28 April 2010

Pakatan Rakyat Sarawak Tentang BN Dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu

12 Jamadil Awal 1431H.


SIBU: Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu 16 Mei depan akan menyaksikan buat pertama kali di negeri ini sebuah fron pembangkang tunggal dan bersatu dalam bentuk Pakatan Rakyat Sarawak (PR Sarawak) menentang Barisan Nasional.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng memberitahu sidang akhbar di sini hari ini gabungan itu terdiri daripada DAP, PKR, PAS dan SNAP (Parti Kebangsaan Sarawak).

Dijangkakan BN akan melalui jalan yang sukar apabila kita melihat jumlah pengundi Cina di sini berjumlah lebih 60 pratus sedangkan kelompok ini telah menunjukkan komitmen yang tinggi dengan memberikan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat lebih dari 70 pratus di Hulu Selangor.

Guang Eng berkata DAP yang telah diberi mandat meletakkan calonnya telah melantik anggota Parlimen Bukit Cheras Tan Kok Wai sebagai pengarah pilihan raya.

"Beliau akan bertanggungjawab menggerakkan sumber dan tenaga manusia. Tetapi di peringkat bawahan, pengarah operasi ialah anggota Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen, dibantu oleh Tony Pua and Jeff Wee.

Mengenai pilihan raya itu, Guan Eng berkata beliau melihatnya sebagai "pertandingan cukup sengit".

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cina memenangkan BN pada PRU 1999 dan 2004... Cina jugakla yg melumpuhkan BN pada PRU12 dan beberapa PRK. Hasilnya Cina terus mengumpul laba, melayu dan india terkial-kial mencari arah... Kesimpulannya cina adalah bangsa paling hebat dialam maya..hidup cina!!!

Tanpa Nama berkata...

Cina lebih bijak berpolitik berbanding Melayu dan India. Cina tidak mudah digula-gulakan kerana mereka tahu tanggungjawab kerajaan kepada rakyatnya. Melayu dan India mudah digula-gulakan kerana mereka tidak faham apa itu politik dalam erti kata sebenarnya.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa rakyat Kelantan walaupun hidup sengsara masih tidak mahu memberi laluan kepada BN. Salah satu jawapannya adalah kerana rakyat Kelantan dapat membezakan antara sebuah Kerajaan dan sebuah parti politik. Faktor inilah yang tidak dapat dibezakan oleh kebanyakan orang Melayu dan India terutamanya di kawasan pedalaman.

Tanpa Nama berkata...

Taiwan, Singapura dan Hong Kong walaupun kecil adalah kuasa ekonomi dunia. Mereka juga antara negara yang paling sedikit mengamalkan rasuah. Ini bermakna negara yang kurang mengamalkan rasuah secara otomatiknya akan muncul sebagai gergasi ekonomi. Ini bukan persoalannya. Persoalannya bangsa apakah yang menerajui negara-negara ini. Jika anda diberi pilihan antara dua manusia ini siapakah yang lebih anda yakini untuk menerajui negara ini? Najib Tuya kah atau LGE.

Tanpa Nama berkata...

Dari KA2: Apa ada pada bangsa? Allah tidak melihat apa bangsa pun.Allah tidak bertanya kamu bangsa apa di akhirat.Saya seorang bangsa melayu tetapi Allah jadikan saya seorang India pun tak apa. Bila nak masuk syurga Allah tak tanya samaada awak melayukah, cinakah,indiakah,negrokah atau awak orang putih atau tidak.Cinakah atau melayukah atau indiakah atau negrokah atau oarng putihkah, satu sen pun tak ada guna di depan ASllah di akhirat.Kita yang hanya membezakannya mengikut bangsa.Bagi Allah adalah serupa saja.Yang Allah terima siapa yang bertakwa kepada Allah (yang mengiut perintah Alah dan nabi Mohad).Nabi Mohamad tidak berjuang atas bangsa arab.Ia berjuang untuk menyelamatkan semua manusia dari termasuk ke dalam neraka Allah.Kalaulah nabi Mohd berjuang kerana bangsa arab, tak ada peluanglah orang cina, melayu, india,orang putih, orang negro dan lain-lain bangsa masuk syurga Allah.maka yang masuk syurga Allah ialah orang Arab sajalah! Ini tidak betul!.Di akhirat Allah tak tanya samaada kau parti umnokah, paskah, dapkah,mcakah, mickah, suppkah, snapkah atau lain2 kah. Allah akan tanya kau hidup di dunia ikut Alquran atau sunnah nabi Mohd atau tidak.Kalau umno memerintah negara tak ikut alquran dan nabi Mohd, semua mereka akan masuk neraka Allah.Bagitu juga bagi Pas,Dap, Mic,Mca,Pkr, ppp, snap, supp, pbb, krajaan amerika, british dan lain-lain.Oleh itu alangkah bodohnya mereka mereka yang berjuang kerana bangsa.Oleh itu bodohnya UMNO kerana berjuang kerana bangsa MELAYU.Bodohnya MCA, MIC dan lain-lain parti berjuang kerana bangsa masing2.Bagitu juga NGO-NGO yang berjuang kerana bangsa seperti PESAKA pimpinan Ibrahim Ali.Allah yang mencita kita. Maka kita mesti kena ikut perintah Allah ia itu dari Alquran dan sunnah nabi Mohd saw.Oleh itu siapa yang hidup dan berjuang mengikut selain dari Alquran dan nabi Mohd,ia akan terjun ke neraka Allah. Tak kira siapa dan bangsa apa! Allah saja yang maha mengetahui.Ingatlah wahai semua manusia, kamu akan balik berjumpa dengan Allah di akhirat. Tak kira kau siapa atau apa pangkat kau di dunia, samaada rakyat, atau pun raja atau perdana menteri.

Tanpa Nama berkata...

islam yg berjaya memecahkan benteng perkauman.. melayu atau cina, islam tidak mengambil kira, asalkan istiqamah pd agama..

PRK sibu biar dapat memecahkan tradisi, bebrp siri prk yg mutakhir di semenanjung BN menang, kali ini biar di sibu PR yng menang!!! aminn

Tanpa Nama berkata...

Allah tidak menilai sesaorang kerana bangsanya. tetapi menilai sesaorang itu atas keimanan dan ketakwaanya kepada Allah ..bukan kerana dia tu MELAYU, CINA, INDIA...DLL. Dan hanya ISLAM lah yang boleh menyatukan padukan semua kaum didunia ini. Hidup, hidup, hidup Rakyat...tak kira bangsa Melayu Cina atau India.

Tanpa Nama berkata...

Dari KA2.
Saya telah buat ulasan pagi tadi jam 7.40 pagi.Hingga ke saat ini, ulasan saya tak dikeluarkan.Adakah ulasan saya tidak sesuai pada pandangan YB! Harap maaf!

Tanpa Nama berkata...

tak kira cina,malayu,india.kita mesti berubah....allah xkan ubah nasib sesuatu kaum,melainkan kaum itu yg mahu berubah.dlm hal ni kaum cina lebih matang dan mahukan perubahan...xmudah disogok dng wang ringgit atau janji manis BN .sokong umno....TERKENO ...PADAN MUKO....SOKONG PAS, TERLEPAS....XAPA KITA KEJAR SAMPAI DPT.SOKONG SEMANGAT 46 TERBENAM.marilah kita berusaha,berkerja lbh kuat dan selalu berdoa agar allah beri kemenangan pd PRU13 nanti..insyaallah ,amin.IKLAS DR PENGUNDI ATAS PAGAR.