20 Mac 2013

Mengapa jalan utama Sarawak mengambil masa untuk menjadi dua hala pada tahun 2025?

8 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -



Jalan utama yang pertama di Sarawak, yang merupakan kira-kira 1,500 km dalam semua, akan menjadi dua hala pada tahun 2025, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng seperti yang dilaporkan dalam akbar tempatan baru-baru ini. 

Menurut Yong lagi "Untuk bahagian Sarawak, ia akan menelan belanja kira-kira RM9 bilion. Untuk bahagian, Sabah yang merupakan kira-kira 1,000 km, ia akan menelan belanja sekitar RM7bil.Ini adalah komitmen jangka panjang dengan jelas dalam pelan yang dibentangkan Ia tidak boleh dibina sekelip mata, atau lebih daripada dua atau tiga tahun, tetapi pasti, menjelang 2025, berdasarkan kepada pelan tersebut, ia akan dilakukan".

Berdasarkan kenyataan Yong, kita ingin tahu setakat ini, berapa kos sebenar yang telah diperuntukan untuk pembinaan Lebuhraya Trans Borneo telah digunakan dan mengapa mengambil masa terlalu lama sehingga lebih daripada 10 tahun?

Mengapa pihak kerajaan tidak meluaskan jalan yang bersesuaian dengan keadaan bentuk muka bumi Sarawak dimana jalan penghubungan utama perlu dinaiktaraf agar ianya selamat untuk pengguna jalanraya. Sekarang ini keadaan jalanraya utama di Sarawak agak teruk, berlobang, tidak rata dan amat merbahaya kepada pengguna jalanraya.

Peruntukan sebanyak RM9bil tersebut boleh diperolehi daripada hasil sumber asli dalam negeri tanpa perlu mengambil masa yang terlalu lama sehingga lebih daripada 10 tahun untuk disiapkan. Adakah selepas 10 tahun akan datang pihak kerajaan yakin lebuhraya di Sarawak setaraf dengan lebuhraya di peringkat antarabangsa atau serupa macam di Semenanjung Malaysia?

Sepatutnya lebuhraya atau jalan Pan Borneo sudah boleh disiapkan tanpa perlu menunggu sampai lebih daripada 10 tahun untuk disiapkan sekiranya pihak pemerintah benar-benar telus dan menggunakan hasil sumber asli bumi Sarawak dengan sebaik mungkin.

Dengan mengambil masa 10 tahun barulah siap ini menunjukkan  kegagalan kerajaan BN memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat. Masalah jalanraya utama Sarawak sepatutnya bukan jadi isu utama sekiranya kerajaan BN menggunakan peruntukan dengan telus dan tidak ada ketirisan sekiranya ini digunakan sebaik mungkin 20 tahun yang lalu.

Inilah alasan yang sering kali kita dengar apabila sesuatu projek untuk kepentingan rakyat tergendala atau ditangguhkan. Kalau peruntukan yang berjumlah berbilion ringgit dapat dimanfaat sepenuhnya dan diurus secara baik sudah pasti masalah kebajikan rakyat dan masalah infrastruktur di Sarawak dapat diselesaikan dengan baik.

Kerajaan tidak perlu mengenakan Tol untuk pengguna lebuhraya di Sarawak seperti kata Yong kalau mahu lebuhraya disiapkan lebih awal tetapi dengan hasil sumber asli sudah cukup untuk membina lebuhraya yang baik untuk rakyat Sarawak.

Kita harap kerajaan yang bakal memerintah nanti perlu mengambil kira dan mengutamakan projek untuk kesejahteraan rakyat dan bukan hanya untuk kepentingan pihak tertentu dan kroni saja.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

 

Tiada ulasan: