17 April 2014

ADUN Paloh cedera, isteri meninggal dunia terbabit nahas di Simpang Pulai

18 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -

Ipoh: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Kelantan, Datuk Paduka Norzula Mat Diah cedera manakala isterinya, Datin Paduka Maziah Din meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer 24 Jalan Cameron Highland-Simpang Pulai di sini, petang tadi.


Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang itu, kereta yang dipandu Norzula, dipercayai terbabas dan melanggar tebing bukit.
Ketua Polis Negeri, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani ketika mengesahkan kejadian itu berkata, kenderaan berkenaan dipercayai terbabas berikutan kerana permukaan jalan yang licin.
"Beliau (Norzula) kini berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh serta berada dalam keadaan stabil dan hanya cedera ringan manakala isteri beliau dikhabarkan meninggal dunia sebentar tadi," katanya.
Acryl Sani berkata, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung kejadian itu dari semasa ke semasa.

Tiada ulasan: