20 Mac 2013

Banduan mogok lapar di Guantanamo meningkat

8 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


WASHINGTON: Jumlah tahanan yang melancarkan mogok lapar di penjara tentera Teluk Guantanamo dilaporkan meningkat dua kali ganda sejak minggu lalu. 

Pengarah Komunikasi Guantanamo, Robert Durand, berkata setakat ini 24 tahanan bertindak mogok lapar berbanding 15 orang sejak 15 Mac lalu, 

Beliau bagaimanapun menolak dakwaan bahawa majoriti banduan di penjara itu kini terbabit dalam mogok lapar. 

“Laporan bahawa tahanan mogok lapar sehingga menimbulkan masalah kesihatan dan penurunan berat badan adalah tidak benar," katanya. 

Tahanan dikatakan melancarkan mogok lapar berikutan pengawal penjara melancarkan operasi menggeledah, termasuk merampas al-Quran. - AFP

Tiada ulasan: