28 April 2010

Mungkinkah akan berlaku sebegini di tanahairku?

SEORANG wanita yang menunggang motosikal ditahan kerana memakai seluar ketat di Banda Aceh pada Disember lalu.

12 Jamadil Awal 1431H.
Mr. President

Polis tahan gadis pakai seluar ketat.

BANDA ACEH - Seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Yuli berjanji akan memakai pakaian bercirikan keislaman selepas dia ditahan oleh polis pencegah maksiat di sini baru-baru ini.

"Saya berjanji akan membeli pakaian yang lebih bercirikan keislaman," katanya yang ditahan ketika sedang menunggang motosikal.

Dia menunjukkan reaksi kesal semasa ditahan oleh seorang anggota polis lelaki.

Semasa ditahan, dia memakai seluar jean ketat dan blaus yang dianggap tidak mencerminkan pakaian Muslim.

Pasukan polis itu mempunyai 1,500 anggota termasuk 60 wanita.

Dalam operasi yang dilakukan polis itu, sebanyak 18 wanita ditahan kerana memakai pakaian terlalu ketat dan baju yang menunjukkan bentuk tubuh badan mereka.

Seramai tiga lelaki ditahan kerana memakai seluar pendek.

"Kita perlu menghormati undang-undang syariah yang telah diguna pakai oleh pemerintah wilayah dengan menetapkan wanita cuma boleh menunjukkan wajah dan tangan mereka," kata ketua polis maksiat itu, Hali Marzuki.


SEORANG anggota polis pencegah maksiat (kanan) memberi nasihat kepada beberapa wanita (dua dari kiri) kerana memakai pakaian ketat di Banda Aceh pada Disember lalu.


35 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Menyokong 100% sekiranya kejadian seperti ini berlaku di sini...mungkin boleh bermula dari negeri Kelantan. Terlalu banyak sangat maksiat di negara kita sekarang dan balasan dari tuhan pun dah kelihatan tp ada pihak yang lebih berpengaruh macam sengaja tak nampak....

Tanpa Nama berkata...

Setuju 200 peratus

Tanpa Nama berkata...

sokong...tapi selagi BN yg perintah negara ni jangan harap le....

malekzen berkata...

setuju 1000%

Tanpa Nama berkata...

setuju 300% !!!!...hehe

Tanpa Nama berkata...

Dimalaysia hanya nama aje negara islam bini pm pun tak pakai tudung macam mana nak jalan undang2 islam

Tanpa Nama berkata...

Perlu diberi perhatian,ada kewajaran dilaksanakan. Penerapan nilai-nilai telah lama dilaksanakan sebelum ini.

Tanpa Nama berkata...

kalu boleh kerajan kelantan dulu yang buat,, terutamanya masaalah mat2 motor yang bonceng perempun ,buat sekatan jaln, minta kad kawin,, kalu tak ada tangkap..kalu tidak apa guna pihak majlis agama buat kad kawin..

Habib RAK berkata...

Tak mungkin. Sekiranya dipaksakan akan terjadi huru hara.

asrar_qalbi berkata...

kita impikan Islam tertegak dalam negara kita..

Tanpa Nama berkata...

Habib rak pertikai tak apa, ramai yang pertikai arahan tapi lupa arahan itu datang dari saiapa.

Tanpa Nama berkata...

tunggu thunami macam aceh dulu,baru nak laksana syariat.....itulah manusia....

Hamba Miskin berkata...

salam bang idham..mintak izin copy entry ni ya?..

Tanpa Nama berkata...

mana boleh nanti banyak ngo-ngo bantah kalu tak percaya YB cuba usulkan kat parlimen

Tanpa Nama berkata...

belum cuba belum tau..

Tanpa Nama berkata...

Insya Allah apabila PAS memerintah Malaysia

Tanpa Nama berkata...

ya allah berilah kami keampunan dan keinsafan, dan berilah pertujuk agar pemimpin2 kami mendokong daulah islamiyah, amin

Tanpa Nama berkata...

A'ah..Malaysia ni nk kena tunggu bala baru nk dekat pada tuhan.

Remaja Baran

Tanpa Nama berkata...

kita ingin lihat islam tertegak di msia tapi pengampu n yg pimpin umno/bn/msia cuma nak bagi tau saja malaysia ng islam. cita2 depa jangan sekali hudud islam tertegak memerintah msia

Tanpa Nama berkata...

Habib rak.....Kalau paksa jadi huru hara? mana engko tau? kamu dah buat ke? kenapa Indonesia boleh...tak huru harapun? orang Indonesia lagi dasyat dari kita.....orang melayu UMNO memang macam tu...belum buat lagi dah tak boleh....Melayu UMNO dengan melayu juga berani le dan yang paling berani dengan Allah sebab bukanya nampakpun.....sebab UMNO tak ada kalu tidak tak boleh hidup pulak!

Lagipun undang-undang Islam UMNO mesti lawan....kalau UMNO suruh telangjangpun tak kisah....dan yang paling susahnya bini PM tak boleh nak melawa pulak, rosak le rambutnya....

Tanpa Nama berkata...

Alangkah damai dan amanya dunia seandainya Islam menjadi pedoman hidup dan bernegara

Tanpa Nama berkata...

Berdasarkan kepada situasi semasa PAS tidak mempunyai kekuatan politik untuk melaksanakannya, melainkan di Kelantan.

TheFugitive berkata...

selagi UBN masih memegang malaysia , jangan harap la nak jadi macam kat acheh ..

akulajuki berkata...

umno dan bn penah kata kalau laksana hukum Islam di Malaysia ni maka akan huru-hara. Idea inilah yang dijadikan senjata utama menakut-nakutkan orang bukan Islam untuk menyokong PAS selama ini. Namun manusia di Malaysia dah semakin sedar bahawasanya membiarkan umno dan bn terus memerintahlah penyebab utama huru-hara.

Tanpa Nama berkata...

INSYA'ALLAH..BOLEH TUNGGU KERAJAAN MALAYSIA JATUH KE TANGAN PAS..TAKBIRR!!!

NUARMUSA berkata...

Nak laksanakan seperti di Acheh perlu hantar
dulu umno/bn ke hutan..Kalau tak jangan harap kerana umnu/bn memakai undang-undang rimba..!
Acheh mendapat autonomi dalam pemerintahan sebab itu dapat laksanakan peraturan islam...Kerajaan pusat Indonesia tidak buat begitu...
Jadi sama-sama kita tumbangkan kerajaan pusat sekarang kalau hendak lihat syariat islam dilaksanakan di bumi Malaysia untuk orang Islam...Umno/bn cakap saja Islam tapi istiqamah untuk melaksanakan tidak ada...macam-macam alasan diberikan untuk menidakkan pelaksanaan syariat Islam di Malaysia...
Sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar perkara sama dapat dilaksanakan di Malaysia...InsyaAllah.!

tiada nama berkata...

haibi rak tak setuju tak mengapa..alasannya kerana takut ramai tak setuju dan takut jadi huru-hara...Nanti beri jawapan itu di hari akhirat..!

IbnAbdHalim berkata...

Tak mungkin berlaku di Malaysia selagi UMNO bernafas. Dan kalau PR perintahpun belum tentu lagi ianya dapat dilaksanakan.

Perlaksanaan undang-undang kadang-kadang dapat membantu , dan kadang-kadang mendatantgkan kesan buruk pada PAS dalam konteks Malaysia.

Ia perlukan pentarbiyahan yang panjang sebab dewasa ini ramai wanita muslim menutup aurat tapi seperti telanjang. Ini kerja PAS dan NGO Islam. Kalau rakyat dapat ditarbiyah maka dengan sendirinya keperluan kepada polis khas seperti di Aceh tidak timbul.

Tanpa Nama berkata...

saya menyokong tetapi adakah orang bukan islam akan menyokong..... tetapi demi islam, kita perlu menyokong

zaid berkata...

patutnya malaysia buat lama dah
yazid

mehzalan berkata...

Saya sokong dan saya yakin sahabat kita yang belum Islam pun akan sokong. Kalau bukan hari ini mungkin esok atau lagi 1000 tahun, kita sentiasa akan terus berusaha.Allah x tanya berjaya atau tidak, Allah akan tanya dah bertindak atau belum. Tahniah. Y.B.& penulis asal, mohon nak copy. Nak bubuh dlm www.emasperak.com dan my facebook.. bagus nie. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

sokong!!!
apa apa usaha menegakkan Agama Allah.,WAJIB disokong!!!
cuba la usulkan di parlimen dan dun.,mna tau terbukak hati mereka yang jahil utk terima.
ataupun,cuba kuat kuasakan dahulu pada skop yang kecil,tempat2 awam/komplek,yang mana klu tidak menutup aurat,tidak dibenarkan masuk!!
ye ke bleh timbul huru hara..?????????

Tanpa Nama berkata...

Orang bukan Islam sokong atau tidak bukan soalnya. Ini hal orang Islam, yang jadi masaalahnya orang Islam sendiri yang tak meyokong. Macam mana nak sokong, jika pakai wig itu haram, perempuan Islam yang pakai wig. Jika berlaga pipi dengan yang bukan muhrim itu haram, perempuan Islam yang berlaga pipi dengak aktor India.

Tanpa Nama berkata...

saya amat menyokong idea yang sangat baik ini 500%, semoga dibukakan hidayah kepada pemimpin yang ada atau digantikan dengan pemimpin yang lebih islamik.

Tanpa Nama berkata...

TAPI, di Aceh Ini sekarang jadi dilema. Susah Bedaakan yg Pelacur atau bukan. Karena pakaiannya sama2 pake jilbab dan pakaiaan ketat. Sayang sekali yg pakaian ketat, kiranya gaul . Padahal sm aja style dengan PSK. hehehe.