Saya malas hendak
mengulas isu bapa Saiful Bukhari, Azlan memohon maaf kepada Anwar Ibrahim dan menyifatkan orang kanan kerajaan pergunakan
anaknya untuk agenda politik. Hal ini kerana tindakan itu boleh menutup maruah Islam
dan umat Islam. Islam memang tidak pernah mengajar umatnya supaya mendedah aib
orang sebaliknya menyembunyikannya.
Tetapi tangan
saya agak gatal setelah membaca tulisan YB Zulkifli, Kulim Kedah, yang menimbulkan
tiga persoalan dalam blognya:
1. Mengapa Azlan
Mohd. Lazim, dengan pengetahuan penuh anaknya Saiful Bukhari akan membuat
sumpah laknat membenarkan fakta Anwar Ibrahim telah meliwat dia, membenarkan,
meredhai, bersetuju atau membiarkan Saiful berbuat sedemikian.
2. Jika benar
dakwaan Azlan beliau memang tidak percaya Anwar meliwat anaknya sejak dahulu,
bukankah tanggungjawab Azlan sebagai bapa sepatutnya menghalang Saiful daripada
melakukan sumpah laknat itu? Atau sekurang-kurangnya tidak hadir tanda protes?
Bukan sahaja beliau tidak halang, malah perlakuan Azlan hari itu menunjukkan
dengan jelas beliau redha dan bersetuju dengan tindakan Saiful! Malah Saiful
selepas daripada itu telah melakukan sekali lagi sumpah laknat di hadapan
Baitullah di Masjidil Haram!
3. Mengapa Azlan
memilih untuk membisu sebegitu lama, hampir 5 tahun? Tau-tau dekat PRU-13 bukan
sahaja beliau membuat kenyataan yang jelas bercanggah, malah mengkhianati
sumpah laknat anaknya sendiri, tetapi mengisytiharkan pula untuk menyertai PKR
pimpinan manusia dajal yang meliwat anaknya sendiri!
Begitulah bentuk
soalan seorang peguam. Namun soalan itu tidak perlu jawapan daripada Azlan
kerana soalan itu bukan daripada peguan dalam mahkamah. Cuma saya terpanggil
untuk menjelaskan di sini bahawa seseorang itu terbatas ilmunya, dan ilmunya akan
meningkat dan bertambah dengan pertambahan umur dan pengalaman. Inilah yang
berlaku kepada Azlan.
Saya percaya pada mulanya
Azlan terpengaruh dengan pengakuan anaknya Saiful. Maka atas nama simpati dia
bersetuju dengan tindakan anaknya untuk melakukan sumpah laknat di dalam masjid
dan di hadapan baitullah.
Tetapi setelah lima
tahun berlalu, setelah melihat keputusan mahkamah dan tindakan orang tertentu
dalam kerajaan dan politik, juga sikit-sikit kajian yang dibuatnya sendiri, dia
percaya semua itu adalah fitnah. Kalau baru sekarang dia percaya Anwar tidak
meliwat anaknya, bagaimana dia boleh melarang anaknya melakukan sumpah laknat
lima tahun lalu?
Saya percaya Azlan
dalam tempoh lima tahun itu tidak diam membisu tetapi terus mengkaji kebenaran
undang-undang dan ilahi. Atas dasar itulah dia memilih untuk meminta maaf dengan
Anwar Ibrahim selepas itu.
Oleh sebab itu saya ambil
kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Azlan Mohd Lazim kerana berani
memuat tindakan yang boleh dianggap gila oleh satu pihak. Tahniah kerana milih untuk
menutup ruang fitnah demi maruah Islam dan umat Islam. Semoga Allah pelihara
iman dan takwanya sehingga ke akhir hayat. Pada masa yang sama didoakan semoga
Saiful juga boleh bertaubat daripada dosanya yang lampau kerana Allah setiasa
menerima taubat hambanya.
Sebelum mengakhiri
tulisannya suka saya menyingkap Lafaz Sumpah
yang dibacakan di Masjid Wilayah Persekutuan saperti berikut:
"Saya Mohd. Saiful
Bukhari Azlan, Kad Pengenalan No. 850706-01-5687 pada hari ini bersumpah dengan
lafaz Bismillah hirrohmanirrohim, Wallahi,
Watallahi, Wabillahi, bahawa sesungguhnya saya telah
diliwat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh
tersebut Dato' Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang
dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap
ALLAH swt dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada ALLAH
swt sehingga ke kiamat".
Maaf, saya tidaklah
mahu mendahului Allah dalam hal ini, tetapi saya percaya berdasarkan pengalaman
lampau, Allah telah mula memberi azab dan kutukan secara tidak langsung
kepadanya. Azab yang dimaksudkan ialah bapanya sendiri menolak pengakuannya dan
kedua sebahagian besar rakyat Malaysia sedang mengutuk sikapnya. Wallahu aklam.
Ahmad Baei Jaafar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan