 
penawanan semula kerusi dua pertiga majoriti dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang ini. Keadaan ini bakal mengakibatkan Najib menjejaki langkah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang terpaksa mengangkat bendera putih dan berundur selepas PRU ke-12 yang lalu.

Dalam usaha saat-saat terakhir menarik sokongan rakyat, Najib menangguhkan penetapan tarikh pembubaran Parlimen walaupun telah sudah tamat penggal 5 tahun Parlimen. Menurut Najib, beliau memerlukan masa tambahan untuk melaksanakan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP), malah menyeru rakyat untuk memberikan peluang kepada beliau untuk meneruskan pentadbirannya.

Najib membentangkan Laporan Pengumuman laporan hasil kerja ETP dan GTP yang  dilaksanakan selama tiga tahun semalam yakni pada 19 March 2013. Dalam pembentangan tersebut, Najib mengumumkan bahwa kesemua tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah GTP menghasilkan pencapaian dan kejayaan yang kagum. Contoh kejayaan menurut GTP beliau termasuklah; penurunan kadar Jenayah, peningkatan dalam purata pendapatan isi rumah, kadar inflasi terendah di rantau dan lain-lain. Najib juga mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan disalurkan setiap tahun. Namun, didapati juga bahawa beberapa isu penting tidak mendapat perhatian, terutamanya kadar hutang dan defisit negara.

Selaku Menteri Kewangan, Najib tidak kelihatan berprihatin langsung terhadap hutang negara yang kini telahpun mencecah RM502,359juta, di mana mencakupi sebanyak 53.3 peratus daripada jumlah Pendapatan Negara Kasar (PNK). Sedangkan beliau beria-ria dengan pencapaian program-program transformasi yang diperkenalkan dan giat digerakkan olehnya, Najib tidak mengkaji dengan teliti keadaan kewangan negara yang kian membimbangkan, ataupun sengaja ditepikan demi mempertahankan air mukanya sebagai pemimpin tertinggi dalam negara, lebih-lebih lagi, demi mempertahankan tampuk pimpinannya.

Selain itu, Najib turut berniat menyembunyikan perbelanjaan kerajaan yang tidak berhemah selepas beliau mengambil alih Putrajaya dan melaksanakan program transformasi yang kononnya seumpama “kenderaan yang membawa negara kita menuju ke destinasi negara yang berpendapatan tinggi”. Pencapaian yang diraikan sememangnya dihiasi dengan peruntukan dan perbelanjaan yang tinggi-tinggi belaka. Contohnya, jumlah perbelanjaan kerajaan Najib bagi tahun 2013 mencapai sejumlah RM251.6 bilion, dan ini sekali lagi mencatatkan jumlah perbelanjaan tertinggi! Walaupun negara terpaksa berhadapan dengan deficit yang meruncing akibat ketidaktelusan dan ketirisan yang serius dalam pentadbiran, Najib tidak menunjukkan dedikasi dan usaha untuk menjimatkan kos dan menolak perbelanjaan yang ghairah. Kekayaan negara dan kebajikan rakyat terpaksa digadai, sekadar-kadarnya demi memenuhi keangkuhan seseorang pemimpin.

Taktik Menarik Sokongan

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU), sebuah badan pemikir dan penyelidikan berpendapat pengumuman kejayaan GTP dibuat berasaskan perasaan positif palsu yang diberikan untuk membuktikan Najib berjaya menakluki gunung kejayaan sosio-ekonomi di bawah pentadbiran beliau.
Dalam pembentangan Najib, beliau telah beberapa kali menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan kerajaan yang menepati janji sambil mengkritik Pakatan Rakyat (PAKATAN) sebagai pihak yang tiada kemampuan untuk menunaikan janji-janjinya. Najib turut mengancam negara akan menjadi teruk jika berlakunya pertukaran kerajaan. Adakah kita mahukan seorang pemimpin yang menggugut keselamatan jika kita tidak mengekalkan kuasa beliau?

Menurut beberapa kajian antarabangsa dan badan bukan kerajaan, di mana berada kejayaan yang didokong, pastinya terdapat kegagalan yang disembunyikan dan dalam isu ini, terdapat beberapa kegagalan 7 NKRA di bawah GTP. Terutamanya masalah penurunan kadar jenayah yang berbeza dengan persepsi rakyat terhadap jenayah yang tidak didapati dalam laporan yang baru-baru ini. Adakah inisiatif mengurangkan Perasaan Takut terhadap aktiviti Jenayah (Crime - Reduce Fear of Crime) yang telah diperuntukkan sebanyak RM170 juta pada tahun 2012 telah membawa kesan positif kepada rakyat Malaysia? Ia terbuka untuk perdebatan.

Walaupun kerajaan menegaskan kadar jenayah di negara ini telah menurun, akan tetapi, Kumpulan pemerhati jenayah, Mywatch mendedahkan PDRM hanya menggunakan kategori jenayah indeks bagi mengira kadar jenayah tetapi tidak mengambil kira jenayah bukan indeks dalam NKRA walaupun pentadbiran Najib telah menjelaskan perbezaan antara persepsi rakyat terhadap jenayah dengan angka Pemandu merupakan suatu perkara yang amat penting kepada rakyat.

Oleh hal yang demikian, ia didapati bahawa pengumuman GTP hanya fokus kepada pencapaian dan kejayaan yang mislead merupakan satu taktik Najib bagi menarik balik sokongan rakyat demi mengekalkan kuasa pentadbiran negara beliau.

Berdebat dengan Anwar, Jangan Berlakon Seorang Diri

KPRU mendapati sebagai seorang Perdana Menteri, Najib merupakan seorang pemimpin negara yang menggemari berada di atas pentas, walaupun sehingga masa kini masih tidak membalas jemputan daripada Ketua Pembangkang,  Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat mengenai dasar ekonomi negara ini di hadapan seluruh rakyat. KPRU menggesa Najib memberi peluang kepada rakyat untuk menilai tawaran manifesto PAKATAN dan membuat perbandingan dengan dasar GTP melalui perdebatan antara beliau dan Dato' Seri Anwar dan perebatan terebut disiarkan secara langsung melalui RTM tanpa penapisan.

KPRU menegaskan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi, adalah wajar untuk memberikan peluang kepada calon pemimpin negara untuk menyampaikan dasar-dasar kepada rakyat. Manakala, rakyat harus diberikan peluang untuk membuat pilihan yang paling tepat semasa PRU tanpa ugutan oleh mana-mana pihak. Oleh itu, KPRU menuntut perdebatan antara Najib dan Anwar diadakan sebelum PRU-13, dan bukannya terukan persembahan solo beliau dengan berada di pentas berlakon dengan dirinya.

Berdirinya di atas pentas dengan begitu besar hati, Najib kelihatan begitu teruja dengan tepukan apabila menyindir manisfesto yang dilancarkan oleh PAKATAN bertema PAKATAN Harapan Rakyat. Namun, beliau masih tidak kelihatan bersedia untuk menyahut undangan Anwar Ibrahim yang telah berkali-kali mengajak Perdana Menteri untuk berbahas. Sekiranya Najib begitu berkeyakinan dengan keberkesanan dan kejayaan program transformasi serta dasar-dasar lain yang dilaksanakan kerajaan BN, mengapakah beliau tidak sanggup berbahas dengan Anwar Ibrahim untuk sekali gus menyerlah kemampuannya yang tidak dapat dipersoalkan?

Perbandingan Kejayaanan dan Kegagalan 7 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) GTP

1. Mengurangkan jenayah

a.Hasil menurut laporan BN

i. Pada tahun 2012, jenayah Indeks: -7.6%, jenayah jalanan:  –41.3% .
ii. Keseluruhan GTP 1.0,  jenayah Indeks: -26.8%, jenayah jalanan –40.8%.
iii. Meningkatkan jumlah tangkapan yang dibicarakan (34.7% pada tahun 2012).       

b. Kegagalan
i. Walaupun Laporan GTP 2011 menyatakan kadar indeks jenayah telah menurun, malah  persepsi rakyat terhadap jenayah adalah lebih tinggi daripada jumlah aktiviti jenayah secara keseluruhan.
ii. Kumpulan pemerhati jenayah, MyWatch mendedahkan PDRM hanya menggunakan kategori jenayah indeks bagi mengira turun naik kadar jenayah tetapi tidak mengambil kira jenayah bukan indeks dalam pengiraan NKRA.
iii. Jenayah seperti culik, pemerasan, ugutan jenayah dan mencederakan (Sek. 323 K.K) bagi tempoh Jan-Jun 2012 adalah sebanyak 6,631 kes manakala jumlah bagi tempoh masa saa 2011 adalah sebanyak 6,752.
iv. Jenayah bukan indeks  iaitu kecurian kenderaan seluruh Malaysia daripada Julai-September 2011 sebanyak 17,645 dan dalam tempoh sama pada 2012 meningkat 3.5 peratus kepada 18,269.
v. Pada April hingga Julai 2012, beberapa kes rompakan terjadi di kawasan tempat letak kereta pusat membeli belah, termasuk Mid Valley, One U, dan Publika.
vi. Baru-baru ini (Mac 2013), seorang guru Amerika   menahan sebuah teksi berhampiran pusat beli-belah untuk pulang ke rumah di Damansara Perdana, diculik,  ditahan oleh pemandu teksi dan  dirogol oleh sejenayah.  Kes ini menarik perhatian kedutaan AS .

2. Memerangi rasuah
a.Hasil menurut laporan BN
i. Malaysia satu-satunya negara yang menjadikan pembasmian rasuah di antara pelan transformasinya.
ii. CPI bertambah baik daripada tangga ke-60 tahun 2011 kepada tangga ke-54 tahun 2012.

b. Kegagalan
i. Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) Malaysia telah menurun kepada 4.3 daripada 10 dan tangga ke-60 daripada 183 negara dalam tempoh pentadbiran Najib.
ii. Badan pemantau – Global Finandial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington  mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia – dari AS$30.41 bilion (RM93 bilion) pada tahun 2009 kepada AS$64.38  bilion (RM196.8 bilion) pada tahun 2010.
iii. Ia hampir  RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari Malaysia pada tahun 2010 – meletakkan negara ini di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China, dalam pengaliran modal global.

3. Meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu
a.Hasil menurut laporan BN
i. Peningkatan enrolmen kepada 80% bagi kanak-kanak usia prasekolah.
ii. Saringan kohort ketiga di bawah program Saringan Literasi dan Numerasi NKRA menunjukkan kadar kecekapan sebanyak 82% dan 90% bagi setiap kategori masing-masing.
iii. Kira-kira sejumlah 61,000 guru Bahasa Inggeris telah diuji di bawah Ujian Penempatan Cambridge (CPT) bagi mengukur kecekapan mereka dalam bahasa Inggeris.
iv. Mengeluarkan 164 buah sekolah berprestasi rendah kepada jaluran yang lebih baik.    

b. Kegagalan
i. “Trends in International Math and Science Study” (TIMSS) 2011 menunjukkan Malaysia telah turun beberapa dalam tangga kedudukan dan markah purata bagi Matematik dan Sains.
ii. Skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot dengan ketara. Skor Matematik 2011 merosot kepada 440 mata berbanding dengan 474 mata pada tahun 2007.  Dibelakang negara-negara seperti Korea, Singapura, Chinese Taipei, Hong Kong dan Jepun, yang menduduki lima tangga teratas seluruh dunia.
iii. Skor Sains 2011 merosot kepada 426 mata pada 2011 berbanding 471 pada tahun 2007.

4. Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah
a.Hasil menurut laporan BN
i. Seramai 106,967 orang berjaya didaftarkan & terlibat di bawah program Azam Kerja, Azam Niaga, Azam Khidmat & Azam Tani .
ii. E-Kasih telah berjaya mengeluarkan 100,000 rakyat daripada belenggu kemiskinan.
iii. Lebih 100,000 unit kediaman mampu milik.
iv. Sepanjang tiga tahun ini, 4,300 usahawan wanita telah dilatih, melebihi sasaran awal berjumlah 4,000 yang telah ditetapkan pada permulaan GTP 1.0.       

b. Kegagalan
i. Berdasarkan kenyataan Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, sebanyak 2,680 orang usahawan wanita dilahir bagi tempoh Januari 2010 sehingga 31 Ogos 2011.   Angka ini tidak mencapai 0.01 peratus jumlah wanita yang tiada bekerja di negara ini.
ii. Berdasarkan kenyataan Najib pada Jun 2010, jumlah isi rumah sebagai miskin tegas yang berdaftar di bawah sistem e-kasih telah berkurang daripada 50,931 kepada 33,417. Namun, berdasarkan laporan  Oriental Daily bertarikh Disember 2012, masih terdapat 53,034 isu rumah yang miskin tegar. Ini bermaksud jumlah isi rumah miskin tegar bertambah 58.7 peratus daripada 33,417 pada tahun 2010 kepada 53,034 pada tahun 2012.

5.Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman
a.Hasil menurut laporan BN
i. 3,300km jalan telah dibina di luar bandar.
ii. Lebih 1.4 juta isi rumah di kawasan luar bandar telah mendapat bekalan air bersih.
iii. Lebih 470 ribu isi rumah di kawasan luar bandar kini telah mendapat akses elektrik.
iv. Sebanyak 53,000 unit rumah penduduk miskin luar bandar telah dibina dan dibaik pulih.    

b. Kegagalan
i. Berdasarkan Laporan Audit 2011, projek membina dan menaik taraf jalan luar bandar di negeri Sarawak bermasalah malahan terdapat juga projek yang disifatkan sebagai “projek sakit”. Sebanyak 101 projek bernilai RM437.57 juta yang disiapkan tidak memuaskan, manakala 38 projek (37.6%) bernilai RM178.94 juta mengalami kelewatan antara 15 hingga 242 hari daripada jadual asal.
ii. Sebanyak 13 projek sakit (17.6%) bernilai RM229.27 juta daripada 74 projek kerana kelewatan menepati 20% daripada jadual  yang ditetapkan.
iii. Laporan Ketua Audit Negara 2010 membangkitkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM770,000 untuk membekalkan tenaga elektrik kepada sebuah rumah di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di sebuah kampung di Indera Mahkota, Pahang.
iv. Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga mendedahkan bahawa TNB meluluskan projek bernilai RM65,193 bagi membekalkan elektrik kepada lima buah rumah terbengkalai di sebuah kampung di Bera, Pahang.
v. Sehubungan itu, laporan berkenaan menilaikan prestasi projek BELB sebagai tidak memuaskan dengan hanya 43.2 peratus atau 16 daripada 37 projek yang disiapkan pada tahun lalu.

6. Menambah baik pengangkutan awam bandar
a.Hasil menurut laporan BN
i. Melancarkan operasi perkhidmatan set keretapi enam gerabak bagi perkhidmatan keretapi  komuter ktm.
ii. Pengenalan bas dalam bandar Go kl.
iii. Menaik taraf monorel
iv. Pembinaan Park & Ride Gombak.

b. Kegagalan
i. Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011, Kementerian Pengangkutan terpaksa menanggung kos tambahan berjumlah RM3.6 bilion kerana kelewatan pembinaan projek landasan berkembar elektrik antara Ipoh ke Padang Besar sepanjang 329 kilometer (km).
ii. Prestasi kewangan RapidKL kurang memuaskan di mana syarikat mengalami kerugian berjumlah RM293.82 juta pada 2008 dan 2010, walaupun mencatat keuntungan pada 2009.
iii. Bilangan bas sedia guna berjumlah kurang daripada 50 peratus keseluruhan bas sebenar.

7. Menangani kos sara hidup rakyat
a.Hasil menurut laporan BN
i. Penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia dan Kain 1Malaysia telah memastikan yang rakyat mempunyai akses kepada barangan dan kesihatan yang lebih mampu.
ii. Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (PPIR) negara meningkat kepada RM5,000 tahun lalu daripada hanya RM4,025 pada 2009,  peningkatan 1,200%.
iii. Kadar kemiskinan negara menurun daripada 3.8% pada 2009 kepada hanya 1.7% tahun 2012.
iv. Jumlah PNK per kapita negara telah meningkat kepada USD9,970 iaitu peningkatan sebanyak 4,000% dalam tempoh 5 dekad.
v. RM524 juta diperuntukkan untuk bantuan persekolahan
vi. Sebanyak RM97.5 juta diperuntukkan untuk Baucar Buku 1Malaysia (BB1M).
vii. BR1M telah memanfaatkan lebih 6 juta rakyat Malaysia atau sejumlah lebih RM2.34 juta daripada manfaat ini.
viii. 1,087 pekedai runcit terbabit dalam program TUKAR.
ix. BR1M menjadi inisiatif tahunan.       

b. Kegagalan
i. Dasar Gaji Minimun masih belum dapat dilaksanakan secara keseluruhan.
ii. Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati sos cili yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mendapati tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Pemuda Pas: Pencalonan Nizar tepat

Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss8 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss
 
IPOH - Pemuda Pas Perak melihat pencalonan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai tindakan tepat dan wajar.

Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pihaknya telah membuat beberapa tinjauan akar umbi terhadap pencalonan itu dan kebanyakan mereka bersetuju dengan pencalonan Mohammad Nizar.

Beliau berkata, wajar bagi Pas untuk mengambil semula kerusi itu bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat (PR).

“Kita menghormati pandangan semua pihak, tetapi paling penting pandangan akar umbi.

“Bagi kami kerusi ini memang harus diserahkan kepada Pas setelah wakil rakyat sedia ada bertindak keluar parti dan menjadi bebas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Raja Ahmad Iskandar berkata, bukan sahaja ahli Pas akar umbi tetapi orang-orang PKR juga setuju dengan pencalonan itu.

Mengenai tindakan beliau yang mengumumkan nama Mohammad Nizar baru-baru ini sebagai calon di Dun Changkat Jering, beliau menegaskan tindakan itu bukan satu masalah dan tidak akan menjejaskan hubungan Pas dan PKR.

“Saya tak fikir tindakan itu akan melemahkan PR sebaliknya ia merupakan satu kelebihan yang ada dalam PR.

“Tak salah untuk meluahkan pandangan dan menegur secara terbuka kerana ia menunjukkan PR lebih fleksibel berbanding BN," katanya.

Menurutnya, di dalam BN tidak ada siapa yang berani menegur parti komponen antara satu sama lain kerana bimbang kepentingan masing-masing akan hilang.

Katanya, ia berlainan dengan parti di dalam PR kerana Pas, PKR dan DAP bersatu di bawah prinsip yang dipegang parti masing-masing.

sinar/-

Rupanya harta mewah Rosmah adalah hadiah, bukan dibeli

8 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Kini jelaslah bahawa kesemua harta mewah yang dipakai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bukan dibeli, tetapi dihadiahkan oleh tetamunya.


“Timbul pula keraguan di hati rakyat, siapakah individu terbabit dan apakah niat mereka menghadiahkan semua perhiasan mewah itu?” tanya Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan.

Katanya, sebagai isteri Perdana Menteri, Rosmah perlu mengetahui bahawa beliau adalah individu berprofil tinggi.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Datin Seri Rosmah Mansor menjawab segala tohmahan mengenai perhiasan yang dipakainya selama ini dengan beliau mengaku segala perhiasan yang dipakainya adalah hadiah dari para tetamunya, dan beliau memakainya demi menjaga hati individu berkenaan.

Sebegitu jujur isteri PM membuat pengakuan. Kini jelaslah bahawa kesemua harta mewah yang dipakainya bukan dibeli, tetapi dihadiahkan oleh tetamunya.

Timbul pula keraguan di hati rakyat, siapakah individu terbabit dan apakah niat mereka menghadiahkan semua perhiasan mewah itu?

Sebagai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah perlu mengetahui bahawa beliau adalah individu berprofil tinggi.

Perdana Menteri adalah pemilik kuasa tertinggi eksekutif di negara ini, yang mampu menentukan sesuatu perkara. Beliau boleh mengatakan tidak atau ya jika mahu apa sahaja yang dikehendakinya.

Justeru, ramai yang memasang angan-angan mahu bertemu dengan PM, terutama mereka yang mempunyai kepentingan tertentu dalam perniagaan, sama ada dari dalam mahupun luar negara.

Tidak mungkin Datin Seri Rosmah tidak tahu atau tidak diberitahu bahawa menerima hadiah dari mana-mana individu boleh menimbulkan suatu persepsi buruk kerana ia boleh dianggap menerima rasuah.

Beliau harus sedar, selaku isteri PM beliau telah menerima hadiah semahal atau sebanyak itu.

Bagaimana sekiranya beliau adalah isteri kepada rakyat biasa di peringkat bawahan.

Semahal itu jugakah hadiah yang diperolehinya?

Terlalu pemurahkah individu terbabit untuk menghadiahkan sesuatu kepada Datin Seri Rosmah sekiranya suami beliau bukan Perdana Menteri Malaysia?

Apakah kerana namanya Datin Seri Rosmah, yang disayangi dan dikasihi maka beliau mendapat hadiah tersebut dan bukan kerana statusnya sebagai isteri PM?

Bayangkan sekiranya pengakuan tersebut lahir dari pegawai kerajaan atau isteri mereka, yang berkuasa meluluskan atau tidak sesuatu projek kerajaan.

Sudah pasti mereka akan ditangkap dan dituduh dengan pelbagai dakwaan menerima suapan atau rasuah.

Dalam hal ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memberi respons segera bagi memastikan integriti badan tersebut dipelihara.

Rakyat melihat apakah SPRM benar-benar telus terhadap rakyatnya dengan tidak mangamalkan sikap ‘dwi standard’.

Sekiranya benar segala perhiasan beliau dihadiahkan oleh individu tertentu maka dia perlu menjaga hati mereka, beliau perlu mendedahkan siapa individu terbabit, meskipun mereka adalah ketua-ketua negara atau tetamu luar negara.

Ia perlu dijelaskan supaya tidak timbul kekeliruan mengenai pemberian hadiah tersebut.

Apakah hadiah dari tetamu khususnya dari luar negara adalah miliknya sebagai koleksi peribadi atau milik kerajaan kerana biasanya beliau dan suaminya hadir atas kapasiti mewakili kerajaan Malaysia?

Datin Seri Rosmah atau PM sendiri perlu menjawab bagi memastikan diri mereka benar-benar bersih dari anasir rasuah.

Rakyat tidak mahu pemimpin negara terpalit dengan sebarang unsur rasuah yang merosakkan negara.

harakahdaily

Pejabat PM: 'Tiada pembubaran Parlimen hari ini'

8 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


pru13 terbaru
.
KUALA LUMPUR - Pejabat Perdana Menteri menafikan khabar angin kononnya Dewan Rakyat dibubarkan hari ini, bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan.

Menurut laman Twitter pejabat media perdana menteri, khabar angin itu tidak benar sama sekali
"Kenyataan yang tersebar mengenai pembubaran parlimen hari ini, kononnya daripada Pejabat Perdana Menteri, adalah palsu," demikian menurut laman Twitter itu pada 1.23 tengah hari.
Perkara itu turut disahkan seorang pegawai media perdana menteri ketika dihubungi Bernama.
"Tiada pembubaran hari ini," tegasnya.

Berita palsu yang memetik kononnya kenyataan itu dikeluarkan oleh perdana menteri, tersebar di laman-laman sosial kira-kira 12.30 tengah hari, selepas perdana menteri dilihat keluar daripada Istana Negara pagi tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat memasuki pekarangan Istana Negara pada pukul 7.55 pagi dan keluar kira-kira sejam kemudian.

Menjadi kebiasaan bagi perdana menteri untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet setiap Rabu. - Bernama

Op Daulat: Panglima ATM jelas sebab Malaysia lambat tindak

8 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Zulkifeli Mohd Zin

Zulkifeli Mohd Zin - Foto ehsan Berita Kini
LAHAD DATU - Malaysia tidak akan berlembut jika kedaulatannya diancam dan akan mengambil tindakan sama seperti negara berdaulat
lain.

Ketika menegaskan perkara itu, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, tindakan memerangi pengganas militan dari selatan Filipina diambil kerana kumpulan penceroboh terbabit memberi ancaman kepada keselamatan, keamanan dan kedaulatan negara.

"Ini satu manifestasi kita satu negara dan rakyat yang mencintai keamanan," katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Zulkifeli berkata, Malaysia sebagai sebuah negara yang mencintai keamanan dan kedamaian sebelum ini memberi masa yang panjang untuk menyelesaikan kemelut itu melalui rundingan dan meminta pengganas berundur dari negara ini.
"Itu hasrat kita tapi tiada petunjuk pengganas mahu menyelesaikan perkara ini secara aman menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil tindakan sepatutnya," katanya.

Beliau turut menjelaskan sebab kerajaan mengambil masa yang lama untuk menggerakkan tindakan terhadap kumpulan militan itu.

"Ini dasar kita sebagai sebuah negara yang mencintai keamanan dan kedamaian, maka kita berunding dan langkah ini terbukti bahawa kerajaan tidak mahu berlaku pertumpahan darah," katanya.

Beliau berkata kerajaan Malaysia terbukti sebuah negara yang mencintai keamanan apabila terlibat di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang banyak menyelesaikan konflik pihak bertelagah termasuk di selatan Filipina membabitkan Barisan Pembebasan Bangsa Moro (MNLF). - Bernama

Tak boooo baaaaa lagi ni memang sah salah Anwar!

8 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Ekoran khabar angin Parlimen dibubarkan hari ini tidak menjadi, tersebar juga mesej, "Ini semua salah Anwar" kerana apa-apa saja yang berlaku di negara ini semuanya salah Anwar.

Sejak pagi tadi, khabar angin tersebar kononnya Parlimen akan dibubarkan hari ini. Malah ada yang mengatakan, Perdana Menteri akan mengumumkan pembubarannya tepat 12.35 tengahari.

Ini ekoran berita bergambar konvoi kenderaan PM memasuki Istana Negara jam 8.31 pagi tadi.

Berita angin Parlimen akan dibubarkan hari ini, 20 Mac tersebar sejak beberapa hari lalu.

Menurut berita angin itu, penamaan calon akan berlangsung 30 Mac manakala pilihan raya akan berjalan pada 13 Mac nanti.

Namun dengan berlalunya masa-masa yang disebutkan itu, Parlimen tidak lagi dibubarkan hari ini.

"Tak boooo baaaaa lagi ni memang sah salah Anwar!! Boooo baaaaa lah," tulis Khalid Samad, anggota Parlimen Shah Alam dalam Twitternya.

Tepat jam 1.00 tengahari tadi, Pejabat Media Perdana Menteri Malaysia (gambar atas) menyebarkan maklumat melalui Twitter memaklumkan khabar angin yang menyatakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, oleh Perdana Menteri tidak benar sama sekali.

Bagaimana pun menurut sumber, mesyuarat Kabinet Malaysia yang berlangsung hari ini adalah mesyuarat kabinet terakhir untuk penggal ini.

Harakahdaily dimaklumkan, tidak ada sebarang kertas Kabinet diluluskan sebagaimana biasa.

Beberapa hari lalu, Najib bersama timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yassin mengadakan perbincangan marathon dengan ketua-ketua BN setiap negeri dari seluruh negara.

Menurut sumber, muka Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said paling masam sebaik sahaja keluar dari perbincangan itu.

Harakahdaily/-

PRU13: Anwar tanding di Perak atau Selangor

8 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim
PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beliau akan bertanding kerusi Parlimen sama ada di Perak atau Selangor.

Pengumuman itu sekali gus melenyapkan teka-teki sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Bagaimanapun, Anwar menambah, beliau masih belum dapat membuat keputusan muktamad mengenai pilihan kerusi yang bakal ditandingi.

"Saya belum buat keputusan kerana ada cadangan yang meminta saya turun (bertanding) di Perak atau Selangor.

"Tetapi saya sedang menimbang untuk turun ke Perak," katanya pada sidang media di ibupejabat PKR, di sini, hari ini.

Anwar memenangi kerusi Permatang Pauh menerusi pilihan raya kecil pada Ogos 2008 selepas dikosongkan oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau memegang kerusi sehingga 1999. Pada Pilihan Raya Umum 1999, ia dimenangi oleh Dr Wan Azizah.

Ketika diminta mengulas mengenai pengganti kerusi Parlimen Permatang Pauh, Anwar menjelaskan, beliau sedang meneliti beberapa nama calon untuk diletakkan di kawasan itu.

Ditanya sama ada, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bakal menggantikan beliau, Anwar menolak dakwaan itu.

"Dia (Nurul Izzah) sedang fokus di Lembah Pantai, apa pasal kita nak kacau dia.

"Biar (Datuk) Nong Chik seorang kacau dia sudahlah," katanya lagi.

Sementara itu, pada sidang media sama, Anwar turut mengumumkan lima calon PKR yang bakal bertanding di Sarawak.

Mereka terdiri daripada Baru Bian (Limbang), Ali Biju (Saratok), Roland Engan (Baram), Abun Sui (Ulu Rejang) dan Abang Zulkifli Abang Engkeh (Batang Lupar).

Sinar/-

Suspek pengganas Sulu akan didakwa hari ini

8 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada satu sidang akhbar di Felda Sahabat pagi ini.
LAHAD DATU:  Sebahagian daripada 108 suspek pengganas Sulu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas)
2012 akan didakwa di Lahad Datu hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada satu sidang akhbar di Felda Sahabat pagi ini.
Beliau berkata mereka akan didakwa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu yang dijadikan mahkamah sementara atas faktor keselamatan.
Dalam pada itu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dilihat tiba di IPD Lahad Datu pukul 11.30 pagi tadi. Juga kelihatan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar dan Shukor Abu Bakar.
Hakim Mahkamah Sesyen Duncan Sikodol dari Mahkamah Kota Kinabalu serta M. Raja Linggam dari Mahkamah Sesyen Lahad Datu juga berada di situ.
Kesemua mereka yang ditahan di beberapa daerah termasuk Lahad Datu dan Semporna didakwa di bawah akta itu kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas militan yang menceroboh Sabah sejak 12 Febuari lalu.

Difahamkan kes itu akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau selepas ini.
Bernama

Polis: Mayat 28 pengganas akan dikebumikan

8 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Sabah diceroboh

Sabah diceroboh
LAHAD DATU - Kesemua 28 mayat pengganas militan yang dibawa keluar dari zon merah akan dikebumikan dahulu sementara menunggu tuntutan mana-mana pihak, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Ini bagi memastikan ancaman kesihatan tidak timbul selain kekurangan bilik mayat di Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Khalid berkata, mana-mana pihak yang ingin menuntut mayat pengganas itu sama ada dari dalam atau luar negara boleh berbuat demikian dengan mengemukakan sampel DNA mereka dan sekiranya ia berpadanan mayat itu akan diserah kepada mereka.
"Bagi pemohon di luar negara, tuntutan boleh dikemuka menerusi Kementerian Luar, manakala bagi pemohon di dalam negara urusan tuntutan boleh dibuat terus kepada polis," katanya.
Beliau berkata tindakan itu diputuskan dalam mesyuarat Isnin lepas antara Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia dan Interpol.
Bagaimanapun beliau tidak menyatakan lokasi mayat itu dikebumikan.
Zulkifeli berkata operasi Daulat masih diteruskan dan kini di peringkat pembersihan di kawasan Tanjung Batu.
Beliau berkata pasukan keselamatan memerlukan beberapa hari lagi untuk operasi penggeledahan dan pembersihan secara menyeluruh di kawasan itu bagi memastikan keselamatan terjamin sebelum membenarkan penduduk kampung pulang ke rumah masing-masing.
"Ia mengambil masa disebabkan faktor muka bumi dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di kawasan perumahan yang menyukarkan operasi ini selain tanaman kelapa sawit, paya dan hutan bakau.
"Kami akan menggeledah semua kawasan bagi memastikan tiada musuh berselindung sebelum penduduk boleh pulang ke rumah masing-masing," katanya.
Zulkifeli berkata dalam operasi penggeledahan di Tanjung Batu semalam, pasukan keselamatan menemui satu lagi mayat pengganas yang dipercayai ditembak mati pada 6 Mac.
Sejak insiden pencerobohan di Lahad Datu 12 Februari lepas, 10 anggota pasukan keselamatan terkorban, terdiri daripada lapan anggota polis dan dua tentera manakala 62 militan dari selatan Filipina ditembak mati.
Pasukan keselamatan turut menahan 265 individu kerana memasuki zon merah dan pelbagai kesalahan lain. 
- Bernama

Ketua tentera Sulu rakyat Malaysia

8 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


PKR mendakwa ‘Raja Muda Sulu' Agbimudin @ Azzimudie Kiram merupakan rakyat Malaysia, malah pernah bertugas sebagai pembantu pegawai daerah di Kudat, Sabah.


NONEPengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, sejak konflik melanda bulan lalu, terdapat khabar angin berkaitan identiti Azzimudie kerana penduduk Sabah mendakwa mengenalinya.

Menurutnya lagi, carian oleh Timbalan Setiausaha Agung PKR Darrel Iking di arkib negara dalam bahagian penjawat awam 1975 mendapati terdapat pembantu pegawai daerah bernama "Datu Agbimudin Kiram".

Juseru, Rafizi mendesak perdana menteri menjelaskan sama ada Azzimudie benar-benar rakyat Malaysia yang terkait dengan "Projek IC" dan sama ada beliau anggota Umno seperti kebanyakan rakyat Sulu di Sabah.

malaysiakini/-

Misteri rumah papan terbiar

Misteri rumah papan terbiar8 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Beberapa anggota polis yang melakukan pemeriksaan terhadap rumah terbabit semalam. Gambar kecil: Keadaan dalam rumah terbiar berkenaan.
 
BANDARAYA MELAKA -  Sebuah rumah papan terbiar di Kampung Lapan, Tengkera di sini mencetuskan misteri apabila polis menemui sepucuk pistol buatan China di rumah itu kelmarin.

Polis dimaklumkan mengenai penemuan pistol tersebut pada jam 5.30 petang oleh seorang lelaki berusia 52 tahun yang juga merupakan jiran bersebelahan rumah terbiar itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, berikutan maklumat yang diterima, polis telah ke rumah itu dan mendapati pistol tersebut berada dalam tin cat di atas almari pada salah sebuah bilik.

“Pistol itu dibalut kemas dengan plastik dan berada di dalam tin cat yang tidak bertutup.

“Selain itu, polis turut menemui 16 peluru iaitu lapan di dalam kelopak pistol manakala lapan lagi berada di luar kelopak di dalam tin yang sama,” katanya ketika dihubungi semalam.

Raja Shahrom berkata, hasil soal siasat polis dengan lelaki berusia 52 tahun tersebut, lelaki itu mendakwa rumah terbiar itu adalah milik bapa saudaranya yang ditinggalkan kira-kira enam bulan lalu.

Katanya, lelaki itu mendakwa menemui pistol tersebut ketika ingin mengambil peralatan bercucuk tanam di dalam rumah tersebut.

“Bagaimanapun ketika mencari peralatan lelaki itu terjumpa sebuah tin di atas almari lalu memeriksanya dan terkejut menjumpai sepucuk pistol.

“Lelaki itu juga mendakwa rumah bapa saudaranya itu kerap diceroboh selepas rumah itu kosong dan tidak berpenghuni,” katanya.

Menurut Raja Shahrom, senjata api bersama peluru itu dihantar ke Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia bagi ujian balistik untuk memastikan sama ada ia pernah digunakan untuk tujuan jenayah.

Jelasnya, setakat ini polis akan menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 40 Akta Senjata Api 1960.

sinar/-