28 April 2010

Pengerusi DAP Sarawak calon Pakatan Rakyat di Sibu

12 Jamadil Awal 1431H.

SIBU: Pengerusi DAP Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Assek, Wong Ho Leng (gambar), diumumkan sebagai calon DAP untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu.

Pengumuman rasmi calon DAP itu dilakukan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, pada majlis makan malam di Good Happiness Restaurant di sini, sebentar tadi.

Pakatan Rakyat Sarawak Tentang BN Dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu

12 Jamadil Awal 1431H.


SIBU: Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu 16 Mei depan akan menyaksikan buat pertama kali di negeri ini sebuah fron pembangkang tunggal dan bersatu dalam bentuk Pakatan Rakyat Sarawak (PR Sarawak) menentang Barisan Nasional.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng memberitahu sidang akhbar di sini hari ini gabungan itu terdiri daripada DAP, PKR, PAS dan SNAP (Parti Kebangsaan Sarawak).

Dijangkakan BN akan melalui jalan yang sukar apabila kita melihat jumlah pengundi Cina di sini berjumlah lebih 60 pratus sedangkan kelompok ini telah menunjukkan komitmen yang tinggi dengan memberikan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat lebih dari 70 pratus di Hulu Selangor.

Guang Eng berkata DAP yang telah diberi mandat meletakkan calonnya telah melantik anggota Parlimen Bukit Cheras Tan Kok Wai sebagai pengarah pilihan raya.

"Beliau akan bertanggungjawab menggerakkan sumber dan tenaga manusia. Tetapi di peringkat bawahan, pengarah operasi ialah anggota Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen, dibantu oleh Tony Pua and Jeff Wee.

Mengenai pilihan raya itu, Guan Eng berkata beliau melihatnya sebagai "pertandingan cukup sengit".

Mungkinkah akan berlaku sebegini di tanahairku?

SEORANG wanita yang menunggang motosikal ditahan kerana memakai seluar ketat di Banda Aceh pada Disember lalu.

12 Jamadil Awal 1431H.
Mr. President

Polis tahan gadis pakai seluar ketat.

BANDA ACEH - Seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Yuli berjanji akan memakai pakaian bercirikan keislaman selepas dia ditahan oleh polis pencegah maksiat di sini baru-baru ini.

"Saya berjanji akan membeli pakaian yang lebih bercirikan keislaman," katanya yang ditahan ketika sedang menunggang motosikal.

Dia menunjukkan reaksi kesal semasa ditahan oleh seorang anggota polis lelaki.

Semasa ditahan, dia memakai seluar jean ketat dan blaus yang dianggap tidak mencerminkan pakaian Muslim.

Pasukan polis itu mempunyai 1,500 anggota termasuk 60 wanita.

Dalam operasi yang dilakukan polis itu, sebanyak 18 wanita ditahan kerana memakai pakaian terlalu ketat dan baju yang menunjukkan bentuk tubuh badan mereka.

Seramai tiga lelaki ditahan kerana memakai seluar pendek.

"Kita perlu menghormati undang-undang syariah yang telah diguna pakai oleh pemerintah wilayah dengan menetapkan wanita cuma boleh menunjukkan wajah dan tangan mereka," kata ketua polis maksiat itu, Hali Marzuki.


SEORANG anggota polis pencegah maksiat (kanan) memberi nasihat kepada beberapa wanita (dua dari kiri) kerana memakai pakaian ketat di Banda Aceh pada Disember lalu.


Keluarga juvana mati ditembak polis tuntut penjelasan

12 Jamadil Awal 1431H.
Dzulfikar Mashoor

SHAH ALAM, 27 April: Norsiah Mohamad, 60, ibu kepada juvana yang mati terbunuh petang tadi menyuarakan rasa kecewa dengan dakwaan polis serta laporan media kononnya arwah Amirul Rashid Hamzah dibunuh kerana polis mensyakinya sebagai penyamun.

"Bila polis kata (dakwa) anak saya disyaki terbabit geng samun, saya sekeluarga memang tidak boleh terima," ujar beliau sambil sebak menahan air mata di kediaman mereka sekeluarga.

"Dia anak yang baik, dia pemain ragbi, ahli sukan, semua sukan dia masuk. Kalau bulan puasa, dia memang di surau, kalau pergi surau, siapa tak kenal dia."

Disebabkan itu, beliau meminta pihak berwajib memberikan pembelaan yang sewajarnya kepada anak bongsu kepada lapan beradik tersebut.

"Saya ibu pada arwah, anak bongsu saya (Aminul) ini mendapat pembelaan yang sewajarnya. Saya harap anak saya disiasat dengan telus, itu saja," ujarnya,

Kakak mangsa, Tuty Syaninza Anum Hamzah, 36, pula tidak menyedari arwah memandu kereta suaminya untuk keluar bersama-sama kawan sekelas menonton kejohanan bola sepak Eropah.

Beliau mula menyedari apabila suaminya, Muzaffar Mahalli, 36, menghubunginya dan meminta beliau melihat keadaan kereta di luar kediaman.

Pada ketika itu, menurutnya, kelihatan polis serta penduduk tempatan sedang berhimpun mengelilingi keretanya.

Pun begitu, beberapa pegawai polis, menurut beliau, seakan cuba mengelak untuk memberitahu keadaan sebenar pemandu kereta terbabit, iaitu adiknya.

Sekitar jam 3 pagi, beliau bersama suaminya membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11, di sini.

Ditanya tentang wujudnya senjata berupa parang di dalam kereta terbabit seperti yang didakwa polis dan media, beliau menafikan sekeras-kerasnya.

Bagaimana pun, Kamaruddin Hassan, waris terdekat kepada arwah dalam nada yang pasrah meminta polis menyiasat insiden tersebut serta memberi kebenaran seperti yang dituntut oleh keluarga arwah.

"Biarlah polis siasat, sebelah pihak dah buat laporan, kita pun dah buat laporan, biar polis buat laporan, kita hanya nakkan kebenaran," ujar beliau di depan lebih 15 wartawan.

Dalam perkara yang berkaitan, selain insiden bunuh yang membabitkan juvana tersebut, integriti polis Oktober tahun lalu turut tercalar oleh kes tembakan liar yang membabitkan seorang balu, Norizan Salleh.

Harakahdaily/-

Pameran Kereta Antarabangsa Beijing 2010

Pameran Kereta Antarabangsa Beijing 2010 kini, sudah dibuka kepada para pengunjung.

Pameran ini akan berlangsung sehingga 2 Mei nanti. Para pengunjung dapat melihat kereta mewah dari pelbagai negara dalam pameran ini.

Protes Baju Merah lumpuh pengangkutan Bangkok

12 Jamadil Awal 1431H

BANGKOK 27 April – Tunjuk perasaan di Bangkok memaksa perkhidmatan kereta api dihentikan hari ini, melumpuhkan lalu lintas dengan kerajaan memberi amaran tindakan keras akan diambil bagi menangani krisis tujuh minggu yang mengorbankan 26 orang itu.

Jam Digital Berbentuk Kuku

Jam Digital Berbentuk Kuku

Jam digital berbentuk kuku yang permukaannya diperbuat daripada bahan lut sinar ini, boleh terus ditempel pada kuku anda. Warna angka pada permukaan jam ini boleh disesuaikan. Malahan, dalam keadaan gelap, angka itu juga boleh diterangi untuk memudahkan anda melihat waktu. Apabila terasa tidak mahu menggunakannya, anda boleh memadamkan terus angka itu pada bila-bila masa.


Warna angka pada permukaan jam ini boleh disesuaikan

'Jangan lapor yang bukan-bukan', rayu ibu Aminulrasyid


12 Jamadil Awal 1431H.
Jimadie Shah Othman

Ibu kepada pelajar berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, yang mati ditembak polis awal pagi semalam, meminta polis menyiasat kes kematian anaknya dengan telus bagi "mencari keadilan".

Norsiah Mohamad, 60, seorang ibu tunggal, juga mendakwa anaknya itu tidak terlibat dalam aktiviti jenayah, seperti dilaporkan media.

"Saya tau anak saya, dia bukan seperti yang disebarkan dalam akhbar. Saya tau siapa anak saya," katanya dalam sidang media di rumahnya di Shah Alam hari ini.

Dalam sidang media itu, Norsiah ditemani oleh anak perempuannya, Norazura Amzah dan menantunya, Kamarudin Hassan.

Aminulrasyid merupakan anak bungsu daripada lapan adik beradik.

Beliau berharap media tidak melaporkan "yang bukan-bukan" kerana "saya sebagai ibu tak sanggup nak baca."

Ditanya sama ada pihaknya akan menyaman polis, Norsiah berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama anggota keluarganya yang lain.

Ibunya kelihatan sedih dan bergenang air mata ketika mengulas perkara itu.

Malaysiakini/-

Remaja ditembak: Polis diminta jamin keselamatan saksi utama

12 Jamadil Awal 1431H.
Jimadie Shah Othman

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menggesa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberi jaminan bahawa siasatan kes terhadap anggotanya yang menembak mati seorang remaja 15 tahun, dijalankan dengan telus.

Wakil rakyat PAS itu berkata, beliau kecewa dengan kenyataan awal pihak polis, ketika siasatan masih dijalankan, yang mendakwa remaja tersebut mungkin terlibat dalam kegiatan menyamun dan memiliki senjata, seperti yang dilaporkan media.

Katanya, beliau sendiri turut menemani saksi utama kes tersebut - yang bersama mangsa ketika mangsa ditembak – yang disebut oleh satu laporan akhbar sebagai Aminulrasyid Amzah (foto atas) - membuat laporan di balai polis Seksyen 11 jam 9.43 malam tadi.

Menurut khalid lagi, selepas selesai membuat laporan itu, rakan remaja itu pulang ke rumahnya.

“Saya minta ketua polis jamin keselamatan saksi ini. Jangan ada usaha untuk mengubah keterangannya,” katanya dalam satu sidang akhbar pagi ini.

Khalid juga turut mengedar salinan laporan polis rakan remaja tersebut kepada pihak media.

Sementara itu, dalam laporan polisnya, rakan remaja berkenaan mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju.

Dakwanya, kereka mereka kemudiannya dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas.

Dalam aduannya itu, rakan remaja itu mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang.

Dia juga, dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai.

Dia mendakwa meronta-ronta serta dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut, lalu balik ke rumah.

Malaysiakini/-

Hulu Selangor buktikan BN sudah tidak ada harapan

12 Jamadil Awal 1431H.
Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 27 April: Jika trend pengundian di Hulu Selangor berterusan hingga pilihan raya umum ke-13 nanti, Barisan Nasional (BN) tidak ada harapan lagi untuk memerintah semula Selangor, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu (gambar).

"Jika trend pengundian dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April lalu menyeluruh di seluruh negara dan kekal sedemikian sehingga pilihan raya ke-13, Pakatan Rakyat (PR) akan kekal sebagai Kerajaan Negeri Selangor.

"Ia juga bermakna Pulau Pinang akan terus diperintah PR, Perak akan terlepas lagi dari cengkaman BN dan mungkin Negeri Sembilan juga akan terlepas dari cengkaman BN," katanya.

Walaupun tidak menolak kemungkinan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Selangor akan terlepas daripada PR, Mohamad menjangka lebih banyak kerusi Dun di negeri itu akan dapat dikuasai oleh PR dengan trend pengundian seperti itu.

Beliau juga melihat pilihan raya kecil Hulu Selangor itu memperjelaskan lagi bahawa isu dan sentimen perkauman amat dominan di kalangan para pengundi Melayu.

"Para pemimpin Umno berjaya memberikan gambaran kepada majoriti pengundi Melayu bahawa BN itu Melayu dan Melayu itu BN. Sebab itulah mereka mengundi BN," katanya.

Beliau juga melihat cabaran yang lebih besar kepada PAS di masa akan datang untuk menyedarkan rakyat mengenai pengkhianatan Umno dan BN terhadap orang-orang Melayu sejak negara belum mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

"Saya menyatakan begitu kerana majoriti pemimpin dan ahli PAS adalah orang-orang Melayu dan oleh kerana itu, PASlah yang memikul cabaran paling besar untuk menyedarkan orang-orang Melayu tentang tipu muslihat Umno yang menggunakan perkauman sempit untuk mengekalkan kuasa mereka," katanya.

Orang-orang Melayu, katanya, hendaklah dibebaskan daripada pemikiran sesat yang menyandarkan kepentingan Islam dan Melayu kepada Umno.

"Bertawakkal hendaklah kepada Allah, bukan kepada Umno. Malangnya, ada di kalangan pemimpin politik Melayu pun yang meletakkan Umno sebagai tempat bertawakkal kononnya untuk menjaga kepentingan Melayu dan Islam," kata Mohamad.

Beliau tetap optimis PR akan terus menawan hati rakyat jika para pemimpinnya memperlihatkan pentadbiran kerajaan yang bersih dari rasuah dan penyelewengan, hidup sederhana dan tidak bermewah-mewah dengan wang rakyat serta menjimatkan perbelanjaan negeri-negeri yang diperintah untuk dipulangkan kepada rakyat dan kepentingan mereka.

Mohamad juga mengucapkan terima kasih kepada para pemimpin dan ahli-ahli PAS di peringkat kawasan-kawasan yang bekerja bersungguh-sungguh untuk membantu PR dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor itu.

Harakahdaily/-