06 Disember 2011

Suspek Buat Panggilan Bom Palsu Ditahan

10 Muharram 1433H. [MOD] -

IPOH: Seorang pengedar barangan jualan langsung yang dipercayai membuat panggilan palsu pada Khamis lalu bahawa terdapat bahan letupan di landasan keretapi telah ditahan dua hari lalu.

Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di Teluk Intan.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahalan, lelaki berkenaan didapati mengunakan telefon bimbit untuk membuat panggilan tersebut dengan menggunakan identiti orang lain.

Dia dipercayai berbuat demikian kerana mempunyai masalah peribadi dengan teman wanitanya.

"Lelaki terbabit dikatakan tidak membenarkan teman wanitanya yang berusia 25 yang juga bekerja sebagai pengedar barang jualan langsung pergi ke Kuala Lumpur menghadiri satu kursus," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Shukri berkata kecewa dengan sikap teman wanitanya itu, lelaki berkenaan mengambil tindakan dengan membuat panggilan palsu ke Ibupejabat Polis Daerah Tapah mengatakan terdapat sebutir bom di salah satu jambatan di laluan keretapi antara Bidor dan Tanjung Malim.

Akibat panggilan itu, laluan keretapi di sektor utara terpaksa ditutup sehingga menjejaskan perjalanan lebih 1,200 penumpang.

Siasatan polis kemudiannya menemui satu bonggol berhampiran sebuah jambatan di landasan di Km 259.25 berhampiran Slim River.

Bonggol itu diletupkan tetapi tiada bom yang ditemui tetapi hanya sekeping tikar yang dilipat yang mengandungi botol-botol kosong.

Shukri berkata suspek ditahan reman selama empat hari mulai hari ini.

Katanya kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA

Penoreh Getah Maut, Dua Cedera Diserang Babi Hutan

10 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LIPIS: Seorang penoreh getah maut diserang seekor babi hutan, manakala dua termasuk isteri mangsa cedera dalam satu kejadian di kawasan kebun getah dekat kampung Jerkoh, Benta, dekat sini.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari Selasa, mangsa, Wahab Saad, 59, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di badan.

Ketua Polis Daerah Lipis Supteritendan Abdul Razak Hassan berkata ketika kejadian,mangsa sedang menoreh getah, dan tiba-tiba muncul seekor babi hutan dan menyerangnya.

"Mangsa diserang babi hutan berkenaan dan kemudian terjatuh ke dalam anak sungai, isteri mangsa, Napisah Aman, 50, yang sedang memasak di sebuah pondok berdekatan cuba membantu mangsa tapi turut diserang haiwan terbabit," katanya kepada pemberita di sini.

Haiwan berkenaan kemudiannya turut menyerang seorang lagi penoreh getah dikebun bersebelahan.

Penoreh terbabit yang dikenali Chong Chung, 68, bagaimanapun berjaya membunuh haiwan berkenaan selepas bertindak menetaknya beberapa kali dengan parang.

Chong yang turut cedera parah di badan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh manakala isteri kepada mangsa yang maut, Napisah cedera di kaki dan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Lipis. - BERNAMA

K'jaan S'gor Lantik Konsultan Antarabangsa Siasat Kekeruhan Air Sg S'gor

10 Muharram 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor telah melantik satu agensi bebas untuk menyiasat apakah punca yang menyebabkan air di Sungai Selangor menjadi keruh dan tercemar.

Sungai Selangor adalah sumber utama air bersih yang dirawat untuk bekalan air ke rumah di negeri ini.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, sebuah firma konsultansi antarabangsa, Halcrow, telah dilantik untuk menjalankan siasatan dan pemeriksaan ke atas empat loji rawatan air di Sungai Selangor.

Tugas mereka akan dibantu oleh kakitangan Syabas.

Empat loji yang terjejas teruk ialah Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Loji Rawatan Air Rantau Panjang.

Laporan awal mengenai status air bersih di keempat-empat loji tersebut akan dibentangkan pada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada Rabu.

“Selain itu, Lembaga Urus Air Selangor dan Jabatan Alam Sekitar Selangor akan turut dipanggil untuk memberi perincian kepada masalah tersebut," kata Khalid dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, Bernama melaporkan, kira-kira tiga juta penduduk di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dijangka mengalami gangguan bekalan air jika kejadian kekeruhan air dari Sungai Selangor ke empat loji utama di Ijok di sini berterusan, kata Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, kekeruhan luar biasa di Sungai Selangor kini menjejaskan pengeluaran air di empat loji berkenaan yang membekalkan 60 peratus bekalan air kepada penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur.

"Kesemua loji berkenaan mengalami kekurangan pengeluaran air disebabkan kandungan kekeruhan luar biasa yang dikesan di muka sauk kesemua loji berkenaan mulai pagi Isnin.

"Jumlah pengeluaran air terawat di keempat-empat loji itu telah dikurangkan dari 2,460 juta liter sehari ke 1,000 juta liter sehari setelah mencatat kekeruhan luar biasa pada kadar lebih 6,000 NTU (Nephelometric Turbidity Unit)pagi Isnin berbanding 300 NTU pada keadaan biasa," katanya ketika ditemui di Loji Rawatan Air SSP1 di sini, semalam.

Abdul Halem berkata, kejadian pencemaran air mentah seumpama itu amat membimbangkan pihak Syabas sekiranya pengurangan pengeluaran air dari loji rawatan air ini berterusan melepasi pukul 8 malam semalam. "Ia akan mengakibatkan gangguan bekalan air bersih kepada lebih kurang 700,000 akaun bekalan air atau kira-kira tiga juta pengguna di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur selain pengguna komersial dan industri," katanya.

Abdul Halem berkata, sekiranya kadar kekeruhan turun kepada 2,000 NTU, pihak loji rawatan air boleh meningkatkan pengeluaran.

Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat punca pencemaran Sungai Selangor dan akan memaklumkan status terkini dari semasa ke semasa.

mStar/-

Lebih 7,000 Orang Yang Berasal Dari Malaysia Kini Mendiami Australia Selatan

10 Muharram 1433H. [MOD] -

GEORGE TOWN: Lebih 7,000 orang yang berasal dari Malaysia kini bermastautin di Australia Selatan termasuk ibu negerinya Adelaide.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Hal Ehwal Pelbagai Kebudayaan, Kecemasan dan Polis Australia Selatan, Jennifer Rankine yang kini sedang dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang.

Beliau juga berkata, secara puratanya terdapat juga lebih kurang 2,000 hingga 3,000 pelajar Malaysia di Australia Selatan buat masa ini.

“Malah terdapat ahli perniagaan dan pakar-pakar perubatan dari Malaysia yang kini sedang berkhidmat di Australia Selatan dan kami sangat-sangat menghargai jasa dan juga sumbangan mereka kepada pembangunan negeri kami," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Komtar pada Isnin.

Jennifer juga berkata, ini adalah lawatannya yang pertama ke Malaysia dan beliau dapati negara ini sangat cantik dan mengujakan.

Tulisan blogger Umno diadukan kepada polis

10 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Seorang blogger, Amin Iskandar akan membuat laporan polis terhadap blogger Umno, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri bin Wan Deris hari ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Amin hari ini, laporan polis itu akan dibuat di Balai Polis Jalan Travers petang ini.

"Wan Muhammad Azri bin Wan Deris dalam laman web beliau www.papagomo.com telah melakukan fitnah terhadap diri saya pada artikel beliau berjudul AMIN ISKANDAR PENULIS THE MALAYSIAN INSIDER AKUI DICABUL ANWAR IBRAHIM," kata Amin dalam kenyataannya.

Ini bukan pertama kali penulis ini membuat fitnah dengan berselindung di belakang nama Papagomo tetapi sudah beberapa kali termasuk terhadap pemimpin PAS.

Moto perjuangan penulis yang dikatakan mendapat bayaran belasan ribu ringgit sebulan ini adalah DAP ANTI ISLAM, PAS ITU MELAYU dan UMNO ITU ISLAM.

Sekarang ini, sasaran Papagomo bukan lagi pemimpin PKR, DAP atau PAS tetapi anggota Parlimen Umno sendiri iaitu Bung Mokhtar Radin ekoran cadangan Bung agar Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil meletakkan jawatan.

Bung mencadangkan Shahrizat meletakkan jawatan ekoran skandal NFC yang melibatkan pinjaman mudah kerajaan RM250 juta yang dikatakan diselewengkan untuk lain-lain tujuan.

Papagomo bukannya menyerang Bung kerana kesilapan beliau tetapi kerana isteri beliau yang juga seorang artis Zizie Ezzete.

Menurut Amin, fitnah tulisan Papagomo terhadap beliau dipercayai dilakukan atas niat beliau mempertahankan Datuk Razali Ibrahim daripada penulisan dan kritikan beliau terhadap Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada tulisannya bertarikh 25hb November 2011 dalam Malaysian Insider.

"Tindakan membela Datuk Razali Ibrahim dengan cara membuat fitnah terhadap diri saya adalah satu tindakan yang tidak wajar dan seharusnya dilakukan dengan berhujah secara matang.

"Sebagai seorang penulis dan blogger yang menyokong kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan, laporan polis ini dilakukan bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan penulis blog untuk menulis, akan tetapi untuk mengekang budaya fitnah daripada terus menjadi amalan sesetengah pihak," katanya dalam tulisan itu.

Harakahdaily/-

Tulisan blogger Umno diadukan kepada polis

10 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Seorang blogger, Amin Iskandar akan membuat laporan polis terhadap blogger Umno, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri bin Wan Deris hari ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Amin hari ini, laporan polis itu akan dibuat di Balai Polis Jalan Travers petang ini.

"Wan Muhammad Azri bin Wan Deris dalam laman web beliau www.papagomo.com telah melakukan fitnah terhadap diri saya pada artikel beliau berjudul AMIN ISKANDAR PENULIS THE MALAYSIAN INSIDER AKUI DICABUL ANWAR IBRAHIM," kata Amin dalam kenyataannya.

Ini bukan pertama kali penulis ini membuat fitnah dengan berselindung di belakang nama Papagomo tetapi sudah beberapa kali termasuk terhadap pemimpin PAS.

Moto perjuangan penulis yang dikatakan mendapat bayaran belasan ribu ringgit sebulan ini adalah DAP ANTI ISLAM, PAS ITU MELAYU dan UMNO ITU ISLAM.

Sekarang ini, sasaran Papagomo bukan lagi pemimpin PKR, DAP atau PAS tetapi anggota Parlimen Umno sendiri iaitu Bung Mokhtar Radin ekoran cadangan Bung agar Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil meletakkan jawatan.

Bung mencadangkan Shahrizat meletakkan jawatan ekoran skandal NFC yang melibatkan pinjaman mudah kerajaan RM250 juta yang dikatakan diselewengkan untuk lain-lain tujuan.

Papagomo bukannya menyerang Bung kerana kesilapan beliau tetapi kerana isteri beliau yang juga seorang artis Zizie Ezzete.

Menurut Amin, fitnah tulisan Papagomo terhadap beliau dipercayai dilakukan atas niat beliau mempertahankan Datuk Razali Ibrahim daripada penulisan dan kritikan beliau terhadap Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada tulisannya bertarikh 25hb November 2011 dalam Malaysian Insider.

"Tindakan membela Datuk Razali Ibrahim dengan cara membuat fitnah terhadap diri saya adalah satu tindakan yang tidak wajar dan seharusnya dilakukan dengan berhujah secara matang.

"Sebagai seorang penulis dan blogger yang menyokong kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan, laporan polis ini dilakukan bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan penulis blog untuk menulis, akan tetapi untuk mengekang budaya fitnah daripada terus menjadi amalan sesetengah pihak," katanya dalam tulisan itu.

Harakahdaily/-

Umno takut DAP, wang rakyat lesap

10 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Orang Melayu diingatkan agar tidak terpengaruh dengan politik kotor Umno yang menggunakan DAP sebagai modal untuk menakut-nakutkan mereka, sebaliknya perlu sedar dengan salah guna kuasa dan penyelewengan wang rakyat yang dilakukan parti itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Umno dalam perhimpunan agungnya minggu lalu secara tidak langsung mengakui sudah tidak mampu menarik sokongan orang Melayu kerana urus tadbir negara yang semakin lemah di bawah pemerintahan mereka.

Justeru, Umno terpaksa menuduh DAP akan lebih berkuasa dan mengambil hak orang Melayu jika orang Melayu menyokong Pakatan Rakyat.

"Saya nak ingatkan orang Melayu, jangan sampai kita takut kepada DAP, RM250 juta hilang dalam NFC (Perbadanan Fidlot Negara), takut dengan DAP, RM52 bilion saham bumiputera tinggal RM2 bilion, takut dengan DAP akhirnya RM1.8 bilion diberi kepada Tajudin Ramli (bekas Pengerusi Syarikat Penerbangan Malaysia-Mas), takut dengan DAP, berlaku skandal dalam wang PPRT RM32 bilion oleh menteri Umno," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Tambah Mahfuz, Umno terpaksa menarik sokongan orang Melayu yang semakin menurun bagi membolehkan mereka terus memerintah dan mengumpul kekayaan untuk kroni mereka.

"Umno gunakan DAP untuk takutkan Orang Melayu, tapi dalam masa yang sama terus memunggah khazanah negara untuk kroni mereka," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Menurut beliau juga, perhimpunan agung Umno juga membuktikan parti itu masih takut memberi ruang yang sepenuhnya kepada perwakilan untuk membincangkan soal integriti kepimpinannya.

"Awal-awal lagi Ketua Polis Negara keluarkan kenyataan tak berlaku pecah amanah dalam NFC yang dimiliki suami (Datuk Seri) Shahrizat (Jalil). Ini hanya untuk mengelakkan huru hara dalam perhimpunan agungnya.

"Bila ada kenyataan daripada Ketua Polis Negara, perwakilan tak bangun persoal soal NFC tapi saya yakin Orang Melayu mempunyai pendirian yang sama iaitu mempersoal dan mempertikai kepimpinan Umno," katanya.

Harakahdaily/-

'Balai Polis Kerinchi' pengundi di Lembah Pantai : 'lembu' pun akan didaftarkan sebagai pengundi !

Muharram 1433H. [MOD] -

Lebih 90 nama bermasalah dikesan daripada 2,180 nama dalam senarai pengundi pos yang terkandung dalam daftar induk pemilih bagi kawasan parlimen Lembah Pantai, kata ahli parlimennya, Nurul Izzah Anwar.

"Kami ada 97 pengundi yang nama mereka tidak dijumpai di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR); nampaknya mereka boleh mengundi di dua tempat. Rekod-rekod lain yang mencurigakan juga dijumpai pada daftar pemilih yang dikemaskini sehingga Jun 2011," katanya.

azlanPada sidang akhbar di pusat khidmat PKR si Lembah Pantai hari ini, Nurul Izzah berkata, antara penemuan yang dianggap pelik ialah nama seorang pengundi yang didaftarkan sebagai "Balai Polis Kerinchi" dalam daftar pemilih induk.

"Apabila kita semak butir-butir menggunakan nombor kad pengenalan polis bagi mengenal pasti pengundi berkenaan, nama itu wujud tetapi dalam daftar pemilih SPR ia menunjukkan sebaliknya," katanya.

Malaysiakini/-

Ulasan :

Kalau dibiarkan terutamanya di Lembah pantai, 'lembu' pun akan didaftarkan sebagai pengundi. Tambahan pula 'lembu betina' sedang cari peluang untuk bertanding lagi atau tidak.

Kemalangan maut di Lebuhraya Utara Selatan


10 Muharram 1433H. [MOD] -ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memeriksa treler membawa minyak sawit yang terbalik selepas terbabas kerana hilang kawalan dan melanggar penghadang jalan di KM254.4 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara berdekatan tol Senawang, hari ini. Pemandunya, Silvom Krishnan, 45, (gambar kecil) maut di tempat kejadian. - Foto Owee Ah Chun

Bagaimana Pemuda PAS kekalkan Momentum politik

10 Muharram 1433H. [MOD] -
http://www.eperjuangan.com

Soalan ketiga dari audiens semasa Forum saya di UIAM tempohari yang belum terjawab di dalam majlis tersebut kerana kesempitan masa ialah :

Apakah yang telah dilakukan oleh pemuda PAS untuk mengekalkan momentum politik ?

Saya menjawab persoalan ini dengan 2 point dan ianya berantaian antara satu sama lain. Point pertama menepati aqidah perjuangan yang menjadi prinsip perjuangan PAS dan point kedua pula menepati taktikal dan teknikal gerakkerja Pemuda PAS yang boleh saya jelaskan kepada umum.

Point Pertama :

Gerakan pemuda sejak awal bersama Parti Islam Se Malaysia ( PAS ) sangat konsisten membawa cita - cita perubahan dari sekular kepada Islam , dari kufur kepada Iman , dari bathil kepada haq , daripada zalim kepada adil . Perjuangan yang telah menyaksikan pimpinan dan aktivis pemuda PAS keluar masuk penjara dan menjadi bahan belasahan musuh - musuh Islam.

Tentu sahaja perjuangan ini mengharapkan kejayaan dan kemenangan namun ia bukan matlamat utama perjuangan kita pemuda Islam . Kemenangan adalah anugerah Allah yang akan dikurniakan kepada yang berhak dan layak setelah mereka terbukti sanggup mewaqafkan diri kepada perjuangan Islam ini setulusnya tanpa mengharapkan sesuatu selain redha Allah swt.

Ini bukan minda pembangkang dan bukan juga minda orang yang kalah tetapi ini adalah minda sunnah berasaskan manhaj perjuangan suci .

Kemenangan tidak diberi kepada Sang Gopoh , Mat Kalut bahkan tidak juga dikurniakan kepada Mat Jenin . Tetapi diberi kepada mereka yang telah berjaya memiliki pra syarat kemenangan seperti yang digariskan oleh para ulama' al mujahidin bertunjangkan manhaj an nabawi .

Bukan saya prejudis dengan kemenangan tetapi jangan dipetik buah sebelum masaknya. Sekalipun kita berjaya memetik, kita hanya akan memakan buah yang putik dan mungkin pahit atau masam rasanya. Alangkah jika kita bersabar menanti buah yang masak , lalu kita memetiknya sudah tentu kita akan merasai nikmat dan lazat yang tidak terhingga .

Saya yakin Allah swt Maha Mengetahui lagi Maha Bijak . Masakan Allah gagal atau terlupa untuk memberi kemenangan setelah kita dikenal pasti layak untuk memperolehi kemenangan. Justeru itu, langkah utama dan paling penting bagi pemuda PAS ialah melengkapkan diri dan jamaah agar layak menang menepati piawaian yang dikehendaki oleh Islam sebagai teras perjuangan.

Ada yang mempersoalkan tempoh 50 tahun kita berjuang apakah ia belum menjadi tempoh matang ? 50 tahun rakyat pula derita dibawah UMNO dan BN bersama dasar dan polisi mereka yang menekan rakyat marhain, apakah kita masih boleh bersabar ?

Inilah sifat perjuangan Islam yang bila - bila pun tidak terikat dengan tarikh dan tempoh . Kita berjuang meredah masa dan merentas zaman . Kalau 50 tahun kita sudah rasa lama menanti , bagaimana pula dengan ummat terdahulu . Nabi Nuh as. mengambil masa 950 tahun malah penguasaan Firaun juga mengambil masa ratusan sebelum ia ditumbangkan oleh Allah swt.

Kalau sememangnya kita layak dan berhak , saya yakin Allah swt akan memberikan kemenangan itu kepada kita pada bila - bila masa , kerana telah sabit janji daripada Allah swt. kepada kita yang berjuang :

و لينصرن الله من ينصره إن الله لقوي عزيز

Nescaya Allah akan memberi kemenangan kepada siapa yang berjuang untuk memenangkan agamanya . Sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Kuat lagi Perkasa.

Surah al Hajj . Ayat 40

Sememangnya kemenangan bukan hak kita sebaliknya ia milik Allah swt tanpa kita boleh mengambilnya sekehendak kita . Kalau boleh ikut kehendak kita , bukan esok apatah lagi lusa tetapi hari ini kita mahukan kemenangan itu. Tetapi Allah sebut :

و ما النصر إلا من عند الله إن الله عزيز حكيم

dan tiada kemenangan melainkan hanya kurniaan dari sisi Allah swt. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.
Surah al Anfal . Ayat 10

Point Kedua :
Dewan Pemuda PAS senantiasa mengambil langkah pro aktif bagi memastikan anggota pemuda senantiasa dalam keadaan bersedia dan melaksanakan tanggungjawab serta amanah perjuangannya sekaligus menangani gelombang politik semasa.

1. Mewujudkan keseimbangan antara :

a] tarbiyah [pengkaderan [rekrut] serta pengukuhan aqidah, fikrah dan syakhsiyah anggota jua pimpinan pemuda PAS di semua peringkat sebagai langkah penyediaan sumber manusia yang berkualiti untuk menyandang tugas sebagai pejuang dan pemimpin ummah],

b] dakwah [penerangan untuk menjelaskan risalah perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, menjawab segala isu semasa yang dihadapi oleh masyarakat sekaligus menjawab segala tohmahan yang dilemparkan] dan

c] siasah [politik untuk meninggikan kalimah Allah, membawa suara Islam ke Parlimen dan DUN serta berusaha untuk membebaskan negara dan rakyat dari penindasan angkara penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Memanafaatkan ruang demokrasi lalu meloloskan diri daripada sebarang kepungan musuh Islam moden yang tidak mahu melihat Islam tegak di bumi tercinta ini.]

2. Pemuda PAS turun ke padang menyantuni anak muda yang menjadi pasaran utama gerakan Pemuda PAS. Mengenal pasti hot spot mereka lalu mendekati dan menjiwai emosi mereka. Sebagai contoh,

a] DPPM telah mempunyai pasukan beruniform seperti Jabatan AMAL yang berorientasi untuk mendisiplinkan anak muda dengan kerja - kerja amal kebajikan dan sedia berkhidmat kepada siapa jua tanpa mengira latar belakang perbezaan parti dan warna kulit.

b] DPPM juga membentuk Department Art, Culture and Sport [DACS] untuk menjadi jambatan mesra dengan anak - anak muda. Melalui department ini, pemuda PAS telah menubuhkan Alternatif Riding Club [ARC], malah kita juga menganjurkan Alternatif Band Club, Amal Bikers Group, Alternatif Futsal Club dan insyaallah senantiasa peka dengan perkembangan semasa.

3. Menggerakkan isu semasa dan memobilisasi kebangkitan rakyat menentang segala kepincangan dan penyelewengan. DPPM telah menubuhkan lajnah khusus iaitu Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat yang dipengerusikan oleh sahabat saya Sdr Suhaizan Kaiat. Buat masa ini kita fokus kepada isu berikut :

a] Skandal Mykad. Terdapat beberapa keadaan yang sangsi dan keliru berkait kes ini. Malah semakin ketara apabila baru - baru ini DPPM berjaya mengepung dan "menahan" bas - bas yang memunggah warga asing untuk dianugerahkan mykad. Peristiwa ini berulang dua kali dan DPPM berjaya melakukannya dengan baik. Sekali di Sepang dan kali kedua melibatkan aktor yang sama di"tahan" di Putrajaya.

b] Manipulasi Daftar Pemilih. Masih terdapat senarai nama yang bertindan, jumlah senarai nama berkod 71 yang sungguh mencurigakan dan senarai nama pemilih yang meragukan.

c] Undi Pos yang menjadi tali hayat UMNO dan BN sejak dulu. Pemuda PAS Konsisten menolak rasional penggunaan kaedah undi pos dalam pilihanraya.

Insyaallah, DPPM akan mengeluarkan Risalah Khas dalam masa terdekat untuk menjelaskan isu - isu ini kepada seluruh rakyat.

4. Terbaru ialah Rapat Anak Muda Pakatan Rakyat akan dilangsungkan ke seluruh negara dan kita menjangkakan sejurus tamat musim tengkujuh ini, roadshow ini akan bergerak dan berlangsung hingga ke tarikh pilihanraya umum akan datang. Objektifnya ialah untuk :

a] Menemui pemuda Pakatan Rakyat peringkat negeri dan memotivasi mereka bagi persiapan menghadapi pilihanraya akan datang.

b] Menjelaskan isu - isu nasional dan mendapatkan ikrar umum dari kelompok anak muda untuk bersama Pakatan Rakyat.

5. Memanafaatkan sepenuhnya keajaiban Media Baru untuk penyebaran maklumat, menggerakkan idealism perjuangan dan memimpin budaya baru yang lebih berkesan dan berakhlak di pentas politik hari ini. Keluar dari kebiasaan negatif seperti politik maki hamun, politik cerca nista, politik dedah keaiban, politik lucah kepada politik berasaskan hujjah dan fakta. Politik yang berlandaskan akhlak dan kebenaran.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Carilah yang halal.

Muharram 1433H. [MOD] -
Oleh Jarjani Usman

“Wahai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah mengikuti langkah-langkah setan karena sesungguhnya setan musuh yang nyata bagimu” (QS. Al-Baqarah: 168).

Setiap hari, manusia tidak bisa tidak membuat sejumlah keputusan. Keputusan-keputusan itu tidak terlepas dari upaya melanggar perintah Allah atau tidak. Sebab, ketika mencari rezeki, makan, duduk, tidur, dan sebagainya, akan berada dalam batas halal atau haram. Tentunya akan melanggar batas ketika memutuskan untuk mencari nafkah yang haram atau mencampur-adukkannya (dengan yang halal).

Bila terlanjur memutuskan untuk mencari yang haram, keputusan itu tidak akan berakhir sesudah melaksanakannya. Dampak dari keputusan itu juga akan mengalir ke meja makan, tempat tidur, atas sajadah, Tanah Suci, pada daging yang tumbuh, pada kendaraan yang dikendarai, dan ke tempat-tempat lain. Sungguh sangat menyayat hati bila menatap si bayi yang belum tahu apa-apa tentang dosa dan belum mampu membuat keputusan untuk memakan atau tidak, disuap makanan dari hasil perbuatan haram orang tuanya. Juga sangat menyedihkan menatap orang tua yang akan segera mengakhiri masa hidupnya di dunia ini, menikmati harta haram dari hasil usaha haram anak(-anak)nya.

Dengan demikian, sekali melakukan yang haram, tak terhitung aliran haramnya kepada bidang-bidang lain. Apalagi tak tertutup kemungkinan, uang haram seperti hasil korupsi juga dijadikan modal untuk mengembangkan usaha. Akan bercampur baur laksana daging babi dicampur dengan daging sapi.

Karena itu, sangat dianjurkan untuk memulai dan menjaga hidup ini dengan membuat keputusan tegas untuk menetapi cara-cara halal. Belajar mencari rezeki dengan cara halal akan menghasilkan pengalaman halal yang sangat istimewa. Disebut istimewa karena tak dimiliki oleh orang-orang yang gemar dengan yang haram. Bukan hanya mendapat pengalaman, tetapi juga pahala.

Serambi/-

Menyeberangi Dunia

10 Muharram 1433H. [MOD] -
Oleh Jarjani Usman

“Posisikan dirimu di dunia ini bagaikan orang asing atau seperti orang yang sedang menyeberang jalan” (HR. Bukhari).

Dunia ini diibaratkan dengan jalan yang sangat sibuk. Yaitu, jalan menuju perkampungan abadi. Berada di jalan sibuk meskipun dalam waktu sesaat, pilihan pertama adalah menjaga diri dengan berhati-hati dalam melintasinya. Kalau tidak, kecelakaan pasti menimpa. Bagi orang berakal tidak ingin dirinya terlindas. Juga tidak ingin anggota keluarga, saudara, dan orang lain celaka. Karena itu, saling menuntun di jalur penyeberangan agar selamat dalam meraih kampung yang dituju, penting dilakukan.

Apalagi kalau menyempatkan diri membuka lembaran-lembaran sejarah atau melihat kenyataan, sungguh akan didapati betapa banyak kisah tentang kecelakaan yang menimpa umat manusia ketika menyeberangi dunia ini. Sebahagian sejarah itu sengaja disebutkan dalam Alquran. Tujuannya agar menjadi pelajaran berharga bagi siapapun yang masih hidup di dunia ini. Makanya siapapun dianjurkan untuk sering-sering membaca kitab petunjuk tersebut.

Lebih-lebih hidup di dunia ini, meskipun waktunya singkat, amatlah menentukan. Maksudnya, bagaimana keadaan seseorang kelak di akhirat sangat ditentukan dari bagaimana dia berusaha hari ini di dunia ini. Allah berjanji akan menampakkan segala kebaikan sekaligus kejahatan yang dilakukan setiap hambanya, tanpa menganiaya sedikitpun. Yang sekecil zarrah juga akan dinampakkan, apalagi dosa besar seperti membunuh orang yang tak bersalah.

Oleh karena itu, jangan seperti orang-orang yang disebutkan dalam Alquran, yaitu berangan-angan akan mendapatkan kehidupan istimewa di akhirat kelak, sedangkan sewaktu di dunia ini berbuat kerusakan atau melanggar perintah Allah.

Serambi/-

Air Tercemar Radioaktif dari Loji Janakuasa Nuklear Jepun Dialirkan ke Laut

10 Muharram 1433H. [MOD] -

Sebahagian 45 tan air dari Loji Janakuasa Nuklear Fukushima Daiichi Jepun yang dialirkan ke laut masih tercemar bahan radioaktif. Demikian dimaklumkan oleh Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo Jepun baru-baru ini.

Difahamkan, walaupun air tercemar itu sudah dirawat sebelum dialirkan ke laut, namun tahap radiasi dalam air tersebut melebihi paras yang dibenarkan.

Namun, menurut hasil penyelidikan yang dilakukan oleh anggota Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo, tahap radiasi dalam air laut di sekitarnya tidak membahayakan. CRI/-

Kontrak Alstom: Bekas MB Perlis nafi terima habuan RM25 juta

10 Muharram 1433H. [MOD] -
themalaysianinsider

KUALA LUMPUR, 6 Dis — Meskipun adanya hasil siasatan terperinci oleh pihak berkuasa Switzerland, veteran Umno Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh menafikan pernah menerima habusan daripada syarikat gergasi kejuruteraan Perancis Alstom yang memperoleh kontrak membina loji jana kuasa di Perlis lebih dua dekad lalu.

Bekas menteri besar Perlis dan bekas Speaker Dewan Negara ini berkata demikian dalam reaksinya berhubung laporan Straits Times Singapura bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menggeledah pejabat Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC), yang sebahagiannya dimiliki oleh beliau.

Semalam, akhbar itu melaporkan bahawa veteran Umno berkenaan secara langsung dikaitkan dalam dakwaan rasuah Alstom dalam memperoleh kontrak berkenaan.

“Saya ingin mengatakan bahawa dakwaan yang terdapat dalam laporan itu tidak berasas sama sekali dan berniat jahat,” kata Abdul Hamid (gambar) dalam kenyataan dihantar kepada The Malaysian Insider malam tadi.

Kata beliau, lembaga pengarah syarikat termasuk Ti Chee Liang yang dinamakan dalam kertas mahkamah Switzerland tidak menerima 7.5 juta franc Swiss (RM25.5 juta) untuk membantu Alstom Malaysia mendapatkan kontrak membina loji jana kuasa di Perlis akhir 1990-an.

“Saya mengesahkan tidak ada sebarang wang diterima oleh ahli lembaga pengarah termasuk saya,” kata veteran Umno ini.

Abdul Hamid menjelaskan bahawa keputusan untuk menganugerahkan kontrak adalah sebulat suara dan kontrak telah diberikan pada 30 November 1999 kepada ABB ketika beliau merupakan lembaga pengerusi. ABB kemudian dibeli oleh Alstom.

Beliau merupakan menteri besar Perlis antara 1986 dan 1995 sebelum dilantik sebagai pengerusi TTPC dari 1996 hingga 2005.

Abdul Hamid memberitahu bahawa beliau tidak tahu-menahu mengenai siasatan ke atas Alstom Malaysia oleh pihak berkuasa Switzerland.

“Sehingga hari ini, saya tidak dimaklum atau dipanggil oleh mereka untuk memberi apa-apa keterangan atau menyediakan sebarang butiran, saya terkejut pihak berkuasa Switzerland menuduh saya dan Ti mengenai salah laku, kewangan atau sebagainya.

“Oleh itu, saya teleh mengarahkan peguam di Switzerland untuk memulakan prosiding membersihkan nama saya,” kata beliau sambil menambah, “saya mengalu-alukan sebarang siasatan berkenaan dakwaan tidak berasas ini.

Liverpool tewas 0-1 kepada Fulham


10 Muharram 1433H. [MOD] -REAKSI pemain Liverpool, Jay Spearing (kiri) selepas dilayangkan kad merah selepas mengasari pemain Fulham, Mousa Dembele (kanan) pada saingan Liga Perdana Inggeris di London, pagi tadi. Liverpool tewas 0-1 kepada Fulham. - Foto Reuters

7 terkorban, 8 cedera tanah runtuh di Colombia

10 Muharram 1433H. [MOD] -

BOGOTA: Sekurang-kurangnya tujuh ahli keluarga terbunuh apabila rumah mereka di tengah Colombia di sini ditimbus tanah runtuh berikutan hujan lebat berpanjangan sejak semalam, kata pihak berkuasa tempatan hari ini.

"Menyedihkan apabila tanah runtuh berlaku berhampiran bandar El Salado sekali gus menyebabkan tujuh mangsa serta rumah berhampiran musnah ditimbus tanah,” kata Ketua Bomba dan Penyelamat, Jaime Diaz.

Katanya, mangsa yang terkorban adalah lima wanita dan dua kanak-kanak manakala lapan lagi cedera parah. - AFP

Janji bina baru SJKT Menglembu hanya atas angin

10 Muharram 1433H. [MOD] -
Harakahdaily


BATU GAJAH, 6 Dis: “Adakah benar kerajaan sudah menyediakan peruntukan untuk membina bangunan baru untuk SJKT Menglembu?” tanya Adun Tronoh, V Sivakumar.

Jika benar, katanya berapakah wang peruntukan yang telah diluluskan dan bilakah kerajaan akan memulakan kerja-kerja membina bangunan baru sekolah itu.

Katanya, SJKT Menglembu merupakan satu lagi sekolah Tamil yang memerlukan perhatian kerajaan dengan segera.

Sekolah itu, ujarnya mempunyai lebih kurang 304 orang murid pada tahun 2011, tambahan pula ia merupakan satu-satunya sekolah Tamil di Dun Menglembu.

Oleh itu, katanya ibu bapa di kawasan itu tidak ada peluang lain kecuali menghantar anak-anak mereka ke sekolah itu.

Beliau telah membangkitkan isu sekolah itu dalam persidangan Dewan Negeri Perak pada 24 November lalu.

“Sekolah ini menghadapi pelbagai masalah yang perlu diselesaikan dengan segera. Masalah-masalah sekolah ini telah dibawa kepada perhatian pihak-pihak yang bertanggungjawab tetapi tidak ada sebarang tindakan yang sewajarnya telah diambil setakat ini,” katanya lagi.

Justeru, ujarnya setiap pemimpin yang melawat sekolah itu hanya berjanji kosong untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Menruutnya, selepas sidang Dun ada pemimpin-pemimpin MIC negeri membuat kenyataan akhbar bahawa mereka telah menyelesaikan masalah sekolah itu.

“Ini tidak benar kerana tidak ada apa-apa bukti bahawa masalah yang dibangkitkan itu telah diselesaikan.

“Saya memberi amaran keras supaya jangan memberi janji kosong semata-mata untuk menipu masyarakat India dan menang pilihanraya,” tegasnya yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak.

Sekolah itu, jelasnya merupakan sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan tetapi kerajaan tidak memberi perhatian yang serius untuk menyelesaikan masalah.

Menurutnya lagi, SJKT Menglembu hanya memiliki 6 buah bilik darjah utama untuk menampung 304 orang murid di mana setiap bilik darjah dikongsi untuk digunakan sebagai 2 bilik darjah.

Masalah seperti itu, katanya tidak wujud di sekolah-sekolah kebangsaan kerana mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah itu.

Katanya lagi, bunyi bising dalam bilik-bilik yang dikongsi itu menimbulkan suasana yang tidak menyenangkan guru-guru dan murid-murid, tambahan pula bilik komputer dan perpustakaan juga telah dijadikan sebagai bilik darjah untuk menampung keperluan yang terdesak.

Oleh itu, ujarnya perpustakaan dan bilik komputer tidak boleh berfungsi dalam keadaan biasa.

Baginya, ini merupakan satu bukti bahawa sekolah-sekolah Tamil sentiasa dianaktirikan oleh kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri.

“Walaupun kerajaan telah menjanjikan untuk membina bangunan baru untuk sekolah ini, tetapi janji itu bagaikan janji di atas angin.

“Pemimpin-pemimpin MIC, seperti biasa berkata, perkara ini ‘masih dalam perhatian dan tindakan kerajaan’. Inilah frasa yang paling digemari oleh pemimpin-pemimpin MIC untuk melarikan diri daripada tanggungjawab,” ujarnya lagi.

Katanya, kerajaan boleh meluluskan peruntukan wang berjuta-juta ringgit untuk sekolah-sekolah kebangsaan tetapi sekolah Tamil Menglembu tidak dipedulikan walaupun masalah itu lama telah dibawa kepada perhatian kerajaan.

“Saya telah menulis surat kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengarah Pelajaran Negeri Perak pada 16 Jun 2011. Tetapi setakat ini tidak ada sebarang maklum balas mengenai hal yang dibangkitkan,” ujarnya.

Justeru, beliau mengharapkan kerajaan akan menggunakan wang peruntukan Kementerian Pelajaran dalam Bajet 2012 untuk membina bangunan baru SJKT Menglembu.

Pada masa ini, pihak Tamil Pallithirvukullu sedang mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan ibu bapa bagi membincangkan masalah yang dihadapi oleh sekolah itu.

“Jika masalah ini tidak diselesaikan segera, maka satu tindakan yang lebih drastik perlu diambil untuk mencubit telinga pemimpin-pemimpin yang pura-pura tidur,” katanya sinis

TOLONG MELAYU, UMNO SEPERTI PENCURI MENJERIT PENCURI

10 Muharram 1433H. [MOD] -
Ustaz Idris Ahmad

Umno berjaya mengalih isu kegagalan mereka selama ini membela Melayu di negara ini. Sebaliknya peluru dihalakan kepada Pakatan Rakyat, khususnya DAP yang dianggap menyebabkan orang Melayu tertinggal ke belakang.

Persidangan Agung Umno telah menjadi pesta memaki hamun terhadap pimpinan Pakatan Rakyat supaya perwakilan tidak membincang masalah cincin RM24 juta, projek lembu RM250 juta kepada suami Shahrizat, masalah Datin Seri Rosmah, kepincangan laporan audit negara. Semua isu ini berjaya didiamkan apabila perwakilan dicandukan dengan serangan kepada Pakatan Rakyat.

Bermula daripada ucapan Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika merasmikan Mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri Umno sehinggalah kepada perbahasan perwakilan semuanya membelasah Pakatan Rakyat. Mereka memahami bahawa Umno perlukan undi melayu sahaja, undi bukan Melayu mereka tidak mengharapkan lagi.

Persidangan Agung Umno cuba memutar belitkan fakta kononnya Melayu ketinggalan semuanya angkara DAP. Persoalannya DAP baru sahaja memerintah Pulau Pinang pada 8 Mac 2008. Siapa yang memerintah Pulau Pinang selama ini?

Tindakan Umno menjerit orang lain yang mengkhianat orang Melayu seperti pencuri menjerit pencuri.

Dibawah ini disenaraikan pegkhianatan Umno kepada orang Melayu sebagai “tazkirah” untuk pimpinan Umno yang mudah lupa.

Siapa yang menghalau orang Melayu di di Kampung Plentong Tengah Johor Baharu hampir 290 buah rumah yang ditolak dan dihalau pada 16/10/2009.

Diskriminasi terhadap kerajaan yang sebangsa dan seagama di Kelantan seperti menyekat 118 projek di Kelantan sejak 1991 (Rancangan Malaysia Ke 6). Merompak royalti minyak di Terengganu dan Kelantan sedangkan ini negeri majoriti Melayu.

Siapa yang bertanggungjawab melesap saham Bumiputera daripada RM52 bilion (1984), hanya tinggal RM2 bilion(2005)?

Siapa yang pernah menjual Syarikat BERNAS (Syarikat Beras Negara) dijual kepada syarikat Hong Kong Wan Tak Co. Ltd sebanyak 31.36%.

Umno melesap wang PPRT sebanyak RM32 bilion, Menterinya Datuk Anuar Musa daripada Umno.

Umno khianat kepada pendidikan orang Melayu kerana mengajar Metematik dan Sains dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003. Wang rakyat hangus hampir RM 5 bilion.
Siapa yang menggadai tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995)..

Siapa yang bertanggungjawab terhadap 26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Piai Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

Seluas 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang digadai oleh pemimpin Umno kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar berdekatan lebuhraya.

Ini hanya beberapa contoh sahaja, pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin hopokrit yang menjerit bela Melayu di siang hari di PWTC, tetapi di malam hari merekalah yang berunding menggadai tanah Melayu.

Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

22 maut, 60 cedera dalam serangan bom kereta di Iraq

10 Muharram 1433H. [MOD] -

BAGHDAD 6 Dis. – Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh manakala 60 lagi cedera apabila sebuah bom kereta meletup di kawasan penganut Syiah di tengah Iraq, semalam, sehari menjelang sambutan Asyura.

Menurut pihak keselamatan, serangan tersebut berlaku di kawasan Neel, utara Hilla, yang terletak di selatan Baghdad.

Doktor hospital Hilla, Mohammed Ali berkata, kira-kira 16 mayat dan 45 orang yang tercedera telah dihantar ke hospital tersebut. – AFP

Syria sedia terima syarat Liga Arab tamatkan pergolakan

10 Muharram 1433H. [MOD] -

DAMSYIK 6 Dis. – Syria semalam memberi maklum balas positif terhadap syarat Liga Arab untuk menamatkan pergolakan maut yang berlanjutan berbulan-bulan dan bakal menandatangani perjanjian tersebut.

Jurucakap Kementerian Luar Syria, JIhad Maksedi berkata, Damsyik diberi tarikh akhir sehingga Ahad lalu untuk menerima cadangan Liga Arab dengan membenarkan pasukan khas memantau situasi di negara tersebut.

"Kerajaan Syria memberi maklum balas positif untuk menandatangani protokol tersebut," katanya.

Kira-kira 4,000 orang dilaporkan terbunuh sejak pertengahan Mac apabila pihak keselamatan mengambil tindakan keras terhadap penunjuk perasaan yang mahukan revolusi dilaksanakan. – AFP

Gempa 5.1 landa Turki, tiada kematian dilaporkan

10 Muharram 1433H. [MOD] -

ANKARA 6 Dis. - Satu gempa bumi berukuran 5.1 skala Richter menggegarkan Laut Aegean, semalam, lapor agensi berita Anatolia.

Pusat kaji gempa Kandili yang berpangkalan di Istanbul berkata, gempa tersebut berlaku pada pukul 4.17 waktu Malaysia di Aegean dan gegaran susulan turut dirasai di wilayah Izmir dan Aydin.

Namun tiada kematian dan kerosakan dilaporkan. - AFP