17 April 2014

ADUN Paloh cedera, isteri meninggal dunia terbabit nahas di Simpang Pulai

18 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -

Ipoh: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Kelantan, Datuk Paduka Norzula Mat Diah cedera manakala isterinya, Datin Paduka Maziah Din meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer 24 Jalan Cameron Highland-Simpang Pulai di sini, petang tadi.

Karpal Singh : Perginya Seorang Tokoh Politik Yang Berprinsip

18 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Saya rakamkan takziah kepada keluarga Yang Berhormat Karpal Singh, Ahli Parlimen Jelutong yang telah meninggal dunia akibat kemalangan awal pagi ini. Saya sifatkan pemergian beliau sebagai satu kehilangan kepada dunia politik tanah air kerana beliau amat dikenali sebagai seorang yang berprinsip dan sukar digugat pendiriannya. Beliau juga merupakan pendokong kuat kepada Perlembagaan Malaysia dan amat tegas dengan pendirian bahawa Malaysia merupakan negara sekular. Sudah tentu prinsip ini amat berbeza dengan prinsip perjuangan PAS dan beliau ternyata menghormati perbezaan ini.

Travelog Idham Lim (15)


18 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
Rumah usang ini meninggalkan seribu kenangan pahit dan manis dalam hidup ini. Ianya saya ambil dari koleksi gambar rakan seperjuangan @Adanan Hussin yang juga berada di sini suatu masa dulu. Melihat gambar ini mengamit beberapa kenangan untuk kita kongsikan bersama.

Rumah ini adalah rumah pertama yang dimiliki oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia-Cabang Aceh (PKPMI-CA) dengan disewakan oleh pemiliknya warga tempatan yang kami panggil Pak Talib.

Hudud: Cukup dengan kenyataan Presiden PAS

18 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan penjelasan oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung persoalan hudud semalam sudah memadai setakat ini.

Beliau berkata, dengan penjelasan Presiden PAS itu, beliau dan juga pimpinan PAS yang lain tidak perlu lagi melangkaui untuk mengulas lanjut perkara itu.

"Cukup dengan kenyataan Presiden PAS itu dan saya mendukung penuh kenyataan itu," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Beliau menjelaskan demikian ketika diasak wartawan media arus perdana agar mengulas isu itu dalam konteks pendirian parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Hudud: PAS sokong penuh tindakan Kelantan - TG Hadi

18 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
KUALA TERENGGANU: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, terpulang kepada mana-mana parti termasuk dalam Pakatan Rakyat untuk menyatakan pendirian mereka terhadap usaha perlaksanaan hudud di Kelantan.

Ini kerana katanya, tidak ada sebarang perjanjian untuk menghalang PAS daripada mengemukakan Rang Undang-Undang  (RUU) Persedirian berhubung perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 negeri itu ke Parlimen.

"Isu hudud di Kelantan ini mendahului Pakatan Rakyat. Ianya sejak tahun 90an. Awal lagi sebelum ada Pakatan Rakyat.

Karpal maut dalam nahas, anak cedera

18 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -


Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan Karpal Singh maut dalam kemalangan dekat Tapah awal pagi ini.
Pembantu beliau Michael Cornandez turut meninggal dunia apabila kereta yang mereka naiki melanggar sebuah lori dalam perjalanan menuju utara di Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira jam 1 pagi tadi.
Anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta dilaporkan cedera.