06 Disember 2011

'Balai Polis Kerinchi' pengundi di Lembah Pantai : 'lembu' pun akan didaftarkan sebagai pengundi !

Muharram 1433H. [MOD] -

Lebih 90 nama bermasalah dikesan daripada 2,180 nama dalam senarai pengundi pos yang terkandung dalam daftar induk pemilih bagi kawasan parlimen Lembah Pantai, kata ahli parlimennya, Nurul Izzah Anwar.

"Kami ada 97 pengundi yang nama mereka tidak dijumpai di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR); nampaknya mereka boleh mengundi di dua tempat. Rekod-rekod lain yang mencurigakan juga dijumpai pada daftar pemilih yang dikemaskini sehingga Jun 2011," katanya.

azlanPada sidang akhbar di pusat khidmat PKR si Lembah Pantai hari ini, Nurul Izzah berkata, antara penemuan yang dianggap pelik ialah nama seorang pengundi yang didaftarkan sebagai "Balai Polis Kerinchi" dalam daftar pemilih induk.

"Apabila kita semak butir-butir menggunakan nombor kad pengenalan polis bagi mengenal pasti pengundi berkenaan, nama itu wujud tetapi dalam daftar pemilih SPR ia menunjukkan sebaliknya," katanya.

Malaysiakini/-

Ulasan :

Kalau dibiarkan terutamanya di Lembah pantai, 'lembu' pun akan didaftarkan sebagai pengundi. Tambahan pula 'lembu betina' sedang cari peluang untuk bertanding lagi atau tidak.

1 ulasan:

Johan berkata...

Wah inilah satu tuduhan memburukkan spr. Seingat saya tidak pernah dalam pilihanraya yang saya ikuti spr menipu, malah memberi ruang kepada ejen-ejen itu bersama-sama memerhati, meneliti perjalanan pilihanraya. Mungkin benar undi pos memenangkan BN, namun undi adalah hak rakyat tidak kiralah dimana mereka bertugas. SPR tidak kisah pun siapa yang menang, yang penting baginya adalah menjalankan tugas dengan amanah..